Saturday, January 5, 2013

Sentapan Facebook!

ng0meL by ummi
Salam.

Last two days. Balik dari rumah jiran terdekat Gina Manan atas jemputan makan makan sempena bestday Gina. Majlis start petang sebab sekarang summer jadi siangnya memang panas sangat. Dan oleh kerana majlis start petang, makanya lewat juge la majlis habis.

Bukan apa, ramai betul yang datang jadi bila berkumpul warga Adelaide Geng ni, seronok la nak bercerita itu ini. Maklumlah, kami di sini tidak banyak mana pun jadi inilah 'adik beradik saudara mara' yang ada pun. Bukan setakat mak bapa je gembira, anak anak lagilah seronok bermain tak kira bahang panas summer ni.

Kitorang balik rumah agak lewat, pukul 10 malam lebih kurang. Summer ni siangnya panjang jadi kalau pukul 9 malam pun masih cerah. Tak sedar hari dah makin malam sebenarnya. Tu pun ramai lagi geng yang belum balik.

Sampai rumah, lepas siram siramkan budak bertiga ni sikit (ala kadar nak sejukkan badan lepas bermain panas), aku pun belek la handphone. Ye la dah lama kat luar, sampai rumah nak check berita dari Malaysia. Selalu mesti ada WhatsApp dari adik adik or kengkawan kat Malaysia nun. And of course aku akan belek juge facebook.

Budak budak ni memang susahnye nak tido, tambah pula cuaca panas je. Sementara tu aku busy je balas balas msg Whatsapp and fb.

Sekali Kakak tegur, "mama, bagus ke facebook ni?"
Terus sentap, aku tekan Menu and letak handphone atas katil.

"Errr. Tak bagus. Sebab buat mama lupa kerja and patut layan anak anak nak tido"
Sambil pandang en Ahmad. Ni mau aku kena bebel ni.

En Ahmad jawab "tak juge, Kakak. Facebook ni ada juge kebaikan dia. Contohnya Mama boleh tahu apa yang jadi di Malaysia. Kita kan ramai sedara kat Malaysia. Acik, Cik Ida, Tok.."
Lega...

"Haah. Mama boleh check dengan acik, acu, cik ida n cik ika apa yang diorang buat.. kita kan duduk jauh, tapi dengan facebook ni kita macam dekat je boleh tahu berita berita apa yang happened kat Malaysia tu." Laju je aku sambung balik. Huhuk.

"Ooo." Senyum. 

Kesian Kakak. Ye lah, kadang kadang terleka juge aku ngadap hp ni walaupun bukan semata buka fb pun. Aku update blog pakai hp, baca entry u all pakai hp, blogwalking pakai hp, tengok resepi pakai hp, whatsapp of course pakai hp, banyak sangat aku buat benda guna internet pakai hp ni.

Pasni cuba kurangkan lah especially bila time dengan anak anak ye. Peringatan untuk diri sendiri huhu.

8 lagi tambah ng0meL:

sitiezahim on January 05, 2013 said...

hehehehe peringatan untuk saya jugak..tq for sharing :)

me shuhada on January 06, 2013 said...

:-)

isabelle frankly on January 07, 2013 said...

wahahaha. sib baik adam x pernah tau lagi psl facebook.
bila dia tgk aku hadap hp je... dia ingat aku buat work.jd kalo dia nak minta main hp, dia akan tanya "mama dah habis work ke kat hp."
hehehe

me shuhada on January 07, 2013 said...

Tu la no. Aku jenis share almost everything dgn ank2 especially klu ada news apa ka yg aku bc. Tu yg tau ja aku buat apa.

Rai Ourkizuna on January 08, 2013 said...

anak saya pun belum tau psl fb. saya ckp saya buat keja..hehehe

me shuhada on January 09, 2013 said...

Good3. Jgn introduce :-(

Masya on January 09, 2013 said...

anak² melihat apa yg kita buat .. mmg kene tunjukkan sifat positif, kdg² anak sy pun tegur juga... ayah dia asyik main game kat tab hihihihihi....

me shuhada on January 09, 2013 said...

Huhu. Tu la psl kn.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog