Wednesday, February 27, 2013

The story of hari Ahad

ng0meL by ummi
Salam.
 
Panas betul aku rasa malam Ahad lepas. Tambah dengan sakit tekak, sakit badan.. agaknya lama sangat kat luar dalam cuaca panas petang tu. Aku ni bajet puteri lilin huhu tak boleh panas sikit mula la rasa sakit kepala la, tak sedap badan la. Mood pun semacam je.

Tengahari, kami ke Toy Library. Dah time pulangkan toys yang dipinjam last two weeks n pilih toys baru. Macam tu la rutin hari Ahad kami kat Adelaide, tak macam most families yang lagi suke buat lawatan ke Sunday Market. 

Bukannya apa, nak ke Sunday Market tu memang best tapi nak ngangkot budak budak ni naik kereta pagi pagi tu yang letih. Banyak nak kena ready. Maklumla.. anak ramai. Tambah pula dengan cuaca panas ni, duduk dalam kereta rasa macam duduk dalam oven je. Almaklumla.. kereta kami kat sini beli murah je jadi aircond pun tarak huhuhu.

Oleh kerana hari Ahad Library buka pukul 1 tengahari makanya pagi kami layan anak anak dengan buku. Alhamdulillah, Afiq and Arissa ada mengikut jejak Kakak yang suka buku. Bangun pagi je mesti capai buku. Tapi biasala.. tv and ipad ngadap juge, mana boleh tinggal.

Plannya sebelah petang kami nak ke city, saja bawa anak anak tengok orang. Paling kurang pun gi lepak kat park. Tapi fikir juge cuaca panas ni. Sudahnya mau hari Ahad kami habis dengan aktiviti menyusun katalog je!

Then just sebelum gerak ke library, jiran call remind pasal jemputan kenduri kesyukuran, birthday, farewell and aqiqah anak anak di Adelaide ni. Yes, 4 in 1.. tu yang buat dekat park. Jemputan pun ramai sangat. Tapi seriously, betul betul aku lupa ada terbaca jemputan tu kat fb and en Ahmad pula memang no idea sebab tak buka fb dia. Mujur jiran baik hati call remind and ajak konvoi sekali memandangkan tempat nak pergi tu agak jauh and kami pun tak biasa.

Pukul 1 kami gerak ke library. Spent time kat situ sekejap sebelum gerak ke tempat kenduri. Masa kat library anak anak as usual memang teruja main macam macam sambil memilih apa barang pula nak bawa balik harini.
Arissa memang dah bagitau awal dia nak slide. Tengok gaya pun dah dapat agak. Tapi slide ni tak boleh la angkat time tu sebab tak muat kereta. Booking dulu, esok boleh ambil! Tapi surprise la untuk dia hihihi. Sementara tu cari toys lain yang muat kereta.

Abang nampaknya berkenan mesin rumput 'uncle khairezan' ni. Dulu masa kitorang sampai and transit kat rumah gina, ada satu hari husband gina keluarkan mesin rumput sebab rumah diorang time tu nak inspection. Afiq memang sangat suka barang barang macam tu. Dah lama la mengidam tu, harini jumpa terus tak lepas!
Kakak jumpa schoolmate dia, Annabeth. Diaorang pun rajin datang sini. Kata mak Anna, nak beli tak mampu jadi pinjam sajalah... yes, agreed. Afterall beli banyak banyak pun bukannya semua nak bawa balik kan. Buat penuh ruang je huhuk. Pastu mama juge nak mengemas kan...
Then sempat lagi en Ahmad pinjam a few books untuk diorang. Buku kat rumah dah almost abis Kakak khatam. Lagipun aku memang nak carikan buku pasal school, nak bagi Afiq lagi minat nak ke school hehehe.
Alhamdulillah jumpe yang sesuai sangat sangat!

Balik dari library, kami singgah beli buah tangan untuk bawa ke kenduri nanti. Maaf la, memang tak sempat nak prepare apa apa kueh pun, plus malassss sama. Makanya beli buah je la ye tanda ingatan :-).

Masa dalam kereta memang terasa sangat bahang panas Summer ni. Arissa pun dah start mengamuk nak bf. Ngantuk sama tu. Kesian sangat tengok pipi diorang bertiga merah sangat macam kena bakar. Aku sendiri rasa perit. Ikukan hati nak je ajak en Ahmad balik rumah tapi memandangkan ada jemputan, maka gagah juge la kitorang ikut konvoi ke park tu. Alhamdulillah dalam nangis nangis tu Arissa tertido.

Sampai je kat memang mood aku tak berapa nak ada. Panas buat aku pening and tekak rasa perit. So aku tak jamah pun nasi. Cuma minum air, makan banyak tembikai and anggur and ambik 2 ketul ayam. Lagipun aku tak makan kambing. Tekak memang tak boleh masuk.

Arissa and Kakak pun tak nak makan. So makan la kami buah buahan sampai kenyang hahaha. Yang selera makan en Ahmad, and Afiq of course have too kalau duduk dengan ayahnya muehehehe. Cuma... memang panas la aku rasa..nak layan anak anak main pun aku tak larat. Nak duduk join bersembang pun aku takde mood.
Sampai la aku kesian sangat tengok Kakak tak senang duduk. Kesian dia takde kawan. Yang ada memang ramai, tapi Kakak ni ikut aku la.. susah nak make friends. Berkepit je dengan mak. Last last bila tengok redup sikit, aku layan juge Kakak and Arissa main slide. Kat situ ada shades. Tu pun kaki rasa macam nak duduk je. Cuma aku tak harap si Arissa dok bergayut kat slide tu. Haish. Budak lain aku tengok tak buat pun macam tu. Dia ni... aktif! Alhamdulillah.. hihihi. Then, Afiq pun join main sama. Dapat la naik seround dua. Nampak dia ketawa hepi.. ok la tu. Jom balik.. mama dah nak meletup dah ni.

Sampai rumah, solat.. aku terus flat. Tapi tak boleh nak rehat pun sebab anak anak bantai main mainan yang pinjam kat library tadi. Sambil tu aku suapkan diorang mee goreng balance pagi tadi. Alhamdulillah.. at least ada yang masuk perut. Then, tido awal ok. Esoknya Kakak dah nak school.

Tapi malam tu pun aku takleh tido. Sakit kepala, sakit badan, sakit tekak semua ada. Last last rasanya dekat pukul 4 jugak baru aku tertido... huhuhu. Mujur paginya bangun dah ok.

6 lagi tambah ng0meL:

Kniedaz on February 27, 2013 said...

ada toys library? bagus juga ya...tak payah beli

Mixed-family in da house.... on February 27, 2013 said...

bestnyer boleh pinjam toys....

izan mama mia on February 27, 2013 said...

samalah..saya kalau kena panas mmg mood hilang,..hiihhi...

me shuhada on February 27, 2013 said...

Haah tu la. Mmg utg bnyk. Sambil tu boleh ajar ank2 lps main simpan n kemas so that xde yg hilang bila nk hntr nanti :-)

me shuhada on February 27, 2013 said...

Best3. Selamat poket mak ayah kan

me shuhada on February 27, 2013 said...

Itulah pasal... bkn je mood ilang, nk hangin pun ada huhuhu

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog