Monday, December 24, 2012

Acuan siapa?

ng0meL by ummi
Salam.

Semalam lepak kat rumah satu hari. Sebabnya panas gile kat luar sampai 40 degree celcius! Dok kat dalam rumah pasang kipas je walaupun langsung tak rase angin kipas, tapi tahan juge la. Nak buka aircond fikir kos letrik yang tinggi. Tunggu malam nak tido baru on aircond. Selesa sikit budak budak nak tido.

Kitorang kat rumah memang buka movie je la. One after another. Siapa taknak tengok movie tengok you tube.
Sekarang budak budak tengah syok tengok Upin Ipin yang siri Raja Buah. Asyik replay je. Dah khatam skrip dah Afiq dengan Arissa tu.

Dok saja saja ni sambik tengok gelagat budak bertiga ni mula la aku dengan en Ahmad dok tanya.. ikut muke siapa la diorang ni.
Nak kata muka aku.. mungkin si Afiq tu adalah iras sikit. Tu pun sebab dia golap kot huhu. Ada tahi lalat manis halus je kat pipi kanan. Bulu mata.. yes ikut aku tapi dia punya lagi lentik.

Kalau Kakak Farah langsung tak ade. Dari kecik muka cam anak cina. Tapi muka Kakak sebijik cam muka adik ipau aku yang bongsu. Bukan je muka sebenarnya, rambut, kaler kulit, ketinggian, kepandaian (insyaAllah), even tahi lalat pun kat tempat yang sama. Ramai cakap memang klon sebijik.

Si debab Syafiqah pula.. ntoh la mana datang acuan ni. Muka square en Ahmad kata hahaha. Masa baby ada iras abang or kakak masa baby. Dah besau ni lain sikit.. nak kata iras aku tu.. ada la part mata. Tapi mata dia kot more tu adik aku yang bongsu. Bolat saja. Dah lahir pun sama tarikh dengan Acu dia tu hihihi.

Whatever pun acuan fizikal diorang, aku pray sangat acuan kepintaran tu ikut ayah diorang. Hahaha bukan nak bagitau aku tak pandai kan, tapi aku suke kalau banyak ikut ayah diorang. Especially rajin bab membaca.

Well, aku ni memang malaih banyak bab baca membaca ni. Even baca resepi pun tau nak short cut je baca muehehe.

Oklah penat melalut. Banyak lagi keqoje dok tunggu tu. See ya. Tata.

8 lagi tambah ng0meL:

Fiza Rahman on December 24, 2012 said...

Bukan bebudak jer syik tgk upin ipin, mak budak ni pon layan gak ☺☺

Saya ngan adik pon muka lain. Bila org tanya, itulah jawapan saya 'acuan lain2'..hehehe...

me shuhada on December 24, 2012 said...

Yelah, kang same ssh pula org nk bezakn ye?

Rai Ourkizuna on December 24, 2012 said...

muka farah mmg ada mcm mixed chinese la.. lain dengan muka yg berdua tu.. hehehe..

uNa on December 24, 2012 said...

sama la,una n adik2 pun xiras jugak..beza sngt2..xpe yang penting jadik anak2 yang menyenanagkan hati ibu bapa..

salam ziarah kembali dari malaysia..

me shuhada on December 24, 2012 said...

Sbnrnya arwah MIL mmg anak cina. Mungkin ada sikit drh mix tu turun kt dia.

me shuhada on December 24, 2012 said...

InsyaAllah.. :-)

✿A I N A A✿ on December 25, 2012 said...

lain lain la muka anak akk.. maybe ada persamaan dengan atuk nenek dorang ke.. comel la anak2 akk.. geram!

me shuhada on December 25, 2012 said...

Tu la kn.. maybe klu buka salah silah tu ada la yg sangkut kan.
Hihihi yg comei2 tu mmg ikut mama diorang tu :-P

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog