Saturday, November 30, 2013

My Anak-anak buah. Miss them so much!

ng0meL by ummi 5 lagi tambah ng0meL Links
As salam.
 
Introducing!..
 
Mohammad Danial Harith.
Anak abang sulong aku. Sama umur dengan Afiq beza bulan je. Afiq bulan 1, dia bulan 9. So far masih menanti rezeki Allah nak bagi adik. Cerdik dia ni. Rindu sangat keletah dia. Dia la pelepas rindu mak ayah aku kat cucu-cucu lain sebab dok dekat dengan rumah tok/tokwan dia.
Ummi Aisyah.
Anak adik aku yang no.5. Sama umur dengan Arissa pun beza umur. Arissa lahir bulan 3, sama birdate dengan Acu dia, adik aku yang bongsu. Aisyah lahir bulan 12. Sama birthdate dengan aku, patutnya. Haha. Kami panggil dia Aisyah Bambam. So debab macam ibu dia masa kecik dulu. Dah la putih gile!
 
Dhiya Zara Khadeeja.
Belum setahun. Lahir Mac aritu. Huhu yang ni memang tak sempat nak pegang pun sebab aku dah kat Adelaide. Geram tengok mata kuyu dia. Eh. Ni anak adik aku yang bongsu. Besaq dah adik bongsu aku ye, jadi ibu dah dia.
 
Ahmad Azhar Ali.
Yang ni cucu mak ayah aku yang paling latest. Adik pada Aisyah. Lahir awal bulan aritu. Huhu nak penyet-penyet budak ni sebab asyik tidoq ja. Alhamdulillah makin sihat nampak dia. Masih kat rumah mak ayah aku kat Sg. Petani.
 
Ni la anak-anak buah aku, cucu mak ayah aku. Semua ni termasuk tiga-tiga budak bertuah anak-anak aku mak yang jaga masa dalam pantang. Ye, termasuk Danial. Kakak ipar aku dah xde mak :-( so mak aku yang jaga dia. Alhamdulillah semua ok saja and kami semua was very proud dengan mak. Serious, very proud!
 
Kalau tengok ada kan persamaan dengan budak bertiga kat umah ni kan? Rindunya kat depa, mak2 depa, ateh depa, tok depa and tokwan depa. Aku selalu tunjuk gambar diorang ni pada anak-anak aku so that diorang tak lupa and kenal sepupu masing-masing.
 
Oh! Aku ada lagi 3 orang anak buah sebelah en Ahmad. Tiga-tiga anak adik ipar aku yang no.3.

 
Ayra Hasya sama umur dengan Aisyah and Arissa. Ayra lahir bulan 6. Hehe nak ikutkan Awin (biras aku) plan nak namakan anak dia Arissa. Tapi sebab Arissa lahir dulu (Mac) and kami dah ambil nama tu, dia pun letak nama Ayra. Comel nama tu. Aku suke :'')
 
 
Adik kembar Ayra, both boys. Ameer Saifullah and Ameer Sufiyy. Lahir bulan 4 this year. Saifullah yang sebelah kiri, Sufiy yang kanan. Bolattttt. Just macam Afiq masa baby dulu.
 
Tak sabar nak jumpa those identical twins and Kakak diorang yang shy-shy cat tu. Last jumpa Ayra masa hantar kami kat KLIA dulu. Kecik lagi dia. Baya Chaa kan.
 
Mengenang budak-budak comey-comey kat Malaysia yang dok tunggu kitorang balik, memang buat tak sabar nak balik Malaysia.
Syukur ya Allah kurniakan kesihatan yang baik pada kami dan ahli keluarga kami di Malaysia. Semoga dapat jumpa semua nanti. Aminn.

Thursday, November 28, 2013

Premier's Reading Challenge Awards

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
As salam.

Semalam masa tengah dok fikir apa nak masak lunch aku dapat mesej dari Sehi, mak Scott & Chris, kawan sekolah Afiq and Kakak. Dia hantar gambar Kakak kat school Assembly. Terkejut gak aku. Ehhh harini bukan Jumaat, sebab selalunya school assembly buat hari Jumaat. Plus Kakak takde pulak cerita or bagitau ada kena ke school. Cumanya dia bagitau ada spelling test. Tu pun buat dalam kelas macam biasa.

Rupanya ada cikgu dia bagitau dalam Edmodo pasal ni. Haiyayaiyayai... missed lah Kakak punya one of important things yang happen kat school. Nasib baik ada Sehi. Aku pun tak tau dia pergi. Bila Kakak balik dari sekolah mula la bersoal jawab. Hehehe nak tau apa happen kan.


She was soooooo happy and excited dapat certificate untuk reading challenge tu. Walaupun just certificate tapi bak kata Cikgu Jasmin, itu satu permulaan yang bagus! She was determined nak dapatkan medal pulak next year. Katanya ramai kawan yang dapat medal. Ada bronze, silver and gold.

Bila ditanya macammana nak dapatkan medal-medal tu dia cakap kena baca banyak banyak banyak buku. Untuk dapatkan certificate tu, she must read at least 12 books in her first year kat school. Actually bukan sebarang buku pun. Ada senarai buku-buku terpilih yang disenaraikan oleh Government of South Australia. Setiap bacaan pihak sekolah akan rekodkan and masukkan data dalam website Premier's Reading Challenge. . Kawan kawan yang dapat medal sebab diorang dah 2,3 tahun kat school tu.

A refresher on the award levels:
1st Year - Certificate
2nd Year - Medal - Bronze
3rd Year - Medal - Silver
4th Year - Medal - Gold
5th Year - Medal - Champion
6th Year - Medal - Legend
7th Year - Medal - Hall of Fame
8th Year - Certificate - Reader for Life 8 (aka Hall of Fame Reader for Life)
9th Year - Certificate - Reader for Life 9 (aka Reader for Life Bronze)
10th Year - Certificate - Reader for Life 10 (aka Reader for Life Silver)

Nak ikutkan next year dia boleh dapat bronze, tapi sebab kami akan balik Malaysia insyaAllah in Julai, tak dapat la dia nak ambil awards ni sebab list penerima award akan dikeluarkan on September.

Bukan sibukkan dapat medal tu, cumanya bila tengok and dengar macammana excitednya Kakak bila cerita pasal kawan kawan yang dapat medal, aku pun jadi happy. Sebab Kakak memang sangat suka membaca. Sangat sangat sangat. Pergi mana pun walaupun nak gi shopping ke, gi main kat taman ke nak juge bawa buku. And kalau dia suka read books kat library, lagi la aku happy kan. At least masa lunch tu takdelah dia asyik dok memanjat monkey bar je hehehe.

Hopefully tahun depan before balik Malaysia for good, akan ada lagi something good yang dia bawa balik dari sekolah. InsyAllah. Very proud of her (>.<)

Wednesday, November 27, 2013

Cupcake Minions jadi M&M's

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
As salam.

Haritu haritu haritu haritu kan, tengah bersantai dengan en Ahmad borak borak kat dapur, tetiba Afiq datang cakap nak cupcake banana. Afiq ni fussy banyak bab makan, so kalau dia minta something memang kami akan sangat sangat concern and akan try hard untuk full fill kan. Errr minta something tu specific on food la, minta lain tak kose nak try hard hehe.

Cumanya kadang kadang permintaan tu perlu di kaji juga dulu. Kang dah siap bendanya then dia cakap bukan yang tu memang la istigfar panjang mama dia ni hahaha.

So aku tanya balik. Sebabnyaaaaa cupcake memang his favourite tapi either coklat or kena topping coklat atau at least sprinkle colourful atas kek tu baru dia makan betul. Ini kalau cupcake banana yang lenyek banana tu.. harusla dia kata eeyekk walaupun hakikatnya the only buah yang dia makan atau boleh masuk tekak dia ialah banana! Dah pernah buat dulu, tu yang curious dengan permintaan ni.

Selidik punya selidik rupanya baru lepas tengok you tube 'how to make MINIONS Cupcake'! Memang boleh kan??? Hehehe Afiq memang panggil budak budak minions tu banana. Haruuuu. Jenuh la mama nak godek godek nak buat icing bagai nak oiii. Seumur idup tak pernah ku buat. Huhuhu.

Tapi takkan tak buat kan? Anak mintak nak makan kot. Huhuhu gigih la mama ni cari idea nak buat yang mudah, cepat and ikut selera anak boy sorang ni. Time dia minta pun tak kena. Baru lepas lunch kot. Haih. Malas ceq nak baking baking renyah renyah ni. Malasnya bab nak mengemas mencuci lepas kejadian tu sebenarnya ngeee.

En Ahmad pun berkerut je bila aku cakap "ok, mama buat". Hahahahaha. Teruk kan? Dia pun tak caya je aku NAK and BOLEH buat. Selalu bab bab gini bini malas! Hehehe.

Aku teringat resepi cupcake simple gile aku ambil dari satu magazine masa kat klinik check up budak budak ni aritu. So simple and bahan pun memang sedia ada. Cumanya nak decorate nanti kena kretif la sebab resepi ni ala ala basic cup cake je pun. Aku yakin Afiq nanti makan je. Kalau dia tak makan, hehehe harusla ayah diorang yang kena habiskan. Kalau tak, aku merajuk. Hahaha.

So masa prepare tu aku bagi je Afiq and Chaa join skali. Bukan main hepi lagi diorang. Sebab selalunya aku memang tak bagi langsung diorang tolong tolong aku buat kerja kat dapur ni.
Bila dah siap batter, diorang tolong aturkan acuan cupcake. Suke diorang sebab aku pakai acuan silicon kaler kaler. Senang gile pakai acuan ni sebab tak melekat, senang nak makan nanti.
Sebab adunan ni plain, aku minta diorang letak m&m's buat hiasan atas cupcake tu. Dalam resepi takde, saje aku nak bagi diorang hepi je pun. Lagipun memang sebenarnya aku tak kose dah nak buat icing bagai.

Hasilnya... taraaaaaa. Memang unexpected! Suke diorang makan panas panas. Sedap pun sedap.
Ni aku share resepi ok. Panjang no cerita mukaddimah nak bagi resepi ni eyh hehehe. Ampunnn.

MIX CUPCAKE
. 125g softened butter
. 2 tsp vanilla essence
. 3/4 cup caster sugar
. 2 large eggs
. 1 1/2 cups sifted self-raising flour
. 2/3 cup milk

1. Beat all in large electric mixer bowl for 2-3 minutes until pale and creamy
2. Spoon mixture in muffin cases
3. Bake in a 180C for 15 minutes
4. Cool on top with favourite icing

* step 2 tu aku letak siap-siap m&m's dalam 3-4 biji utk satu cup.

Tuesday, November 26, 2013

My Neighbour Totoro

ng0meL by ummi 8 lagi tambah ng0meL Links
As Salam.

This week aku dah makin confident dengan laptop ni. Especially sebab dia touch screen ngeeee. Kalau pening2, anggap je macam tab :-)

Aku tengah search best animated movie untuk tambah koleksi dalam hard disk. Aku suka check kat website rotten tomatoes. So far cite2 yang di review memang best la. 

Nak-nak lagi bila jumpa je cerita-cerita Hayao Miyazaki yang kami pernah tengok before this and terus jadi favourite family movie, memang terus aku download semua!

Antaranya Spirited Away, Ponyo, Princess Mononoke, Howl's Moving Castle and latest Arrietty. Semua cerita2 ni even tengok for the first time, kami berlima including Afiq & Arissa pun suke and tak pernah boring nak tengok banyak2 kali! Kitorang sampai ke tahap kalau jumpa dvd jual kat kedai mesti beli walaupun dah ada dalam hd.

And Oh rupanya baanyak lagi karya Hayao Miyazaki & Studio Ghibli yang nak kena download ni. Hehehe settle aktiviti Summer this year especially kalau hari2 yang so panas malas nak keluar rumah kann.

Eh ok. Nak share movie baru yang baru aku download. My Neighbour Totoro. Yep cerita animasi jepun lagi! Nampaknya kami satu family memang suke sangat dengan karya Hayao Miyazaki ni. Bagi jelah tajuk apa pun, memang enjoy tengok. And ada lagi 3,4 movie dalam list hihihi. Sapa suke, jom layan.

 

Saturday, November 23, 2013

Dora Chaa

ng0meL by ummi 3 lagi tambah ng0meL Links
As salam.
 
Arissa ni nak kata minat sangat kat Dora tu xdela sangat sangat tahap obses. Ada lagi character katun lain yang kalau letak sebelah dengan dora dia jadi confuse nak pilih mana satu hehehe.
 
Tapi sajalah aku nak dia cari yang 'girl' sebabnya so far yang dok rival dengan Dora ni macam buzzlightyear, jack (& the neverland pirates), minions, mike wazowski (monster inc).. more to boy punya toys kan?
 
Jadi kalau nampak je Dora aku akan make sure dia pilih yang tu la. Cumanya barang Dora ni tak banyak pilihan sangat. And juge of course la mahai weiii. Takat AUD10 boleh la layan lagi. Yelah, bukan nak beli satu je kat Chaa kan (@o@)... kakak and abang pun mesti nak juge. Parah.
 
And kalau nak ikutkan tak banyak pun koleksi barang Dora kat rumah ni. Sebabnya tak perlu kot. Hehehe. Main pun sekejap sekejap je. Pastu sepah. Kakak ang abang juge nak kena tolong kemas. Dia tahu nak tido naik katil, minta.. "Mana itu Dora cha? Mana ini Dora cha?" Lagi tak dapat dok ulang itu je.
- Patung Dora tu beli masa school Kakak buat market day. Macam car boot sale la. Dia tengok terus nak. 50sen je. Ambil la.
- Baju tu antara barang Dora yang awal dia ada. Bukan 1st choice pun kalau pilih baju. Tapi kalau dah suruh pakai dia ok je.
- Jam pula baru dapat last week. Ayah ada rezeki lebih sikit belikan jam tangan sorang satu. Actually more tu nak ajar kakak kenal jam. Tapi.. hehehe mestilah adik adik pun nak gak kan ;)

And yang terbaru (huhu last week punya barang dah kira tak baru eyh?) kena pow beli backpack Dora pula. Nasib baik tengah ada offer half price untuk semua barang Dora. Misi awal ayah nak belikan anak-anak baju tapi end up semua nak toys. Nasib la..
 
Ok. Pasni elakkan gi shopping mall dengan budak budak hehehe.

Wednesday, November 20, 2013

Grrrrr for G.E.R.A.M

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
As Salam.

Huhuhu... memang happy sangat dapat laptop baru ni. Macam-macam sebenarnya aku nak buat selain nak blogging balik. Tambah lak Kakak pun dah start pandai guna PC kat sekolah and ada join Edmodo yang cikgu kelas dia buat khas untuk student-teacher-parent nak communicate

Bila ada kemudahan macam ni senang la nak ajar dia memandangkan sekolah kat sini tak de bawa balik school work, cuma bawa balik buku untuk reading saja. Nak biasakan dia guna computer buat latihan maths ke apa ke yang patut. Tak nak aku dia banyak bazir masa tak de buat apa sangat sedangkan budak baya dia kat Malaysia macam-macam kena pandai kan. Harapnya balik nanti takde la nganga langsung tak tahu apa. Bab reading aku memang tak risau sangat kecuali dia punya Australian-accents yang makin lama makin pekat tu. Jenuh dah betulkan. Nasib baik tak lama duduk sini. Kalau tak memang risau sangat balik Malaysia kalau tak kena kutuk, asyik kena tegur dengan cikgu je. Hopefully tak la kan.

Balik pada cerita laptop ni, yang aku kesah sikit dia pakai application Windows. Memang jenuhhhh sangat la bagi aku yang rabun IT ni kan. Merangkak-rangkak buka satu-satu benda huhu. Memang nak kena cari masa juge nak ngadap ni. En Ahmad pun busy juge nak tolong aku tengokkan. Tapi kesian la dia, rasa bersalah belikan aku laptop pakai windows ni siap offer aku pakai Mac Book dia dulu ekekeke.

Bukan tak bersyukur, cumanya kadang-kadang aku rasa benda yang patut menyenangkan tapi buatkan lagi lambat kerja memang mengundang grrrrr la.

Hihihi sebenarnya yang aku hangin ni sebab tak dapat nak upload gambar dalam handphone aku masuk dalam laptop ni so that senang urusan lain je. Dari pagi en Ahmad keluar pergi Uni, sampai time ambil Afiq kat kindy (dia halfday balik pukul 11.30), sampai la dah pukul 2, jap g nak masak then ambil Kakak kat sekolah pula.. Haih. Geram kan?

Oklah makanya bila dah time untuk anak-anak dah keluarga, aku terpaksa la surrender dulu. Malam nanti tengok balik ye. Daaaa.





Tuesday, November 19, 2013

Our Visitor in Adelaide

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
As Salam.

Masuk bulan November 2013 ni bermaksud kami dah berada di bumi Adelaide ni lebih kurang 16 bulan atau setahun 4 bulan. Tinggal lagi lebih kurang 7 atau 8 bulan lagi untuk kami enjoy apa yang ada di Adelaide ni.

Haha enjoy ke? Takdelah enjoy sangat pun sebenarnya. So far kami tak banyak sangat pun jalan-jalan jauh and nak ikutkan banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami tak pergi. Tapi so far kami sekeluarga ok je and happy dengan life sederhana kami di Adelaide.

Masa Hari Raya Aidilfitria ritu kami sekeluarga tak balik Malaysia pun. Satu, sebab cost nak pergi balik bagi kami 5 beranak dah berapa kan. Dua, dan yang paling penting ialah adik ipar aku yang bongsu (Cik Ika) dan dua anak saudara en Ahmad, Afiqah dan Lis (both anak cousin En Ahmad tapi lain parents) nak datang beraya dengan kami! Seronok bukan main sebabnya kali ni kami bukan saja beraya di perantauan, malah kami beraya di atas gunung sambil main snow! Rare tak? Hahahahaha... memang tak di buat orang la kot eyh.

So sehari sebelum hari raya Aidilfitri haritu, kami sekeluarga bergerak ke Melbourne. Diorang ambil tiket MAS dan turun kat Melbourne sebab masa tu Air Asia X belum berkhidmat kat Adelaide ni.

Kami jalan-jalan kat Melbourne 3 hari then gerak balik Adelaide since the Girls stay Australia selama seminggu. InsyaAllah trip ke Melbourne akan aku karang slow2 ye. Then sambung jalan-jalan kat Adelaide pulak. Memang sangat tak cukup masa rasanya sebab perjalanan Melbourne-Adelaide dah ambil masa dekat 1 hari!  Lepas tu diorang naik flight balik ke Melbourne and balik ke Malaysia. Huhuhu budak-budak ni memang terasa betul lah takde Cik Ika and Kakak-kakak tu lagi. Rindu nak balik Malaysia..

Then baru seminggu lepas Cik Ida (kakak pada Cik Ika hehehe) and husband lak datang melawat. Happy sangat la budak-budak ni. Lepas rindu sangat rasanya. Kali ni kami tak pergi la tempat lain, just jalan-jalan sekitar Adelaide and naik Adelaide Hills je. Tu pun masih rasa tak cukup masa seminggu untuk layan diorang kat sini. Jalan-jalan dengan diorang pun nanti aku update kat sini ye.

Thank You Cik Ida and Uncle Hafiz rajin sangat layan budak bertiga ni. Hope sangat next year before kami balik semua orang dapat datang lagi sekali ye tolong packing, then kita gi holiday!



Monday, November 18, 2013

Kembali bersiaran (^.^)

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
As - Salam

Uiii lama betul tak buka blog sendiri ni. Nak mengarang pun tak tahu dah dari mana nak start. Pelan-pelan kayuh la ye (^.^). Bukan apa, ni pun kira latihan nak biasakan diri balik dengan keyboard computer la ni. Pejam celik dah nak habis tahun pun. Meaning tahun 2014 dah nak dekat. Meaning dah nak balik Malaysia. Meaning dah nak start balik kerja huhuhu.

Actually lama aku menghilangkan diri sebab laptop dah mengong huhu. Nak bersiaran dari handphone macam tak best sangat pula. Leceh betul rasa especially bab nak upload gambar. Makanya bertabah le tak blogging lama.

Ni, hehehe Alhamdulilah ada rezeki lebih En Ahmad belikan la yang baru. Baru je turun kapal terbang minggu lepas hihihi. TQ En Ahmad.. TQ SIL Cik Ika tolong belikan. And TQ SIL Cik Ida tolong bawa datang Adelaide. Cumanya laptop ni pakai Windows 8. Huhuhu jenoh juge la nak paham cemana nak guna. Ni pun dok gagap lagi.

So bila dah ada ni insyaAllah akan cari time la nak update selalu balik ye. And banyak le cerita cerita basi nak qada' balik ni hihihi. Sabau je lah.

Sampai jumpa lagi esok ye. Daaa..

Wednesday, March 20, 2013

WW - just for fun :-D

ng0meL by ummi 5 lagi tambah ng0meL Links

Thursday, March 7, 2013

Lawok...Lawokkk

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Terlepas WW semalam. Tapi boleh kan nak share yang ni.. hihihi...

Credit fb: Garage Sale

Tuesday, March 5, 2013

Senda FB

ng0meL by ummi 3 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Nak share jumpa ni kat fb semalam. Comei kan?

Thursday, February 28, 2013

SIPAHH Straw

ng0meL by ummi 7 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Dah lama nak cerita pasal SIPAHH Straw ni. It is a straw with beads/biji kat dalam yang berperisa. Kalau tak salah, biji tu di buat dari ubi kayu (tapioca) yang boleh carry the sipahh flavour.
Rupanya macam ni. So bila kita sedut susu guna straw ni, kita akan dapat rasa perasa yang 'dibawa' oleh straw tu. Contohnya kalau straw tu perasa strawberry, yes dapat la rasa susu strawberry even hakikatnya kita minum susu putih biasa saja.

Actually masa kat Malaysia dulu pernah beli sekali. That time SIL aku belikan untuk kami rasa since Kakak memang suka sangat susu. Plus aku memang taknak stopkan susu untuk anak anak. Even dah tak bf, dah tak minum formula milk (fm), tapi at least fresh milk or any flavoured susu aku nak diorang minum je sampai besar. Tapi sekali tu je la sebab faktor harga kot huhuhu.
Then bila sampai Adelaide aku memang risaukan Afiq yang mula dulu tak nak fm lain selain Dugro yang of course tak de jual kat Adelaide ni. Afiq dah la fussy bab makan, harap nak susu je. Sekali bila stok susu Dugro dia habis, memang serabut la.

Kami try bagi dia fm lain yang ada kat sini. Alhamdulillah slowly dia nak terima. Tapi fm kat sini boleh tahan harganya. Nak pula Arissa pun dah start kena top up dengan fm sebab production aku punya bm dah makin slow. Huhuk.

Makanya kalau nak beli untuk Afiq n Arissa memang agak 'sakit' la walaupun Arissa tak minum banyak pun. Masih tak berapa boleh nak terima susu lain selain breast milk (bm).
And oleh kerana fresh milk kat Adelaide ni sangat sangat lah murah, dengan AUD1 dah dapat 1liter, maka better kami try bagi Afiq fresh milk saja. Tambah pula baru baru ni ada offer lagi murah, sekotak 1liter = $0.79 je! Memang berbaloi.
Tapi.. yes, of course la tak sama langsung rasa formula milk dengan fresh milk kan.. nak nak lagi fresh milk kat sini, even aku sendiri tak boleh minum gitu je. Kalau nak, buat dengan nescafe or tea. Kalau tak.. memang tekak tak berapa nak boleh terima.
So.. dengan itu, kami pun try la introduce this SIPAHH straw pada Afiq. Hihihi harga memang mahal jugak la tapi sekali sekali... boleh la bagi diorang.

Memang best! Macam iklan dia.. just dip, sip and say ahhhhh...

Straw ni memang asalnya dari Australia. And dah ada kat 44 buah negara termasuk Malaysia. Kalau nak cuba.. boleh la.. :-D
Ada banyak perasa tapi kat sini aku beli sekotak haritu ada perasa perasa ni. My favourite yang choc-mint tu. Sedappppppp

Nak tau lanjut boleh je klik Sipahh straw. Ataupun klik SINI.

Wednesday, February 27, 2013

WW - Random pics

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Layan gambar la ye :-D
Pic by Kakak. Makan makan @ Gina's house meraikan member baru di Adelaide.
Parcel lagi! Barang barang dari Malaysia. Thanx Acik, Acu, Uncle n Tok!
Ini budak, dia keluarkan semua kasut so that boleh masuk dalam itu almari.
Three Giant on the house!
Slide PINJAM dari Toy Library
Afiq dah boleh minum fresh milk dalam cawan but using SIPAHH STRAW
reading books after swimming - still in their goggles!

The story of hari Ahad

ng0meL by ummi 6 lagi tambah ng0meL Links
Salam.
 
Panas betul aku rasa malam Ahad lepas. Tambah dengan sakit tekak, sakit badan.. agaknya lama sangat kat luar dalam cuaca panas petang tu. Aku ni bajet puteri lilin huhu tak boleh panas sikit mula la rasa sakit kepala la, tak sedap badan la. Mood pun semacam je.

Tengahari, kami ke Toy Library. Dah time pulangkan toys yang dipinjam last two weeks n pilih toys baru. Macam tu la rutin hari Ahad kami kat Adelaide, tak macam most families yang lagi suke buat lawatan ke Sunday Market. 

Bukannya apa, nak ke Sunday Market tu memang best tapi nak ngangkot budak budak ni naik kereta pagi pagi tu yang letih. Banyak nak kena ready. Maklumla.. anak ramai. Tambah pula dengan cuaca panas ni, duduk dalam kereta rasa macam duduk dalam oven je. Almaklumla.. kereta kami kat sini beli murah je jadi aircond pun tarak huhuhu.

Oleh kerana hari Ahad Library buka pukul 1 tengahari makanya pagi kami layan anak anak dengan buku. Alhamdulillah, Afiq and Arissa ada mengikut jejak Kakak yang suka buku. Bangun pagi je mesti capai buku. Tapi biasala.. tv and ipad ngadap juge, mana boleh tinggal.

Plannya sebelah petang kami nak ke city, saja bawa anak anak tengok orang. Paling kurang pun gi lepak kat park. Tapi fikir juge cuaca panas ni. Sudahnya mau hari Ahad kami habis dengan aktiviti menyusun katalog je!

Then just sebelum gerak ke library, jiran call remind pasal jemputan kenduri kesyukuran, birthday, farewell and aqiqah anak anak di Adelaide ni. Yes, 4 in 1.. tu yang buat dekat park. Jemputan pun ramai sangat. Tapi seriously, betul betul aku lupa ada terbaca jemputan tu kat fb and en Ahmad pula memang no idea sebab tak buka fb dia. Mujur jiran baik hati call remind and ajak konvoi sekali memandangkan tempat nak pergi tu agak jauh and kami pun tak biasa.

Pukul 1 kami gerak ke library. Spent time kat situ sekejap sebelum gerak ke tempat kenduri. Masa kat library anak anak as usual memang teruja main macam macam sambil memilih apa barang pula nak bawa balik harini.
Arissa memang dah bagitau awal dia nak slide. Tengok gaya pun dah dapat agak. Tapi slide ni tak boleh la angkat time tu sebab tak muat kereta. Booking dulu, esok boleh ambil! Tapi surprise la untuk dia hihihi. Sementara tu cari toys lain yang muat kereta.

Abang nampaknya berkenan mesin rumput 'uncle khairezan' ni. Dulu masa kitorang sampai and transit kat rumah gina, ada satu hari husband gina keluarkan mesin rumput sebab rumah diorang time tu nak inspection. Afiq memang sangat suka barang barang macam tu. Dah lama la mengidam tu, harini jumpa terus tak lepas!
Kakak jumpa schoolmate dia, Annabeth. Diaorang pun rajin datang sini. Kata mak Anna, nak beli tak mampu jadi pinjam sajalah... yes, agreed. Afterall beli banyak banyak pun bukannya semua nak bawa balik kan. Buat penuh ruang je huhuk. Pastu mama juge nak mengemas kan...
Then sempat lagi en Ahmad pinjam a few books untuk diorang. Buku kat rumah dah almost abis Kakak khatam. Lagipun aku memang nak carikan buku pasal school, nak bagi Afiq lagi minat nak ke school hehehe.
Alhamdulillah jumpe yang sesuai sangat sangat!

Balik dari library, kami singgah beli buah tangan untuk bawa ke kenduri nanti. Maaf la, memang tak sempat nak prepare apa apa kueh pun, plus malassss sama. Makanya beli buah je la ye tanda ingatan :-).

Masa dalam kereta memang terasa sangat bahang panas Summer ni. Arissa pun dah start mengamuk nak bf. Ngantuk sama tu. Kesian sangat tengok pipi diorang bertiga merah sangat macam kena bakar. Aku sendiri rasa perit. Ikukan hati nak je ajak en Ahmad balik rumah tapi memandangkan ada jemputan, maka gagah juge la kitorang ikut konvoi ke park tu. Alhamdulillah dalam nangis nangis tu Arissa tertido.

Sampai je kat memang mood aku tak berapa nak ada. Panas buat aku pening and tekak rasa perit. So aku tak jamah pun nasi. Cuma minum air, makan banyak tembikai and anggur and ambik 2 ketul ayam. Lagipun aku tak makan kambing. Tekak memang tak boleh masuk.

Arissa and Kakak pun tak nak makan. So makan la kami buah buahan sampai kenyang hahaha. Yang selera makan en Ahmad, and Afiq of course have too kalau duduk dengan ayahnya muehehehe. Cuma... memang panas la aku rasa..nak layan anak anak main pun aku tak larat. Nak duduk join bersembang pun aku takde mood.
Sampai la aku kesian sangat tengok Kakak tak senang duduk. Kesian dia takde kawan. Yang ada memang ramai, tapi Kakak ni ikut aku la.. susah nak make friends. Berkepit je dengan mak. Last last bila tengok redup sikit, aku layan juge Kakak and Arissa main slide. Kat situ ada shades. Tu pun kaki rasa macam nak duduk je. Cuma aku tak harap si Arissa dok bergayut kat slide tu. Haish. Budak lain aku tengok tak buat pun macam tu. Dia ni... aktif! Alhamdulillah.. hihihi. Then, Afiq pun join main sama. Dapat la naik seround dua. Nampak dia ketawa hepi.. ok la tu. Jom balik.. mama dah nak meletup dah ni.

Sampai rumah, solat.. aku terus flat. Tapi tak boleh nak rehat pun sebab anak anak bantai main mainan yang pinjam kat library tadi. Sambil tu aku suapkan diorang mee goreng balance pagi tadi. Alhamdulillah.. at least ada yang masuk perut. Then, tido awal ok. Esoknya Kakak dah nak school.

Tapi malam tu pun aku takleh tido. Sakit kepala, sakit badan, sakit tekak semua ada. Last last rasanya dekat pukul 4 jugak baru aku tertido... huhuhu. Mujur paginya bangun dah ok.

Monday, February 25, 2013

Summer and Swimming Pool

ng0meL by ummi 5 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Minggu ni kira minggu panas la dalam Summer ni. Kalau tak ada la 3 hari sejuk 4 hari panas. And panas pun tak la panassssss sangat. Tapi minggu ni memang terasa betul panas tu. Siang malam.

Teringat agent rumah ni, Elanor ada cakap masa buat inspection haritu. Katanya bila dah masuk Februari, dan hujung summer lagi akan panas.

Dah lama en Ahmad dok berkira nak beli pool untuk anak anak main kat belakang rumah. Kecik pun jadilah asalkan dapat diorang merasa dah lama tak mandi kolam. Asik berendam dalam bath tub je sumbat 3 orang sekaligus huhuhu.

Last weekend masa g beli barang terpandang set swimming pool yang sangat murah. Yep, mungkin ada lagi murah kot tapi bagi kitorang yang tak mencari ni, dapat bawah $20 untuk pool saiz kami-berlima-selesa-masuk sangat berbaloi.

Makanya pada satu hari yang panas last week, dapat la anak anak mandi sepuasnya dalam swimming pool baru. Yea!

Thursday, February 21, 2013

Kakak's school 'Meet the Teacher Night'

ng0meL by ummi 8 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Selasa lepas East Torrens Primary School, sekolah Kakak buat open classroom untuk parents and family datang jumpa teachers. Not only class teacher but all teachers yang mengajar anak kita, kita boleh jumpa and dengar taklimat pasal program teaching dan apa yang teachers expect pada anak anak kita.

So petang tu as dalam invitation slip n disebabkan ada mention pasal event ni unformal, maka kami 5 beranak pergi ke kelas Kakak. Angkut je semua hehehe. And yes, family lain pun bawa je anak masing masing.

Term ni Kakak masih dalam NAP @ IELP class and class teacher dia pun masih Mrs Calvo. InsyaAllah next term dia akan masuk kelas biasa lepas cukup setahun dalam program ni.

So dalam class penuh dengan family members classmate Kakak. Ada dari Sri Langka, India, Korea, Iran n sorang dari Malaysia! Kitorang duduk sama sama dalam classroom Kakak and tengok macammana enviroment class Kakak while Mrs Calvo tunjukkan slide apa yang dah diorang belajar and apa yang akan diorang belajar.

Then kitorang di bawa ke bilik aktiviti dimana kat sini ada macam macam mainan yang sebenarnya boleh jadi alat pembelajaran untuk anak anak.

Contohnya minggu ni diorang belajar pasal rumah. So ada 4 jenis khemah dalam bilik tu yang mewakili igloo, castle, tent n house. Selain tu aku tengok ada teddy bear yang diorang tampal 'soft' untuk texture lembut, mainan doll house ada tampal 'hard' and macam macam lagi.

Sambil layan Arissa and Afiq, Kakak tunjukkan kitorang apa yang dia buat dalam activity room tu. Dia excited sebab selain tu, boleh dia kenalkan kawan kawan kelas dia pada kitorang.

As aku cakap tadi, minggu ni diorang belajar pasal rumah or tempat tinggal. So Kakak ada lukiskan rumah 'twelve' kami back in Malaysia sharing dengan her two other friends from Malaysia; Adam and Amber yang masing masing pun lukis gambar rumah diorang kat Malaysia in a peace of paper.

Then adalah sikit sikit chatting dengan Mrs Calvo about progress Kakak at school before kami proceed untuk collect stamps sambil Kakak tunjukkan kami around sekolah.

Kakak sekarang tengah involve dengan school project untuk buat persembahan tarian india nanti, so kebetulan masa masuk class Hindi Language untuk dapatkan stamp, Mrs Chowla bagitau yang Kakak suka practice dancing n singing.

Then lepas kumpul a few stamps, tak habis lagi kumpul pun, kami dah ke Food Education Center to pick up another stamp tapi rupanya Kakak dah terus dapat ice cream. Free ice cream patutnya as a reward untuk children yang dah dapat settlekan puzzle collect stamp tu tapi sebab dah diorang bagi, even Arissa pun dapat.. kami tak dapat nak siapkan puzzle tu. Yelah, nanti habis comot lantai class macammana kan.

Layan anak anak kat playground sekejap then kami balik rumah.

The end.

Chat Circle Programme

ng0meL by ummi 12 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Hari ni en Ahmad tolong aku babysit Arissa for a few short hours while aku join Chat Circle Programme kat Campbelltown Library.

Programme ni utk adult migrant macam aku ni untuk belajar improve English conversation and reading skills.

Memandangkan its FREE, and en Ahmad pun masih dalam cuti summer, jadi boleh la aku join programme ni sementara dia tolong tengok kan Arissa.

Ye la at least sambil boleh belajar n timba ilmu, dapat juge aku relax dari kerja kerja rumah. Plus dapat banyak kawan baru dari all over the world! Its a chance kan...

Programme ni sponsored by Campbelltown City Council. Bagus sangat. Banyak juge aku dapat belajar not only pasal learning English macam kat sekolah dulu, tapi macam macam lah. Nak story pun ni baru my first class.. hihihi. Tapi memang seriously tak rugi langsung!

So after this insyaAllah every Thursday morning aku akan start 'masuk sekolah'. Duduk belajar macam Kakak and Afiq sebab dalam environment kawan kawan berbagai bangsa, agama and bahasa! Arissa pun boleh join playgroup kat library tu jugak.

Wednesday, February 20, 2013

WW - Apakah? Sanggupkah?

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Minggu ni Kakak punya tajuk morning talk kat sekolah 'things that made from wood'. So dia kena berdiri depan class and talk about tajuk tu.

Aku tolong google cari bahan untuk bagi idea untuk dia. Sekali, jumpa gambar ni...

Tuesday, February 19, 2013

Product of Israel

ng0meL by ummi 10 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

On off je aku ni kan. Mood tak stabil nak buat karangan huhuhu.

Semalam angkut anak anak nak beli barang sikit. Tengah ada offer, berkejar la membeli. Siap ambik order dari kawan kawan lagi. 

Sekali licin, habis. Maybe dah dekat tengahari kan. Orang kalau nak beli barang tu gerakla pagi pagi kan. Tapi nak buat macammana, jadi surirumah ni bukan boleh keluar je rumah macam tu kan.

Pagi pagi kena setel pinggan mangkuk dalam sink. Walaupun sebelum tido dah setel, bangun pagi tengok ada je barang seketul dua dalam tu. Setel anak nak g sekolah, setel kain baju nak cuci nak sidai, kemas rumah yang tak pernah berkemas, urus makan minum anak anak n suami.. sedar sedar dah pukul 10 pagi.
Ni kalau mak aku tau pukul 10 baru nak keluar cari lauk nak masak, memang nak kena basuh la.

So en Ahmad tanya juge takkan pagi lagi dah habis. Katanya tengahari dalam pukul 12 diorang akan restock balik. So tunggu la dlm kereta even panas di sebabkan aku nak jugak beli squid tu. Huhuhu dah lama sangat kot tak makan sotong. Asyik ayam and daging je...

Sekali dah pukul 12 pun tak sampai lagi. Bila tanya diorang cakap driver lori ikan tu datang lambat. Tapi tak boleh confirm pukul berapa sampai. Haish. Macam xde kerja lain pulak dok melangut kat situ xde hasil kan. Dah la g semata nak beli squid tu. Anak anak pun dah start merungut nak balik.

Sudahnya malas dah nak tunggu, even dia cakap akan restock lagi haritu. 

Masa dok menunggu tu, sempat aku capture gambar ni. Hihihi... sebenarnya yang aku nak share ni pasal gambar ni la pun :-)

Friday, February 15, 2013

Bihun Sup Utara pulak

ng0meL by ummi 9 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Dua hari lepas jiran terdekat gina jemput minum petang kat umah dia meraikan ada tetamu dari Malaysia datang hantar anak belajar kat sini.
Menu petang tu bihun sup utara. Hadoiii aku ni kalau makanan utara ni memang tak cukup la satu dua pinggan.

Tapi huhu malu la kan sampai satu tahap tu semua orang dah setel and dok bersembang, yang aku ni still dok menyuap. Sedap la tu kannn :-D

Sampai balik umah pun dok teringat nih. Nak mintak tapau, malu!
Makanya semalam, tak pikir panjang terus aku google resepi.

Aku dah banyak kali try resepi mamawandiha ni. Memang menjadi dengan tekak aku and family.

Akhirnya...

Alhamdulillah... siap juge. En Ahmad dah tak makan nasi dah semalam, asyik ulang ni ja :-D. Anak anak pun berebut sampai bertambah. Hmmm boleh buat lagi ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog