Thursday, February 28, 2013

SIPAHH Straw

ng0meL by ummi 7 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Dah lama nak cerita pasal SIPAHH Straw ni. It is a straw with beads/biji kat dalam yang berperisa. Kalau tak salah, biji tu di buat dari ubi kayu (tapioca) yang boleh carry the sipahh flavour.
Rupanya macam ni. So bila kita sedut susu guna straw ni, kita akan dapat rasa perasa yang 'dibawa' oleh straw tu. Contohnya kalau straw tu perasa strawberry, yes dapat la rasa susu strawberry even hakikatnya kita minum susu putih biasa saja.

Actually masa kat Malaysia dulu pernah beli sekali. That time SIL aku belikan untuk kami rasa since Kakak memang suka sangat susu. Plus aku memang taknak stopkan susu untuk anak anak. Even dah tak bf, dah tak minum formula milk (fm), tapi at least fresh milk or any flavoured susu aku nak diorang minum je sampai besar. Tapi sekali tu je la sebab faktor harga kot huhuhu.
Then bila sampai Adelaide aku memang risaukan Afiq yang mula dulu tak nak fm lain selain Dugro yang of course tak de jual kat Adelaide ni. Afiq dah la fussy bab makan, harap nak susu je. Sekali bila stok susu Dugro dia habis, memang serabut la.

Kami try bagi dia fm lain yang ada kat sini. Alhamdulillah slowly dia nak terima. Tapi fm kat sini boleh tahan harganya. Nak pula Arissa pun dah start kena top up dengan fm sebab production aku punya bm dah makin slow. Huhuk.

Makanya kalau nak beli untuk Afiq n Arissa memang agak 'sakit' la walaupun Arissa tak minum banyak pun. Masih tak berapa boleh nak terima susu lain selain breast milk (bm).
And oleh kerana fresh milk kat Adelaide ni sangat sangat lah murah, dengan AUD1 dah dapat 1liter, maka better kami try bagi Afiq fresh milk saja. Tambah pula baru baru ni ada offer lagi murah, sekotak 1liter = $0.79 je! Memang berbaloi.
Tapi.. yes, of course la tak sama langsung rasa formula milk dengan fresh milk kan.. nak nak lagi fresh milk kat sini, even aku sendiri tak boleh minum gitu je. Kalau nak, buat dengan nescafe or tea. Kalau tak.. memang tekak tak berapa nak boleh terima.
So.. dengan itu, kami pun try la introduce this SIPAHH straw pada Afiq. Hihihi harga memang mahal jugak la tapi sekali sekali... boleh la bagi diorang.

Memang best! Macam iklan dia.. just dip, sip and say ahhhhh...

Straw ni memang asalnya dari Australia. And dah ada kat 44 buah negara termasuk Malaysia. Kalau nak cuba.. boleh la.. :-D
Ada banyak perasa tapi kat sini aku beli sekotak haritu ada perasa perasa ni. My favourite yang choc-mint tu. Sedappppppp

Nak tau lanjut boleh je klik Sipahh straw. Ataupun klik SINI.

Wednesday, February 27, 2013

WW - Random pics

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Layan gambar la ye :-D
Pic by Kakak. Makan makan @ Gina's house meraikan member baru di Adelaide.
Parcel lagi! Barang barang dari Malaysia. Thanx Acik, Acu, Uncle n Tok!
Ini budak, dia keluarkan semua kasut so that boleh masuk dalam itu almari.
Three Giant on the house!
Slide PINJAM dari Toy Library
Afiq dah boleh minum fresh milk dalam cawan but using SIPAHH STRAW
reading books after swimming - still in their goggles!

The story of hari Ahad

ng0meL by ummi 6 lagi tambah ng0meL Links
Salam.
 
Panas betul aku rasa malam Ahad lepas. Tambah dengan sakit tekak, sakit badan.. agaknya lama sangat kat luar dalam cuaca panas petang tu. Aku ni bajet puteri lilin huhu tak boleh panas sikit mula la rasa sakit kepala la, tak sedap badan la. Mood pun semacam je.

Tengahari, kami ke Toy Library. Dah time pulangkan toys yang dipinjam last two weeks n pilih toys baru. Macam tu la rutin hari Ahad kami kat Adelaide, tak macam most families yang lagi suke buat lawatan ke Sunday Market. 

Bukannya apa, nak ke Sunday Market tu memang best tapi nak ngangkot budak budak ni naik kereta pagi pagi tu yang letih. Banyak nak kena ready. Maklumla.. anak ramai. Tambah pula dengan cuaca panas ni, duduk dalam kereta rasa macam duduk dalam oven je. Almaklumla.. kereta kami kat sini beli murah je jadi aircond pun tarak huhuhu.

Oleh kerana hari Ahad Library buka pukul 1 tengahari makanya pagi kami layan anak anak dengan buku. Alhamdulillah, Afiq and Arissa ada mengikut jejak Kakak yang suka buku. Bangun pagi je mesti capai buku. Tapi biasala.. tv and ipad ngadap juge, mana boleh tinggal.

Plannya sebelah petang kami nak ke city, saja bawa anak anak tengok orang. Paling kurang pun gi lepak kat park. Tapi fikir juge cuaca panas ni. Sudahnya mau hari Ahad kami habis dengan aktiviti menyusun katalog je!

Then just sebelum gerak ke library, jiran call remind pasal jemputan kenduri kesyukuran, birthday, farewell and aqiqah anak anak di Adelaide ni. Yes, 4 in 1.. tu yang buat dekat park. Jemputan pun ramai sangat. Tapi seriously, betul betul aku lupa ada terbaca jemputan tu kat fb and en Ahmad pula memang no idea sebab tak buka fb dia. Mujur jiran baik hati call remind and ajak konvoi sekali memandangkan tempat nak pergi tu agak jauh and kami pun tak biasa.

Pukul 1 kami gerak ke library. Spent time kat situ sekejap sebelum gerak ke tempat kenduri. Masa kat library anak anak as usual memang teruja main macam macam sambil memilih apa barang pula nak bawa balik harini.
Arissa memang dah bagitau awal dia nak slide. Tengok gaya pun dah dapat agak. Tapi slide ni tak boleh la angkat time tu sebab tak muat kereta. Booking dulu, esok boleh ambil! Tapi surprise la untuk dia hihihi. Sementara tu cari toys lain yang muat kereta.

Abang nampaknya berkenan mesin rumput 'uncle khairezan' ni. Dulu masa kitorang sampai and transit kat rumah gina, ada satu hari husband gina keluarkan mesin rumput sebab rumah diorang time tu nak inspection. Afiq memang sangat suka barang barang macam tu. Dah lama la mengidam tu, harini jumpa terus tak lepas!
Kakak jumpa schoolmate dia, Annabeth. Diaorang pun rajin datang sini. Kata mak Anna, nak beli tak mampu jadi pinjam sajalah... yes, agreed. Afterall beli banyak banyak pun bukannya semua nak bawa balik kan. Buat penuh ruang je huhuk. Pastu mama juge nak mengemas kan...
Then sempat lagi en Ahmad pinjam a few books untuk diorang. Buku kat rumah dah almost abis Kakak khatam. Lagipun aku memang nak carikan buku pasal school, nak bagi Afiq lagi minat nak ke school hehehe.
Alhamdulillah jumpe yang sesuai sangat sangat!

Balik dari library, kami singgah beli buah tangan untuk bawa ke kenduri nanti. Maaf la, memang tak sempat nak prepare apa apa kueh pun, plus malassss sama. Makanya beli buah je la ye tanda ingatan :-).

Masa dalam kereta memang terasa sangat bahang panas Summer ni. Arissa pun dah start mengamuk nak bf. Ngantuk sama tu. Kesian sangat tengok pipi diorang bertiga merah sangat macam kena bakar. Aku sendiri rasa perit. Ikukan hati nak je ajak en Ahmad balik rumah tapi memandangkan ada jemputan, maka gagah juge la kitorang ikut konvoi ke park tu. Alhamdulillah dalam nangis nangis tu Arissa tertido.

Sampai je kat memang mood aku tak berapa nak ada. Panas buat aku pening and tekak rasa perit. So aku tak jamah pun nasi. Cuma minum air, makan banyak tembikai and anggur and ambik 2 ketul ayam. Lagipun aku tak makan kambing. Tekak memang tak boleh masuk.

Arissa and Kakak pun tak nak makan. So makan la kami buah buahan sampai kenyang hahaha. Yang selera makan en Ahmad, and Afiq of course have too kalau duduk dengan ayahnya muehehehe. Cuma... memang panas la aku rasa..nak layan anak anak main pun aku tak larat. Nak duduk join bersembang pun aku takde mood.
Sampai la aku kesian sangat tengok Kakak tak senang duduk. Kesian dia takde kawan. Yang ada memang ramai, tapi Kakak ni ikut aku la.. susah nak make friends. Berkepit je dengan mak. Last last bila tengok redup sikit, aku layan juge Kakak and Arissa main slide. Kat situ ada shades. Tu pun kaki rasa macam nak duduk je. Cuma aku tak harap si Arissa dok bergayut kat slide tu. Haish. Budak lain aku tengok tak buat pun macam tu. Dia ni... aktif! Alhamdulillah.. hihihi. Then, Afiq pun join main sama. Dapat la naik seround dua. Nampak dia ketawa hepi.. ok la tu. Jom balik.. mama dah nak meletup dah ni.

Sampai rumah, solat.. aku terus flat. Tapi tak boleh nak rehat pun sebab anak anak bantai main mainan yang pinjam kat library tadi. Sambil tu aku suapkan diorang mee goreng balance pagi tadi. Alhamdulillah.. at least ada yang masuk perut. Then, tido awal ok. Esoknya Kakak dah nak school.

Tapi malam tu pun aku takleh tido. Sakit kepala, sakit badan, sakit tekak semua ada. Last last rasanya dekat pukul 4 jugak baru aku tertido... huhuhu. Mujur paginya bangun dah ok.

Monday, February 25, 2013

Summer and Swimming Pool

ng0meL by ummi 5 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Minggu ni kira minggu panas la dalam Summer ni. Kalau tak ada la 3 hari sejuk 4 hari panas. And panas pun tak la panassssss sangat. Tapi minggu ni memang terasa betul panas tu. Siang malam.

Teringat agent rumah ni, Elanor ada cakap masa buat inspection haritu. Katanya bila dah masuk Februari, dan hujung summer lagi akan panas.

Dah lama en Ahmad dok berkira nak beli pool untuk anak anak main kat belakang rumah. Kecik pun jadilah asalkan dapat diorang merasa dah lama tak mandi kolam. Asik berendam dalam bath tub je sumbat 3 orang sekaligus huhuhu.

Last weekend masa g beli barang terpandang set swimming pool yang sangat murah. Yep, mungkin ada lagi murah kot tapi bagi kitorang yang tak mencari ni, dapat bawah $20 untuk pool saiz kami-berlima-selesa-masuk sangat berbaloi.

Makanya pada satu hari yang panas last week, dapat la anak anak mandi sepuasnya dalam swimming pool baru. Yea!

Thursday, February 21, 2013

Kakak's school 'Meet the Teacher Night'

ng0meL by ummi 8 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Selasa lepas East Torrens Primary School, sekolah Kakak buat open classroom untuk parents and family datang jumpa teachers. Not only class teacher but all teachers yang mengajar anak kita, kita boleh jumpa and dengar taklimat pasal program teaching dan apa yang teachers expect pada anak anak kita.

So petang tu as dalam invitation slip n disebabkan ada mention pasal event ni unformal, maka kami 5 beranak pergi ke kelas Kakak. Angkut je semua hehehe. And yes, family lain pun bawa je anak masing masing.

Term ni Kakak masih dalam NAP @ IELP class and class teacher dia pun masih Mrs Calvo. InsyaAllah next term dia akan masuk kelas biasa lepas cukup setahun dalam program ni.

So dalam class penuh dengan family members classmate Kakak. Ada dari Sri Langka, India, Korea, Iran n sorang dari Malaysia! Kitorang duduk sama sama dalam classroom Kakak and tengok macammana enviroment class Kakak while Mrs Calvo tunjukkan slide apa yang dah diorang belajar and apa yang akan diorang belajar.

Then kitorang di bawa ke bilik aktiviti dimana kat sini ada macam macam mainan yang sebenarnya boleh jadi alat pembelajaran untuk anak anak.

Contohnya minggu ni diorang belajar pasal rumah. So ada 4 jenis khemah dalam bilik tu yang mewakili igloo, castle, tent n house. Selain tu aku tengok ada teddy bear yang diorang tampal 'soft' untuk texture lembut, mainan doll house ada tampal 'hard' and macam macam lagi.

Sambil layan Arissa and Afiq, Kakak tunjukkan kitorang apa yang dia buat dalam activity room tu. Dia excited sebab selain tu, boleh dia kenalkan kawan kawan kelas dia pada kitorang.

As aku cakap tadi, minggu ni diorang belajar pasal rumah or tempat tinggal. So Kakak ada lukiskan rumah 'twelve' kami back in Malaysia sharing dengan her two other friends from Malaysia; Adam and Amber yang masing masing pun lukis gambar rumah diorang kat Malaysia in a peace of paper.

Then adalah sikit sikit chatting dengan Mrs Calvo about progress Kakak at school before kami proceed untuk collect stamps sambil Kakak tunjukkan kami around sekolah.

Kakak sekarang tengah involve dengan school project untuk buat persembahan tarian india nanti, so kebetulan masa masuk class Hindi Language untuk dapatkan stamp, Mrs Chowla bagitau yang Kakak suka practice dancing n singing.

Then lepas kumpul a few stamps, tak habis lagi kumpul pun, kami dah ke Food Education Center to pick up another stamp tapi rupanya Kakak dah terus dapat ice cream. Free ice cream patutnya as a reward untuk children yang dah dapat settlekan puzzle collect stamp tu tapi sebab dah diorang bagi, even Arissa pun dapat.. kami tak dapat nak siapkan puzzle tu. Yelah, nanti habis comot lantai class macammana kan.

Layan anak anak kat playground sekejap then kami balik rumah.

The end.

Chat Circle Programme

ng0meL by ummi 12 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Hari ni en Ahmad tolong aku babysit Arissa for a few short hours while aku join Chat Circle Programme kat Campbelltown Library.

Programme ni utk adult migrant macam aku ni untuk belajar improve English conversation and reading skills.

Memandangkan its FREE, and en Ahmad pun masih dalam cuti summer, jadi boleh la aku join programme ni sementara dia tolong tengok kan Arissa.

Ye la at least sambil boleh belajar n timba ilmu, dapat juge aku relax dari kerja kerja rumah. Plus dapat banyak kawan baru dari all over the world! Its a chance kan...

Programme ni sponsored by Campbelltown City Council. Bagus sangat. Banyak juge aku dapat belajar not only pasal learning English macam kat sekolah dulu, tapi macam macam lah. Nak story pun ni baru my first class.. hihihi. Tapi memang seriously tak rugi langsung!

So after this insyaAllah every Thursday morning aku akan start 'masuk sekolah'. Duduk belajar macam Kakak and Afiq sebab dalam environment kawan kawan berbagai bangsa, agama and bahasa! Arissa pun boleh join playgroup kat library tu jugak.

Wednesday, February 20, 2013

WW - Apakah? Sanggupkah?

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Minggu ni Kakak punya tajuk morning talk kat sekolah 'things that made from wood'. So dia kena berdiri depan class and talk about tajuk tu.

Aku tolong google cari bahan untuk bagi idea untuk dia. Sekali, jumpa gambar ni...

Tuesday, February 19, 2013

Product of Israel

ng0meL by ummi 10 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

On off je aku ni kan. Mood tak stabil nak buat karangan huhuhu.

Semalam angkut anak anak nak beli barang sikit. Tengah ada offer, berkejar la membeli. Siap ambik order dari kawan kawan lagi. 

Sekali licin, habis. Maybe dah dekat tengahari kan. Orang kalau nak beli barang tu gerakla pagi pagi kan. Tapi nak buat macammana, jadi surirumah ni bukan boleh keluar je rumah macam tu kan.

Pagi pagi kena setel pinggan mangkuk dalam sink. Walaupun sebelum tido dah setel, bangun pagi tengok ada je barang seketul dua dalam tu. Setel anak nak g sekolah, setel kain baju nak cuci nak sidai, kemas rumah yang tak pernah berkemas, urus makan minum anak anak n suami.. sedar sedar dah pukul 10 pagi.
Ni kalau mak aku tau pukul 10 baru nak keluar cari lauk nak masak, memang nak kena basuh la.

So en Ahmad tanya juge takkan pagi lagi dah habis. Katanya tengahari dalam pukul 12 diorang akan restock balik. So tunggu la dlm kereta even panas di sebabkan aku nak jugak beli squid tu. Huhuhu dah lama sangat kot tak makan sotong. Asyik ayam and daging je...

Sekali dah pukul 12 pun tak sampai lagi. Bila tanya diorang cakap driver lori ikan tu datang lambat. Tapi tak boleh confirm pukul berapa sampai. Haish. Macam xde kerja lain pulak dok melangut kat situ xde hasil kan. Dah la g semata nak beli squid tu. Anak anak pun dah start merungut nak balik.

Sudahnya malas dah nak tunggu, even dia cakap akan restock lagi haritu. 

Masa dok menunggu tu, sempat aku capture gambar ni. Hihihi... sebenarnya yang aku nak share ni pasal gambar ni la pun :-)

Friday, February 15, 2013

Bihun Sup Utara pulak

ng0meL by ummi 9 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Dua hari lepas jiran terdekat gina jemput minum petang kat umah dia meraikan ada tetamu dari Malaysia datang hantar anak belajar kat sini.
Menu petang tu bihun sup utara. Hadoiii aku ni kalau makanan utara ni memang tak cukup la satu dua pinggan.

Tapi huhu malu la kan sampai satu tahap tu semua orang dah setel and dok bersembang, yang aku ni still dok menyuap. Sedap la tu kannn :-D

Sampai balik umah pun dok teringat nih. Nak mintak tapau, malu!
Makanya semalam, tak pikir panjang terus aku google resepi.

Aku dah banyak kali try resepi mamawandiha ni. Memang menjadi dengan tekak aku and family.

Akhirnya...

Alhamdulillah... siap juge. En Ahmad dah tak makan nasi dah semalam, asyik ulang ni ja :-D. Anak anak pun berebut sampai bertambah. Hmmm boleh buat lagi ni!

Wednesday, February 13, 2013

WW - MOVIE BEST MUST WATCH

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
Salam.
Suke suke suke. Layan...

Monday, February 11, 2013

Benda Belang Biru Putih

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Malam ni tidoq awai. Sebabnya petang tadi penat main kat playground dengan anak anak. Lagipun esok sekolah. Sini belum celebrate CNY.

Sudahnya pukul 12.30 malam en Ahmad kejut minta buatkan susu Afiq. Selalu tu tugas en Ahmad memandangkan Arissa asyik bergantung je dengan aku tak tau masa.

Tapi malam ni semua orang nampaknya keletihan, maka aku pun bangunla buatkan susu Afiq.

Tadi sebelum tido weather quite sejuk and berangin. Rasanya tu dalam pukul 11.30 malam. Ni bila bangun rasa macam panas pula. Kipas pusing pun xrasa angin dah. Bunyi je lebih.

Siap susu aku pun masuk balik tarik selimut.

Tutup je mata, terbayang benda kaler biru belang putih. Aku dok fikir apa bende yang dok terbayang ni. Tapi tak clear. Macam mimpi mimpi je.

Cuba nak tido lagi. Rasa dahaga pulak. Tapi malasnya nak bangun balik g dapo minum air.

Bayang biru putih berbelang tu datang lagi.

Pastu teringat pula jus kurma Qaseh aku belun minum malam ni. Tapi memang malas betul nak bangun. Tekak rasa makin kering.

Bayang benda biru putih berbelang tu datang lagi.

(Hehe macam buat novel dah ni)

Bayang tu buat aku rasa nak terkucil la pulak. Huhuhu tak tahu kenapa.

Sebab malas nak bangun and ngantuk sangat, aku nak try juga tido. Tapi ada juga bayang tu.

Pastu aku terfikir "Haish.. macam sepende Afiq je ni."

Last last aku bangun g bilik air. Hihihi memang nak 'shi shi' la rupanya.

Setel hajat, terpandang sepende Afiq belang biru putih tu ada kat bath tub.

Aik??? Hmmmmmmmmmm

Then g dapo buka peti ais minum jus kurma Qaseh 3 sudu and terus masuk bilik balik nak buat karangan ni.

Pastu nak tido. Nite nite. :-D

.
.
.
.
.

Tapi nak g snap balik gambar sepende tu huhuk. Pelik.

Tapi batteri pulak low so tak dapat nak snap gambar.

Ok. Nak tido.

Saturday, February 9, 2013

My Kids

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Busy..busy..

Sejak 2 anak masuk sekolah ni bukan main tak sempat aku nak mengupdate blog.

Dah Kakak dengan Abang ke sekolah, lagi la si Arissa tu minta perhatian nak melayan dia saja. Selalu ada kakak and abang layan main.. ni dah diorang sekolah sampai pukul 3 petang masing masing, mati kutu la dia.

Alih alih, mamaaaa juge.

Bukan ayah dia takde nak melayan, en Ahmad masih lagi summer break sampai habis bulan 2 ni so ada je la kat rumah, tapi jual mahal dia dengan ayah dia.

Alih alih, mamaaaaa juge.

Dah balik sekolah kena layan budak berdua tu pulak nak bercerita hal sekolah masing masing.

Alhamdulillah Afiq yang mula dulu sedih je nak ke sekolah tapi masuk minggu ni bukan main hepi. Teacher pun komen dia banyak cakap and banyak tanya. Syukur sangat sangat!

Kakak as usual la. Memang suke je ke sekolah. Kawan ramai and banyak aktiviti.

So balik sekolah je, bagi diorang makan, solat jemaah satu family, then sambil anak anak main, nak kena juge tengok hal sekolah. Walaupun diorang ni takde homework, tapi latihan sekolah kena buat juge takut nanti balik Malaysia struggle nak catch up pula.

So far aktiviti memang full dengan melayan anak anak sajalah. Kadang kadang en Ahmad bawa juge la kitorang jalan kat luar :D

Sampai anak anak tido, time tu mamaaa pun dah ngantok nak tido kan.. so kalau rajin and larat, ku gagahkan juge la menaip.

Oklah nak catch up tido, esok nak bangun awal, untung untung en Ahmad bawa g jalan lagi ! :D

Friday, February 8, 2013

Sharing is Caring

ng0meL by ummi 3 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Semalam sebelum tido aku belek belek internet. Cari ilmu pasal mendidik anak anak.

Then aku jumpa blog enciksharulnizam ni.

Pagi ni lepas terjaga sebelum subuh tadi (sebab anak anak terjaga nak susu) sementara tunggu masuk waktu, aku buka internet sekejap.

Terasa nak baca tentang kisah kisah Rasulullah saw lepas tengok Kemah Keming UAI.

Jumpa blog halimislam.com.

Banyak ilmu, kisah dan manfaat dalam blog blog ni.

Jom sama sama tambah ilmu :D

Wednesday, February 6, 2013

Laksam Kola Kedah

ng0meL by ummi 12 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Aku ni suka sangat makan laksam. Dulu masa kecik boleh kata asal petang je kayuh basikal ramai ramai gi rumah Mak Siah. Mak Siah jual laksa dan laksam kat rumah dia. So kira kami ni  kecik kecik dah makan kedai! Tukar tukar la menu. Harini laksa esok laksam pulak. Kena pulak dengan ayaq merah (sirap), memang terbaik.

Dulu aku tanya jugak mak asyik buat laksa ja, awat tak buat laksam. Rasanya lebih kurang ja pon. Cuma 'mee' nya je lain kot. Mak cakap laksam tu kena 'lengat' jadi renyah sikit nak buat. Laksa pakai celoq (rebus sekejap dengan air panas) ja.

Aku yang 'laeh' ni pun fikir... susah la ye nak buat laksam tu. Nak lengat bagai. Sebenarnya aku tak tau yang lengat tu maknanya kukus. Makanya kalau teringin, aku beli je la.

Lagipun bagi aku Laksam Kola (Kuala) Kedah adalah yang terrrrbaikkkk :D
Memang dah cuba Laksam negeri lain, or tempat lain.. still tak sama. Mungkin air tangan juge memainkan peranan juge aku rasa.

So setelah aku berjaya membuat Laksa Kola Kedah menggunakan ikan tuna dalam tin di Adelaide ni, (berjaya adalah berpandukan atas permintaan kerap dari en Ahmad since percubaan pertama dulu) adalah tiba masanya untuk aku cuba buat Laksam pula.

Laksam yang aku pernah makan kat Adelaide ni ialah laksam kak Azie. Tapi laksam dia laksam kelantan dan di pun dah selamat balik Malaysia. So nak tak nak memang kena juge aku belajar buat laksam ni. Tambah pulak dua tiga hari lepas member sekampung aku yang dok kat Doha, Qatar nun post kat fb dia buat Laksam Utara. Ohhh mestila aku pun kena cuba ni. Mintak resepi sikitttt...

So makanya dipendekkan cerita... nah... siap sudah Laksam-Kola-tak-Kola-sangat-la dari aku. Percubaan pertama ni.. laksamnya tebai banget. Tapi aku puas hati dengan kuah yang aku buat. Pakai campak campak agak agak je pun tapi Alhamdulillah.. sedap dap dap!

Jemput semua... :D

#WW - Laperpool vs Ngencester United

ng0meL by ummi 10 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Lama tak bersiaran.. Jom makan.. mana satu pilihan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog