Thursday, December 20, 2012

My Arissa Syafiqah 1yr 9mths

ng0meL by ummi
Salam.

Petang tadi sementara tunggu en Ahmad balik dari hantar katalog, aku duduk duduk layan anak anak kat hall. Memang selalu macam tu pun. Sambil tengok diorang main, boleh la BW hihi.

Arissa tengah sibuk dengan iPad masa tu. Lately dia suke main game jigsaw puzzle. Sekejap main game monkey puzzle, sekejap main hello kitty puzzle, sekejap main thomas train.

Mula mula tak pandai main, drag je terlepas. Pastu mula la nak minta tolong orang lain.

"Kak Rooos.. tolong."

Kak Ros tu sebenarnya Kak Ros yang Upin Ipin tu. Hahaha abis semua orang dia panggil Kak Ros kalau nak minta something. Panggil manje pulak tu. Tak kisah la Abang ke, Kakak ke, Mama ke, Ayah ke.. semua jadi Kak Ros.

So time ni aku la yang jadi Kak Ros tu sebab aku paling dekat dengan dia. Mulanya aku tolong buatkan. Bukan main pilih level Hard.
Mula mula buatkan semua. Pastu saja aku biarkan 1 piece untuk dia cuba.


Heh. Pandai.

Pastu cuba 2 pieces pula.

Boleh.
Suke.
Alhamdulillah.. budak bulat ni cepat belajar aku tengok.

Belajar dari Upin Ipin... bila di tanya nak apa bila dia gi kat peti ais, dia jawab "nak aiskerim la, apalaaagi!"

Hadoi.

10 lagi tambah ng0meL:

Wak Gelas™ on December 20, 2012 said...

baguslaa tuu makk, budak2 memey cepat belajar kann.. ehHHHee

me shuhada on December 20, 2012 said...

Tu la psl, wak.

Fiza Rahman on December 20, 2012 said...

Budak2 jaman skang. Anak saya pon suka main puzzle. Pandai arissa ☺☺

me shuhada on December 20, 2012 said...

Tq.. haah skjp je dpt blajar kn diorang.

Kniedaz on December 20, 2012 said...

alololo..comelnya..kak ros tolong! hehehe..budak2 cepat belajar...

isabelle frankly on December 20, 2012 said...

icha ni byk vocab la. adib xberapa nak bcakap lg

nabilah_2908 on December 20, 2012 said...

mcm mana la suara dia eh....mesti comel.. :)

me shuhada on December 20, 2012 said...

Time minta tolong comella... huhu

me shuhada on December 20, 2012 said...

Xpa.. laki ni simpan.. bila brckp terus "mak, adib nk kawennn!"

me shuhada on December 20, 2012 said...

Hihi nnti rajin2 akak post video lak. Leh dgr suara dia :-)

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog