Monday, November 19, 2012

Arissa lemak?

ng0meL by ummi

Salam

Hmmm.. konon tido awal nak bangun awal esok. Engkau... sekali jam baru pukul 1 pagi dah bangun. Hahaha hambik ko.. awal kan? Jangan esok terbabas sudaaa.
Nak kena ngangkot budak budak hantar Kakak g sekolah esok ni. En Ahmad dah start kerja kat IKEA. Shift pagi 5.30 - 8.30. Kakak masuk school last pukuk 8.40 pagi. Memang nak tak nak kenala aku angkot Afiq n Arissa sekali time tu.
Hopefully diorang behave and bagi kerjasama. Selalu En Ahmad ada boleh tolong tengokkan Kakak or tolong prepare bekal. Sebab si Arissa ni pantang aku xde kat sebelah. Tak senang tido dia. Bangun la, nangis. Kalau tido tu mesti tangan or kaki dok atas aku.. check kot kalau aku bangun huhuhu. Afiq pula jenis bangun tapi nak berselimut lagi atas katil. Esok nak tak nak kena duduk carseat terus la.

En Ahmad kate Arissa ni lemak. Hahaha... comel. Aku suke kot, tapi memang rimas la kalau nak berkepit je. Hatta nak p bilik air buang air kecik pun dia nak ikot. Serabut weh. Tambah kalau time dia yang serabut - nak susu or nak tido. Jangan bagi alasan apa pun la.. memang dia tak faham. Nak mama je, dia kata.

Arissa ni since kecik pe'el lain banyak. Kakak memang so independence. Maybe sebab aku tak bf dia sama kot jadi bond tu takde huhuhu. Sian Kakak. Afiq manje, memang. Tapi since ada Arissa banyak la dia kene mengalah. Nak ikutkan dia pun spesis nak melekat ngan aku jugak tu. Ye la aku bf dia sampai 2 tahun lebih. Even masa pregnen kan Arissa and habis pantang Arissa pun aku masih bf die. Sayang nak lepas.. aku yang taknak dia stop.. tapi yelah  kena pikir Arissa lagi need bm aku. And mungkin dari situ Arissa jadi xnak lepas aku kot. Nak kontrol dia sorang je.

And since sekarang pun aku tengah cuti, 24 hours dengan diorang kat rumah.. lagi la Arissa ni nak melekat je. Takut no kalau aku hilang dari dia.
"aik, mana mama?" Cehh... dah pandai tanya. Sedangkan aku kat dapo je, dia kat ruang tamu. Kalau aku hilang nak g tandas ke, jemur kain ke.. meraung bukan main. Geram je rasa.

Kalau serabut tu, aku depan mata pun nangis soh angkat. Selalu time nak masak tghari utk Kakak balik sekolah. Masak kadang tu sambil dokong dia. Memang haru. Letak sekejap pun nangis macam kena pukul. Kadang buat tatau juge.. g la cari abang. Tapi abang ajak datang kat aku juge hihihi.

Hmmm cerita hal pe'el Arissa ni memang tak abis. Kadang-kadang aku fikir dia ni baru setahun lebih pun, jadi memang la dia need aku kan? Tapi... ntoh le. Nak ajar berenggang pun macammana.. dah memang dia anak aku, baby lagi pun.. belom 2 tahun. Masih perlu bf pun. And aku pun tengah bercuti and xkeje and keje aku is jaga diorang kan?

Hmmm... nanti di pikirin lah. Sekarang ngantuk suda datang. Mau tido... nite nite!

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog