Saturday, December 15, 2012

Ketupat Palas

ng0meL by ummi
Salam.

Kata orang, hendak seribu daya. Aku suka sangat pepatah ni. Taknak seribu dalih... pun favourite gak kuhik kuhik.

Dok Adelaide ni, palinggggg mak aku risaukan kalau aku tak jumpa ketupat palas. Siap tanya nak post kan aku daun palas.

Haish. Mak, kalau nak postkan daun tu, kenala siap dah isi pulut dalam tu sebab aku memang tak reti nak lipat gulung daun palas tu. Bukan tu je, nak masukkan pulut dalam tu pun aku tak reti huhuhu. And what make it worst, masak pulut pun aku tak tau! Uwaaaaa memang patut mak risau, mak.
Tapi aku taknak buat mak aku risau banyak sangat. Aku dah try masak rendang sebelum datang sini dulu. Oklah.. boleh makan.. at least dah boleh gu dengan nasi impit segera. Kerisauan untuk sambut raya, setel.

Cumanya... haishh.. tekak dah biasa at least setahun sekali telan pulut kan, nak tak nak kena juge cari. Kalau takat aku yang biase dengan taknak seribu dalih ni, dah setel dah. Boleh je kot nak sabar 2 tahun. Tapi sebab tekak en Ahmad yang minta, kenalah berseribu daya tu.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah kat sini ada jual makanan import dari Malaysia. Masa cari nasi impit segera nona masa nak raya aritu, aku dah terperasan ketupat palas segera ni.
Cumanya tak berani nak beli sebab takut tak sedap ke, macam pelik pun ada gak macammana diorang buat ketupat palas segera ye.

Minggu lepas, masa beli durian frozen tu, aku suggest gak kat en Ahmad nak try beli satu peket. Hahaha minggu try benda baru kot?
Boleh.. boleh.. ambil la. Kata en Ahmad.

Makanya setelah simpan seminggu dalam stok, akhirnya aku cuba juge buat rendang daging and rebus ketupat palas segera ni. Ikut je arahan kat peket, jangan derhaka.. kang tak jadi nyesal pula.

Sejam buat rendang, sejam rebus ketupat, Alhamdulillah.. siap. Hmm sedap gak la, ada rasa ketupat pulut tu. Tapi palasnye tak de la kot.. lepas juge la gian nak makan ketupat palas walaupun yang segera. TQ NONA!

2 lagi tambah ng0meL:

Ctnurkhijah on December 16, 2012 said...

hang ingat hang ja ka tak tau buat ketupat? aku pon sama la... penah bli jgk yg segera tu... ok lah tapi tak sama kan? tak lemak...

jadilah utk hang nak lepas rindu tu..

me shuhada on December 17, 2012 said...

Oh aku ada geng hehehe. Tu la lemak xcukup la kot sbb santan tu trhad kn. Xpala.. buat mkn2 ank beranak ni oklah..

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog