Wednesday, February 6, 2013

Laksam Kola Kedah

ng0meL by ummi

Salam.

Aku ni suka sangat makan laksam. Dulu masa kecik boleh kata asal petang je kayuh basikal ramai ramai gi rumah Mak Siah. Mak Siah jual laksa dan laksam kat rumah dia. So kira kami ni  kecik kecik dah makan kedai! Tukar tukar la menu. Harini laksa esok laksam pulak. Kena pulak dengan ayaq merah (sirap), memang terbaik.

Dulu aku tanya jugak mak asyik buat laksa ja, awat tak buat laksam. Rasanya lebih kurang ja pon. Cuma 'mee' nya je lain kot. Mak cakap laksam tu kena 'lengat' jadi renyah sikit nak buat. Laksa pakai celoq (rebus sekejap dengan air panas) ja.

Aku yang 'laeh' ni pun fikir... susah la ye nak buat laksam tu. Nak lengat bagai. Sebenarnya aku tak tau yang lengat tu maknanya kukus. Makanya kalau teringin, aku beli je la.

Lagipun bagi aku Laksam Kola (Kuala) Kedah adalah yang terrrrbaikkkk :D
Memang dah cuba Laksam negeri lain, or tempat lain.. still tak sama. Mungkin air tangan juge memainkan peranan juge aku rasa.

So setelah aku berjaya membuat Laksa Kola Kedah menggunakan ikan tuna dalam tin di Adelaide ni, (berjaya adalah berpandukan atas permintaan kerap dari en Ahmad since percubaan pertama dulu) adalah tiba masanya untuk aku cuba buat Laksam pula.

Laksam yang aku pernah makan kat Adelaide ni ialah laksam kak Azie. Tapi laksam dia laksam kelantan dan di pun dah selamat balik Malaysia. So nak tak nak memang kena juge aku belajar buat laksam ni. Tambah pulak dua tiga hari lepas member sekampung aku yang dok kat Doha, Qatar nun post kat fb dia buat Laksam Utara. Ohhh mestila aku pun kena cuba ni. Mintak resepi sikitttt...

So makanya dipendekkan cerita... nah... siap sudah Laksam-Kola-tak-Kola-sangat-la dari aku. Percubaan pertama ni.. laksamnya tebai banget. Tapi aku puas hati dengan kuah yang aku buat. Pakai campak campak agak agak je pun tapi Alhamdulillah.. sedap dap dap!

Jemput semua... :D

12 lagi tambah ng0meL:

✿A I N A A✿ on February 07, 2013 said...

sedapnyaaa laksam.. samalah macam ena kak, ena pun minat sangat2 laksam... dan ena suka kuah lebih byk dari mee laksam... huuuu

Kniedaz on February 07, 2013 said...

saya tak suka laksa/laksam...tapi bila kawin ngan orang utara ni kena belajar makan...sampai sekarang makan laksa hanya boleh pi tiga pat sudu je..huhu

Rai Ourkizuna on February 07, 2013 said...

oo..kedah ada laksam jugak eh..kalau laksa saya suka laksa utara ngan johor.. laksam tu penah makan yang kelantan je..

norhidana miswan on February 07, 2013 said...

bile duk berjauhan dr thn air nih mmg kene belajar bt sndiri kan... tgk jd je laksam akak tu... msti sedap kan

Fieda Rafli on February 07, 2013 said...

laksam mmg best..

me shuhada on February 08, 2013 said...

Emmm best kan? Hihi klu mkn sndiri mmg banjir, tp ni nk tunjuk isi laksam tu makanya kuah pakai taruk atas sjlah hahaha

me shuhada on February 08, 2013 said...

Ooo ye ke? Hmm lain2 tekak kan. Maybe kena buat sndiri baru best nk mkn kot?

me shuhada on February 08, 2013 said...

Itulah.. biasa laksa kelantan mmg femes. Xbnyk beza cuma laksam utara kuahnya pedas

me shuhada on February 08, 2013 said...

Uiiii sedap la.. hahaha. Boleh la.. yelah nk wat mcmmn kn.. nk mkn punya psl

me shuhada on February 08, 2013 said...

Best best best!

isabelle frankly on February 08, 2013 said...

hang boh koala tak dlm ingredients laksa kola kedah n?

me shuhada on February 08, 2013 said...

Xboh tp aku guna koala tu tlg2 aku kt dapo time msk.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog