Tuesday, January 1, 2013

TEFAL ActiFry

ng0meL by ummi
Salam.

Wahh dah masuk tahun baru ye. Sekejap je rasa. Dah setengah tahun kami kat Adelaide ni. InsyaAllah ada lagi satu setengah tahun kami kat sini.

Nak cerita ni. Weeeee! Sonoknya dapat barang baru. Hahaha sila jangan tanya ni hadiah bestday yang ke berapa atau untuk tahun bila in advance! Macam ni la kami. Nak beli apa apa tak payah tunggu special day. Ada rezeki lebih sikit, beli. Kalau takde, dok dendiam.

Memandangkan makanan ruji breakfast kami anak beranak adalah fries and naget, makanaya aku dengan en Ahmad dok risau juge penggunaan minyak yang banyak untuk menggoreng. Tu pun recycle 2,3 kali juge before buang. Bayangkan juge banyak mana kolestrol yang kami ternak hari hari.

Mulanya plan nak beli deep fryer. Yang tu la yang paling sesuai untuk goreng fries kan? Dari masa kat Malaysia dulu dok nak beli tapi teragak agak memandangkan faktor harga dan berbaloi ke sampai nak kena beli mendalah tu! Mungkin kalau setakat blender or toaster boleh kot cari yang murah murah. Tapi kalau deep fryer, better alah membeli menang memakai kan. Ni kalau pakai sekejap je buat hal, nanges.
Oleh kerana faktor faktor tersebut, makanya kami kuburkan je niat nak beli deep fryer.

Tapi since duduk kat Adelaide ni, kitorang found out barang elektrik yang mahal and tak mampu kami beli masa kat Malaysia dulu macam ok je rega dia kat sini. Betul la harga belum convert. Tapi serius, even kalau convert pun kat Malaysia masih harganya kami rasa tak berbaloi nak beli. Maklumlah, tanggungan ramai hehehe.

Fikir punya fikir, kitorang akhirnya decide untuk TAK BELI deep fryer tapi kami nak beli ActiFry! Haaa... apa mende pulak ActiFry ni kan?



Menurut review, its allows you to cook enough chips to feed a family of four with just one spoonful of oil and only 3% fat! Ok, family of four ialah untuk kapacity 1kg fries. Ada yang 1.2kg and 1.5kg. Kami decide untuk kami cukupla yang 1kg. Yang bestnya lagi pasal Actifry ni, its not only boleh goreng fries and naget ye kengkawan.. boleh juge nak masak masak ayam, goreng sayur, even masak stew!



Kami dapat tau last week pasal ActiFry ni. Ada offer murah dari TEFAL! Hihi bukan sebarang brand tau. Kalau dulu dok belek belek je. Kali ni rasanya dah boleh angkat kot. Dari harga asal nearly AUD300, tinggal AUD198 je! And lagi best.. kitorang dapat offer lagi baik dengan harga lagi murah dari harga offer tu! So en Ahmad pun terus beli online and siang tadi gi ambil kat kedai. Hehe save juge delivery cost.

Oh.. xsabar nak guna ni.. kalau nak tahu lebih lanjut, sila kelik SINI ye. Maaf, kalau tak salah kat Malaysia belum sampai.

p/s: untung juge dapat dok oversea ni.

9 lagi tambah ng0meL:

Miss EG on January 01, 2013 said...

wah best nyer, rasa mcm nak beli jugak lah. tapi kak M'sia x ada lagi ek?

me shuhada on January 01, 2013 said...

Itulah. Survey juge nk compare harga tp xjumpe. Rata2 yg ada import dr UK atau Australia.

Miss EG on January 01, 2013 said...

akak beli kat sana berape? blh bg hadiah semperna brithday mak nie

me shuhada on January 01, 2013 said...

Haritu beli tengah offer dptla aud169. Klu convert duit Msia darab 3.2 kot. Tu xtrmasuk shipping cost. Klu nk, kt Msia ada jual airfryer. Lebih kurang juge function dia. Boleh google philips airfryer.

Gina on January 01, 2013 said...

Ummi, memang bagus beli if rasa berbaloi. Kami pun ada tapi bukan yang mcm ini, jenis yang tak guna minyak. Hari tu balik Malaysia tgk harganya dekat RM1000++ lebih...untung beli kat sini, baru dalam RM600++ aje

me shuhada on January 02, 2013 said...

Haah tu la tgk juge yg airfryer tu kn. Tp dh beli yg ni. Hopefully akn make it very useful especially time nk sedia breakfast cpt.

Cuna on February 21, 2013 said...

Compare dgn airfryer mana yg lebih bagus & berbaloi ye? :)

me shuhada on February 25, 2013 said...

Well its depends on penggunaan kita rasanya. Bnyk juge review yg lg prefer airfryer sbb xguna lgsg minyak n lg boleh msk mcm2 kot :-)

Asiyah dan Fathur on March 23, 2013 said...

tefal actifry bole try beli kat fb barangmurahukdotcom, sy br beli rege rm800 termasuk kos pos ke swak..dok mencari cara memasak..

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog