Thursday, December 13, 2012

Jalan jalan Ahad lepas

ng0meL by ummi
Salam.

Dah berapa hari baru sempat nak cerita jalan jalan kami kat Adelaide ni. Maklum la dari Isnin sampai Rabu busy nyusun katalog. Tu tak kira rutin busy as surirumah lagi.

Ahad lepas en Ahmad bawa kami ke St Kilda Adventure Playground, Fooks Tce,South Australia. Memandangkan Isnin en Ahmad tak kerja and tak perlu juge rushing susun katalog, maka boleh la nak bawa anak anak berjalan.

Kitorang takla plan beria nak g tempat tu. Just macam siap siap and jalan. Cumanya pagi tu sementara en Ahmad gi ambil katalog dari rumah distributor, aku siapkan bekal untuk ber picnic kat sana. Sambil sambil jengok tingkap dapo check weather hehe.

Perjalanan ambil masa dalam 40 minit ikut kata gps. Aku sentiasa pantau anak anak kat belakang selesa sebab nak jalan jauh kan. Takut panas tak selesa pulak. Nasib baik cuaca ok ok and windy.

Ni second time kitorang jalan jauh kat Adelaide ni. Paling jauh weekend lepas kitorang gi umah Kak Ati, yang dok kat Mount Barker, Adelaide dah 21 tahun and insyaAllah next week akan pindah ke Melbourne mencari rezeki kat sana pula. Kak Ati ada buat garage sale sikit kat rumah dia time tu. Yang bagusnya duit sumbangan beli barang akan disalurkan ke Gaza,insyaAllah.
Bagi aku and en Ahmad sementara weather summer masih ok, boleh la nak gi Playground tu. Anak anak pun hepi je dengar nak gi playground and picnic.

Tak cukup bekal nasi goreng, en Ahmad singgah beli fish and chips kat chicken coop dulu. Kitorang memang fav fish and chips kat sini. Buat munch munch dalam perjalanan. Tapi bawa juge wafer,chips, roti kot kot kelaparan nanti.

Jauh juge la perjalanan. Kereta pula tak boleh nak laju sangat almaklum la kereta lama kan. Bawa takat 60-80 je la. Dah dekat sampai Arissa buat perangai nak susu. Dia kalau dah nak susu tu tak leh nak pujuk dah. Biar je la melalak kat belakang tu.

Sampai je Alhamdulillah kitorang dapat parking yang strategik. Sementara Afiq masih tido, aku susukan Arissa dulu sampai la tertido. en Ahmad and Kakak gi explore tempat.
Terik matahari buat aku heran je macammana orang putih ni boleh je bagi anak diorang berlari tengah panas kejar burung kat park tu. Tapi bila keluar kereta, rupanya angin kuat and tak terasa bahang panas tu. Cumanya kena beringat la. Sunblock kena pakai sebab tahap UV kat Australia ni memang tinggi and bahaya.
Mula mula kitorang gi tengok ship wreck dulu. Replika je ni. Suka la kakak sebab dia memang suka adventure and pirates. Tapi nak turun ke bawah tu agak chalenging sebab tangga macam menjunam sikit.

Excited juge bila tengok tempat tu dekat laut. Rindunya nak tengok laut. Huhu maklumla aku kat lahir kat Kola.. mak orang Pulau.. lama lama tak tengok laut macam serba tak kena je. Afiq dengan Arissa dah excited nak mandi laut! Hahaha mana boleh, ceq... nanti next time kita gi beach betul betul ye.

Sekejap je kat situ, terus nak gi naik giant slide. Yang special pasal tempat ni.. semua peringkat umur boleh naik. Aku rasa la.. tapi risiko sendiri mau ingat la kan.So takdela anak-anak kecik nangis xleh naik and parents pula dok nganga je kena jaga baby. Hihihi apalagi, aku pun bantai la naik slide bawa Arissa. BEST!
Mak aiii yang paling rendah pun dah tinggi. Dah la slipar aku licin, naik sambil kendong Arissa yang tak sabar nak slide. Hadoi... penat sangat. Tapi seriously, BEST!!! Ntah berapa round aku naik turun bukit tu ngeh3.

Kat situ ada juge tunnel besar. Yela dah slide besar kan, tunnel pun giant gak la. Afiq suke sangat explore sana sini. Masuk lubang sana keluar lubang sini. Panjat tangga bagai. Berpeluh peluh aku dengan en Ahmad layan diorang. Yang seronok, kita pun boleh join sekali apa yang anak anak main.

Kat sejam juge la aku naik turun bukit, last last aku surrender la. Tak larat wooo panas panas kendung Arissa yang dok meronta. Takleh nak lepas dia sebab tempat berbukit and nak panjat tinggi. Lagipun its time untuk diorang rehat kot. Bekal air pun dah nak habis, kena topup. Untung bawa esky letak air oren ais dalam tu. Sedapppp...

Bila cakap sudah, Arissa memang meronta tak nak stop. Nak celaid.. nak..celaid (slide). Nak pujuk dia, kitorang bawa la pi beli aiskerim.. suke la.
Santai santai duduk makan aiskerim sambil tengok burung memang sangat best. Even panas tapi seriously tak terasa. Harapnya sunblock tu buat kerja dia la huhu.

Pastu kitorang layan picnic. Arissa suke sangat kejar burung. Sampai ke hujung sana dia kejar. Langsung tak takut burung ke orang ke. Yang kami pulak dok keje kejar dia hahaha.
image google
So dari pukul 12 tghari kami sampai sana, sampai la pukul 3.30 kami dok kat situ. Perasan juge ada playground lagi kat sebelah giant slide tu. Tapi memang dah tak larat dah kitorang nak gi sana. Maybe next time insyaAllah kami akan pergi lagi. Yang penting budak budak hepi and enjoy sangat sangat!

2 lagi tambah ng0meL:

Kniedaz on December 13, 2012 said...

wah...rindu kat pantai ya...hehehe...seronok tengok gambar2 tu tapi kan kalau saya, memang tak larat nak join sama..hahaha...

me shuhada on December 13, 2012 said...

Rindu lor.. nanti nak g cari juge la.
Nak wat mcmmn, mmg kena join gak sbb klu x lg jenuh nk pujuk si kecik tu.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog