Friday, December 14, 2012

Dinner @Grilled Chillies

ng0meL by ummi
Salam.

Petang semalam tetiba en Ahmad ajak gi Tea Tree Plaza, shopping kompleks kat Adelaide ni. Boleh la bawa budak budak jenjalan lagipun malas nak masak dinner. Cadangnya nak dinner kat luar je.

Dah keluar tu, selain boleh tumpang aircond kat sana, kami nak carikan present untuk Aliya, anak Aqilah & Faisal yang sambut her 1st birthday semalam! Diorang jemput ke birthday party hari Sabtu ni jadi elok la carikan apa yang patut kan. Dah dapat barang yang dicari, kitorang pun rushing la balik sebab Arissa pun dah buat perangai.

Lagipun memang plannya nak dinner kat Grilled Chillies. Kedai pun tak jauh dari TTP tu.

Sampai kedai, kitorang decide dine in je sebab dah lewat. Kalau tapau nanti balik confirm masing masing dah tak nak makan. Esok pun Kakak dah last day nak school, tak nak spoiled her mood kalau tido lewat bangun pun lewat kan. Afiq pun nak ke kindy juge esok.

Suke betul diorang dapat makan kat kedai. Termasuk la aku hihihi.

En Ahmad order Sindhi Biryani dengan mango lassi, nan cheese and lite coke. Makan la kami 5 beranak kongsi kongsi. Alhamdulillah Afiq pun makan juge la 5,6 suap. Makan sambil mengantuk mengantuk la masing masing sebab jam pun dah pukul 9 lebih.

Sampai je rumah ingatkan dah nak tido la, rupanya masing masing buka balik buku and segar bugar sampai la dah pukul 11 malam. Ada je aktiviti si kenit tu. Macammana orang lain nak tido. Makanya terpaksa si ayah masuk pasangkan cooler.. baru masing masing cari bantal.

2 lagi tambah ng0meL:

ishamizu on December 14, 2012 said...

Wah sedapnya nmpk mknn tu semua..hihi..
nway, salam perkenalan jg dpd sy..Izu. :)

me shuhada on December 15, 2012 said...

Salam izu. Tq for visiting :-)
Alhamdulillah sedap..

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog