Saturday, December 15, 2012

Kelainan di Adelaide

ng0meL by ummi
Salam.

Kelainan tu... hihihi. Sebenarnya more to perubahan life aku bila duduk Adelaide ni.
Yes, bagi aku yang first time keluar dari kepompong hidup di Malaysia, banyak sangat perubahan, pengalaman yang aku dapat and belajar.

Mula datang dalam cuaca yang sangat berbeza dari Malaysia, susah juga nak adept. Walaupun dah cuba psyco diri and minda yang winter di Adelaide tak sesejuk negara barat lain, tak bersalji dan tak sehingga 0 atau negatif degree celcius, tapi bila jejak je kaki di bumi Australia ni.. badan terus tak tahan. Tambah pula kami menumpang di rumah gina/khairezan, bertambah la sejuknya sebab rumah diorang berlantaikan papan. Seriously walaupun siang hari, pijak lantai macam pijak ketul ais! Apa lagi masuk bilik air... menangis rasa.

Bila dah duduk 'rumah sendiri' (of course rumah sewa sebenarnya), banyak benda/barang baru yang aku, kami belajar and kenal. Especially sebab rumah sewaan kami ni semi-furnished. Yang ada cuma lantai yang berkarpet (so tak la sejuk sangat time winter), kitchen kabinet, wardrobe, meja solek + cermin besar and heater/aircond lama which is takut nak gunakan sebab nampak macam old sangat dah.

So barang keperluan lain macam tv, peti ais, washing machine, sofa, kipas berdiri (katanya perlu utk time summer), tilam and katil kami beli murah dari kawan kawan di Adelaide ni.
Tapi tu bukanla kelainan pun kan, sama je kalau kat Malaysia pun itulah keperluan asas yang perlu ada selain pinggan mangkuk periuk belanga juge kan.

Mula mula kami kena biasekan rumah ni adalah sepenuhnya pakai elektrik. Which is, even dapur masak pun pakai letrik. Mula-mula memang tricky juge la nak guna sebab letrik ni ambil masa nak panas, and juge nak cool down balik. Tak macam dapur gas yang kita senang je nak control besar kecik api.

Then, setiap rumah ada pantry, almari tempat simpan stok bekalan makanan. Tak tahulah sebab musabab asalnya ada keperluan ni tapi bila dah lama duduk aku rasa mungkin sebab jauh nak ke kedai runcit makanya kita perlu ada kedai runcit mini kat dalam rumah. Atau mungkin juge sebab kebiasaan membeli barang dapur dalam kuantiti yang banyak sekaligus (bila harga barang murah) jadi perlu ada tempat proper untuk menyimpan stok makanan tersebut. Contohnya beras kebiasaannya dijual aud13 bagi 5kg tapi bila sale harga jatuh half prize, makanya belila beras banyak banyak buat stok kan. Almaklumla, kami tinggal kat sini pun berdasarkan duit elaun JPA yang diberi tiga bulan sekali. Jadi jimat cermat adalah sangat perlu.

Bercakap pasal stok makanan, banyak makanan yang tak tahan lama tapi digunakan seharian dibotolkan. Contohnya halia, lengkuas, hatta bawang putih pun. Selain dibotolkan, ada juga dijual dalam bentuk pes macam ubat gigi. And untuk yang malas macam aku, cili kering pun aku pakai yang dalam botol macam ni juga hihihi.

Selain tu, kami belajar untuk minum fresh milk. Stok fresh milk memang kena sentiasa ada. Heran juge kenapa kat Malaysia tak sibuk nak berfresh milk kan.. tapi bagi aku, aku minum fresh milk ni dengan nescafe, gantian kepada susu tepung atau susu pekat kalau kat Malaysia. Atau senang lagi, lagi save dari aku dok beli nescafe 3 in 1 masa kat Malaysia dulu. En Ahmad dengan Kakak memang suka minum fresh milk dari di Malaysia lagi cumanya takla kami buat stok sampai sekali beli sedozen!
Lain keperluan yang bagi aku perlu ada duduk di Adelaide ni is freezer! Memang mulanya aku tak nak. Alasan, dulu kat Malaysia tak sibuk pun nak berfreezer. Tapi bila masuk summer, baru aku sedar keperluannya. Sebab, peti ais kami adalah kecik. Kecik la kalau nak compare dengan yang kat Malaysia dulu. Tapi sebab stok makanan yang melimpah ruah sampai tak cukup tempat, memang terpaksala ada freezer ni. Kalau tak, mana tempat nak letak ais krim, nak buat ketul ais, keperluan masa summer tu. Makanya makanan yang patut simpan beku macam nugget, fries, ayam, daging, udang etc etc.. situlah tempatnya!
Then yang terbaru is cooler. Kalau freezer untuk simpan makanan beku, cooler ni pula untuk sejukkan ruang yang berbahang. Macam aircond la juge cuma dia portable. Seriously bila time panas membahang, which is katanya kami belum pernah merasa lagi pun sebenarnya (berapa banyak nya la), kipas and aircond pun tak cukup nak sejukkan rasa panas tu. Haish.. takpelah, anggap je ni azab dunia kan.. tapi still takkan nak biar je ber'azab' hehehe... en Ahmad pun angkut la satu cooler murah murah dari kawan yang tak lama lagi nak balik Malaysia dah. TQ Kak Zie/Abg Azul, banyak diorang tolong kami selama kat sini.

Haish.. nak ikutkan banyak.. banyak sangat lagi kot kelainan yang tak mungkin akan kami buat kalau takat dok Malaysia saja. Tapi setakat ni la dulu aku update. Ada masa insyaAllah aku share lagi ye.

4 lagi tambah ng0meL:

Cikgu Ma on December 15, 2012 said...

best jugak kalo dpt rasa...

***mohon cek emel akak ^_^

me shuhada on December 15, 2012 said...

Tq cikgu!:-)

Nurul Aini on January 08, 2013 said...

susah juga kan kak..betul lah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri.

Anonymous said...

masih kat sana lagi ke... boleh kenalkan dgn budak buat master tak nak cari bilik untuk di sewa sam depan ni.. no FB kalau sudi tolong.. Dapat sedikit panduan baca blog kak ummi, terima kasih. Fb saya magnet magnet

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog