Monday, December 31, 2012

Sekolah

ng0meL by ummi
Salam.

Amboi rata rata kawan kat Malaysia update cerita hantar anak gi sekolah semalam untuk orientasi. Seronok tengok.
Minggu minggu lepas dengan persediaan beli kain baju sekolah, buku sekolah, test anak pakai baju sekolah.. aku pulak yang teruja.

Bukan apa, kalau ikut kan Kakak tahun depan masuk darjah 1 dah. Tapi memandangkan dia kat sini, tak merasa la meriahnya persediaan nak ke sekolah tu. Tambah pula sekarang ni masih school summer holiday.

And kalau pun Kakak masuk year 1 next term sekolah buka, takde la school uniform baju kurung putih dengan tudung putih untuk Kakak. Yang tu yang seronok tengok tu sebenarnya. Kat sini takat pakai polo tshirt yang beli kat sekolah (sebab ada lambang sekolah) dengan any pants or skirt janji ikut kaler yang school tetapkan. Macam beli baju sukan kat sekolah je..  :-(

Tak tahulah orang lain kan, tapi kalau aku.. pengalaman siapkan anak pakai uniform sekolah tu yang aku nantikan. Terbayang dulu masa aku kecik, bangun pagi mandi air sejuk then mak siapkan pakai baju semua. Eh.. ke aku pakai sendiri dah time tu? Ekeke..

Dulu memang biasa pakaikan Kakak dengan uniform tadika. Real Kids masa dia 4 tahun n Alif Ceria (Little Caliphs) masa dia 5-6 tahun before datang sini.
Tapi its not the same feeling (i think) dengan uniform sekolah rendah tu. Huhuhu tak sabarnya nak tengok Kakak pakai uniform sekolah nanti.

2 lagi tambah ng0meL:

Cikgu Ma on December 31, 2012 said...

back to school....errr, saya la tu..hehe..hari ni pendaftaran murid

me shuhada on January 01, 2013 said...

Ye lah cikgu Ma. Happy back to school!

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog