Thursday, January 24, 2013

Handphone Macam Mama :D

ng0meL by ummi

Salam.

Lama betul rasa tak jengok blog. Apa lagi nak jenjalan ke 'rumah' kengkawan.

Minggu ni busy layan anak anak especially Kakak yang dah nak start school minggu depan. Tambah pula dia sekarang dah rajin nak solat and mengaji sama sama jadi aku pun kurangkan la time pegang handphone ni time siang. Malam pula asyik letih je tak dapat juge nak apdet blog huhuhu.

Lepas celebrate birthday afiq yang secara kecilan kat rumah ni last week, aku as usual nak edit gambar masuk dalam blog.

Selalunya memang pakai handphone ni je senang. Snap kat sini, edit pakai pics art and post entry pakai blogger apps.

Tengah edit edit Kakak yang selalu curious kalau aku asyik dengan hp pun datang tanya mama buat apa tu?

Aku pun explain la.. "tengah edit gambar yang birthday afiq tu". Dia memang suke bab edit gambar pakai pics art. Sebab boleh sangat edit macam macam and senang pulak tu sebab pakai hp je pun.

"Ooo mama edit nak masuk facebook ye?" dia tanya.
"Taklah."

Hmmm akhirnya aku pun explain la pasal blog ni kat dia. Tunjuk sikit sikit entry yang lepas lepas especially yang berkaitan dengan dia.

Teruja dia tengok. Teringat balik kot masa kecik, masa sekolah, masa birthday kat school dulu, even pasal dia minat giler ultraman pun saja je aku tunjuk balik. Nak bagitau kebaikan blog ni la kunun hihihi.

Pastu dia cakap "hmm boleh tak lepas ni bila Kakak dah besar Kakak nak hp macam mama ni?"
Aku iakan aje..

Then 2 hari lepas aku buat donut. First time seumur hidup tu. Kakak as usual memang excited nak tolong aku kat dapur.

Dia tanya "mama buat donut ni tengok resepi eh?"
"Haah". Aku jawab. Aku suruh dia ambilkan hp aku nak tengok resepi tu.
"Wahhhhh bestnye! Pasni memang Kakak nak beli la hp macam mama bila Kakak dah besar :D!"

4 lagi tambah ng0meL:

✿A I N A A✿ on January 24, 2013 said...

owh akk edit gambar kat fon.. mesti fon canggih ni.. hehehe buat donut tak bg kat sy sikit pun.. huaaaaaaaaaaaaa

Lyeen De Syifa on January 24, 2013 said...

ank2 sntiasa aka tiru gya mak ayah dia..so sweet..:D

CeqGu on February 04, 2013 said...

Hihihi pasni kakak mesti suruh mama ajar berblog lak....err henpon apakah yg kedengaran sgt best itu

sitiezahim on February 05, 2013 said...

hehehe dah pandai request :D

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog