Thursday, December 20, 2012

Cherry picking and Picnic with Adelaide Gang

ng0meL by ummi
Salam.

Last Sunday. Plan dengan Adelaide Gang (tapi tak semua) g cherry picking. Masing masing akan bawa bekal untuk berpicnic lepas tu. Wahhh best!

Haritu en Ahmad kerja pula tapi malamnya kami dah prepare barang siap siap mana yang perlu bawa. Maklumla perjalanan agak jauh dan nak gerak pagi jadi banyak juge nak sedia.
Pukul 9.30 family Kak Azie/ Abd Azul sampai. Time tu aku baru je sudah goreng mihun. Mujur en Ahmad balik awal jadi tolong siapkan budak budak. Then family Kak Surah/ Abg Shibi sampai. Budak budak semua dah excited masa ni. Pastu family Faridah/Amirul pula sampai. Wahhh aku pula hepi. Kelam kabut siap xnak diorang tunggu lama.
Dah ready dalam pukul 10 kitorang gerak ke destinasi. Kami ikut kereta Abg Shibi je sebab diorang lagi mahir kat sini. Then kereta Kak shidah/ Hj Arif join kitorang. Wahhh bestnya ramai ramai join ni. Barula meriah kan. Kakak hepi betul bila tahu ramai kawan kawan dia yang join.
Lama juge la perjalanan naik bukit turun bukit. Yang seronoknya cuaca hari tu nyaman je, langsung tak panas. Anak anak siap pakai sweater lagi sebab cuaca agak sejuk.
Seronok aku dengan en Ahmad, sambil jalan sambil tunjukan anak anak view atas bukit.
Even kami sendiri pun kagum dengan view dari atas bukit tu.
Yang paling best bila tengok pokok pokok yang ditutup dengan net untuk elakkan buah yang masak di makan burung. Subhanallah... cantiknya view.
Ada satu time tu kereta depan slow.. rupanya ada sekor koala lintas jalan. Kelam kabut aku snap gambar! Kenangan ni. Hihihi. Kelabu je gambar koala ni sebab lindung cermin kereta huhu.
Ni tempat kami mula mula singgah. Tapi tak jadi sebab agaknya owner dia tengok ramai beno yang serbu dengan budak budak lagi makanya dia bagi alasan buah belum ripe. Huhu tak pe.. kitorang gi tempat lain la eh. Ini budak Arissa monyok mengikut cuaca haritu yang mendung and hujan renyai. Tapi maknye... kikiki excited wei!

Sampai ke destinasi, banyak tempat yang sediakan khimat PYO (pick your own) ni. Diorang akan sediakan baldi and kita akan pick sendiri banyak mana buah yang nak. Then, bayaran akan dikenakan bagi cherry yang kita petik per kilo.
Ada juge tempat yang masuk free and bayaran cherry yang dikutip sama je tapi kami pilih untuk petik cherry di StellaCreek.
Tempat ni agak famous berbanding tempat lain, makanya bayaran masuk dikenakan dan cherry yang dipetik pun akan dibayar mengikut jenis. AfiQ tu merajuk apa ntah time ni. Haish.
Aku dan Kakak dan excited nak petik cherry tapi en Ahmad as usual cool je dulu. Dengar penerangan pekerja kat situ mengenai jenis buah and macammana nak kenal jenis buah mengikut pokok. Almaklumla, aku tengok semua hampir sama je apalagi rasa cherry tu.
Tapi bila dah lama lama baru perasan, memang cherry yang sekilo AUD10 (Summit) lebih sedap, besar dan juicy dari yang AUD 6 (Vans).

Ni aku amek dari website:
Summit
Mid season, light in colour with strong, sweet taste. It is among the largest of the cherry varieties. This is a beautifully shaped cherry (heart shape) and is a delight to eat. Because of its size and other qualities, Summit commands a premium price at market.

Stella
Red heart-shaped mid-season cherry that is well-flavoured and sweet. Mid red skin with lighter flesh and large in size. This is our flagship cherry. Enjoy!


Kami decide untuk petik cherry Stella, the famous one yang harganya AUD8 sekilo. Tak banyak beza pun rasa dan bentuk Stella and Summit, besar and heart shape serta juicy. Memang tak jumpa kat Malaysia ni.
Dah separuh each 2 baldi kami petik en Ahmad ajak beredar. Takut yg lain dah menunggu. Tq Abang Azul tolong ambilkan gambar kami satu family. Cantik kan.. Aku?... keh keh keh...
Yang aku ni mulut tak berenti mengunyah. Sambil dukung Arissa ke, bf Arissa ke, jaga Kakak and Afiq ke, ngunyah sampai dah tak larat dah. Banyak juge yang masuk baldi. And banyak juge yang masuk perut aku keh keh keh. Sudahnye en Ahmad kena angkat Arissa panjat balik bukit.
Yang best tempat ni dalam net yang besar dan selesa. jadi takla kita tertunduk tunduk nak ambil buah tu.
Oh ya. Ladang cherry Stella Creek ni berbukit. Agak curam juge. So memang kena extra careful nak petik tu. Kitorang pun lepak petik dari 2 pokok je, xpayah jalan jauh jauh. Tu pun memang tak habis.
Banyak betul buah di celah celah daun.

Lepas tu kitorang beratur untuk timbang. Heh, en Ahmad la yang beratur kan.. aku tolong jaga anak anak. By this time dah tengahari sangat dah. Masing masing dah kelaparan.
Siap semua dah bayar, total kitorang punya hasil tangkapan AUD27. Banyak juge rupanya. Mungkin all in all campur yang masuk perut.. huhu berkilo gak la.

Lepas tu kitorang gerak untuk makan. Tak jauh dari situ pun tempatnya, masih di atas bukit dengan cuaca agak sejuk dan windy.
Huhu serious time ni semua dah lapar sangat, tak fikir dah nak snap snap gambar.

Aku pun tak tengok jam dah pukul berapa kitorang gerak balik. Tapi semuaya puas hati walaupun kepenatan. Serious. Puas hati and happy sangat. en Ahmad nak je pergi lagi kalau aku nak.. tapi rasanya mungkin next year kot sebab masih banyak acara picking mempicking lepas ni contohnya apple picking pula!


12 lagi tambah ng0meL:

isabelle frankly on December 20, 2012 said...

tu dia...pi x ajak.
hehehe
ayat cari gaduh

Syarifah Nadia Syed Mohsin on December 20, 2012 said...

sis.. sy dh nk ktaham blog akak.suka tgk pngalaman duduk kt negara org.. anak sulung akak yg pndai.. afiq yg comel dan arisa yg suka melekat kat ibu dia.. nice blog sis :)

✿A I N A A✿ on December 20, 2012 said...

bestnyaaa kak kat luar negara!!!! sedap x buah cherry tu?? kalau yg letak kat atas2 kek tu, rasa macam ubat.. xsodap... besar juga ye...

nabilah_2908 on December 20, 2012 said...

apa yg terlintas di fikiran AINAA tu sama la apa yg ada dalam kepala sy...huhu..

sedap eh yg fresh punya..? :)

me shuhada on December 20, 2012 said...

Amboi.. xmo ajak org yg dh p dulu xajak
Muehehe

me shuhada on December 20, 2012 said...

Tq dear. Amboi sampai dh khatam ye.

me shuhada on December 20, 2012 said...

Yg nibkn AINAA, totally xmcm yg atas kek tu. Yg ni bila gigit.. mmg so juicy! Sampai boleh perah buah tu keluarkn juice dia.

me shuhada on December 20, 2012 said...

Bg akak sedap. Sapa yg suka buah la. Tp ada yg masam ada yg manis. Mostly masam masam manis. Mcm prune, plum, apricot..

ishamizu on December 20, 2012 said...

Wah bestnya cherries picking! Awesome..;)
cantiklah farm tu..cuaca pon baik..sume pon ceria je..:)

me shuhada on December 20, 2012 said...

Haah. Yg ni mmg cantik n selesa. Sbb tu masuk pun kena byr. Harus ceria.. hadiah Anniversary ni.. :-)

Hnahdy on December 21, 2012 said...

banyaknya. murah ka kalau mcm tu?

me shuhada on December 21, 2012 said...

Mmg murah drp kt kedai. :-)

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog