Wednesday, November 27, 2013

Cupcake Minions jadi M&M's

ng0meL by ummi
As salam.

Haritu haritu haritu haritu kan, tengah bersantai dengan en Ahmad borak borak kat dapur, tetiba Afiq datang cakap nak cupcake banana. Afiq ni fussy banyak bab makan, so kalau dia minta something memang kami akan sangat sangat concern and akan try hard untuk full fill kan. Errr minta something tu specific on food la, minta lain tak kose nak try hard hehe.

Cumanya kadang kadang permintaan tu perlu di kaji juga dulu. Kang dah siap bendanya then dia cakap bukan yang tu memang la istigfar panjang mama dia ni hahaha.

So aku tanya balik. Sebabnyaaaaa cupcake memang his favourite tapi either coklat or kena topping coklat atau at least sprinkle colourful atas kek tu baru dia makan betul. Ini kalau cupcake banana yang lenyek banana tu.. harusla dia kata eeyekk walaupun hakikatnya the only buah yang dia makan atau boleh masuk tekak dia ialah banana! Dah pernah buat dulu, tu yang curious dengan permintaan ni.

Selidik punya selidik rupanya baru lepas tengok you tube 'how to make MINIONS Cupcake'! Memang boleh kan??? Hehehe Afiq memang panggil budak budak minions tu banana. Haruuuu. Jenuh la mama nak godek godek nak buat icing bagai nak oiii. Seumur idup tak pernah ku buat. Huhuhu.

Tapi takkan tak buat kan? Anak mintak nak makan kot. Huhuhu gigih la mama ni cari idea nak buat yang mudah, cepat and ikut selera anak boy sorang ni. Time dia minta pun tak kena. Baru lepas lunch kot. Haih. Malas ceq nak baking baking renyah renyah ni. Malasnya bab nak mengemas mencuci lepas kejadian tu sebenarnya ngeee.

En Ahmad pun berkerut je bila aku cakap "ok, mama buat". Hahahahaha. Teruk kan? Dia pun tak caya je aku NAK and BOLEH buat. Selalu bab bab gini bini malas! Hehehe.

Aku teringat resepi cupcake simple gile aku ambil dari satu magazine masa kat klinik check up budak budak ni aritu. So simple and bahan pun memang sedia ada. Cumanya nak decorate nanti kena kretif la sebab resepi ni ala ala basic cup cake je pun. Aku yakin Afiq nanti makan je. Kalau dia tak makan, hehehe harusla ayah diorang yang kena habiskan. Kalau tak, aku merajuk. Hahaha.

So masa prepare tu aku bagi je Afiq and Chaa join skali. Bukan main hepi lagi diorang. Sebab selalunya aku memang tak bagi langsung diorang tolong tolong aku buat kerja kat dapur ni.
Bila dah siap batter, diorang tolong aturkan acuan cupcake. Suke diorang sebab aku pakai acuan silicon kaler kaler. Senang gile pakai acuan ni sebab tak melekat, senang nak makan nanti.
Sebab adunan ni plain, aku minta diorang letak m&m's buat hiasan atas cupcake tu. Dalam resepi takde, saje aku nak bagi diorang hepi je pun. Lagipun memang sebenarnya aku tak kose dah nak buat icing bagai.

Hasilnya... taraaaaaa. Memang unexpected! Suke diorang makan panas panas. Sedap pun sedap.
Ni aku share resepi ok. Panjang no cerita mukaddimah nak bagi resepi ni eyh hehehe. Ampunnn.

MIX CUPCAKE
. 125g softened butter
. 2 tsp vanilla essence
. 3/4 cup caster sugar
. 2 large eggs
. 1 1/2 cups sifted self-raising flour
. 2/3 cup milk

1. Beat all in large electric mixer bowl for 2-3 minutes until pale and creamy
2. Spoon mixture in muffin cases
3. Bake in a 180C for 15 minutes
4. Cool on top with favourite icing

* step 2 tu aku letak siap-siap m&m's dalam 3-4 biji utk satu cup.

2 lagi tambah ng0meL:

* OZIE MAHSA on November 27, 2013 said...

rajinnya.....orang yang buat cup cake ni...hehee
budak budak memang suka sangat kalau macamni...

Rajkot on May 26, 2015 said...

Hey, I'm sharing Asia's first golfing website.
Veneers And Laminates in gujarat

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog