Saturday, November 24, 2012

PALESTIN : AKU DAN MEREKA

ng0meL by ummi
Salam.

Malam ni kami sekeluarga join program ceramah anjuran ISMA SA dgn sokongan MyPSA SA bertajuk Palestin: Aku dan Mereka. Sebagai tanda sokongan kami kepada rakyat Palestin dan Gaza. Ikut tentatif program, Maghrib berjemaah kat sana tapi sebab nak bersiap budak-budak lagi makanya kami Maghrib kat rumah je siap-siap. Lagipun tempatnya tak jauh dari rumah pun.

Sedang elok kami sampai, ceramah pun start. Ada dua penceramah yang di jemput. First seorang berketurunan Palestin sendiri cuma dah bekerja dan menetap di bumi Australia. Dia cerita pasal Palestin, asal usul dan apa yang berlaku.
Lepas tu ada persembahan nasyid dari anak-anak ALIM CLUB.

Then ceramah oleh Ustaz Shahruzzaman Bin Bistaman yang merupakan aktivis dan perunding bagi Aman Palestin. Banyak yang di cerita dari sejarah asal usul sehinggalah kenapa kita perlu selamatkan Palestin.
Alhamdulillah melalui program ni dapat juga kami hulurkan sedikit derma untuk disalurkan terus ke Palestin melalui Aman Palestin. Katanya mereka di sana amat memerlukan dana segera bagi membeli ubat-ubatan dan kemudahan asas.

Doa aku: Ya Allah, ringankanla beban saudara saudara kami di Palestin sana, Ya Allah.. Aminnn.
Antara aktiviti anak-anak kat sana.  AfiQ sampai je terus tido. Kakak as usual cari something to read. And Arissa... selain being SO FRIENDLY dengan semua orang, keje dia makan je...                            

4 lagi tambah ng0meL:

محمد رازيق on November 26, 2012 said...

owh. program ISMA. yerp. ayuh support mereka di GAZA, doa buat mereka

sis shuhada on November 27, 2012 said...

InsyaAllah doa sentiasa ada untuk Palestin.

Miss EG on November 27, 2012 said...

Alhamdulillah, semua umat Islam bersatu hati utk membantu rakyat Palestin.

sis shuhada on November 27, 2012 said...

Ye itulah yg sebaiknya pun.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog