Wednesday, November 28, 2012

Letihnyaaaaaa

ng0meL by ummi
Salam.

Hadoi. Mengeluh eh. Letih la si Arissa ni buat hal pula pagi tadi. Sebab dia bangun tido tengok aku takde kat sebelah.

Pagi tadi en Ahmad kerja lagi so tugas aku prepare Kakak and hantar ke sekolah.
Oleh sebab semalam tido lambat, makanya pagi tadi after subuh aku tido balik. Dengan cuaca panas sekarang ni badan rasa letih je.

So bangun pagi pun lewat sikit la. Tapi ok je pun takdela lewat. Cumanya time prepare bekal Kakak, tuna sweet chili yang biasa dia makan tu habis la pulak. Aku gantikan dengan tuna italian style.

Hmm masa buka tin tu aku dah rasa macam Kakak tak suka kot rasa yang ni tapi aku buat la juge letak tuna tu kat roti. Kakak ni senang. Roti letak tuna dah ok dah tak payah hias bagai.

Elok siap roti n lain lain untuk bekal Kakak, dengar Arissa nangis kat bilik. Aku jengah tengok dia dah turun katil. Hihi pandai pun. Tapi tu lah.. lepas tu nak berdokong je la dia pun.

Then untuk breakfast pagi tu Kakak minta nak sekeping roti tuna tu. Gigit sikit, dia buat muke. Tak sedap. Huhu. Jam dah pukul 8.15 dah. Dengan Arissa taknak aku letak bawah.

So aku decide wat roti telur je la bekal Kakak. Dia ok. Tapi tula si Arissa ni taknak lagi turun dari aku. Melekat je. Memang patut la diorang semua cakap dia ni 'koala bear' aku. Bertenggek je kat pinggang ramping haluih tuluih muluih mama ni.

Sya..sya.. bila la nak ok ni nak oiiii.

2 lagi tambah ng0meL:

isabelle frankly on November 29, 2012 said...

feewitt..pinggang ramping mama tuuuuuuuu

sis shuhada on November 29, 2012 said...

Ramping kannnnn..kikiki

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog