Friday, January 18, 2013

Sakit telinga vs Birthday Celebration

ng0meL by ummi
Salam.

Minggu ni minggu malas aku rasanya. Malas segala hal nak buat termasuk urus rumah. Hahaha melampau la kan. Dah memang kerja aku surirumah sepenuh masa, ada hati nak bermalasan. Ada yang kena hantar balik Malaysia gak kang.

Lepas sob sob sedih Sabtu lepas sebab Kak Azie & Abg Azul, Adelaide Gang yang baik and agak rapat dengan kami dah balik Malaysia, di tambah dengan hujan and mendung je awal minggu buat aku letih kot. Pastu semalam and harini pulak cuaca panas balik sampai 40 degree.. memang badan ni lemah je. 

Masa ni mula la penyakit Homesick aku datang. Dah banjir 22 Meadow Ave dah semalam! Huhuhu...

Tambah pulak dengan manja aku Ahmad Afiq tu tak sihat je manjang. Dah baik ketumbit, demam pula. Sekarang selsema and batuk. Nampaknya dah berjangkit pula dengan Arissa. Huhuhu penat penat.

Oh, hihi yang sakit telinga tu aku... ntah ada jerawat kot dalam telinga ni. Takdelah dalam sangat, boleh je rasa dengan jari ni tapi sakitnya adoiiiii!

En Ahmad tu kalau bagitau benda macam ni sebok nak picit je. Pegang pun sakit, apalagi nak picit kan? Huhuhu... harapnya Sabtu ni baik la ye.
Sebabnya Sabtu ni plan nak buat besday Afiq. Kongsi dengan Adelaide Gang Isabelle Is, kebetulan dia pun nak buat housewarming merangkap besday anak bongsu dia Adib. Tumpang sekali la dengan besday AfiQ kan..
Dulu masa aku buat housewarming, kami share juge untuk celebrate  
besday anak sulung kami
Farah (aku) and Adam (Is).
Esok nak gi shopping barang sikit.. hihihi bestnya! Harap weather tak sepanas harini la ye.
Oh ya sebelum lupa, Monday aritukan besday Afiq. Alhamdulillah dah celebrate secara kecil kecilan antara kami kat rumah. Ingat nak celebrate potong potong kek n makan je tapi since ada Danish, anak Gina, yang datang rumah nak main main dengan Afiq haritu, aku pun buat la masak mee bandung sikit and jemput family Gina datang makan masa potong kek.
Happy la Afiq dapat hadiah dari Uncle Khairezan, huhu sebabnya kami pun takde beli apa untuk dia.
Happy Belated Birthday my sweet little boy! Dah 4 tahun dah anak mama ye. 

Nanti Sabtu kita celebrate lagi eh ramai ramai dengan kawan kawan Adelaide ni :D

8 lagi tambah ng0meL:

Kniedaz on January 18, 2013 said...

Alahai..sian dia homesick ya...tapi nasib baik kan kat sana ada kawan2 dari Malaysia yg lain..kalau sorang2 xde sapa mau banjir Australia pulak nanti..hehehe..seronokla Afiq nak sambut birthday ramai2..happy belated birthday Afiq!

Cikgu Ma on January 18, 2013 said...

happy birthday...moga ceria semuanya

me shuhada on January 18, 2013 said...

Kikiki. Tu la kan. Ank2 relax je maknye yg lbh homesick.

me shuhada on January 18, 2013 said...

Tq.. hopefully hari2 lps ni ceria la sokmo

norhidana miswan on January 18, 2013 said...

heppy belated bday afiq.... semoga cpt baik telinga tuh... selamat supink2 esok yek kak

me shuhada on January 19, 2013 said...

Hik3. Tq...

isabelle frankly on January 23, 2013 said...

afiq suka x hadiah Fisher Price yg aunty bagi tu? boleh main dlm bath tub wo!

me shuhada on January 24, 2013 said...

Ohoooo tu hg bg ka? Suka3. Naya kena beli org2 dia pulak ja ni kikiki.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog