Tuesday, November 19, 2013

Our Visitor in Adelaide

ng0meL by ummi
As Salam.

Masuk bulan November 2013 ni bermaksud kami dah berada di bumi Adelaide ni lebih kurang 16 bulan atau setahun 4 bulan. Tinggal lagi lebih kurang 7 atau 8 bulan lagi untuk kami enjoy apa yang ada di Adelaide ni.

Haha enjoy ke? Takdelah enjoy sangat pun sebenarnya. So far kami tak banyak sangat pun jalan-jalan jauh and nak ikutkan banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami tak pergi. Tapi so far kami sekeluarga ok je and happy dengan life sederhana kami di Adelaide.

Masa Hari Raya Aidilfitria ritu kami sekeluarga tak balik Malaysia pun. Satu, sebab cost nak pergi balik bagi kami 5 beranak dah berapa kan. Dua, dan yang paling penting ialah adik ipar aku yang bongsu (Cik Ika) dan dua anak saudara en Ahmad, Afiqah dan Lis (both anak cousin En Ahmad tapi lain parents) nak datang beraya dengan kami! Seronok bukan main sebabnya kali ni kami bukan saja beraya di perantauan, malah kami beraya di atas gunung sambil main snow! Rare tak? Hahahahaha... memang tak di buat orang la kot eyh.

So sehari sebelum hari raya Aidilfitri haritu, kami sekeluarga bergerak ke Melbourne. Diorang ambil tiket MAS dan turun kat Melbourne sebab masa tu Air Asia X belum berkhidmat kat Adelaide ni.

Kami jalan-jalan kat Melbourne 3 hari then gerak balik Adelaide since the Girls stay Australia selama seminggu. InsyaAllah trip ke Melbourne akan aku karang slow2 ye. Then sambung jalan-jalan kat Adelaide pulak. Memang sangat tak cukup masa rasanya sebab perjalanan Melbourne-Adelaide dah ambil masa dekat 1 hari!  Lepas tu diorang naik flight balik ke Melbourne and balik ke Malaysia. Huhuhu budak-budak ni memang terasa betul lah takde Cik Ika and Kakak-kakak tu lagi. Rindu nak balik Malaysia..

Then baru seminggu lepas Cik Ida (kakak pada Cik Ika hehehe) and husband lak datang melawat. Happy sangat la budak-budak ni. Lepas rindu sangat rasanya. Kali ni kami tak pergi la tempat lain, just jalan-jalan sekitar Adelaide and naik Adelaide Hills je. Tu pun masih rasa tak cukup masa seminggu untuk layan diorang kat sini. Jalan-jalan dengan diorang pun nanti aku update kat sini ye.

Thank You Cik Ida and Uncle Hafiz rajin sangat layan budak bertiga ni. Hope sangat next year before kami balik semua orang dapat datang lagi sekali ye tolong packing, then kita gi holiday!



0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog