Saturday, January 12, 2013

Ketumbit pulak

ng0meL by ummi
Salam.

Huhuh gagah nak type entry ni walaupon dah tengah malam and esok kena bangun awal pagi.

Ni gara gara Hensem Mama Mr AfiQ Son jadi ketumbit pulak kat mata kanan dia. Huhuhu sedih.. kurang sikit dah hensem tu.

Mulanya aku memang biar saja. Aku fikir there's nothing to worry since bila tanya sakit ke, gatal ke, ok ke, dia jawab "taklah, Afiq ok je, mama" sweet la mamat ni ekekeke.

Tapi dah sampai malam ni risau pula tengok. Bukan apa, memang dia ok je, takde nampak garu garu ke, macam gatal ke, merungut ke, memang dia tak usik langsung mata tu. Cumanya ye lah, melampau juge kalau as parents kami tak peduli langsung kan.

Teringat juge petua mak dulu, kalau ketumbit sapu kapur makan sebab kapur makan kan panas, bagi cepat kecut. Tapi since kat sini susah nak cari kapur makan, aku diamkan je dengan harapan esok okla tu. En Ahmad pula cakap kalau ada macam nanah ke dia nak picitkan aje. Huhu sakit kot kan.

Tadi masa kat rumah Kak Surah ada tanyakan Dr Imran (one of the Adelaide Gang yang buat PHD kat sini). Well since dah jumpe doc kan. Dia suggest tekapkan mata dengan kain lembab yang bersih. And dia ada ambil gambar mata AfiQ and promise akan try tanya kawan kawan dia nanti whether perlu tak dapatlkan rawatan lanjut kat klinik.

Masa borak borak pula, ada juge kawan bagi petua sapukan bawang putih. Yes, bawang putih pun 'panas' juge and pernah dengar juge petua tu.

Bila balik dari rumah Kak Surah malam ni, dah setelkan anak anak and en Ahmad, baru teringat nak google. Aku biasa la, suke tanya pokcik angkat aku ni apa apa hal.

Mula2 dari blog hans. Dia yg ketumbit and minta pengomen bagi petua untuk dikongsi. Yes, ada petua pasal bawang putih tu. 

Terus aku gi dapo penyetkan seketul bawang putih and letak kat mata AfiQ (gosok sikit la). Tapi dia tak selesa kot, gerak gerak. Aku risau kalau dia gerak melampau kacau pula si Arissa tido. Habis aku tak boleh buat apa nanti. So aku tukar plan. Cuba petua lain pula.

Ambil air suam and try nak tuam mata afiq. Pun dia gerak gerak. Of course la kan..  hahaha kalau aku ntah dah bangun bersilat!

Last last aku buka laptop and update blog pasal ni. Hahahahaha.

Esok la eh tengok balik mata AfiQ tu. So far aku akan pakai petua selawat kat mata dia dulu. Ikhtiar.. harapnya doa mak ni mujarab. Aminnn.

Sebelum tu, meh la aku share sikit apa lagi aku jumpa kat pokcik google aku neh. Copy n Paste dari Pusat Pakar Mata ACS

Ketumbit Mata (Chalazion)

Apakah Ketumbit (Chalazion)?

Ianya sejenis pertumbuhan in kelopak mata atas atau bawah disebabkan oleh penyumbatan kelenjar minyak.

Kenapa seseorang sering mengalami ketumbit?

Ini biasa disebabkan oleh kekotoran di kelopak mata atau kelimumur di kelopak mata

Bagaimana keadaan ini dirawati?

25% hilang dengan sendirinya. Kerana ketumbit berasal di bawah kulit, mengunakan ubat titis sahaja, kadang-kadang tidak akan merawat ketumbit dengan sepenuhnya.

Cubalah ini:

Ambil tuala yang telah direndam dalam air panas (janganlah terlalu panas supaya tidak membakarkan kulit) dan letakkannya atas ketumbit itu. Urutkannya dengan tekanan yang ringan supaya kelenjar boleh melepaskan minyak. Ini boleh dilakukan empat kali sehari.
Jikalau, ketumbit ini tidak hilang atau terjadi balik, dapatkan rawatan daripada pakar mata. Pakar mata kadang-kadang perlu melakukan pembedahan yang kecil and memberikan anda antibiotik and ubat yang lain.

17 lagi tambah ng0meL:

Mimie on January 12, 2013 said...

kesian kne ketumbit......tak silap sy blogger Mj de share tips kat sy gosok2kan ujung kain batik kat ketumbit..nti ok...sy wat memg menjadi

me shuhada on January 12, 2013 said...

Oh tq so much mimie for the tips! Akn ku coba ok.

Kniedaz on January 12, 2013 said...

Xtau la pulak saya...huhu..moga cepat surut ketumbit tu

lelamaisara on January 12, 2013 said...

alahai cian nye kena ketumbit...adik sya dulu selalu kena ketumbit ni...

✿A I N A A✿ on January 12, 2013 said...

anak buah ena yang baru balik dari New Zealand tu, terus kena ketumbit.. kesian tengok dia... asyik menangis je bila nak mandi.. yela, mungkin gatal ke apa air masuk ke mata.. now, nasib baik dah pecah... kalau dapat tahu tips ni, dah lama ena guna..

kakak ipar ena, letak air susu ibu kat mata anak buah ena.. tu je

LYAfrina on January 12, 2013 said...

kesiannya dia..moga cepat sembuh ye

me shuhada on January 12, 2013 said...

Tq.

me shuhada on January 12, 2013 said...

Tu la kesian kn.

me shuhada on January 12, 2013 said...

Oh ya tq ena for sharing. Prnh dgr juge petua ni.

me shuhada on January 12, 2013 said...

In sya Allah.. tq

sal ya on January 14, 2013 said...

alahai... kesiannya dia. get well soon ye.

me shuhada on January 16, 2013 said...

Tq.. Alhamdulillah dh baik dh skrg ni :-)

nuhanis said...

oo dah baik ke? makan ubat ke? ubat apa? saya pun kena ketumbit ni, tak baik2 lagi. bengkak mata dah surut, tp mcm still ada satu biji kat atasa mata neh..tak sakit..dah makan antibiotik dan ubat sapu tak lega jugak..risau :(

me shuhada on February 06, 2013 said...

@nuhanis:
Mkn antibiotik beli kt klinik atas precription doc.

Anonymous said...

Aku punya ketumbit x hilng2 lg ...berbulan2 dah keras dah hadoi

Ahmad Husaini on February 23, 2015 said...

Mungkon sebab ada nanah x keluar lagi. Saya pun macam tu jugak sebab bengkak dah surut tapi ada biji lagi

Ahmad Husaini on February 23, 2015 said...

Mungkon sebab ada nanah x keluar lagi. Saya pun macam tu jugak sebab bengkak dah surut tapi ada biji lagi

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog