Thursday, January 10, 2013

Hidung berdarah

ng0meL by ummi
Salam.
Dua tiga hari lepas hidung en Ahmad berdarah time bangun tido. 2 hari berturut. Quite banyak juge. Jenuh aku basuh cadar, sarung bantal, baju, seluar. Hari first tu Afiq pun berdarah hidung juge. Panas sangat masa tu. Membahang je. Malam tu tido pakai kipas je, tak buka aircond sebab memang selalu aircond buka sekejap untuk sejukkan bilik, then tutup. Mahal kan bil letrik kat sini sampai ratus ratus dolar tau. Kali duit RM mau dekat seribu. Tapi hehehe bil 3 bulan sekali la. Tapi still mahal ok!

Hari first tu (Isnin), mula en Ahmad kejut aku bagitau hidung berdarah. Time tu aku panik sikit - tanya nak buat macam mana. En Ahmad cakap ambil ais or botol air sejuk nak tuam. Ok.

Pastu terus aku google la macam mana nak buat. Banyak juge aku baca tapi basicnya sama je.

Lepas en Ahmad gi kerja pagi tu aku sambung tido balik. Letih badan sebab panas jadi aku tak boleh tido nyenyak apa lagi dok tengok juge budak budak ni pun resah je tidonya.

Siangnya tetiba AfiQ kejut aku. Cool je kejut bagitau ada 'hingus'. Tengok tengok dah meleleh kat idung, baju and banyaknye kat cadar! Sebab dia sangat relax, aku pun takla panik. Kalau Kakak tu harusla dah meraung semua orang huhu. Aku suruh duduk and picit idung sambil bernafas ikut mulut. Banyak oiii darahnya! Tak lama lepas tu Alhamdulillah dah ok.

So ni aku share apa yang aku dapat dari wikipedia ye.

Hidung berdarah.
Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan.Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.

Punca
Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:
. Selsema
. Suhu dalam badan terlalu tinggi
. Alahan
. Menghembus nafas terlalu kuat
. Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan

Jenis-jenis
Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti.
 
Terdapat dua jenis hidung berdarah:
1) Hidung berdarah dari depan -
Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.

2) Hidung berdarah dari belakang -
Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun.

Cara merawat
1) Hentikan hidung berdarah dengan cara:
. Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut.
. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
. Jangan baring.
. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
. Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
. Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.

2) Cegah hidung daripada berdarah semula:
. Jangan menghembus hidung.
. Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.

3) Berjumpa doktor:
. Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
. Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
. Berasa hendak pitam atau pengsan.

9 lagi tambah ng0meL:

norhidana miswan on January 10, 2013 said...

teringat dulu masa sekolah rendha selalu hidung berdarah, pastu dulu arwah nenek sedara suh letak daun sirih biar benti darah tu...

me shuhada on January 10, 2013 said...

Haah dulu mak pun buat mcm ru kt abg sy. Tp sini xde sireh, pki tutup idung dgn jari je la.

isabelle frankly on January 10, 2013 said...

kecik2 dulu aku pun mcm norhidana miswan. jenuh kalo kat sekolah kena gi amik sirih kat rumah pak saad tkg kebun.

✿A I N A A✿ on January 10, 2013 said...

saya masa kecil2 dahulu selalu kena darah hidung ni kalau suhu bdn naik sikit.. sy tak jumpa pun doktor, cuma rawat sendiri..

sitiezahim on January 10, 2013 said...

salam. kesiannya budak2 tu, huhu..saya kat sini (german) pon kadang2 berdarah kalau selsema. tak penah jadi kat msia dulu.. huhu...btw thanks sbb berkongsi info..

me shuhada on January 11, 2013 said...

Hihihi brp p saad tu charge ko?

me shuhada on January 11, 2013 said...

Uik. Ena pun biasa jd? Hrpnya dh besar dh ok kot ye

me shuhada on January 11, 2013 said...

Itula kt Msia xprnh. Mungkin xbiasa dgn cuaca melampau kt sini. Hrpnya xserius kan.

zamil idris on July 05, 2015 said...

Punca Hidung Berdarah
http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/punca-hidung-berdarah.html

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog