Monday, September 17, 2012

Kakak is now officially SIX!

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Salam..

Selamat Hari Malaysia.. 16th Sept datang lagi.. and 2012 ni my oldest daughter dah pun enam tahun. Enam tahun.. dah besar dah anak dara aku ni. Alhamdulillah so far i'm very proud of her. She did turn to be the Farah Sufiyyah yang aku and en Ahmad nak. Aminnn.

This year kami as usual celebrate antara kami je.. tahun ni.. berlima. And so dari sepotong kek, 2 potong, tahun ni dapat la quarter.. ok la kn. Banyak banyak pun sapa nak habiskan.. dah membazir pula.
Pagi pagi Kakak nak breakfast roti canai. Heh.. sini memang la susah nak carik mamak tapi en ahmad dah ready kan kami paratha frozen segera.. tinggal panaskan  je hihi. Okla dari takde kan. Rasanya very not bad. Nice!
 Then dah asyik tanya ais kerim yang semalam aku frozen kan pula. Alah mcm ais kerim Malaysia tu.. bancuh air oren, masuk bekas n masok freezer. Nah.. pagi pagi sejuk gedi layan la birthday girl dengan adik adiknya makan ais kerim sambil tengok boboiboy.
Pastu kitorang siap siap nak bawa diorang cari kek. Memang dah plan dah dengan en Ahmad nak belikan Kakak kek harini. And also for the present.. new shoe for her. Ada alasan pon sebab kasut dia yang satu tu pakai ke hulu ke hilir ke sekolah dah koyak sebelah dalam. Sian Kakak. Dah 2 minggu g sekolah pakai kasut koyak. And for that, bolehla belikan kasut baru as her birthday present!
Kek beli quarter je sebab nak beli sebiji bak macam tak padan je. Tu pun belikan diorang sorang sebiji cup cake buat bekal dalam keta sementara nak sampai city nun. Plan nak cari kasut Kakak kat city. Boleh juge bawa bejalan tengok ragam manusia.
Sampai city kami park kat tempat naik tram. Dari situ tram free je ke tengah city tu dalam 5 stesen. Naik tram ni ala naik komuter-yang-laju-di-tengah-jalanraya la. Best sebab free n cepat. Sampai di Rundle Mall, jalan la carik kasut.

Yea akhirnya dapat juge.. setel. Pastu baru perasan masing masing dah lapo. Aku la tu especially dengan Kakak. Lupa sini ahad banyak kedai makan tutup. G Knoodle Junction, totop. Sedih. G Swingging Bowl pun totop. Double sedih. Dah la dua tempat tu je katarea situ yang diketahui ada serve makanan halal. Huhuk. En Ahmad berlari gi beli roti sebab bini dia dah moncong. Heh. Teruk.

Pastu terus balik ke kereta.. jamah roti. Perut dah setel, xjadi balik umah. Plan asal diteruskan ke kedai ayam Vatan. Nak test buat soto hihi so kena beli ayam barang sekoq. Then singgah pula Asian Grocery carik bahan lagi. Last singgah fruit and vege. Then.. baru la balik umah.. hadoi. Penat. Masak megi je la kui kui kui.
Malam.. dah nak tido baru teringat nak potong kek. Hadoi. Potong, snap 2 3 gambaq.. layan budak budak makan. Tidoq. Esok Kakak nak ke school dengan kasut baru!
Hepi Bestday Kakak Farah Sufiyyah! Belajar rajin-rajin ye..jadi Khalifah yang solehah dan sayang mama, ayah and adik adik. Aminnn.

Friday, September 14, 2012

Bersiaran dari dapoo

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Amboi amboi tajuk bukan main eh. Yelah.. aku kan sekarang dah berstatus suri rumah tangga sepenuh masa.. kehidupan mestilah diteruskan dengan aktiviti masak memasak di dapo bertemankan si kecik muka square Arissa tu hihihi.

Semalam mood dia ok so boleh masak awal. Kalau tak tunggu kakak balik school baru start masak. Memang lambat tapi ok la lagipun En Ahmad selalu pun balik lepas maghrib.

Aktiviti memasak aku best sangat. Sebab view baik punya. Mengadap work place (ececeh) aku yang merangkap sink dapo, terbentang luas laman belakang umah. Bertemankan pokok sakuraku yang tengah berbunga di musim spring ni.. hihihi... sambil boleh tengok langit, angin dan juge kain baju ditiup angin sejuk kat luar tu. Pergh... sapa taknak dok dapo je kan.. Teringat arwah mak mertua. Dia memang suka lepak dapo. Kalau dia masih ada and ada rezeki datang sini, mesti dia suke sangat sangat sangat! Hurmmm.
 
Ok.. back tu reality kikiki. Ni hah bahan bahan untuk menu utama aku arini. Ceh.. macam ada menu sampingan kan ahak. Simple je pon. Nak buat sup ayam beserta nasik ayam n ayam bbq. Wahhhh macam best ja kan? Jom jom scrool bawah lagi.
 
Hah.. perasan tak botol besar gedabak tu? Sini banyak jual macam tu. Halia, bwg putih, lengkuas, macam macam la. Rambang mata masuk Asian Grocery sini. Nanti kalau.. KALAU... rajin aku cerita la no. Eh melalut.
 
 Gedebuk gedebak campak campak.. dah pon siap.. hehe supnya lah. Nasi nya sonang yo, buat sup ni lebih sikit, cedok kuah sup tu masak dengan berasnya. Make sure sup lebihkan dari sukatan beras. Nanti keras xsodap lak. Ayam bbq tu? Ngeee...

Ambik 3 pat ketol ayam dr dlm periuk sup tu.. tuangkan sos bbq, gaul gaul, goreng sekejap. Siap! Haaa ni ghupa sos bbq tu.
 
Sini banyak. Makan gitu saja cicah ayam goreng kentaki ke naget ke pon sodap. Sonang yo masak masak semalam hihihi. Sekian.


Wednesday, September 12, 2012

Sambutan Raya 2012 kami di perantauan

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
Salam.

Sebelum terlambat.. biarla aku post sikit kenangan kami sekeluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan; sangat sangat jauh dari keluarga sanak saudara dan Negara tercinta huhuk.


Tak pernah terimagine berhari raya di perantauan best and happening and paling tak sangka memang tak sempat langsung dan bersedih sedih. Kami mula berkumpul di Thorndon Park start pukul 12 tghari. Tapi disebabkan park kan kawasan public jadi seawal pukul 7.30 pagi En Ahmad aku ditugaskan bersama beberapa orang kuat persatuan MYPSA(SA) (Malaysian Postgraduate Student Association South Australia) pergi chup dulu tempat. Then barula g sembahyang Sunat Aidilfitri. Aku ngan budak budak memang tak ikut sebab aku ada tugasan penting kat dapo untuk sediakan acar timun sebagai salah satu menu untuk jamuan hari tu. Sambil tunggu En Ahmad balik, kami pun bersiap la ala kadar. Maklumla pagi raya pertama di perantauan tak dapat nak describe kan..



Tapi Alhamdulillah raya kami ok je. Sangat best dan tak terasa langsung kekurangan xde keluarga di sini. Sebabnya banyak lagi keluarga Malaysian lain yang berkumpul sama dan menyambut lebaran di tengah tengah taman! Budak budak memang best sangat lah. Main kat playground sebesar besar playground.. berlari kejar burung.. sampai makan pun nak kena paksa. Menu memang tak lari langsung dari Malaysia nun. Sapa kata susah nak cari sate, rendang, nasi hujan panas, kek, biskut.. ada ja kat sini. Infact kebanyakan menu utama tu kami bergotong royong sediakan malam raya tu. Memang terbaik!

Dah berkumpul ramai-ramai sempat la keluarga kami diperkenalkal sebagai family baru di Adelaide bersama satu lagi family Is/Sam with their 2 boys Adam and Adib. 

Selamat HariRaya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


Ps: kitorg thn ni mmg xde langsung gambar raya family. Even dalam gambar ramai2 ni pon Afiq ngan En Ahmad xde.. huhuhu. Sedih kn?





Friday, September 7, 2012

Dah 2 bulan kami di sini

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
Wahhh akhinya aku bukak juge laptop tua aku ni. Hihihi dah ilang balik 2 batang gigi dia sebab si Arissa korek-korek. Penat En Ahmad habiskan RM200 lebih pasang balik keyboard ni.. suke jari halus tulus mulus dia tu korek-korek kan.
 
Harini 7 September 2012. Genap 2 bulan kitorang merantau kat negara Australia ni. Masuk September, masuk la musim Bunga atau Spring.. tapi takat 2 hari pertama je. Pastu cuaca sejuk dan hujan dan mendung balik. Sarung la balik baju tiga pat lapis. Tapi yang syoknya pokok bunga 'Sakura' kat belakang rumah yang mulanya aku heran apsal-tuan-rumah-ni-simpan-pokok-mati-ni rupanya masih hidup dan mampu keluarkan bunga yang sangat cantik walaupun nampak cam lambat dari pokok-pokok lain yang sejenis dengan dia hihihi.


Cantik kan? Dibasahi hujan la sebab semalam hujan memang beria turun.

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog