Thursday, January 3, 2013

3 Kesalahan Biasa dalam Mendidik Anak

ng0meL by ummi
Salam.

Hari ni nak share info yang aku dapat dari hasil google semalam.

3 KESALAHAN BIASA DALAM MENDIDIK ANAK

1. MELABEL ANAK
Kebiasaan ibubapa suka melabel anak dengan perkataan yang kurang baik seperti nakal atau mengada ngada. Semakin kerap perkataan itu diterima oleh anak, semakin tebal sifat itu meresap dalam rohani mereka.
- lebih baik gunakan panggilan yang lebih manis seperti anak soleh ibu, anak bijak ayah dan in sya Allah hasilnya anak akan lebih bersifat positif. Ingatlah, kata kata yang keluar dari ibubapa adalah seperti doa untuk anak anak.

2. TIADA JADUAL PEMBELAJARAN YANG RUTIN
Perkembangan anak anak akan lebih berkesan jika setiap aktiviti yang dijalankan adalah secara berkala atau berjadual. Apabila tiada rutin tetap, susah untuk melihat perkembangan mereka.
- cuba tetapkan rutin seperti membuat jadual aktiviti harian kepada anak anak. Untuk lebih jelas, tampalkan jadual aktiviti tersebut di ruang yang boleh dilihat oleh setiap ahli keluarga. Aktiviti ini juga boleh melatih anak berdisiplin.

3. KEDEKUT UNTUK MEMPAMERKAN KASIH SAYANG
Perasaan selamat dan kepercayaan anak anak akan mudah terbina apabila diberikan sentuhan kasih sayang daripada ibu bapa. Jangan menganggap apabila anak sudah besar, sudah tidak perlu tunjukkan kasih sayang pada anak anak
- peluk dan ciumlah anak sekerap yang boleh setiap hari walaupun tanpa sebab. Beritahu mereka bahawa anda begitu sayangkan mereka. In sya Allah emosi anak akan terbina sihat dan menjadi lebih mendengar kata.

Kredit pada ExcelQhalif.com

18 lagi tambah ng0meL:

isabelle frankly on January 03, 2013 said...

okay..no.1 aku failed. hehe.
sib baik yg lain okay

norhidana miswan on January 03, 2013 said...

macih sbb share.. maklum anak baru sorang msh tecik lg mmg sesuai sgt utk mulakan...

Fiza Rahman on January 03, 2013 said...

Good tips ☺☺

Wak Gelas™ on January 03, 2013 said...

wak pon doakan mugo2 menjadi anak2 soleh tuuu.. uuHHUu

fieda on January 03, 2013 said...

bagusnya tip2 ni..tq berkongsi..

✿A I N A A✿ on January 03, 2013 said...

setuju, ena sebagai anak, sgt setuju dengan semua ni.. ena paling tak suka labelkan diri ena or bandingkan diri ena dengan kelebihan adik beradik ena yang lain... tapi alhamdulillah, my parents tak sedemikian.. =3

nabilah_2908 on January 03, 2013 said...

cara didikan mak ayah sy lain lak..huhu...tapi ok la...sy tak memberontak..ngeee... (^_^)V

Kniedaz on January 03, 2013 said...

bab melabel tu selalu pulak saya buat huhu..lepas ni kena label yg baik je la

sitiezahim on January 04, 2013 said...

insyaAllah...akan dicuba sehabis baik hehehe

me shuhada on January 04, 2013 said...

Huhu cr parents akak pun lain. Tp bila smpai cr kita, cuba yg trbaik la kn.

me shuhada on January 04, 2013 said...

Yes, melabel tu boleh tp yg positif la kn

me shuhada on January 04, 2013 said...

Kdg2 bila mrh sgt trlps juge.

me shuhada on January 04, 2013 said...

Tq Wak. In syaa Allah. Aminn.

me shuhada on January 04, 2013 said...

Yes :D

me shuhada on January 04, 2013 said...

Sharing is caring kn ;-)

me shuhada on January 04, 2013 said...

Haah. :-)

me shuhada on January 04, 2013 said...

Ye la kita jd ank pun xsuke kn. Nnti dh ada anak ehem ehem boleh amalkn ye :D

me shuhada on January 04, 2013 said...

In sya Allah

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog