Sunday, December 23, 2012

Ke Airport nak balik Malaysia!

ng0meL by ummi
Salam.

Ke airport tu betul dah. Nak balik Malaysia tu pun betul, tapi bukan kami la huhuhu. Turn kami lambat lagi. Melangut dulu kat Adelaide ni la nampaknya sampai en Ahmad habis study.

Rombongan cik Kiah nak hantar family Kak Shidah/ Hj Arip balik Malaysia for good. Kak Syidah dah habis buat phD 3 tahun kat sini. Seronok sangat dia nak balik. Sebabnya dia kat sini dengan 3 anaknya sedangkan suami and anak lain kat Malaysia. Sekali sekala adalah Kak Shidah balik Malaysia atau Haji Arip datang Adelaide ni. Bayangkan 3 tahun hidup macam tu.. kalau aku.. memang tak sanggup.

Paling utama dari segi nak uruskan anak anak sorang diri kan, tapi kalau anak dah besar mungkin lain ceritanya kot. Tapi dari segi kos pun memang tak mampula. Sebabnya kos tambang sehala je dah makan ribu ribu RM. Mana nak cekau tu kalau gaji sebulan pun cukup makan je kan. Makanya.. dok diam dia sudah.
Balik pada cerita rombongan cik Kiah ni.. kami sampai rumah Kak Shidah untuk berkumpul dalam pukul 10.30 pagi. Masa tu family Kak Syurah/ Abg Shibi, Kak Azie/ Abg Azul, Najwa/ Dr Imran & Jem (Jamilah) dan sampai.

Tak lama lepas tu kami pun terus berangkat ke airport. Nak ikutkan flight lepas tengahari tapi memang kena ready check in awal so that tak la kelam kabut nanti. Dalam pukul 11 sampai kat airport.
Setel urusan itu ini kami ramai ramai masuk lepak lepak borak borak kat dalam tu. Budak budak memang happy sangat dapat main kat playground.

Tak lama lepas tu datang lagi family Izzah/ Yasser, Kak Z & anak-anak and family Aqilah/ Faisal. Meriah engkau kat dalam tu dengan rakyat Malaysia!
Kakak with her friends; Amalia, Najla & Zalikha
Dah borak borak, bagi hadiah, bergambar peluk cium semua.. masing masing minta diri.

Kami dah janji nak ikut Kak Azie/ Abg Azul singgah IKEA memandangkan dah dekat dengan airport. Kak Azie pula rupanya belum penah pergi lagi makanya. jom jalan jalan IKEA pulok.
Tengok tengok belek belek je kat dalam tu sebab memang tak rasa nak menyoping pun huhu. Sama je IKEA Malaysia dengan IKEA South Australia ni. Bezanya harga barang sini nampak murah sebab harga dalam AUD kan, cer kali 3 untuk harga RM.. baik beli kat Malaysia je.

Then kitorang gi lunch kat Afgan Cuisine, South Road.. tak jauh juge dari situ. First time makan kat sini. Yang biase makan semua cakap memang best. So kena la try kan.
Harga sepinggan ni AUD10 je! Hah, harga ni tak payah darab sebab bukan nak bawa balik Malaysia pun ekekekeke. Makan je.. Penuh pinggan dengan nasi, salad, cili, yougurt & ayam setengah ekor! Memang superb, sedap, portion banyak and murah! Tak larat nak ngabiskan sepinggan tu.

Lain kali harussss datang lagi ni. :D
Sorila kali ni tak banyak gambar sebab si Arissa tido, aku pula pangku dia, tak dapat nak snap lebih lebih. Tapi hakikatnya masing masing pun dah lapau sangat! Dah kat pukul 3ptg dah time tu huhuhu.

Setel makan, Afiq n Arissa masih tido. Terus la kitorang gerak balik...

Selamat Jalan Kak Shidah.. jumpa lagi nanti ye..:)

9 lagi tambah ng0meL:

Miss EG on December 23, 2012 said...
This comment has been removed by the author.
Miss EG on December 23, 2012 said...

first tgk tjuk tu terus ingtkan akan sekeluarga yg blik Msia. hehehe..

me shuhada on December 23, 2012 said...

Hihihi sj nk tekejutkn org kg :-)

✿A I N A A✿ on December 24, 2012 said...

seronoknyaaa mengidam nak belajar kat sana.. seronoknyaaaaa tengok sis menetap di negara org.. boleh merasai bgaimana hidup di luar negara... menyesalnyaaa tolak tawaran JPA dulu..

isabelle frankly on December 24, 2012 said...

Bila aku nak pi mkn kat situ aaa? Aritu pi..tutup pulak sbb hari Asyura.

me shuhada on December 24, 2012 said...

Eh.. knp tolak twrn? Tp sbnrbya bkn snng juge nk dtg. Bnyk nk kena prepare ainaa. Alhamdulillah skrg dh masuk bln ke6 baru boleh selesa sikit.

me shuhada on December 24, 2012 said...

Jom lq p ramai2. Ni bkn yg kat prospect rd tu.

Rai Ourkizuna on December 24, 2012 said...

meriah rombongan cik kiah ya.. untung sbb kat australia ramai org malaysia..bila nak balik mcm tu meriah je yg menghantar..sekampungg.. masa zaman saya belajar dulu, ciput je.. balik malaysia pun takde sapa hantar nak melambai bagai.. frust..! hahaha...

me shuhada on December 28, 2012 said...

Skrg ramai lg Rai. Thn dpn ramai yg akn blk dh. Tinggal la 2,3 kerat. Hopefully time kami nk blk ada la yg sudi nk nganto ye.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog