Monday, January 14, 2013

My Mr AfiQ Son is 4!

ng0meL by ummi
Salam.

Sekejap je rasa, dah 4 tahun dah umo Ahmad Afiq.
Dulu kecik je, sangat kecik.. lahir dengan berat 2.55 kg pada 14 Januari 2009..
sekarang Alhamdulillah membesar AfiQ dengan sihatnya.
AfiQ ni peel nye pelik banyak. Sangat susah nak makan. Serius tak de his favourite food! Not even nugget or fries or masakan mama (oh apakah?) .. no nothing.
Dulu masa kecik dia bulat semangat pun sebab kuat susu. Lepas je putus susu badan, dia minum susu Dugro. Minum susu je lah kerjanya. Makan pun kena paksa sampai nangis nangis meleleh air mata nak suap dia nasik!
Tapi sampai sini since aku tak kerja, banyak masa aku untuk layan dia makan and make sure dia makan. Alhamdulillah hasil paksaan demi paksaan, nampak la hasilnya sekarang ni.
Pipi tu nampak dah la layut sikit.
Mak aku tengok gambar pun dah tegur AfiQ dah nampak berisi. Alhamdulillah.. senyum lebar dah aku ni.
Tahun ni 2013 In sya Allah hujung bulan ni AfiQ akan start pergi kindy. Kalau dulu sebelum summer break AfiQ ada join trial session kat kindy tu 2,3 kali tapi en Ahmad ada teman.
Tahun ni nanti terpaksa la dia belajar berdikari kat school sendiri.
Ketumbit mata AfiQ tu alhamdulillah dah makin surut. Hari Sabtu haritu bangun pagi nampak makin bengkak mata dia. Rupanya baru keluar 'mata' kaler putih tu. Memandangkan haritu kitorang nak g airport hantar family Kak Azie balik Malaysia for good, makanya terpaksa singgah kedai beli sunglass dulu. Bukan apa, tak nak nanti kena tahan pula dengan imigresen kat airport tu.
Then jumpa lagi dengan doc Imran. Lepas dia consult gitu gini and bagitau kena bg antibiotik, balik dari airport terus en Ahmad contact doc Nizam, untuk dapatkan prescreption ubat so that boleh beli ubat di farmasi.

Hari Ahad nampak dah surut betul dah ketumbit tu. Alhamdulillah..
So untuk AfiQ kali ni kami pun tak sure lagi nak celebrate bila and macammana. Ingat nak celebrate antara kami je tapi bila fikir time Kakak last year kami buat majlis and jemput jiran jiran, rasa macam nak juge buat walaupun secara kecilan je.
Tengoklah macammana nanti :-).
Apapun harapan aku semoga AfiQ membesar jadi insan yang soleh dan bertanggungjawab.
Dikurniakan kesihatan yang baik dan makin baik in sya Allah. Aminnn.

16 lagi tambah ng0meL:

Gina on January 14, 2013 said...

Happy Birthday, Afiq. Semoga Afiq menjadi anak yang baik buat Mama dan Ayah, adik yang mendengar cakap Kakak Farah serta menjadi abang yang menjaga Cha yer.

norhidana miswan on January 14, 2013 said...

epy bday afiq yg comei, dulu anak dana berat 2.49kg je lg kecik, n sampai skrg msh lg kecik, puas la suh mkn itu ni gitu gk...

semoga afiq jd anak yg soleh n anak yg bijak

isabelle frankly on January 14, 2013 said...

happy birthday Afiq.
be a good boy.
lain pulak aku tgk muka dia masa kecik.

sal ya on January 14, 2013 said...

sanah helwah ye afiq sayang.

Mimie on January 15, 2013 said...

alolo...comelnye die

lelamaisara on January 15, 2013 said...

happy birthday adik Afiq yang comil...

Fiza Rahman on January 15, 2013 said...

Comelnya. Sama birthday dgn mak saya ☺☺

Selamat hari lahir Ahmad Afiq. Semoga membesar sebagai anak yg soleh.

✿A I N A A✿ on January 15, 2013 said...

sanah helwah afiq.. wahhh dah besar dah Afiq... semoga menjadi anak yg soleh dan jdi hnsem boy besar nanti.. boleh sy nk mengorat.. ehhhhh! hehe gurau je

me shuhada on January 16, 2013 said...

Tq aunty gina!

me shuhada on January 16, 2013 said...

In sya Allah. Tq.

me shuhada on January 16, 2013 said...

Tq aunty is.
Hihi mmg kn? Dulu bolat

me shuhada on January 16, 2013 said...

Tq

me shuhada on January 16, 2013 said...

:D

me shuhada on January 16, 2013 said...

Tq auntie

me shuhada on January 16, 2013 said...

Hihi happy bestday mak auntie fiza!
Tq :D

me shuhada on January 16, 2013 said...

Tq kak ena. Ish.. nk ngorat? Hihihi boleh cuba ;-)

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog