Wednesday, December 12, 2012

Homesick

ng0meL by ummi
Salam.

Aku memang ada penyakit homesick ni dari kecik. Kecik kecik yang seingat aku start dari umo aku enam tahun.

Bukannya mak ayah aku hantar aku gi jauh pun, takat rumah pengasuh yang berjiran je pun tapi kalau ambil lambat dari waktu sepatutnya mula la aku tak senang duduk. Sedih semacam je.

Pernah sekali masa hari raya mak aku tinggalkan aku dengan adik aku kat rumah makcik A sebab nak ikut makcik yang B gi rumah makcik C. Baru 15minit aku dah rasa macam mak aku lupa kat kami. Aku bantai nangis sedu sedan. Tak makan pujuk, makcik A pun telefon la mak aku. Mati mati diorang ingat adik aku yang nangis rupanya si kakak! Keh3.

Masa sekolah rendah aku satu sekolah dengan mak aku (mak aku cekgu), hari2 aku buat lawatan ke kantin staf cari mak aku minta duit belanja sekolah.

Masa sekolah menengah aku dok hostel sebulan je, tu pun seminggu 2 kali mak ayah aku kena buat lawatan kat aku. Aku keluar hostel pun sebenarnya aku lari angkut semua barang termasuk baldi and kelambu masa semua orang tengah g perhimpunan sekolah. Aku gi office and suruh kerani sekolah tepon mak aku datang ambil. Alasan, aku demam.

Masa masuk kolej matriks dulu aku dikenali sebagai budak cengeng. Tak boleh orang sebut mak ayah.. memang akan banjir la.

Pernah masa orentasi cikgu minta buat karangan ke apa ke pasal family, terus aku meraung lari keluar kelas gi nangis kat laundry. Pastu cikgu tu terus skip part tu sebab katanya "ada yang sensitif".

Tapi penyakit ni makin lama makin berkurang gap kerinduan kat mak ayah ni semenjak dah ada bofren muehehe... dah jadi dua tiga bulan sekali baru ingat nak balik kampung. Telefon pun dah kurang dari tiap hari ke seminggu sekali. Alhamdulillah bofren tu la yang jadi peneman hidup sekarang.

Sampai la dah kawen beranak pinak ni. Penyakit ni masih ada. Tetiba je.. mula la nak nangis ajak en Ahmad balik Kedah. Menangis aku bukan takat nangis merengek je.. nangis memang memaksa en Ahmad pack kain baju balik kampung la huhu. Sampai anak anak pun nanges sama teresak esak.

Sejak sampai Adelaide ni... dah banyak kali aku homesick. Nak balikkkkkkk huhuhu... tapi nak wat cemmana kan? Masuk bilik nangis jelah.. kesian juge dekat en Ahmad and anak anak sebenarnya.. tapi dah penyakit kan.. xde ubat rasanya ni.
Cuma aku harap sangat mak ayah sihat sampai la kami balik Malaysia nanti. Aminnn.

2 lagi tambah ng0meL:

isabelle frankly on December 12, 2012 said...

wahahaha...anak manja mak rupanya.
aku sangaaaaaaaaaaaat berbeza dgn hang.

me shuhada on December 12, 2012 said...

Aku bkn ank manje mak... yg paling selalu kena aku la pun. Tp ntahla.. penyakit kan..

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog