Tuesday, December 11, 2012

laksa utara laksa Kedah

ng0meL by ummi
Salam.

Cerita pasal laksa utara, favourite aku mestila laksa Kedah. Tak minat laksa penang atau laksa asam (juga known as laksa utara).

Dulu kat Malaysia, laksa wajib aku makan at least seminggu sekali. Dapat seminggu 3,4 kali pun aku layan jugak hahaha.

Dulu aku pakar bab makan je. Memang seumur hidup tak pernah buat. Tak pernah pun terasa nak belajar buat. Pernah tolong mak buat tapi setakat perisi ikan dengan tulang, blend bawang n cabai (cili), kacau kuah, rasa kuah, potong ulam ulam n tolong makan. Langsung tak rasa nak belajar. Tak tahu langsung step step atau berapa banyak nak masuk bahan. Tau makan saja.

Pastu bila dah kawin beranak pinak aku tak pernah lupa laksa ni, favourite kan... walaupun kawin dengan orang johor, jawa.. kena biasa pulak dengan laksa johor, tapi laksa Kedah masih aku cari tiap minggu.
Bukan apa, rasa macam renyah sangat proses nak buat tu especially bab nak buat kuah.. memang aku tak kuase. Baik beli. Sedap ke tak aku memang tak kisah. Janji laksa.. semua aku bedal.

Tapi bila datang Adelaide ni macammana nak cari laksa kan? Sakit jiwa gak la aku sebulan dua. Sampai la aku g umah jiran. Kak Surah/Abang Shibi. Diorang ni oqang kampung ceq! Makanya laksa adalah makanan seminggu sekali depa di sini. Wahhh seronoknya aku jumpa laksa Kedah kat Adelaide ni. Makan tak hengat!
Diorang laki bini la yang suggest aku cuba buat. Bagi sikit tips and yang penting, SEKETUL BELACHAN! Yes, diorang bagi aku belacan untuk aku try masak laksa.

Hmm orang cakap benda yang ketagih tu, sekali rasa nak lagi kan.. takkan tiap minggu nak gi lepak umah diorang makan laksa. Orang dah bagi belacan tu paham2 la kan.. hihihi...

Maka dengan gigihnya aku pun search la resepi. Godek godek yang paaaaling senang and gambaq nampak cunnn haha. Then, aku p la cari bahan. Tukar sikit itu ini, derhaka sikit sana sini muahahahaha... Alhamdulillah menjadi jugala walaupun yang first time tu banyak sangat kurangnya.

Selama aku dok Adelaide ni, dah 3 kali aku buat laksa Kedah. Alhamdulillah so far en Ahmad and anak anak serta jiran jiran yang pernah rasa, semua cakap ok. And yang penting of course diorang semua tak sakit perut kan.

Nanti aku share cara aku masak laksa utara versi Adelaide. Serious bahan utama adalah TIDAK seperti bahan di Malaysia ok! Tapi nak buat..  so simple!

4 lagi tambah ng0meL:

Wak Gelas™ on December 11, 2012 said...

wak pon sukak laksa sarawak jugakkk.. aHHHks

isabelle frankly on December 11, 2012 said...

aku tidak dpt mengesahkan kesedapannya.
huhu

me shuhada on December 11, 2012 said...

Laksa sarawak pernah mkn tp xminat juge sbb rasa rempah kan?

me shuhada on December 11, 2012 said...

Ngeh3... insyaAllah hg ada lg sethn stgh utk rasa masakan aku wei kiki.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog