Monday, January 14, 2013

Campbelltown Toy Library

ng0meL by ummi
Salam.

Harini sepagi Adelaide hujan. Sejuknya musim panassss! Bagun pagi pun sayup (lewat) sedap tido. Eh.. op kos la tido balik lepas Subuh. Sini Subuh koi 4.30 pagi. Sementara nak tunggu cerah, harus tertido balik kan.

Dah bangun lewat aku pun buat la nasi lemak boleh cover breakfast and lunch sekali. En Ahmad asyik tengok weather forecast je sebab semalam janji harini nak bawa jalan. Kalau hujan je nak jalan kemana kan? Huhuhu... monyok je la mak budak ni harini kalau tak jadi jalan.

Dah siap makan, masing masing pun layan je ipad dengan hp. Aku dah tak bersuara dah. Majuk. Huhuk. Then baru en Ahmad cakap after Zohor nak ajak gi library. Wahhh bestnye! Library pun library la janji boleh kuar umah kan. AfiQ pun dah sihat nampaknya arini.

Lagipun, library kat sini sungguh tidak seperti library di Malaysia (setahu aku la) sebabnya selain ada tempat special untuk kids buat onar (selalu kan library kena shhhhhhhh), ada toy library kat sini!
Kat sini boleh je jadi ahli and tak payah bayar yuran pun untuk pinjam buku. Buku boleh pinjam as much as 100 buah buku sekali pinjam selama sebulan. Banyak kemudahan kat situ yang aku tak snap snap sebabnya memang masuk library, terus je ke kids zone ni.
Kat kids zone ni budak budak bebas nak main ke, nak read books ke. Aku tak sure perlu pengawasan parents ke tak, tapi aku jaga je budak bertiga ni.

Lagipun tengok other parents pun sama tengokkan anak masing masing. And ada hari (aku tak ingat) yang ada story telling and aktiviti yang diorang organize untuk kids yang datang kat situ.
Macam aku cakap tadi, special nya library ni ialah diorang ada toy library.  
Yes, boleh PINJAM  mainan
Dari toys untuk baby,sampai la untuk kids yang besar.
Even ada juga jigsaw puzzles untuk adults!
Yuran kena bayar AUD21 untuk setahun merangkumi satu family. Tak kisahla family of three ke, of twelve ke.. bayaran sama.
Apa lagi kan, isi je borang, dapat kad.
en Ahmad buat satu untuk the whole family, dua lagi special untuk Kakak and AfiQ.
Toys boleh pinjam 5 barang sekali pinjam selama 2 minggu.
Si Arissa ni tak nak lepas kereta ni. Siap kalau budak lain naik, dia pot pet pot pet ngadu cakap dia punya. Tapi pastu dia bagi la diorang naik sebab dah cakap "bukan Cha punye".
Haaa rambang mata nak pilih toys!
Tapi masa tu ada mainan yang aku tengok parents lain datang pulangkan pun best best juge. Tapi tak pelah, lain kali boleh ambil lagi kan.

Tak dapat nak snap gambar proses meminjam sebabnya Arissa dan merengek nak susu. Aku bantai je bf kat situ hihihi.
So barang yang kita pinjam di suggest kita check dulu. Kalau yang kecik kecik and perlu di kira, better kira. Manalah tahu ada yang tak cukup nanti susah pula nak kena ganti. Tapi kalau kecik sangat and banyak macam jigsaw puzzles yang ada 1000 pcs tu, larat nak kire kat situ kan, so boleh je bawa balik dulu and kira dalam masa 24 jam boleh call diorang kalau ada yang missing. So kalau nak datang tukar balik, no prob!

Pilih punya pilih, sekali tak muat kereta! Hahaha tu la nak menan yang super besar, rumah la, kereta la, semua nak ngankot. Mentang mentang la free!
Last2 pilih je yang kecik kecik dulu. Lagi 2 weeks kita pulangkan yang ni, boleh je ambil yang lain.
Haa ni contoh packing die kalau yang ada banyak barang kecik kecik.
Selain dapat mainan, boleh je ajar diorang maths, kira toys yang ada and sekaligus ajar diorang mengemas balik toys tu lepas main.
Bagus kan?
Pasni boleh dah jimat duit nak beli toy diorang. Rumah pun tak penuh barang. Yang penting pandai jaga la. Kang hilang jenoh lak nak ganti huhuhu.

10 lagi tambah ng0meL:

Leen her on January 14, 2013 said...

bestnya!!pinjam ley pinjam brp lama toys tu??

untung la dduk australia..hehe..t'ingin nak pegi oversea!

Gina on January 14, 2013 said...

Hmm teringin juga nak bawa the boys datang sini tapi belum berkesempatan lagilah, Insyallah minggu ni nak bawa jugalah

isabelle frankly on January 14, 2013 said...

aku pun x smpt pi lagi situ.
nanti kena ajak sham la..bwk adam n adib.
weii..tmpt tu bising x?

me shuhada on January 14, 2013 said...

Best! Hihi. Boleh pinjam for 2 weeks. Puas la dulu diorang nak main kn.

me shuhada on January 14, 2013 said...

Yes, mmg ptt bawa gina. Boring2 dok umah kn.

me shuhada on January 14, 2013 said...

Xbising pun. Ok2 la. Klu ada bdk yg bising pun pndai la parents dia soh dia senyap hahaha sbbnye xde pun org jg kt situ.

sal ya on January 14, 2013 said...

menariknya...

Fiza Rahman on January 15, 2013 said...

Wah...bestnya bley pinjam toys.

me shuhada on January 15, 2013 said...

Mmg menarik :-)

me shuhada on January 15, 2013 said...

Itulah, boleh jimat beli toys tu.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog