Thursday, January 24, 2013

Handphone Macam Mama :D

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Lama betul rasa tak jengok blog. Apa lagi nak jenjalan ke 'rumah' kengkawan.

Minggu ni busy layan anak anak especially Kakak yang dah nak start school minggu depan. Tambah pula dia sekarang dah rajin nak solat and mengaji sama sama jadi aku pun kurangkan la time pegang handphone ni time siang. Malam pula asyik letih je tak dapat juge nak apdet blog huhuhu.

Lepas celebrate birthday afiq yang secara kecilan kat rumah ni last week, aku as usual nak edit gambar masuk dalam blog.

Selalunya memang pakai handphone ni je senang. Snap kat sini, edit pakai pics art and post entry pakai blogger apps.

Tengah edit edit Kakak yang selalu curious kalau aku asyik dengan hp pun datang tanya mama buat apa tu?

Aku pun explain la.. "tengah edit gambar yang birthday afiq tu". Dia memang suke bab edit gambar pakai pics art. Sebab boleh sangat edit macam macam and senang pulak tu sebab pakai hp je pun.

"Ooo mama edit nak masuk facebook ye?" dia tanya.
"Taklah."

Hmmm akhirnya aku pun explain la pasal blog ni kat dia. Tunjuk sikit sikit entry yang lepas lepas especially yang berkaitan dengan dia.

Teruja dia tengok. Teringat balik kot masa kecik, masa sekolah, masa birthday kat school dulu, even pasal dia minat giler ultraman pun saja je aku tunjuk balik. Nak bagitau kebaikan blog ni la kunun hihihi.

Pastu dia cakap "hmm boleh tak lepas ni bila Kakak dah besar Kakak nak hp macam mama ni?"
Aku iakan aje..

Then 2 hari lepas aku buat donut. First time seumur hidup tu. Kakak as usual memang excited nak tolong aku kat dapur.

Dia tanya "mama buat donut ni tengok resepi eh?"
"Haah". Aku jawab. Aku suruh dia ambilkan hp aku nak tengok resepi tu.
"Wahhhhh bestnye! Pasni memang Kakak nak beli la hp macam mama bila Kakak dah besar :D!"

Wednesday, January 23, 2013

#WW - 3/2013

ng0meL by ummi 10 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Nak tunjuk bendalah ni.
 Comel kan? Product of Gourmet Garden.

Buat dalam tiub macam ni.. senang nak pakai.

Yang bagus, ada tanda halal dari:

Sunday, January 20, 2013

Penat tapi seronok

ng0meL by ummi 12 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Semalam dah setel majlis housewarming jiran Isabelle Is cum birthday celebration (belated) untuk our sons Adib (Is) and Afiq (me).

Huhu xde gambar langsung yang aku snap rupanya! Sedih sangat.

So ambik je la gambar budak budak tido kepenatan pagi ni...

Nanti kalau dah dapat gambar, boleh la aku share kat sini ye.

Anyway.. semalam memang happening n best. Tq tu tuan rumah Isabelle Is n husband bagi kami tumpang majlis...

Friday, January 18, 2013

Sakit telinga vs Birthday Celebration

ng0meL by ummi 8 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Minggu ni minggu malas aku rasanya. Malas segala hal nak buat termasuk urus rumah. Hahaha melampau la kan. Dah memang kerja aku surirumah sepenuh masa, ada hati nak bermalasan. Ada yang kena hantar balik Malaysia gak kang.

Lepas sob sob sedih Sabtu lepas sebab Kak Azie & Abg Azul, Adelaide Gang yang baik and agak rapat dengan kami dah balik Malaysia, di tambah dengan hujan and mendung je awal minggu buat aku letih kot. Pastu semalam and harini pulak cuaca panas balik sampai 40 degree.. memang badan ni lemah je. 

Masa ni mula la penyakit Homesick aku datang. Dah banjir 22 Meadow Ave dah semalam! Huhuhu...

Tambah pulak dengan manja aku Ahmad Afiq tu tak sihat je manjang. Dah baik ketumbit, demam pula. Sekarang selsema and batuk. Nampaknya dah berjangkit pula dengan Arissa. Huhuhu penat penat.

Oh, hihi yang sakit telinga tu aku... ntah ada jerawat kot dalam telinga ni. Takdelah dalam sangat, boleh je rasa dengan jari ni tapi sakitnya adoiiiii!

En Ahmad tu kalau bagitau benda macam ni sebok nak picit je. Pegang pun sakit, apalagi nak picit kan? Huhuhu... harapnya Sabtu ni baik la ye.
Sebabnya Sabtu ni plan nak buat besday Afiq. Kongsi dengan Adelaide Gang Isabelle Is, kebetulan dia pun nak buat housewarming merangkap besday anak bongsu dia Adib. Tumpang sekali la dengan besday AfiQ kan..
Dulu masa aku buat housewarming, kami share juge untuk celebrate  
besday anak sulung kami
Farah (aku) and Adam (Is).
Esok nak gi shopping barang sikit.. hihihi bestnya! Harap weather tak sepanas harini la ye.
Oh ya sebelum lupa, Monday aritukan besday Afiq. Alhamdulillah dah celebrate secara kecil kecilan antara kami kat rumah. Ingat nak celebrate potong potong kek n makan je tapi since ada Danish, anak Gina, yang datang rumah nak main main dengan Afiq haritu, aku pun buat la masak mee bandung sikit and jemput family Gina datang makan masa potong kek.
Happy la Afiq dapat hadiah dari Uncle Khairezan, huhu sebabnya kami pun takde beli apa untuk dia.
Happy Belated Birthday my sweet little boy! Dah 4 tahun dah anak mama ye. 

Nanti Sabtu kita celebrate lagi eh ramai ramai dengan kawan kawan Adelaide ni :D

Wednesday, January 16, 2013

#WW 2/2013

ng0meL by ummi 14 lagi tambah ng0meL Links
Salam.
Since datang Adelaide, budak budak pakai toothbrush ni. Battery operated. Comel kan? Macam Mr Bean punya, tekan, dia zett zett pusing. Bagus kot utk anak anak yg tak pandai lagi nak memberus. And in sya Allah selamat :D

Ni antara design lain yang aku jumpa masa dok google.

Harga? Mahal sikit la of course.. hihihi tapi tahan lama ok. Harga biasa $11.90 tak salah. Pernah jumpa time offer tinggal $8 something. Kalau ada time lagi murah boleh angkut banyak sekali buat stok.

#sukalifesekarangkumpulstoksajakerjanya

Monday, January 14, 2013

My Mr AfiQ Son is 4!

ng0meL by ummi 16 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Sekejap je rasa, dah 4 tahun dah umo Ahmad Afiq.
Dulu kecik je, sangat kecik.. lahir dengan berat 2.55 kg pada 14 Januari 2009..
sekarang Alhamdulillah membesar AfiQ dengan sihatnya.
AfiQ ni peel nye pelik banyak. Sangat susah nak makan. Serius tak de his favourite food! Not even nugget or fries or masakan mama (oh apakah?) .. no nothing.
Dulu masa kecik dia bulat semangat pun sebab kuat susu. Lepas je putus susu badan, dia minum susu Dugro. Minum susu je lah kerjanya. Makan pun kena paksa sampai nangis nangis meleleh air mata nak suap dia nasik!
Tapi sampai sini since aku tak kerja, banyak masa aku untuk layan dia makan and make sure dia makan. Alhamdulillah hasil paksaan demi paksaan, nampak la hasilnya sekarang ni.
Pipi tu nampak dah la layut sikit.
Mak aku tengok gambar pun dah tegur AfiQ dah nampak berisi. Alhamdulillah.. senyum lebar dah aku ni.
Tahun ni 2013 In sya Allah hujung bulan ni AfiQ akan start pergi kindy. Kalau dulu sebelum summer break AfiQ ada join trial session kat kindy tu 2,3 kali tapi en Ahmad ada teman.
Tahun ni nanti terpaksa la dia belajar berdikari kat school sendiri.
Ketumbit mata AfiQ tu alhamdulillah dah makin surut. Hari Sabtu haritu bangun pagi nampak makin bengkak mata dia. Rupanya baru keluar 'mata' kaler putih tu. Memandangkan haritu kitorang nak g airport hantar family Kak Azie balik Malaysia for good, makanya terpaksa singgah kedai beli sunglass dulu. Bukan apa, tak nak nanti kena tahan pula dengan imigresen kat airport tu.
Then jumpa lagi dengan doc Imran. Lepas dia consult gitu gini and bagitau kena bg antibiotik, balik dari airport terus en Ahmad contact doc Nizam, untuk dapatkan prescreption ubat so that boleh beli ubat di farmasi.

Hari Ahad nampak dah surut betul dah ketumbit tu. Alhamdulillah..
So untuk AfiQ kali ni kami pun tak sure lagi nak celebrate bila and macammana. Ingat nak celebrate antara kami je tapi bila fikir time Kakak last year kami buat majlis and jemput jiran jiran, rasa macam nak juge buat walaupun secara kecilan je.
Tengoklah macammana nanti :-).
Apapun harapan aku semoga AfiQ membesar jadi insan yang soleh dan bertanggungjawab.
Dikurniakan kesihatan yang baik dan makin baik in sya Allah. Aminnn.

Campbelltown Toy Library

ng0meL by ummi 10 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Harini sepagi Adelaide hujan. Sejuknya musim panassss! Bagun pagi pun sayup (lewat) sedap tido. Eh.. op kos la tido balik lepas Subuh. Sini Subuh koi 4.30 pagi. Sementara nak tunggu cerah, harus tertido balik kan.

Dah bangun lewat aku pun buat la nasi lemak boleh cover breakfast and lunch sekali. En Ahmad asyik tengok weather forecast je sebab semalam janji harini nak bawa jalan. Kalau hujan je nak jalan kemana kan? Huhuhu... monyok je la mak budak ni harini kalau tak jadi jalan.

Dah siap makan, masing masing pun layan je ipad dengan hp. Aku dah tak bersuara dah. Majuk. Huhuk. Then baru en Ahmad cakap after Zohor nak ajak gi library. Wahhh bestnye! Library pun library la janji boleh kuar umah kan. AfiQ pun dah sihat nampaknya arini.

Lagipun, library kat sini sungguh tidak seperti library di Malaysia (setahu aku la) sebabnya selain ada tempat special untuk kids buat onar (selalu kan library kena shhhhhhhh), ada toy library kat sini!
Kat sini boleh je jadi ahli and tak payah bayar yuran pun untuk pinjam buku. Buku boleh pinjam as much as 100 buah buku sekali pinjam selama sebulan. Banyak kemudahan kat situ yang aku tak snap snap sebabnya memang masuk library, terus je ke kids zone ni.
Kat kids zone ni budak budak bebas nak main ke, nak read books ke. Aku tak sure perlu pengawasan parents ke tak, tapi aku jaga je budak bertiga ni.

Lagipun tengok other parents pun sama tengokkan anak masing masing. And ada hari (aku tak ingat) yang ada story telling and aktiviti yang diorang organize untuk kids yang datang kat situ.
Macam aku cakap tadi, special nya library ni ialah diorang ada toy library.  
Yes, boleh PINJAM  mainan
Dari toys untuk baby,sampai la untuk kids yang besar.
Even ada juga jigsaw puzzles untuk adults!
Yuran kena bayar AUD21 untuk setahun merangkumi satu family. Tak kisahla family of three ke, of twelve ke.. bayaran sama.
Apa lagi kan, isi je borang, dapat kad.
en Ahmad buat satu untuk the whole family, dua lagi special untuk Kakak and AfiQ.
Toys boleh pinjam 5 barang sekali pinjam selama 2 minggu.
Si Arissa ni tak nak lepas kereta ni. Siap kalau budak lain naik, dia pot pet pot pet ngadu cakap dia punya. Tapi pastu dia bagi la diorang naik sebab dah cakap "bukan Cha punye".
Haaa rambang mata nak pilih toys!
Tapi masa tu ada mainan yang aku tengok parents lain datang pulangkan pun best best juge. Tapi tak pelah, lain kali boleh ambil lagi kan.

Tak dapat nak snap gambar proses meminjam sebabnya Arissa dan merengek nak susu. Aku bantai je bf kat situ hihihi.
So barang yang kita pinjam di suggest kita check dulu. Kalau yang kecik kecik and perlu di kira, better kira. Manalah tahu ada yang tak cukup nanti susah pula nak kena ganti. Tapi kalau kecik sangat and banyak macam jigsaw puzzles yang ada 1000 pcs tu, larat nak kire kat situ kan, so boleh je bawa balik dulu and kira dalam masa 24 jam boleh call diorang kalau ada yang missing. So kalau nak datang tukar balik, no prob!

Pilih punya pilih, sekali tak muat kereta! Hahaha tu la nak menan yang super besar, rumah la, kereta la, semua nak ngankot. Mentang mentang la free!
Last2 pilih je yang kecik kecik dulu. Lagi 2 weeks kita pulangkan yang ni, boleh je ambil yang lain.
Haa ni contoh packing die kalau yang ada banyak barang kecik kecik.
Selain dapat mainan, boleh je ajar diorang maths, kira toys yang ada and sekaligus ajar diorang mengemas balik toys tu lepas main.
Bagus kan?
Pasni boleh dah jimat duit nak beli toy diorang. Rumah pun tak penuh barang. Yang penting pandai jaga la. Kang hilang jenoh lak nak ganti huhuhu.

Saturday, January 12, 2013

Ketumbit pulak

ng0meL by ummi 17 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Huhuh gagah nak type entry ni walaupon dah tengah malam and esok kena bangun awal pagi.

Ni gara gara Hensem Mama Mr AfiQ Son jadi ketumbit pulak kat mata kanan dia. Huhuhu sedih.. kurang sikit dah hensem tu.

Mulanya aku memang biar saja. Aku fikir there's nothing to worry since bila tanya sakit ke, gatal ke, ok ke, dia jawab "taklah, Afiq ok je, mama" sweet la mamat ni ekekeke.

Tapi dah sampai malam ni risau pula tengok. Bukan apa, memang dia ok je, takde nampak garu garu ke, macam gatal ke, merungut ke, memang dia tak usik langsung mata tu. Cumanya ye lah, melampau juge kalau as parents kami tak peduli langsung kan.

Teringat juge petua mak dulu, kalau ketumbit sapu kapur makan sebab kapur makan kan panas, bagi cepat kecut. Tapi since kat sini susah nak cari kapur makan, aku diamkan je dengan harapan esok okla tu. En Ahmad pula cakap kalau ada macam nanah ke dia nak picitkan aje. Huhu sakit kot kan.

Tadi masa kat rumah Kak Surah ada tanyakan Dr Imran (one of the Adelaide Gang yang buat PHD kat sini). Well since dah jumpe doc kan. Dia suggest tekapkan mata dengan kain lembab yang bersih. And dia ada ambil gambar mata AfiQ and promise akan try tanya kawan kawan dia nanti whether perlu tak dapatlkan rawatan lanjut kat klinik.

Masa borak borak pula, ada juge kawan bagi petua sapukan bawang putih. Yes, bawang putih pun 'panas' juge and pernah dengar juge petua tu.

Bila balik dari rumah Kak Surah malam ni, dah setelkan anak anak and en Ahmad, baru teringat nak google. Aku biasa la, suke tanya pokcik angkat aku ni apa apa hal.

Mula2 dari blog hans. Dia yg ketumbit and minta pengomen bagi petua untuk dikongsi. Yes, ada petua pasal bawang putih tu. 

Terus aku gi dapo penyetkan seketul bawang putih and letak kat mata AfiQ (gosok sikit la). Tapi dia tak selesa kot, gerak gerak. Aku risau kalau dia gerak melampau kacau pula si Arissa tido. Habis aku tak boleh buat apa nanti. So aku tukar plan. Cuba petua lain pula.

Ambil air suam and try nak tuam mata afiq. Pun dia gerak gerak. Of course la kan..  hahaha kalau aku ntah dah bangun bersilat!

Last last aku buka laptop and update blog pasal ni. Hahahahaha.

Esok la eh tengok balik mata AfiQ tu. So far aku akan pakai petua selawat kat mata dia dulu. Ikhtiar.. harapnya doa mak ni mujarab. Aminnn.

Sebelum tu, meh la aku share sikit apa lagi aku jumpa kat pokcik google aku neh. Copy n Paste dari Pusat Pakar Mata ACS

Ketumbit Mata (Chalazion)

Apakah Ketumbit (Chalazion)?

Ianya sejenis pertumbuhan in kelopak mata atas atau bawah disebabkan oleh penyumbatan kelenjar minyak.

Kenapa seseorang sering mengalami ketumbit?

Ini biasa disebabkan oleh kekotoran di kelopak mata atau kelimumur di kelopak mata

Bagaimana keadaan ini dirawati?

25% hilang dengan sendirinya. Kerana ketumbit berasal di bawah kulit, mengunakan ubat titis sahaja, kadang-kadang tidak akan merawat ketumbit dengan sepenuhnya.

Cubalah ini:

Ambil tuala yang telah direndam dalam air panas (janganlah terlalu panas supaya tidak membakarkan kulit) dan letakkannya atas ketumbit itu. Urutkannya dengan tekanan yang ringan supaya kelenjar boleh melepaskan minyak. Ini boleh dilakukan empat kali sehari.
Jikalau, ketumbit ini tidak hilang atau terjadi balik, dapatkan rawatan daripada pakar mata. Pakar mata kadang-kadang perlu melakukan pembedahan yang kecil and memberikan anda antibiotik and ubat yang lain.

Friday, January 11, 2013

Jom jengok toilet cantik ;-)

ng0meL by ummi 18 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Lepas dah mengemas, memberus, menggosok dan menyental rumah aritu untuk inspection, terasa nak share dengan u all wash room rumah kami kat sini.

Aduh, is it tak senonoh? Tak kot kan sebab kalau tengok gambar toilet hotel yang cantik cantik boleh je kan? Ni pun cantik juge ;-)
Pintu masuk toilet
Siap gantung gambau. Landlord punye kerja..

Taraa.. lain rumah lain design. Tapi most of it ada bath tub and tak de paip air hokkey. Kitorang punya bilik air ni bagi aku sangat besar. Lantai toilet biase kering je unless... ada budak2 buat onar main siram2 air keluar dari bath tub!
Ni shower room. Macam kat otel kan? Oklah.. material corak pintu n dinding dia tak seksa sangat. Pandai cover. Ada yang memang clear cermin boleh nampak luar dalam. Erk.

 Bath tub ni macam kat hotel la. Seronok budak budak bertiga main dalam ni. Aku belum ada time nak berendam lagi sebabnya.. huhuhu sapa nak tolong tengokkan diorang kalau aku berendam? Takpelah.. shower pun dah enough. Lagipun tak baik lepak lama lama dalam bilik air kan?

Aku suke cermin tu. Puas hati nak belek itu ini sebab besau. Tapi tak banyak barang pun sebab tak kuase nak lepak mekap bagai dalam ni. Sejuk je walaupun panas summer kat luar tu sampai 40 degree.

Perasan lampu atas sink tu? Tu bukan lampu bilik tau. Tu heater. Bila winter, lepas mandi boleh la pasang ni untuk panaskan badan balik. Sejuk ooo time winter kalau dalam bilik air!

And last nak share.. elephant comei ni. Ni actually watering can, yang siram pokok bunga tu. Memandangkan kat sini takde paip air nak siram after tunai hajat, makanya terpaksa lah pakai yang ni. Oh ya, bukan tak nak guna cebok or gayung macam kat Malaysia nun, tapi memang dah carik tak jumpe. Maklumla mat saleh ni kan just finish it with tissue paper!

0key2 tu je nak share arini. Sebab memang lain dari kita kat Malaysia kan?

Thursday, January 10, 2013

Hidung berdarah

ng0meL by ummi 9 lagi tambah ng0meL Links
Salam.
Dua tiga hari lepas hidung en Ahmad berdarah time bangun tido. 2 hari berturut. Quite banyak juge. Jenuh aku basuh cadar, sarung bantal, baju, seluar. Hari first tu Afiq pun berdarah hidung juge. Panas sangat masa tu. Membahang je. Malam tu tido pakai kipas je, tak buka aircond sebab memang selalu aircond buka sekejap untuk sejukkan bilik, then tutup. Mahal kan bil letrik kat sini sampai ratus ratus dolar tau. Kali duit RM mau dekat seribu. Tapi hehehe bil 3 bulan sekali la. Tapi still mahal ok!

Hari first tu (Isnin), mula en Ahmad kejut aku bagitau hidung berdarah. Time tu aku panik sikit - tanya nak buat macam mana. En Ahmad cakap ambil ais or botol air sejuk nak tuam. Ok.

Pastu terus aku google la macam mana nak buat. Banyak juge aku baca tapi basicnya sama je.

Lepas en Ahmad gi kerja pagi tu aku sambung tido balik. Letih badan sebab panas jadi aku tak boleh tido nyenyak apa lagi dok tengok juge budak budak ni pun resah je tidonya.

Siangnya tetiba AfiQ kejut aku. Cool je kejut bagitau ada 'hingus'. Tengok tengok dah meleleh kat idung, baju and banyaknye kat cadar! Sebab dia sangat relax, aku pun takla panik. Kalau Kakak tu harusla dah meraung semua orang huhu. Aku suruh duduk and picit idung sambil bernafas ikut mulut. Banyak oiii darahnya! Tak lama lepas tu Alhamdulillah dah ok.

So ni aku share apa yang aku dapat dari wikipedia ye.

Hidung berdarah.
Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan.Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.

Punca
Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:
. Selsema
. Suhu dalam badan terlalu tinggi
. Alahan
. Menghembus nafas terlalu kuat
. Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan

Jenis-jenis
Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti.
 
Terdapat dua jenis hidung berdarah:
1) Hidung berdarah dari depan -
Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.

2) Hidung berdarah dari belakang -
Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun.

Cara merawat
1) Hentikan hidung berdarah dengan cara:
. Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut.
. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
. Jangan baring.
. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
. Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
. Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.

2) Cegah hidung daripada berdarah semula:
. Jangan menghembus hidung.
. Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.

3) Berjumpa doktor:
. Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
. Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
. Berasa hendak pitam atau pengsan.

Wednesday, January 9, 2013

Inspection again!

ng0meL by ummi 12 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Dapat surat dari agen rumah sewa.

Periodic Inspection.
Comel tak, atention pada our fathers - Muzakir & Md Sabri!

So semalam and harini sibuk operasi rumah untuk agen datang check rumah

Oh, untuk pengetahuan kami kat sini sewa rumah melalui agen. Means segala urusan rumah kami deal dengan company, bukan tuan rumah (Landlord) sendiri.
So kalau ada apa nak komplen, hanya berurusan melalui agen rumah ni walaupun sekadar paip bocor or engsel pintu tercabut. Bagusnya sistem ni, tuan rumah just relax dapat bayaran tiap bulan (of course ada fee utk agen buat kerja juge kan) tapi at least rumah kita terjaga. And agen memang very strict.
Diorang akan buat inspection ke rumah sewa 3 bulan sekali. Means kali ni our second time kena inspection. Last time is in Oktober last year kalau tak salah.

Mostly kalau kat Malaysia (kami sendiri praktik) kita sewa rumah daripada tuan rumah sendiri. Direct. Mudah. Konon. Eh?
Sekarang baru terfikir; macam manalah keadaan rumah kami nanti bila balik Malaysia untuk settle down after bertahun sewakan tanpa jengok eh?

Untuk inspection ni, diorang memang bagi inspection guide untuk kita wat checklist. Takde benda sangat, just make sure rumah bersih, barang Landlord terjaga, carpet takde stain, kitchen clean, tingkap tak berabok, lawns bersih and terjaga. Basic je la.

Masa first time dulu memang risau sangatlah bila ada yang cerita agen ni (bergantung pada company mana Landlore hire) ada yang check detail sampai habuk atas almari, atas palang curtain pun check. Apalagi, kami pun beria cuci, lap, sental, sampai minta tolong jiran la! Hahaha.

Tapi bila datangnye.. aduhai, tengok gitu gitu, done. Mungkin sebab barang pun tak banyak, and rumah kami pun memang dah di prepare sebaiknya untuk kelihatan as new masa tu. Makanya sekali imbas dah ok la kot. Alhamdulillah

Kali ni hopefully pun sama. Barang ada lah bertambah sikit dari dulu tapi In sya Allah tak menjejaskan rupa paras asal rumah.

Yang nak risaunye dapur masak. Yelah, hari hari guna kan. Dah la cara kita masak banyak minyak. Semalam dah operasi and keluarkan mana nak sental. Haritu dah berkilat dah, ni hitam balik.
Yang 'ring' tu kami rendam dalam cecair ammonia semalaman. Petang ni dah boleh tengok hasil.

Ni minyak yang celah celah ring tu. Dah sental dengan bantuan magic span! Hahaha... nanti rajin aku share bab sental sental ni eyh. Seriously, bukan senang nak tanggal kalau takat sental biasa tau. Nak guna ammonia tu pulak kang tak terdaya nak bau masakan lepas ni huhu.

Inspection yang lepas dah berkilat dapurku sampai sanggup gantung periuk satu hari tak masak. Tapi agen tu tak jengok pun. Agaknya dari jauh dah nampak berkilat bersinar sinar kot hihihi. Tak payah gi jengok dekat dekat.

Harini nak operasi carpet pula. Rumah ni penuh dengan carpet. Carpet yang lekat kat lantai macam kat opis tu ye. So kalau ada stain memang kena sental kat situ juga, tapi make sure tak basah. Sebabnye tak de boleh angkot jemur kat luar huhu.

Oklah, mau sambung tido masak. Pagi ni as usual Kakak ada kelas agama. Isi masa cuti sekolah :-). So nak prepare bekal.

Sunday, January 6, 2013

Organize Bahan Mentah

ng0meL by ummi 19 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Kat Adelaide ni kami biasa beli bahan mentah dalam kuantiti yang banyak. Sebabnya kedai sangat jauh dari rumah dan memang tak ada langsung kedai runcit yang bedekatan.

Sebab tu rasanya hampir setiap rumah yang aku tengok di sini ada almari simpanan bahan kering 

dan juge freezer untuk simpan bahan basah. Freezer ni special sebab ada siap 'drawer' umtuk mudahkan simpanan.

Jadi bila dah beli banyak banyak stok ayam/daging  sampai berkilo kilo tu, ada pulak cara nak menyimpannya supaya senang untuk kegunaan lepas tu.

Lepas cuci, agihkan ikut jenis dan kuantiti untuk dimasak.
Tapi instead of guna tapawe untuk menyimpan, kami gunakan freezer bag atau sandwich bag. Lebih practikal n jimat ruang rasanya memandangkan peti freezer tu tidaklah sebesar peti di kedai makan hohoho.

Ayam/daging yang di marinate dibungkus asing ikut kuantiti untuk di masak. Jenis marinate pun lain lain la tukar selera kan.

Yang tak nak merinate pun ada, just bungkus ikut kuantiti je.

Pastu susun je dalam freezer tu. Senang kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog