Friday, December 28, 2012

Mengimbau kenangan

ng0meL by ummi
Salam.
Cerita pasal baby, pregnen, bersalin, tak habis lagi. Sebabnya my best friend kat Malaysia sekarang tengah tunggu time nak besalin. Huhu sedihnya tak ada kat sana nak bagi semangat and tengok baby.
Aku ni kalau bab macam ni memang gedik banyak. Suke sangat. Dari sekolah aku suke collect gambar baby. Muehehe. Terserlah kegedikan di situ kan. Orang lain collect gambar artis hensem, aku dah start collect gambar baby. Ntoh. Bagi aku dari dok puja ntah mamat mana, bek letak gambar baby comei as wrapping buku.
Tapi bukanla sampai tak ngaku pernah poja KRU, BSB, 'NSync and last skali Zahid AF2! Hahaha... mengimbau kenangan betol.
Aku suke share kisah aku pregnen and bersalin. Untuk ketiga tiga little khalifah aku ni. Kalau ada je berita kawan ke sapa sapa ke yang pregnen, berbunga bunga hati ni. Tak tahu kenapa. Sukeee! Serius.
And kalau ada yang minta pendapat, ke cerita kisah ke, lajuuu je aku nak share apa saja ilmu yang ada. Sonok rase. Kot sebab pregnen and bersalin ni satu anugerah keistimewaan yang Allah anugerahkan sangat special bagi aku. Nikmat tu.. tak boleh nak change dengan dapat duit banyak banyak banyak (macam pernah dapat huhu) or kepuasan lepas shopping banyak banyak banyak (pon tak pernah merasa huhuk). Pendapat aku la.
Ketiga tiga kali aku pregnen aku alah teruk untuk first trimester tu. Teruk sangat.
Pregnen Kakak tahun 2006. Hihi dengan bangganya aku nak bagitau aku bunting pelamin masa tu. Sebab tu aku tak heran masa kes Diana Danielle aritu. 17/12/2005 nikah, 16/09/2006 Kakak lahir. Tapi langsung tak bother sebab sungguh siksa rasanya pregnen tu. Nak kata aku ni anak manja, tak. Langsung tak. Tapi aku jadi sungguh lemah tak bermaya sampaikan lepas je doc ucap tahniah aku pregnen, terus aku pitam. Kena naik wheelchair. Then aku call opis bagitahu berita gumbira kat semua orangu (sebab diorang memang tengah dok suspen keadaan perubahan aku lately masa tu muehehe).
Pastu aku start unpaid leave 2 bulan hahaha. Tak larat ooo. Hari hari muntah je kerje. Nak bangun langsung tak boleh, angkat kepala pun tak boleh.. makan pun nak baring je. Makan selera bukan main tapi.. buang. Makan buang, makan buang. Pernah banyak kali makan laksa, muntah balik sampai keluar mee laksa tu kot hidung! Peritnya Allah saja yang tau. Memang aku import mak datang jaga aku time tu. Kesian mak. Sayannnggg mak!
Lepas siksaan 3 bulan pertama tu, kerja aku makannn je. Sampai akhirnya berat aku naik 20kg! Seronok ooo pegnen. Aku ni keding je. Sangat. Berat tak sampai 40kg pun. Naik tu.. semua orang. Yes, semua. Puji aku santek, somel, seri... adoyai... tu yang buat aku suke pegnen ni. Tapi lepas bersalin.. huhuhuhuhuhuhu... turun balik jadi 38kg! Sedih. Sedih sangat lepas tu. :'(
Oh, tapi bukanla nak berlagak. Alhamdulillah walaupun aku siksa time awal pegnen, aku senang bersalin. Ramai yang cakap. Bagi aku.. senang tu of course takkkkk.. gile ko nak keluarkan selambak gitu dari lobang kecik gitu!!! Siksa juge.. tapi at least aku tak payah tunggu berjam jam, berhari hari, sakit pun tak rasa sangat. Syukur sangat sangat Allah mudahkan urusan keluarnya hamba Allah paling sweet pernah aku and en Ahmad tengok time tu.
Pengalaman tu buat aku seronok nak pregnen and bersalin lagi. Sebabnya memang dalam masa 2,3 minit je sakit, tengok tengok Kakak dah keluar. Doc pun tak sempat nak attend.
Second time start pegnen tahun 2008. Afiq lahir 14/01/2009. Aku ingat aku nak kuat sikit pregnen kali ni. Tak mo manje manje macam dulu. Tapi malangnye sama je n worst. Aku sampai ambik unpaid leave 2 bulan, tambah lagi 2 minggu! Tapi kali ni dah tak naik wheelchair dah. Gila ngko, satu kementerian tahu aku naik wheelchair! Huhuhu sampai harini diperkatakan tau. Hampeh.
And again lepas je baik sickness aku tu, aku terus je sihat and sehat sampai juge naik badan 18kg! Suke!suke! En Ahmad pun sayanggg! Kikiki.
Kali ni aku lambat sikit bersalin. Maksudnya lama dok menganggur dalam wad bersalin tu. Dari pukul 3pg sampai pukul 5pagi. Tapi Alhamdulillah sakitnya pun tak la sakit sangat, tapi memandangkan dah masuk wad, dah tak leh la nak kuar balik kan. Aku je gedik, nak juge bersalin haritu. Ngade kan.
Sebabnya masa tu aku bertiga dgn Siti and Ina pegnen. Patutnya aku due dulu, then Ina then Siti. Tup tup awal bulan 1 Siti dah bersalin. Patutnya dia bersalin awal bulan 2. Aku dah start risau. Aku ni psyco bab bersalin ni sebenarnya. Aku selalu takut baby aku tak selamat. Takut... serious. Sampai psyco je dok pikir macam macam.
Nak ikutkan due date belom sampai. Tapi petang tu Ina p hospital. Katanya dah nak bersalin. Makkk! Lagi la aku risau. Patutnya aku dulu kan.. Sudahnya tengah malam tu aku ajak juge en Ahmad gi hospital. Cakap je dah ada contraction kah kah kah. Import adik aku Acik n laki dia tolong tengokkan Kakak kot aku memang nak kena bersalin. Cehhh perancangan awal tu.
Check dulu, nurse cakap baru buka 2cm kot. Dia soh balik. Tapi aku tak nak. Takut sebab dah buke. Sejarah aku dengan Kakak dulu memang cepat je bukaan aku. Kang tetiba terus buka 8 ke, macammana? Aku lepak dulu kat luar.
Pukul 3pagi aku dapat msg dari husb Ina bagitau dia dah selamat dapat baby girl. Wahhh ni takleh jadi ni. Aku kena besalin juge ni. Terus panggil nurse suruh check lagi. Haish boring je nurse tu layan aku. Dari 6cm ke7cm ke 8cm, memang aku lama dok dalam tu tapi sakit tu takla teruk sangat. Then akhirnya pukul 5 pg kuarla Ahmad Afiq... legaaaaa. Tapi afiq kecik sangat. 2.55kg je. Kecik kan? Alhamdulillah sekarang dia makin sehat. So dapat la tarikh lahir Afiq sama dengan Insyirah, anak Ina. :-)
Yang no 3.. nak ikutkan Arissa ni yang no 4. A few months b4 Arissa, aku pegnen. Tapi baru je tak sampai sebulan, gugur. Sedih kot tapi Alhamdulillah aku bukan gugur yang sakit n teruk. Just pergi check, doc tengok urine test cakap pregnen tapi scan tak nampak. Doc suspek luar rahim. Kalau ye memang tak boleh simpan pun. So aku ok je. Lagipun still early, naluri ibu aku time tu belum nak develope untuk baby tu. Doc pun cakap semua clean, tak perlu cuci or anything. Just macam nak jadi tapi tak jadi. Aku redho. :-(
Tapi pastu gedik tak habis lagi. Nak juge pegnen sedangkan nak ikutkan Afiq tu masih pun BF aku. Dia pun tecik lagi, baru setahun lebih kot. Tu la ikut hati. Aku sebenarnya suke pegnen sebab time tu aku rasa aku perfect. Almost kot huhuhu. And aku akan sikit jealous tapi banyakkkkk hepi dengar orang lain pegnen. Hepi kan?
Bulan 6 tahun 2010 start pegnen balik. 7/3/2011 lahirla puteri bolat aku ni. Ni pun sama aku psyco tarikh lahir dia. Nak ikutkan due 11/3 tapi gedik nak juge dia lahir 7/3 so that sama tarikh dengan adik aku yang bongsu muehehe.
And also.. kali ni pun aku tak terlepas punya sickness first trimester tu. Kali ni lagi dasat. 3 bulan aku amek unpaid leave! Hahaha. Seb baik keje gomen, kalau private mau dah lama kena sepak dah ni.
Again, aku makin bulat dan cantik dan disayangi.... :-D. Tapi aku still BF Afiq tauu. Suke... walaupun ramai yang cakap tak bagus, tak sihat, tak ok.. tapi aku teruskan juge. Susu badan apa.. apasal pulak nak buat dia sakit. Lainla aku makan benda tak elok, turun ikut susu badan tu kan.
Sampai bulan 3 aku gedik balik. Start dah pilih tarikh nak buat onar kat hospital tu. Aku bersalin diorang kat gomen je pun, Hospital Putrajaya. Alhamdulillah layanan ok memuaskan tak de hal. Kot aku pun behave je kan muehehe.
Kali ni again xde tanda apa tapi aku nak tarikh tu. En Ahmad layan je karenah bini psyco dia ni hahaha. Kesian kan.
Pagi lagi aku dah check in wad bersalin. Hari tu en Ahmad busy sebenarnya. Kena buat paper untuk Menteri. Takpelah, kot Menteri lagi penting dari bini hat gedik tak sakit tapi nak besalin gak kan. Hadoila.
Masuk check.. ooo dah buka 2cm. Aik.. pelik kot. Tapi aku percaya kuasa psyco aku ni buat baby pun tak sabau nak keluar tengok muka mama dia keh keh keh. Naluri ibu kan.. pastu bonding.. 9bulan dok dalam perut, makan apa aku makan.. harusla dengar cakap aku kan. Baby, kita kuar harini ok. Hihihi.
Gitu gini gitu gini. Nah.. tak sempat dewan besalin nak ready, tak sempat katil nak pasang cadar, tak sempat aku nak tukar baju, tak sempat ayah dia nak masuk tengok, tak sempat doc nak datang, Alhamdulillah... lahir pulak puteri somel lomel lagi satu hat no 3... legaaa rasa. Dapat juge tarikh sama Acu dia muehehe...
Kali ni tak perlu jahit coz xde any luka. Setel. Allah mudahkan je urusan kalau kita niat baik untuk khalifah Allah ni. InsyaAllah, Aminnn.
And yang lagi seronok, aku still BF Afiq, at the same time aku BF Arissa, and diorang share sampaila aku habia pantang Arisaa 3 bulan.  And lagiii seronok, kali ni berat badan aku dah normal! Maintain je 48kg.  Cantik kan? Eh.. bukan riak atau bangga, tapi aku suke dengan anugerah dan ciptaan Allah yang Dia aturkan untuk kami sekeluarga. Syukur sangat.
Umak aii panjang no kisah mengimbau kenangan ni. Seb baik takde rasa nak buat part 1 part 2. Kalau tak.. semput aku nak menaip. And kalau ada yang baca dari awal sampai habis, tenkiu so much! Tetiba nak rajin buat entry panjang lebar kan.
Oklah, time nak back to real life pulak. Ada 3 orang budak nak ku isikan perut mereka. Peace! :-D

7 lagi tambah ng0meL:

Rai Ourkizuna on December 28, 2012 said...

bestnya baca pengalaman pregnant awak ni.. mudah je bersalin..ye la..teruk 1st trimester sampai kena ambik unpaid kan.. hehehe..

saya pun tgh pregnant no 3..tengah seriau membayangkan nak bersalin sbb yg 1st czer, yg no 2 normal tapi kena induce..harap yg no 3 ni natural senaturalnya..tak payah induce bagai.. hehe..

Cikgu Ma on December 28, 2012 said...

penah minat kru, bsb, nsyns...hehe...bese la..kanak2 zaman 80an kan..

tambah baby lagi kak...hehe

**wah, tahniah dah pasang header...maaf la, saya memang tak pndai nak ejas hari tu..hihi

me shuhada on December 28, 2012 said...

In sya Allah. Minta Allah mudahkan ye. Nampaknya makin lama makin mudah tu :-)

me shuhada on December 28, 2012 said...

Tambah lagi? Huhu kali ni kena tunggu Arissa besar betul dulu la. Tak larat dah nak jg baby sbnrnya huhuhu.

✿A I N A A✿ on December 29, 2012 said...

besar2 dah juga anak2 akk.. wahhh.. bila baca entry akk rasa macam baru je lagi.... memang beautiful girls that u have

me shuhada on December 30, 2012 said...

Hihihu. Tq ainaa

Nurul Aini on January 08, 2013 said...

Akak..saya stalker akak..tak apa kan..hehe. Anak akak yang first tu sama tarikh lahir dengan saya. Seronok baca kisah akak. habis saya stalker blog akak. ^___^

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog