Monday, September 17, 2012

Kakak is now officially SIX!

ng0meL by ummi
Salam..

Selamat Hari Malaysia.. 16th Sept datang lagi.. and 2012 ni my oldest daughter dah pun enam tahun. Enam tahun.. dah besar dah anak dara aku ni. Alhamdulillah so far i'm very proud of her. She did turn to be the Farah Sufiyyah yang aku and en Ahmad nak. Aminnn.

This year kami as usual celebrate antara kami je.. tahun ni.. berlima. And so dari sepotong kek, 2 potong, tahun ni dapat la quarter.. ok la kn. Banyak banyak pun sapa nak habiskan.. dah membazir pula.
Pagi pagi Kakak nak breakfast roti canai. Heh.. sini memang la susah nak carik mamak tapi en ahmad dah ready kan kami paratha frozen segera.. tinggal panaskan  je hihi. Okla dari takde kan. Rasanya very not bad. Nice!
 Then dah asyik tanya ais kerim yang semalam aku frozen kan pula. Alah mcm ais kerim Malaysia tu.. bancuh air oren, masuk bekas n masok freezer. Nah.. pagi pagi sejuk gedi layan la birthday girl dengan adik adiknya makan ais kerim sambil tengok boboiboy.
Pastu kitorang siap siap nak bawa diorang cari kek. Memang dah plan dah dengan en Ahmad nak belikan Kakak kek harini. And also for the present.. new shoe for her. Ada alasan pon sebab kasut dia yang satu tu pakai ke hulu ke hilir ke sekolah dah koyak sebelah dalam. Sian Kakak. Dah 2 minggu g sekolah pakai kasut koyak. And for that, bolehla belikan kasut baru as her birthday present!
Kek beli quarter je sebab nak beli sebiji bak macam tak padan je. Tu pun belikan diorang sorang sebiji cup cake buat bekal dalam keta sementara nak sampai city nun. Plan nak cari kasut Kakak kat city. Boleh juge bawa bejalan tengok ragam manusia.
Sampai city kami park kat tempat naik tram. Dari situ tram free je ke tengah city tu dalam 5 stesen. Naik tram ni ala naik komuter-yang-laju-di-tengah-jalanraya la. Best sebab free n cepat. Sampai di Rundle Mall, jalan la carik kasut.

Yea akhirnya dapat juge.. setel. Pastu baru perasan masing masing dah lapo. Aku la tu especially dengan Kakak. Lupa sini ahad banyak kedai makan tutup. G Knoodle Junction, totop. Sedih. G Swingging Bowl pun totop. Double sedih. Dah la dua tempat tu je katarea situ yang diketahui ada serve makanan halal. Huhuk. En Ahmad berlari gi beli roti sebab bini dia dah moncong. Heh. Teruk.

Pastu terus balik ke kereta.. jamah roti. Perut dah setel, xjadi balik umah. Plan asal diteruskan ke kedai ayam Vatan. Nak test buat soto hihi so kena beli ayam barang sekoq. Then singgah pula Asian Grocery carik bahan lagi. Last singgah fruit and vege. Then.. baru la balik umah.. hadoi. Penat. Masak megi je la kui kui kui.
Malam.. dah nak tido baru teringat nak potong kek. Hadoi. Potong, snap 2 3 gambaq.. layan budak budak makan. Tidoq. Esok Kakak nak ke school dengan kasut baru!
Hepi Bestday Kakak Farah Sufiyyah! Belajar rajin-rajin ye..jadi Khalifah yang solehah dan sayang mama, ayah and adik adik. Aminnn.

2 lagi tambah ng0meL:

isabelle frankly on September 18, 2012 said...

dah besar anak dara kau/anak bujang aku. terus terasa mcm tua sat.haishh..
tapi takpa...kita kena maintain young at heart kan?

dear farah,
happy birthday. jadi anak yang baik dan bijak tau

nabilah_2908 on September 18, 2012 said...

Happy Birthday Kakak.. :)

senyum sampai ke telinga tayang kasut baru dia..hehe.. :)

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog