Monday, December 31, 2012

Sekolah

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Amboi rata rata kawan kat Malaysia update cerita hantar anak gi sekolah semalam untuk orientasi. Seronok tengok.
Minggu minggu lepas dengan persediaan beli kain baju sekolah, buku sekolah, test anak pakai baju sekolah.. aku pulak yang teruja.

Bukan apa, kalau ikut kan Kakak tahun depan masuk darjah 1 dah. Tapi memandangkan dia kat sini, tak merasa la meriahnya persediaan nak ke sekolah tu. Tambah pula sekarang ni masih school summer holiday.

And kalau pun Kakak masuk year 1 next term sekolah buka, takde la school uniform baju kurung putih dengan tudung putih untuk Kakak. Yang tu yang seronok tengok tu sebenarnya. Kat sini takat pakai polo tshirt yang beli kat sekolah (sebab ada lambang sekolah) dengan any pants or skirt janji ikut kaler yang school tetapkan. Macam beli baju sukan kat sekolah je..  :-(

Tak tahulah orang lain kan, tapi kalau aku.. pengalaman siapkan anak pakai uniform sekolah tu yang aku nantikan. Terbayang dulu masa aku kecik, bangun pagi mandi air sejuk then mak siapkan pakai baju semua. Eh.. ke aku pakai sendiri dah time tu? Ekeke..

Dulu memang biasa pakaikan Kakak dengan uniform tadika. Real Kids masa dia 4 tahun n Alif Ceria (Little Caliphs) masa dia 5-6 tahun before datang sini.
Tapi its not the same feeling (i think) dengan uniform sekolah rendah tu. Huhuhu tak sabarnya nak tengok Kakak pakai uniform sekolah nanti.

Friday, December 28, 2012

Mengimbau kenangan

ng0meL by ummi 7 lagi tambah ng0meL Links
Salam.
Cerita pasal baby, pregnen, bersalin, tak habis lagi. Sebabnya my best friend kat Malaysia sekarang tengah tunggu time nak besalin. Huhu sedihnya tak ada kat sana nak bagi semangat and tengok baby.
Aku ni kalau bab macam ni memang gedik banyak. Suke sangat. Dari sekolah aku suke collect gambar baby. Muehehe. Terserlah kegedikan di situ kan. Orang lain collect gambar artis hensem, aku dah start collect gambar baby. Ntoh. Bagi aku dari dok puja ntah mamat mana, bek letak gambar baby comei as wrapping buku.
Tapi bukanla sampai tak ngaku pernah poja KRU, BSB, 'NSync and last skali Zahid AF2! Hahaha... mengimbau kenangan betol.
Aku suke share kisah aku pregnen and bersalin. Untuk ketiga tiga little khalifah aku ni. Kalau ada je berita kawan ke sapa sapa ke yang pregnen, berbunga bunga hati ni. Tak tahu kenapa. Sukeee! Serius.
And kalau ada yang minta pendapat, ke cerita kisah ke, lajuuu je aku nak share apa saja ilmu yang ada. Sonok rase. Kot sebab pregnen and bersalin ni satu anugerah keistimewaan yang Allah anugerahkan sangat special bagi aku. Nikmat tu.. tak boleh nak change dengan dapat duit banyak banyak banyak (macam pernah dapat huhu) or kepuasan lepas shopping banyak banyak banyak (pon tak pernah merasa huhuk). Pendapat aku la.
Ketiga tiga kali aku pregnen aku alah teruk untuk first trimester tu. Teruk sangat.
Pregnen Kakak tahun 2006. Hihi dengan bangganya aku nak bagitau aku bunting pelamin masa tu. Sebab tu aku tak heran masa kes Diana Danielle aritu. 17/12/2005 nikah, 16/09/2006 Kakak lahir. Tapi langsung tak bother sebab sungguh siksa rasanya pregnen tu. Nak kata aku ni anak manja, tak. Langsung tak. Tapi aku jadi sungguh lemah tak bermaya sampaikan lepas je doc ucap tahniah aku pregnen, terus aku pitam. Kena naik wheelchair. Then aku call opis bagitahu berita gumbira kat semua orangu (sebab diorang memang tengah dok suspen keadaan perubahan aku lately masa tu muehehe).
Pastu aku start unpaid leave 2 bulan hahaha. Tak larat ooo. Hari hari muntah je kerje. Nak bangun langsung tak boleh, angkat kepala pun tak boleh.. makan pun nak baring je. Makan selera bukan main tapi.. buang. Makan buang, makan buang. Pernah banyak kali makan laksa, muntah balik sampai keluar mee laksa tu kot hidung! Peritnya Allah saja yang tau. Memang aku import mak datang jaga aku time tu. Kesian mak. Sayannnggg mak!
Lepas siksaan 3 bulan pertama tu, kerja aku makannn je. Sampai akhirnya berat aku naik 20kg! Seronok ooo pegnen. Aku ni keding je. Sangat. Berat tak sampai 40kg pun. Naik tu.. semua orang. Yes, semua. Puji aku santek, somel, seri... adoyai... tu yang buat aku suke pegnen ni. Tapi lepas bersalin.. huhuhuhuhuhuhu... turun balik jadi 38kg! Sedih. Sedih sangat lepas tu. :'(
Oh, tapi bukanla nak berlagak. Alhamdulillah walaupun aku siksa time awal pegnen, aku senang bersalin. Ramai yang cakap. Bagi aku.. senang tu of course takkkkk.. gile ko nak keluarkan selambak gitu dari lobang kecik gitu!!! Siksa juge.. tapi at least aku tak payah tunggu berjam jam, berhari hari, sakit pun tak rasa sangat. Syukur sangat sangat Allah mudahkan urusan keluarnya hamba Allah paling sweet pernah aku and en Ahmad tengok time tu.
Pengalaman tu buat aku seronok nak pregnen and bersalin lagi. Sebabnya memang dalam masa 2,3 minit je sakit, tengok tengok Kakak dah keluar. Doc pun tak sempat nak attend.
Second time start pegnen tahun 2008. Afiq lahir 14/01/2009. Aku ingat aku nak kuat sikit pregnen kali ni. Tak mo manje manje macam dulu. Tapi malangnye sama je n worst. Aku sampai ambik unpaid leave 2 bulan, tambah lagi 2 minggu! Tapi kali ni dah tak naik wheelchair dah. Gila ngko, satu kementerian tahu aku naik wheelchair! Huhuhu sampai harini diperkatakan tau. Hampeh.
And again lepas je baik sickness aku tu, aku terus je sihat and sehat sampai juge naik badan 18kg! Suke!suke! En Ahmad pun sayanggg! Kikiki.
Kali ni aku lambat sikit bersalin. Maksudnya lama dok menganggur dalam wad bersalin tu. Dari pukul 3pg sampai pukul 5pagi. Tapi Alhamdulillah sakitnya pun tak la sakit sangat, tapi memandangkan dah masuk wad, dah tak leh la nak kuar balik kan. Aku je gedik, nak juge bersalin haritu. Ngade kan.
Sebabnya masa tu aku bertiga dgn Siti and Ina pegnen. Patutnya aku due dulu, then Ina then Siti. Tup tup awal bulan 1 Siti dah bersalin. Patutnya dia bersalin awal bulan 2. Aku dah start risau. Aku ni psyco bab bersalin ni sebenarnya. Aku selalu takut baby aku tak selamat. Takut... serious. Sampai psyco je dok pikir macam macam.
Nak ikutkan due date belom sampai. Tapi petang tu Ina p hospital. Katanya dah nak bersalin. Makkk! Lagi la aku risau. Patutnya aku dulu kan.. Sudahnya tengah malam tu aku ajak juge en Ahmad gi hospital. Cakap je dah ada contraction kah kah kah. Import adik aku Acik n laki dia tolong tengokkan Kakak kot aku memang nak kena bersalin. Cehhh perancangan awal tu.
Check dulu, nurse cakap baru buka 2cm kot. Dia soh balik. Tapi aku tak nak. Takut sebab dah buke. Sejarah aku dengan Kakak dulu memang cepat je bukaan aku. Kang tetiba terus buka 8 ke, macammana? Aku lepak dulu kat luar.
Pukul 3pagi aku dapat msg dari husb Ina bagitau dia dah selamat dapat baby girl. Wahhh ni takleh jadi ni. Aku kena besalin juge ni. Terus panggil nurse suruh check lagi. Haish boring je nurse tu layan aku. Dari 6cm ke7cm ke 8cm, memang aku lama dok dalam tu tapi sakit tu takla teruk sangat. Then akhirnya pukul 5 pg kuarla Ahmad Afiq... legaaaaa. Tapi afiq kecik sangat. 2.55kg je. Kecik kan? Alhamdulillah sekarang dia makin sehat. So dapat la tarikh lahir Afiq sama dengan Insyirah, anak Ina. :-)
Yang no 3.. nak ikutkan Arissa ni yang no 4. A few months b4 Arissa, aku pegnen. Tapi baru je tak sampai sebulan, gugur. Sedih kot tapi Alhamdulillah aku bukan gugur yang sakit n teruk. Just pergi check, doc tengok urine test cakap pregnen tapi scan tak nampak. Doc suspek luar rahim. Kalau ye memang tak boleh simpan pun. So aku ok je. Lagipun still early, naluri ibu aku time tu belum nak develope untuk baby tu. Doc pun cakap semua clean, tak perlu cuci or anything. Just macam nak jadi tapi tak jadi. Aku redho. :-(
Tapi pastu gedik tak habis lagi. Nak juge pegnen sedangkan nak ikutkan Afiq tu masih pun BF aku. Dia pun tecik lagi, baru setahun lebih kot. Tu la ikut hati. Aku sebenarnya suke pegnen sebab time tu aku rasa aku perfect. Almost kot huhuhu. And aku akan sikit jealous tapi banyakkkkk hepi dengar orang lain pegnen. Hepi kan?
Bulan 6 tahun 2010 start pegnen balik. 7/3/2011 lahirla puteri bolat aku ni. Ni pun sama aku psyco tarikh lahir dia. Nak ikutkan due 11/3 tapi gedik nak juge dia lahir 7/3 so that sama tarikh dengan adik aku yang bongsu muehehe.
And also.. kali ni pun aku tak terlepas punya sickness first trimester tu. Kali ni lagi dasat. 3 bulan aku amek unpaid leave! Hahaha. Seb baik keje gomen, kalau private mau dah lama kena sepak dah ni.
Again, aku makin bulat dan cantik dan disayangi.... :-D. Tapi aku still BF Afiq tauu. Suke... walaupun ramai yang cakap tak bagus, tak sihat, tak ok.. tapi aku teruskan juge. Susu badan apa.. apasal pulak nak buat dia sakit. Lainla aku makan benda tak elok, turun ikut susu badan tu kan.
Sampai bulan 3 aku gedik balik. Start dah pilih tarikh nak buat onar kat hospital tu. Aku bersalin diorang kat gomen je pun, Hospital Putrajaya. Alhamdulillah layanan ok memuaskan tak de hal. Kot aku pun behave je kan muehehe.
Kali ni again xde tanda apa tapi aku nak tarikh tu. En Ahmad layan je karenah bini psyco dia ni hahaha. Kesian kan.
Pagi lagi aku dah check in wad bersalin. Hari tu en Ahmad busy sebenarnya. Kena buat paper untuk Menteri. Takpelah, kot Menteri lagi penting dari bini hat gedik tak sakit tapi nak besalin gak kan. Hadoila.
Masuk check.. ooo dah buka 2cm. Aik.. pelik kot. Tapi aku percaya kuasa psyco aku ni buat baby pun tak sabau nak keluar tengok muka mama dia keh keh keh. Naluri ibu kan.. pastu bonding.. 9bulan dok dalam perut, makan apa aku makan.. harusla dengar cakap aku kan. Baby, kita kuar harini ok. Hihihi.
Gitu gini gitu gini. Nah.. tak sempat dewan besalin nak ready, tak sempat katil nak pasang cadar, tak sempat aku nak tukar baju, tak sempat ayah dia nak masuk tengok, tak sempat doc nak datang, Alhamdulillah... lahir pulak puteri somel lomel lagi satu hat no 3... legaaa rasa. Dapat juge tarikh sama Acu dia muehehe...
Kali ni tak perlu jahit coz xde any luka. Setel. Allah mudahkan je urusan kalau kita niat baik untuk khalifah Allah ni. InsyaAllah, Aminnn.
And yang lagi seronok, aku still BF Afiq, at the same time aku BF Arissa, and diorang share sampaila aku habia pantang Arisaa 3 bulan.  And lagiii seronok, kali ni berat badan aku dah normal! Maintain je 48kg.  Cantik kan? Eh.. bukan riak atau bangga, tapi aku suke dengan anugerah dan ciptaan Allah yang Dia aturkan untuk kami sekeluarga. Syukur sangat.
Umak aii panjang no kisah mengimbau kenangan ni. Seb baik takde rasa nak buat part 1 part 2. Kalau tak.. semput aku nak menaip. And kalau ada yang baca dari awal sampai habis, tenkiu so much! Tetiba nak rajin buat entry panjang lebar kan.
Oklah, time nak back to real life pulak. Ada 3 orang budak nak ku isikan perut mereka. Peace! :-D

Thursday, December 27, 2012

Kisah baby

ng0meL by ummi 8 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Tak tau nak letak tajuk apa.

Pagi ni bangun Subuh tengok ada msg Whatsapp masuk dari member ofis lama.

Bagitau berita sedih. Salah seorang kawan ofis yang quite close dengan aku lost her baby dalam kandungan. Meninggal dalam umur kandungan tu 7 bulan. Innalillahiwainna ilaihi roojiunn.

Baru petang semalam dia Whatsapp tengah kat klinik ada appoinment MGTT (minum air gula). Lama tunggu nak dapat result and jumpa doktor.

Then malamnya member lain Whatsapp bagitau berita sedih tu. Cepatnya... kerja Allah kan..

Member aku ni dah ada 2 orang hero. Tahun ni rezeki lagi lepas 3 tahun. Harapnya nak dapat girl pulak la kan. Tapi itulah, urusan Allah.. dah tertulis dia tak de rezeki lagi.

Sebabnya belum tahu, tak nak sibuk tanya lagi sebab masih baru kan. Mesti masih bersedih. Sedih sebab dah bawa 7 bulan...

Harapnya kawan kawan aku yang lain yang masih menunggu turn untuk bersalin semuanya selamat insyaAllah. Lin, Zura, Lela, Nad, Mila, Zuha.

Juge adik bongsu aku.. insyaAllah bulan 3 ke bulan 4 tahun depan turn dia besalin. Semoga selamat semua. Aminnn.

Wednesday, December 26, 2012

#WW - Jahitan tangan

ng0meL by ummi 9 lagi tambah ng0meL Links

Jadilah, asalkan dapat dipakai :-P

Monday, December 24, 2012

Acuan siapa?

ng0meL by ummi 8 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Semalam lepak kat rumah satu hari. Sebabnya panas gile kat luar sampai 40 degree celcius! Dok kat dalam rumah pasang kipas je walaupun langsung tak rase angin kipas, tapi tahan juge la. Nak buka aircond fikir kos letrik yang tinggi. Tunggu malam nak tido baru on aircond. Selesa sikit budak budak nak tido.

Kitorang kat rumah memang buka movie je la. One after another. Siapa taknak tengok movie tengok you tube.
Sekarang budak budak tengah syok tengok Upin Ipin yang siri Raja Buah. Asyik replay je. Dah khatam skrip dah Afiq dengan Arissa tu.

Dok saja saja ni sambik tengok gelagat budak bertiga ni mula la aku dengan en Ahmad dok tanya.. ikut muke siapa la diorang ni.
Nak kata muka aku.. mungkin si Afiq tu adalah iras sikit. Tu pun sebab dia golap kot huhu. Ada tahi lalat manis halus je kat pipi kanan. Bulu mata.. yes ikut aku tapi dia punya lagi lentik.

Kalau Kakak Farah langsung tak ade. Dari kecik muka cam anak cina. Tapi muka Kakak sebijik cam muka adik ipau aku yang bongsu. Bukan je muka sebenarnya, rambut, kaler kulit, ketinggian, kepandaian (insyaAllah), even tahi lalat pun kat tempat yang sama. Ramai cakap memang klon sebijik.

Si debab Syafiqah pula.. ntoh la mana datang acuan ni. Muka square en Ahmad kata hahaha. Masa baby ada iras abang or kakak masa baby. Dah besau ni lain sikit.. nak kata iras aku tu.. ada la part mata. Tapi mata dia kot more tu adik aku yang bongsu. Bolat saja. Dah lahir pun sama tarikh dengan Acu dia tu hihihi.

Whatever pun acuan fizikal diorang, aku pray sangat acuan kepintaran tu ikut ayah diorang. Hahaha bukan nak bagitau aku tak pandai kan, tapi aku suke kalau banyak ikut ayah diorang. Especially rajin bab membaca.

Well, aku ni memang malaih banyak bab baca membaca ni. Even baca resepi pun tau nak short cut je baca muehehe.

Oklah penat melalut. Banyak lagi keqoje dok tunggu tu. See ya. Tata.

Sunday, December 23, 2012

Ke Airport nak balik Malaysia!

ng0meL by ummi 9 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Ke airport tu betul dah. Nak balik Malaysia tu pun betul, tapi bukan kami la huhuhu. Turn kami lambat lagi. Melangut dulu kat Adelaide ni la nampaknya sampai en Ahmad habis study.

Rombongan cik Kiah nak hantar family Kak Shidah/ Hj Arip balik Malaysia for good. Kak Syidah dah habis buat phD 3 tahun kat sini. Seronok sangat dia nak balik. Sebabnya dia kat sini dengan 3 anaknya sedangkan suami and anak lain kat Malaysia. Sekali sekala adalah Kak Shidah balik Malaysia atau Haji Arip datang Adelaide ni. Bayangkan 3 tahun hidup macam tu.. kalau aku.. memang tak sanggup.

Paling utama dari segi nak uruskan anak anak sorang diri kan, tapi kalau anak dah besar mungkin lain ceritanya kot. Tapi dari segi kos pun memang tak mampula. Sebabnya kos tambang sehala je dah makan ribu ribu RM. Mana nak cekau tu kalau gaji sebulan pun cukup makan je kan. Makanya.. dok diam dia sudah.
Balik pada cerita rombongan cik Kiah ni.. kami sampai rumah Kak Shidah untuk berkumpul dalam pukul 10.30 pagi. Masa tu family Kak Syurah/ Abg Shibi, Kak Azie/ Abg Azul, Najwa/ Dr Imran & Jem (Jamilah) dan sampai.

Tak lama lepas tu kami pun terus berangkat ke airport. Nak ikutkan flight lepas tengahari tapi memang kena ready check in awal so that tak la kelam kabut nanti. Dalam pukul 11 sampai kat airport.
Setel urusan itu ini kami ramai ramai masuk lepak lepak borak borak kat dalam tu. Budak budak memang happy sangat dapat main kat playground.

Tak lama lepas tu datang lagi family Izzah/ Yasser, Kak Z & anak-anak and family Aqilah/ Faisal. Meriah engkau kat dalam tu dengan rakyat Malaysia!
Kakak with her friends; Amalia, Najla & Zalikha
Dah borak borak, bagi hadiah, bergambar peluk cium semua.. masing masing minta diri.

Kami dah janji nak ikut Kak Azie/ Abg Azul singgah IKEA memandangkan dah dekat dengan airport. Kak Azie pula rupanya belum penah pergi lagi makanya. jom jalan jalan IKEA pulok.
Tengok tengok belek belek je kat dalam tu sebab memang tak rasa nak menyoping pun huhu. Sama je IKEA Malaysia dengan IKEA South Australia ni. Bezanya harga barang sini nampak murah sebab harga dalam AUD kan, cer kali 3 untuk harga RM.. baik beli kat Malaysia je.

Then kitorang gi lunch kat Afgan Cuisine, South Road.. tak jauh juge dari situ. First time makan kat sini. Yang biase makan semua cakap memang best. So kena la try kan.
Harga sepinggan ni AUD10 je! Hah, harga ni tak payah darab sebab bukan nak bawa balik Malaysia pun ekekekeke. Makan je.. Penuh pinggan dengan nasi, salad, cili, yougurt & ayam setengah ekor! Memang superb, sedap, portion banyak and murah! Tak larat nak ngabiskan sepinggan tu.

Lain kali harussss datang lagi ni. :D
Sorila kali ni tak banyak gambar sebab si Arissa tido, aku pula pangku dia, tak dapat nak snap lebih lebih. Tapi hakikatnya masing masing pun dah lapau sangat! Dah kat pukul 3ptg dah time tu huhuhu.

Setel makan, Afiq n Arissa masih tido. Terus la kitorang gerak balik...

Selamat Jalan Kak Shidah.. jumpa lagi nanti ye..:)

Saturday, December 22, 2012

Surprise! Hadiah Bestday!

ng0meL by ummi 12 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Semalam kan bestday i. Ceh.. ber i..i.. la pulok. Ni kalau cite bab bestday memang tak habis ni hik hik.
Tapi xde celebrate special pun. Bangun pagi rutin biasa urus budak budak, bergaduh dengan Arissa, siapkan brekfast en Ahmad, tengok tv. Hahaha...

En Ahmad kerja seminggu straight shift pagi dr pukul 5 sampai 8.30. Balik dah lapar n penat drive. Ngantuk lagi.. jadi malas nak manje manje merengek ajak jalan ke ape.
Lagipun dah 2 hari berturut en Ahmad dah ajak kuar jalan dah hihihi. Present pun dah dapat awal awal lg.. so dok je la dendiam jaga anak kat umah.

As for aku, konon nak juge feeling special, masak mee bandung la feveret semua orang lam rumah ni! Ngeee...
Malam tu kitorang sibuk susun katalog. Patutnya wiken free tapi sebab nak christmas kan, ada je offer kat kedai especially untuk boxing day the day after christmas, so adala katalog nak hantar sabtu ahad.

Tetiba ada sorang member Adelaide Gang call... bagitau husband dia nk drop by kat rumah sekejap sebelum nak g umah jiran lain. Ni mesti nak bg hadiah kat aku ni.. ngeh3.
Rupanya dia bagi kek birthday! Alololo... homemade.. sendiri dia bikin bagi aku.. oh terharunya! Tenkiuuu Isabelle Is! Berebut anak beranak nak tengok kek hahaha.

Gagah aku g snap gambar dulu dalam bilik sebab hp tengah cas. Bekejar si Arissa tu sebab nak curik manik manik somel tu.. hahaha layan...

Siap letak lilin tu... alolo.. seb baik satu. Kalau 32.. ngeh3... mau habis rambut Arissa tu. Kah kah kah.
Tenkiu lagi sekali Is! Nanti bestday hang aku kena wat seprais gak la no.. eh.. ke dah tak seprais ni? Muehehe...

Pastu adik2 ipau aku wassap.. cakap diorang pun tengah tolong celebratekan besday aku kat kl nun.. siap bagi gambar kek! Huhuhu terharu... sebab tak dapat rase mango cheesecake itu... tenkiu adik adiks... miss both of u!

Adik adik aku? Wish la.. berani tak wish.. nanti aku majuk susah nak pujuk sebab jauh kan.
Huhuhu miss semua orang kat kampung.. tenkiu semua orang yang wish n doakan aku.. kecuali yang doakan aku dapat adik untuk Arissa.. aku simpan lagi 2,3 tahun ye.. muah3!

Hahaha gambar tambahan nak tepek juge. First time bawa kereta jauhhhhh 6km dari rumah. Gayat rasa..

Friday, December 21, 2012

Hadiah dari IKEA

ng0meL by ummi 10 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Semalam en Ahmad balik kerja dengan senyuman. Kikiki. Aku perasan ada satu paper bag coklat kat tepi pintu. Aku pun senyum lebar...

Apakah? Hadiah bestday lagi ke?

Ekekekekeke.. melampaukan.. dah banyak dah hadiah bestday aku dapat tahun ni.. lagi mau hadiah ka?
Rupanya IKEA bagi christmas gift.

Ada free magazine subscription untuk 6 months.. pilih nak yang mana satu.. then ada cookies.. tak buka lagi sampai sekarang.
Ni pulak... keh keh keh...memang hadiah untuk aku dah ni.. oven mitt and kitchen towel. comei gak la.. boleh match dengan aku punya cake pop maker.. hihihi. Saaayang IKEA. Eh.. en Ahmad.

Alhamdulillah.. rezeki. Tq IKEA!

Doomsday on my Bestday?

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Macam macam review pasal bulan ni.

Mula tarikh 12.12.12. Ramai kawen or at least nikah dulu pada tarikh ni.

Then semalam 20.12.2012. Tarikh cantik juge. Ada gak yang kawen?

Harini.. 21.12.2012.. its my 32nd Birthday! Tua dah noooo. Tapi maintain aweK muda hahaha harusss.
So.. kalau korang sedang baca  entry ni pada tarikh harini 21.12.2012.. Alhamdulillah.. kita masih bernyawa.. bumi juge masih bernyawa..
Tahun lepas tak salah aku.. kecoh la pada tarikh harini.. dikatakan doomsday atau hari akhirat akan berlaku.
Macam macam ramalan dan kiraan dan kajian yang diorang buat. Harapnya walau bilapun masanya.. jangan kita terlalu taksub dan percaya sehingga lupa bahawa hanya Allah yang tahu bila tarikh, hari, masa, akan berlakunya hari Kiamat. Wallahu'alam..

Anyway.. again.. today is my Bestday!
I just wish that mak ayah sihat dan aku masih diberikan peluang untuk berjumpa peluk cium mereka bila aku balik ke Malaysia tahun 2014 nanti. InsyaAllah.

And suami.. anak anak, juga diberikan kesihatan yang baik untuk aku jaga makan minum, pakaian, kesejahteraan (oh apa aku merepek ni di pagi hari).. semoga menjadi insan berguna. InsyaAllah.. Aminnn.

Love semua.

Thursday, December 20, 2012

Cherry picking and Picnic with Adelaide Gang

ng0meL by ummi 12 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Last Sunday. Plan dengan Adelaide Gang (tapi tak semua) g cherry picking. Masing masing akan bawa bekal untuk berpicnic lepas tu. Wahhh best!

Haritu en Ahmad kerja pula tapi malamnya kami dah prepare barang siap siap mana yang perlu bawa. Maklumla perjalanan agak jauh dan nak gerak pagi jadi banyak juge nak sedia.
Pukul 9.30 family Kak Azie/ Abd Azul sampai. Time tu aku baru je sudah goreng mihun. Mujur en Ahmad balik awal jadi tolong siapkan budak budak. Then family Kak Surah/ Abg Shibi sampai. Budak budak semua dah excited masa ni. Pastu family Faridah/Amirul pula sampai. Wahhh aku pula hepi. Kelam kabut siap xnak diorang tunggu lama.
Dah ready dalam pukul 10 kitorang gerak ke destinasi. Kami ikut kereta Abg Shibi je sebab diorang lagi mahir kat sini. Then kereta Kak shidah/ Hj Arif join kitorang. Wahhh bestnya ramai ramai join ni. Barula meriah kan. Kakak hepi betul bila tahu ramai kawan kawan dia yang join.
Lama juge la perjalanan naik bukit turun bukit. Yang seronoknya cuaca hari tu nyaman je, langsung tak panas. Anak anak siap pakai sweater lagi sebab cuaca agak sejuk.
Seronok aku dengan en Ahmad, sambil jalan sambil tunjukan anak anak view atas bukit.
Even kami sendiri pun kagum dengan view dari atas bukit tu.
Yang paling best bila tengok pokok pokok yang ditutup dengan net untuk elakkan buah yang masak di makan burung. Subhanallah... cantiknya view.
Ada satu time tu kereta depan slow.. rupanya ada sekor koala lintas jalan. Kelam kabut aku snap gambar! Kenangan ni. Hihihi. Kelabu je gambar koala ni sebab lindung cermin kereta huhu.
Ni tempat kami mula mula singgah. Tapi tak jadi sebab agaknya owner dia tengok ramai beno yang serbu dengan budak budak lagi makanya dia bagi alasan buah belum ripe. Huhu tak pe.. kitorang gi tempat lain la eh. Ini budak Arissa monyok mengikut cuaca haritu yang mendung and hujan renyai. Tapi maknye... kikiki excited wei!

Sampai ke destinasi, banyak tempat yang sediakan khimat PYO (pick your own) ni. Diorang akan sediakan baldi and kita akan pick sendiri banyak mana buah yang nak. Then, bayaran akan dikenakan bagi cherry yang kita petik per kilo.
Ada juge tempat yang masuk free and bayaran cherry yang dikutip sama je tapi kami pilih untuk petik cherry di StellaCreek.
Tempat ni agak famous berbanding tempat lain, makanya bayaran masuk dikenakan dan cherry yang dipetik pun akan dibayar mengikut jenis. AfiQ tu merajuk apa ntah time ni. Haish.
Aku dan Kakak dan excited nak petik cherry tapi en Ahmad as usual cool je dulu. Dengar penerangan pekerja kat situ mengenai jenis buah and macammana nak kenal jenis buah mengikut pokok. Almaklumla, aku tengok semua hampir sama je apalagi rasa cherry tu.
Tapi bila dah lama lama baru perasan, memang cherry yang sekilo AUD10 (Summit) lebih sedap, besar dan juicy dari yang AUD 6 (Vans).

Ni aku amek dari website:
Summit
Mid season, light in colour with strong, sweet taste. It is among the largest of the cherry varieties. This is a beautifully shaped cherry (heart shape) and is a delight to eat. Because of its size and other qualities, Summit commands a premium price at market.

Stella
Red heart-shaped mid-season cherry that is well-flavoured and sweet. Mid red skin with lighter flesh and large in size. This is our flagship cherry. Enjoy!


Kami decide untuk petik cherry Stella, the famous one yang harganya AUD8 sekilo. Tak banyak beza pun rasa dan bentuk Stella and Summit, besar and heart shape serta juicy. Memang tak jumpa kat Malaysia ni.
Dah separuh each 2 baldi kami petik en Ahmad ajak beredar. Takut yg lain dah menunggu. Tq Abang Azul tolong ambilkan gambar kami satu family. Cantik kan.. Aku?... keh keh keh...
Yang aku ni mulut tak berenti mengunyah. Sambil dukung Arissa ke, bf Arissa ke, jaga Kakak and Afiq ke, ngunyah sampai dah tak larat dah. Banyak juge yang masuk baldi. And banyak juge yang masuk perut aku keh keh keh. Sudahnye en Ahmad kena angkat Arissa panjat balik bukit.
Yang best tempat ni dalam net yang besar dan selesa. jadi takla kita tertunduk tunduk nak ambil buah tu.
Oh ya. Ladang cherry Stella Creek ni berbukit. Agak curam juge. So memang kena extra careful nak petik tu. Kitorang pun lepak petik dari 2 pokok je, xpayah jalan jauh jauh. Tu pun memang tak habis.
Banyak betul buah di celah celah daun.

Lepas tu kitorang beratur untuk timbang. Heh, en Ahmad la yang beratur kan.. aku tolong jaga anak anak. By this time dah tengahari sangat dah. Masing masing dah kelaparan.
Siap semua dah bayar, total kitorang punya hasil tangkapan AUD27. Banyak juge rupanya. Mungkin all in all campur yang masuk perut.. huhu berkilo gak la.

Lepas tu kitorang gerak untuk makan. Tak jauh dari situ pun tempatnya, masih di atas bukit dengan cuaca agak sejuk dan windy.
Huhu serious time ni semua dah lapar sangat, tak fikir dah nak snap snap gambar.

Aku pun tak tengok jam dah pukul berapa kitorang gerak balik. Tapi semuaya puas hati walaupun kepenatan. Serious. Puas hati and happy sangat. en Ahmad nak je pergi lagi kalau aku nak.. tapi rasanya mungkin next year kot sebab masih banyak acara picking mempicking lepas ni contohnya apple picking pula!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog