Friday, November 30, 2012

Makan Tengahari kami

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Salam.
Bestnya harini sejuk je. Even weather forecast kata hari akan panas dan juge memandangkan esok dah pun start summer, tapi harini cuaca elok je mendung and sekali sekala hujan turun. Alhamdulillah...
And memandangkan harini mood agak baik, aku masak special sikit la untuk suami and anak anak.
Hihi special la tu.. especially daging masak hitam tu. En Ahmad kata rasa macam arwah mak mertua aku masak. Cuma arwah selalu masak pakai ayam. Hmm insyaAllah next time boleh je gantikan dengan ayam kan.
Oklah.. hopefully harini akan terus mendung dan sejuk...
Ayam Panggang Merinted
Resepi dari blog MAMAWANDIHA

Thursday, November 29, 2012

Hanis Zalikha nak datang Australia!

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Tadi masa nak edit untuk update blog, aku buka laptop. Huhu yes, selalu update pakai hp je. Blogger Apps. Then nak edit untuk di publish baru aku buka laptop. Bila view blog, nampak la entry Hanis Zalikha ni.
Hahah! tajuk menarik. Ok, menarik bagi aku la kot sebab aku sekarang dok berpijak di bumi ostolia ni. And THE GHAN is very the familiar one to me, ok! Coz kalau datang Australia, peluang nak jumpa tu tipis sangat le coz Australia ni bukan je negara tapi benua! Besau gilah! Tapi bila tulis THE GHAN tu.. hihuhu.. peluang ke Adelaide adalah sangat besau!

Ok, jom tengok sat apa cite blogger famous amous ni toliss..

Nice! hihi apa yang nice nye? Weee betul la Hanis Zalikha nak datang Adelaide! Xtually dia nak g bercuti plus having an adventure la kat Australia ni. Good for her coz boleh jalan jalan sana sini kan? I nak datang sini pun tunggu hubby ajak kikiki. Tu pun nak balik Malaysia balik untuk jengok mak ayah pun fikir banyak kali sebab tengok harga tiket balik. Sebabnya.. kitorang kalau nak balik, mau kena kali 5 kepala harga tiket tu!

Hihihi bersabarlah untuk 2 tahun dok Adelaide ni ye. After all, kalau tengok website www.australia.com  pun rasanya banyak tempat leh terjah ni sementara alang-alang dok kat sini ye. Huhu sapa nak bagi peluang macam ni kan?

Ok. So sapa nak terjah blog Hanis Zalikha di alukan untuk baca entry dia dengan lebih lanjut. And for me.. insyaAllah kalau en Ahmad ku bawa berjalan, akan ku rajin kan jari update kat blog ok.

Wednesday, November 28, 2012

MY NUFFNANG! wink*wink*

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Dah lamaaaaa sangat tinggalkan dunia blogging. Sekarang ni, lately, dalam seminggu dua ni baru nak rajin blog balik.

Memandangkan dah memang aku xbekerja sekarang, banyak sangat masa boleh di habiskan untuk concentrate pada blog ni.

Dua tiga hari ni asyik tak boleh tido saja. So.. dari dok scroll fb tengok cerita orang, baik aku start BW kan.

Kekok juge rasa nak start balik g jengok follower tapi.. akan aku usahakan insyaAllah.

Ni semua sebab lawatan aku kat blog Fieda tadi. Baca pasal BE dia buat aku rindu balik nak aktif blogging macam dulu.

And yang paling best bila tengok EARNING blog thesomellomels ni kat nuffnang! Tq nuffnang sebab tak lupakan dakuuuu!

Semangat! Semangat!

WW - Nak seribu daya

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links

Letihnyaaaaaa

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Hadoi. Mengeluh eh. Letih la si Arissa ni buat hal pula pagi tadi. Sebab dia bangun tido tengok aku takde kat sebelah.

Pagi tadi en Ahmad kerja lagi so tugas aku prepare Kakak and hantar ke sekolah.
Oleh sebab semalam tido lambat, makanya pagi tadi after subuh aku tido balik. Dengan cuaca panas sekarang ni badan rasa letih je.

So bangun pagi pun lewat sikit la. Tapi ok je pun takdela lewat. Cumanya time prepare bekal Kakak, tuna sweet chili yang biasa dia makan tu habis la pulak. Aku gantikan dengan tuna italian style.

Hmm masa buka tin tu aku dah rasa macam Kakak tak suka kot rasa yang ni tapi aku buat la juge letak tuna tu kat roti. Kakak ni senang. Roti letak tuna dah ok dah tak payah hias bagai.

Elok siap roti n lain lain untuk bekal Kakak, dengar Arissa nangis kat bilik. Aku jengah tengok dia dah turun katil. Hihi pandai pun. Tapi tu lah.. lepas tu nak berdokong je la dia pun.

Then untuk breakfast pagi tu Kakak minta nak sekeping roti tuna tu. Gigit sikit, dia buat muke. Tak sedap. Huhu. Jam dah pukul 8.15 dah. Dengan Arissa taknak aku letak bawah.

So aku decide wat roti telur je la bekal Kakak. Dia ok. Tapi tula si Arissa ni taknak lagi turun dari aku. Melekat je. Memang patut la diorang semua cakap dia ni 'koala bear' aku. Bertenggek je kat pinggang ramping haluih tuluih muluih mama ni.

Sya..sya.. bila la nak ok ni nak oiiii.

I just can't SLEEP!

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Owh.. it's 1.44am rite now. Everybody is asleep but me...

 Is this the reason?

 Owh. still got 5% to go..

4%
.
.
.
3%
.
.
.
2%
.
.
.
1%
.
.
.
Nite nite

 

Tuesday, November 27, 2012

Ribut semalam

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Petang semalam bukan main kuatnya ribut. Sampai ke tengah malam. Hujan tak kuat pun tapi angin je lebih. Tambah pula ada pokok besau depan rumah ni. Bunyi macam orang buat kerja tukang je.

Tengahari tadi en Ahmad soh tengok pagar sebelah rumah. Memang dah nak roboh dah pun sebelum ni. Tunggu masa je.

Seb baik tak teruk sangat. 2 keping tercabut. Patut la bunyi macam orang bertukang bukan main kuat, rupanya bunyi zink tu.

Ni dah snap snap gambar nak email kat agent rumah. Diorang akan bagitau landlord ku yang baik hati tu untuk baiki.
Pagar tepi rumah. Memang dah senget dah ni.
Pagar tepi tapi sebelah depan sikit.
Rasanya jiran sebelah dah susun elok kat sini ni.
Oh, rupanya pagar belakang pun dah nazak juge.
Dari jauh
Ni jiran sebelah lagi satu punya side.

Aktiviti Hari Ahad

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Sebut ja hari Ahad mesti orang akan cakap g Sunday Market. Haah. Kat Adelaide ni tiap Ahad ada Sunday Market. Macam Pasar Tani kat Malaysia tapi sini bukan jual barang hasil tani dan makanan je tapi segala macam benda yang boleh di jual hatta sependa pun ada!

Seawal pagi diorang datang ke padang yang disediakan dan buka bonet kereta masing masing and keluarkan segala macam yang nak di jual.

Kitorang pernah pergi Sunday Market ni 2 kali sejak duduk di Adelaide ni. Memang bangun seawal jam 6pagi sebabnya perjalanan yang agak jauh and nak sampai awal so that barang pun baru sampai jadi seronok nak belek belek.

Kitorang ni nak di ikutkan jarang pergi Sunday Market ni sebab tak ada benda yang nak di cari sangat pun. Sudahnye terpaksa beli mainan je kat budak budak. Memang murah la sedolar dua je tapi.. huhu wat penuh rumah je kot.

Aish. Sebenarnya apa yang aku nak cerita kat sini adalah sangat berbeza daripada aktiviti berSunday Market ni. Dah termelalut cerita lain. Xpelah layan dulula ye kisah Sunday Market ni. Next time cerita aktiviti SEBENAR kami di hari Ahad...
Both gambar dari Pokcik Google

Saturday, November 24, 2012

PALESTIN : AKU DAN MEREKA

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Malam ni kami sekeluarga join program ceramah anjuran ISMA SA dgn sokongan MyPSA SA bertajuk Palestin: Aku dan Mereka. Sebagai tanda sokongan kami kepada rakyat Palestin dan Gaza. Ikut tentatif program, Maghrib berjemaah kat sana tapi sebab nak bersiap budak-budak lagi makanya kami Maghrib kat rumah je siap-siap. Lagipun tempatnya tak jauh dari rumah pun.

Sedang elok kami sampai, ceramah pun start. Ada dua penceramah yang di jemput. First seorang berketurunan Palestin sendiri cuma dah bekerja dan menetap di bumi Australia. Dia cerita pasal Palestin, asal usul dan apa yang berlaku.
Lepas tu ada persembahan nasyid dari anak-anak ALIM CLUB.

Then ceramah oleh Ustaz Shahruzzaman Bin Bistaman yang merupakan aktivis dan perunding bagi Aman Palestin. Banyak yang di cerita dari sejarah asal usul sehinggalah kenapa kita perlu selamatkan Palestin.
Alhamdulillah melalui program ni dapat juga kami hulurkan sedikit derma untuk disalurkan terus ke Palestin melalui Aman Palestin. Katanya mereka di sana amat memerlukan dana segera bagi membeli ubat-ubatan dan kemudahan asas.

Doa aku: Ya Allah, ringankanla beban saudara saudara kami di Palestin sana, Ya Allah.. Aminnn.
Antara aktiviti anak-anak kat sana.  AfiQ sampai je terus tido. Kakak as usual cari something to read. And Arissa... selain being SO FRIENDLY dengan semua orang, keje dia makan je...                            

Aktiviti petang

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Petang semalam dok boring tak tahu nak buat apa huhu. Anak anak macam biase la, main and tengok tv xpernah boring. Aku ni dok belek hp dah abis belek dah. Hmmm last skali bangun buat mihun hailam je la. Kakak pun tak makan apa yang heavy lagi since balik sekolah. 

Lepas suap tiga tiga makan, tengok jam dah pukul 7. Kat luar cerah lagi. Oh, kain belom angkat. Selalu time nak jemur and angkat kain aku akan ajak anak anak main kat luar. Bagila diorang angin luar sama.

Ramai yang heran aku and anak anak boleh je dok terperap dalam rumah dari sehari ke sehari. Tapi tu la.. sapa cakap tak boring kan cuma masih boleh bertahan lagi ni.
Tapi dengan syarat mesti bawa diorang main basikal kat backyard juge at least sekali sehari.
Petang ni diorang xde mood nak main beskal. Kakak punya idea bawa lego main kat tangga. Okla.. yang penting diorang hepi and tak boring kan.
Puas main, ajak masuk soh minum air. Memang biasa macam tu. Sebab cuaca sekarang dah start panas kan, aku kena make sure nak keluar je pakai sunblock n masuk umah minum banyak air.
Then mandi.. siap semua pakai hensem comel cantik, ayah pon balik... the end.. hihihi.

Petang tadi pula layan diorang main basikal. Kakak pula nak try ber skating kat luar rumah. Aku suruh dia skate ala ala sliding gitu, kebetulan ada la curam sikit. Gedebok dia jatuh. Kesian kakak nak nangis. Tapi aku cakap xpela kakak kan dah pakai protection ni.. cuba lagi.
Last last nak la main lagi even kena aku tolong guide kan. Ye lah kot kalau aku pun belom tentu pandai skate kan..

Main sekejap saja, aku ajak masuk. Panas. Lagipun nak kena siap siap nak g program ceramah lepas maghrib. Ceramah pasal Palestin.. menarik kan?

Friday, November 23, 2012

Tokleh tido

ng0meL by ummi 7 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Haish. Lately asyik tido lambat je aku ni. Sejak ari isnin aritu la.. sebab takut bangun lewat jadinya tido asyik terbangun je.

And bila terbangun tengok muka anak anak.. datang pula lagu aerosmith 'i don't want to miss a thing' tu. Everytime ok.

Aritu nak sedapkan hati and mata, dah post kat fb. Sanggup gugel cari lirik, copy paste kat status fb.

Arini.. hah, aku snap gambar Arissa yang dok pusing kiri pusing kanan dari tadi. Ni pun buat aku tak nyenyak tido gak ni. Panas ke, sejuk ke.. berkerut je muka.

Ok dah edit edit. Nah. Nite nite.. nak try tido gak coz esok en Ahmad nak g uni awal. Exam. Final for this sem! And again aku nak kena ngangkot budak bertiga hantar Kakak g school esok.

Thursday, November 22, 2012

Gadoh pulak

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
Salam.
Macam tu la dua beradik ni. Elok elok main ketawa ketawa. Pastu gadoh. Ni ada kotak semalam belikan Arisssa tricycle. Dah Kakak and abang masing masing dah ada bicycle, Arissa je dok berlari kejar abang and kakak kehulu kehilir.
Pastu sekejap je pon, baik pulak balik. Tu yang aku pun snap gambar je.. malas nak masuk campur. Tau dah adik beradik macam tu la kalau gadoh pun kan.
Pastu gadoh balik. Pastu baik balik.

Wednesday, November 21, 2012

#WordlessWednesday

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links

Masterchef Me

ng0meL by ummi 7 lagi tambah ng0meL Links
Salam.
Hik hik hik. Bukan main lagi ngaku Masterchef. Alah.. Masterchef untuk en Ahmad and anak anak je la. Kalau keluar rumah ni xdelah title tu dapat kat aku. Master tak Master.. sedap xsedap apa yang aku masak diorang akan makan juge hehehe. Tapi insyaAllah masa 2 tahun bercuti ni akan aku ambil sebaiknya untuk belajar masak. Bukan nak masak yang beria sampai boleh masuk pertandingan masak pun. Cuma boleh variety kan makanan untuk anak anak dan suami pun cukup la kan. Paling kurang kalau Kakak nak kek pasni aku dah boleh buat dah and kalau en Ahmad nak lasagna pun insyaAllah dan boleh sediakan dengan air tangan sendiri dah. :)
So far dah banyak la resepi aku cuba and op kos ada yang berjaya ada yang tak. Tapi Alhamdulillah en Ahmad very supportive. Dia makan je semua hihihi.
Jom tengok apa yang aku dah terai buat selama ni. Huhu ada yang tak sempat snap gambo ni..
Lamb Kebab Turkish Style - over pedas
Nasi Kari Berdaging - favourite En Ahmad
Mee Hailam - dah Master ni kikiki
Butter Cake - favourite Kakak
Beef Lasagna - kena improve lagi
Nasi Lemak - menu wajib tiap minggu
Ayam Panggang Berempah - En Ahmad suke
Nasi Ayam simple - menu tiap minggu
Laksa Utara - huhu Xcukup ulaman tapi tetap uumph!

Tuesday, November 20, 2012

Barang baru

ng0meL by ummi 6 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Semalam En Ahmad balik dari kerja tengahari dengan muka gembira. Katanya jumpa barang orang buang tepi jalan tapi barang tu elok sangat lagi. Saspennya.. sebab baru je Ahad aritu cakap nak cari eskey kalau jumpa. Eish takkan senang macam tu kot? Hehe.

Tapi pastu dia yang tak sabar cerita jumpa apa. Hahaha agak dah, bukan boleh simpan rahsia apa lama sikit dari aku. Ada 2 pasang roller skate. Saiz Afiq n maybe Arissa. And skate board kecik sesuai untuk Afiq. Dia taknak kuarkan dulu sebab takut nanti Kakak sedih. Selalu banyak beli or bawa balik untuk Afiq dgn Arissa je. Hmm ok je kot.

Tapi again dia yang tak sabar juge.. bawa masuk umah petang tu juge hahaha tapi letak kat dapo dalam keadaan sesapa pun boleh nampak barang tu hahaha.

And yang jumpenye ialah Arissa... sebab dia yang rajin ngikut aku dok dapo. Muka kagum sangat.. lupa nak snap..

"Eh... apani ma? Sapa punya ni ma? Apani? Apani?"

Sambil belek2 roller blade tu. Memang elok sangat lagi, sikit pun xde patah ke calar ke.. n faded ke gambar katun Thomas tu.

Bila aku jawab ayah punye, dia xpuas hati. Dok tanya lagi sapa punye. Hahaha mayne sbb tgk katun Thomas tu.. xkan ayah punye kot kan? Hahaha...

Saje aku cakap dia.. g tanya ayah.. hamboi, kelam kabut bawa g bilik nak tanya ayah die.

Baru Kakak and Afiq perasan benda baru tu. Apalagi... pakat buka lagi la beg tengok apa isi lagi. Suka sangat afiq dapat skate board tu. Selama memang dia ada minta pun. Dari dok main game skateboard dalam hp aku sampaila dok belek katalog menan tiap minggu.
Sorang sepasang - nanti ayah carikan helmet and kneepad ok!
Kakak macam upset bila tgk kecik.. nak juge try. Alhamdulillah rupenya yang size Arissa tu boleh xtend. Memang muat je kaki Kakak. Apalagi... dok menerai je la kelepak kelepuk. Seb baik umah ni besar la jugak ruangan takat nak main gaya diorang tu.. n berkapet penuh so xle licin. Suke...
Sambil buat apa pun pakai
Lega... rezeki anak anak.. save duit mak ayah ni.

Makan and Main

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Salam.
Ye la.. inilah aktiviti kami tiga beranak lepas en Ahmad g keje and Kakak g school.
Keje aku pikir apa menu nak masak untuk suami and anak anak makan. Bukan senang sebab diorang ni makan ikut mood. Kadang buat apa makan je, kadang pikir dulu pastu cakap xnak lah. Adoi. Aku gak kena habiskan.
Afiq and Arissa memang kena pasang tv tu untuk diorang. Tengok tak tengok cite lain. Arissa suke Shrek. Hihihi turun mama die ni. Sampai cakap "nak Shrek cha".. die punya la tu. Tapi minggu ni abang suke Toy Story pulak. Dah boring la sebulan hari hari layan Shrek sampai Shrek 4 back to back non stop kecuali tido. Hah ngkau. Minggu lepas layan la Astro Boy sekejap. Afiq la nak jadi superhero. Kena layan sebab dia sorang je boy n semangat kelelakian tu kena semai hihi.
Selalu time aku masak tghari Afiq nak juge main kat luar. Alhamdulillah dok sini bolehla diorang main bebas kat luar kan. Dari tingkap dapo tu boleh je aku jengok jengok diorang main. Teringat zaman aku kecik dulu, main je la keja. Langsung tak amek pot mak masak. Tau tau dah siap mak panggil masuk makan. Hmmm rindu mak.

Aish.. layan gambo je la.. dah teringat mak ni kena cepat tido. Kang syahdu pulak pepagi buta ni huhuhu.
Ayam Masak Kicap - huhu teringat mak time masak ni
Mee Hailam memang favourite diorang

Monday, November 19, 2012

It went well, Alhamdulillah..

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Semalam risau beno aku budak budak tak behave pagi ni and Kakak akan lambat g sekolah. Dari en Ahmad gerak g kerja pukul 5 pagi tadi aku xlena tido balik. Pas subuh aku baring je sebelah Arissa sebab takut dia bangun. Terlelap sekejap, terjaga balik every 15 minit huhu. Pening kepala ni. Arissa pun kejap kejap nak menyusu je.

Last last bunyi juge alarm pukul 7.35. Tengok Kakak dah sedar tapi malas malas bangun lagi. Aku biarkan je sebab pikir awal lagi pun. Bajet nak gerak pukul 8.30 paling lewat. Breafast xpayah beria sebab dah bgtau Kakak kalau hari ayah kerja, bekfast cereal dengan milk je. Alhamdulillah dia ok. Lunch box pun aku readykan roti n tuna buat sandwich, banana n snack apollo + oreo 2 ketul.

Pukul 7.50 aku minta Kakak bangun n g urus diri kat toilet. Air suam dah readykan. Alhamdulillah juge dia senang bangun and xbuat muke macam kadang kadang tu kalau tido lewat huhu. Senyap senyap je kami berdua buat kerja pagi tadi. Takut Afiq n Arissa bangun.. kesian Kakak nak urus diri sendiri pula.

Setel kerja aku kat dapo, prepare susu Afiq siap siap. Untuk tutup mulut kalau terbangun huhu. Arissa aku dan susukan awal tadi n tengok doa nyenyak je. Sempat juge potong kuku Kakak.

By 8.20 semua dah ready. Start enjin kereta, kejut Afiq minum susu. Arissa pon terjaga tapi terpisat pisat mata. Tak nangis, xmerengek sebab nampak Kakak yang hepi.. dia pun senyum. Lega... angkat Arissa, tunggu Afiq siap susu. Setel, terus aku minta Afiq bangun cakap nak g hantar Kakak g school. Hepi je bangun.. g pakai selipar n kuar umah.

Masuk kereta semua hepi n it's already 8.30. Snap snap gambar. Yea! Off to school! Alhamdulillah lega sangat rasa. Hopefully esok lusa diorang ok lagi. Yang penting, tido awal!

Arissa lemak?

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links

Salam

Hmmm.. konon tido awal nak bangun awal esok. Engkau... sekali jam baru pukul 1 pagi dah bangun. Hahaha hambik ko.. awal kan? Jangan esok terbabas sudaaa.
Nak kena ngangkot budak budak hantar Kakak g sekolah esok ni. En Ahmad dah start kerja kat IKEA. Shift pagi 5.30 - 8.30. Kakak masuk school last pukuk 8.40 pagi. Memang nak tak nak kenala aku angkot Afiq n Arissa sekali time tu.
Hopefully diorang behave and bagi kerjasama. Selalu En Ahmad ada boleh tolong tengokkan Kakak or tolong prepare bekal. Sebab si Arissa ni pantang aku xde kat sebelah. Tak senang tido dia. Bangun la, nangis. Kalau tido tu mesti tangan or kaki dok atas aku.. check kot kalau aku bangun huhuhu. Afiq pula jenis bangun tapi nak berselimut lagi atas katil. Esok nak tak nak kena duduk carseat terus la.

En Ahmad kate Arissa ni lemak. Hahaha... comel. Aku suke kot, tapi memang rimas la kalau nak berkepit je. Hatta nak p bilik air buang air kecik pun dia nak ikot. Serabut weh. Tambah kalau time dia yang serabut - nak susu or nak tido. Jangan bagi alasan apa pun la.. memang dia tak faham. Nak mama je, dia kata.

Arissa ni since kecik pe'el lain banyak. Kakak memang so independence. Maybe sebab aku tak bf dia sama kot jadi bond tu takde huhuhu. Sian Kakak. Afiq manje, memang. Tapi since ada Arissa banyak la dia kene mengalah. Nak ikutkan dia pun spesis nak melekat ngan aku jugak tu. Ye la aku bf dia sampai 2 tahun lebih. Even masa pregnen kan Arissa and habis pantang Arissa pun aku masih bf die. Sayang nak lepas.. aku yang taknak dia stop.. tapi yelah  kena pikir Arissa lagi need bm aku. And mungkin dari situ Arissa jadi xnak lepas aku kot. Nak kontrol dia sorang je.

And since sekarang pun aku tengah cuti, 24 hours dengan diorang kat rumah.. lagi la Arissa ni nak melekat je. Takut no kalau aku hilang dari dia.
"aik, mana mama?" Cehh... dah pandai tanya. Sedangkan aku kat dapo je, dia kat ruang tamu. Kalau aku hilang nak g tandas ke, jemur kain ke.. meraung bukan main. Geram je rasa.

Kalau serabut tu, aku depan mata pun nangis soh angkat. Selalu time nak masak tghari utk Kakak balik sekolah. Masak kadang tu sambil dokong dia. Memang haru. Letak sekejap pun nangis macam kena pukul. Kadang buat tatau juge.. g la cari abang. Tapi abang ajak datang kat aku juge hihihi.

Hmmm cerita hal pe'el Arissa ni memang tak abis. Kadang-kadang aku fikir dia ni baru setahun lebih pun, jadi memang la dia need aku kan? Tapi... ntoh le. Nak ajar berenggang pun macammana.. dah memang dia anak aku, baby lagi pun.. belom 2 tahun. Masih perlu bf pun. And aku pun tengah bercuti and xkeje and keje aku is jaga diorang kan?

Hmmm... nanti di pikirin lah. Sekarang ngantuk suda datang. Mau tido... nite nite!

Friday, November 16, 2012

Three is many?

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links

Salam.

Lama no tak update blog. Asyik sebuk baca blog orang je tapi blog sendiri terabai. Huhu kesian kesian kesian.
Oleh kerana mata dah ngantuk sangat tapi masih tak leh nak lelap, makanya adalah lebih baik aku update blog ye..

Oh.. why three is many? Tu la.. since datang Adelaide ni, dah 3 orang tanya aku pasal anak tiga ni. En Ahmad kata yelah, kebanyakan orang anak 2 je kot. Memang la tak heran nak ikutkan sebab banyak kan polisi negara yang hadkan jumlah anak ni. Adala reason diorang tu tapi kalau kat Malaysia.. and yang penting as a Muslim.. the more the merrier kan. Hihihi... ramaikan umat Muhammad dapat pahala apa.

First time aku di tegur oleh Chinese Malaysian. Dia cakap, "anak tiga.. ramai!". Heh.
Second time an Aussie.. she's a young girl actually; younger than Kakak, even! Her name is Sarah. Dia tanya is Arissa anak aku. Yes, aku jawab. Then dia tanya is Afiq n Kakak also anak aku.. again aku jawab la Yes. Hehehe.. cute je dia cakap, "you have so many kids! I only have 2.. me and my sister..she still a baby.." sambil tunding jari kat family dia. Masa tu kitorang kat playground. Comel je budak2 OZ ni tak segan nak tanya2.
Third time masa kat school Kakak. Time tu tengah layan Arissa and Afiq main slide sementara tunggu Kakak balik. An Indian lady. Tunggu anak dia balik sekolah juge la. Dia tanya how aku manage 3 children.. dia cakap sebab Afiq and Arissa nampak masih small and need attention lagi.
Aku just senyum. Apa nak jawab pun tatau.

Cuma yang aku fikir.. terkejut tak diorang kalau aku cakap adik beradik husband aku 4 orang, or.. adik beradik aku 6 orang, or.. adik beradik mak aku 8 orang.. tu pun patut ada 12, 4 dah meninggal..

Apa pun.. aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi.. ramai ke, sikit ke.. yang penting sekarang is quality.. biar diorang membesar menjadi apa yang sepatutnya.. khalifah Allah, umat Muhammad yang soleh dan solehah. InsyaAllah.. Aminnnn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog