Wednesday, January 9, 2013

Inspection again!

ng0meL by ummi
Salam.

Dapat surat dari agen rumah sewa.

Periodic Inspection.
Comel tak, atention pada our fathers - Muzakir & Md Sabri!

So semalam and harini sibuk operasi rumah untuk agen datang check rumah

Oh, untuk pengetahuan kami kat sini sewa rumah melalui agen. Means segala urusan rumah kami deal dengan company, bukan tuan rumah (Landlord) sendiri.
So kalau ada apa nak komplen, hanya berurusan melalui agen rumah ni walaupun sekadar paip bocor or engsel pintu tercabut. Bagusnya sistem ni, tuan rumah just relax dapat bayaran tiap bulan (of course ada fee utk agen buat kerja juge kan) tapi at least rumah kita terjaga. And agen memang very strict.
Diorang akan buat inspection ke rumah sewa 3 bulan sekali. Means kali ni our second time kena inspection. Last time is in Oktober last year kalau tak salah.

Mostly kalau kat Malaysia (kami sendiri praktik) kita sewa rumah daripada tuan rumah sendiri. Direct. Mudah. Konon. Eh?
Sekarang baru terfikir; macam manalah keadaan rumah kami nanti bila balik Malaysia untuk settle down after bertahun sewakan tanpa jengok eh?

Untuk inspection ni, diorang memang bagi inspection guide untuk kita wat checklist. Takde benda sangat, just make sure rumah bersih, barang Landlord terjaga, carpet takde stain, kitchen clean, tingkap tak berabok, lawns bersih and terjaga. Basic je la.

Masa first time dulu memang risau sangatlah bila ada yang cerita agen ni (bergantung pada company mana Landlore hire) ada yang check detail sampai habuk atas almari, atas palang curtain pun check. Apalagi, kami pun beria cuci, lap, sental, sampai minta tolong jiran la! Hahaha.

Tapi bila datangnye.. aduhai, tengok gitu gitu, done. Mungkin sebab barang pun tak banyak, and rumah kami pun memang dah di prepare sebaiknya untuk kelihatan as new masa tu. Makanya sekali imbas dah ok la kot. Alhamdulillah

Kali ni hopefully pun sama. Barang ada lah bertambah sikit dari dulu tapi In sya Allah tak menjejaskan rupa paras asal rumah.

Yang nak risaunye dapur masak. Yelah, hari hari guna kan. Dah la cara kita masak banyak minyak. Semalam dah operasi and keluarkan mana nak sental. Haritu dah berkilat dah, ni hitam balik.
Yang 'ring' tu kami rendam dalam cecair ammonia semalaman. Petang ni dah boleh tengok hasil.

Ni minyak yang celah celah ring tu. Dah sental dengan bantuan magic span! Hahaha... nanti rajin aku share bab sental sental ni eyh. Seriously, bukan senang nak tanggal kalau takat sental biasa tau. Nak guna ammonia tu pulak kang tak terdaya nak bau masakan lepas ni huhu.

Inspection yang lepas dah berkilat dapurku sampai sanggup gantung periuk satu hari tak masak. Tapi agen tu tak jengok pun. Agaknya dari jauh dah nampak berkilat bersinar sinar kot hihihi. Tak payah gi jengok dekat dekat.

Harini nak operasi carpet pula. Rumah ni penuh dengan carpet. Carpet yang lekat kat lantai macam kat opis tu ye. So kalau ada stain memang kena sental kat situ juga, tapi make sure tak basah. Sebabnye tak de boleh angkot jemur kat luar huhu.

Oklah, mau sambung tido masak. Pagi ni as usual Kakak ada kelas agama. Isi masa cuti sekolah :-). So nak prepare bekal.

12 lagi tambah ng0meL:

Kniedaz on January 09, 2013 said...

bagus juga sistem camni..tuan rumah takle risau rumah jadi tongkang bila tenant keluar...

isabelle frankly on January 09, 2013 said...

lepas ni aku kena menuntut ilmu dgn hang la. mklm la...la ni dah menyewa dgn agent. huhu

me shuhada on January 09, 2013 said...

Yes. Klu kt msia mcm2 dgr cerita bila tuan rumah ambil blk rumah kn?

me shuhada on January 09, 2013 said...

Aih... ada pengerasnya mbak.

Masya on January 09, 2013 said...

iyerlah bgs juga ade agen yer.. sbb supaya didik kt juga wlpun menyewa kenelah agap mcm kt duduk rumah sendiri kan.. demi menjaga kebersihan dan kesihatan juga..

✿A I N A A✿ on January 09, 2013 said...

perghhh macam asrama pula, ade inspection bagai.. XD.... eh ena lupa yg akk ada kt luar negara.. hahahaha...

Fiza Rahman on January 09, 2013 said...

Siap ada inspection tu. Bagus juga kan klo buat kat m'sia nih.

me shuhada on January 09, 2013 said...

Betul3. Kena juge bertanggungjwb mnjg property tu.

me shuhada on January 09, 2013 said...

Kikiki. Mcm tu la ena. Sabo je lh.

me shuhada on January 09, 2013 said...

Bagus utk yg duduk menyewa tp xreti jg rumah n harta benda tuan rumah kn.

LYAfrina on January 10, 2013 said...

owhh.. ade inspection juga ye.. tp ok la.. mbawa kebaikan..

me shuhada on January 10, 2013 said...

Yes, utk kebaikan bersama juge kn?

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog