Friday, September 14, 2012

Bersiaran dari dapoo

ng0meL by ummi
Salam.

Amboi amboi tajuk bukan main eh. Yelah.. aku kan sekarang dah berstatus suri rumah tangga sepenuh masa.. kehidupan mestilah diteruskan dengan aktiviti masak memasak di dapo bertemankan si kecik muka square Arissa tu hihihi.

Semalam mood dia ok so boleh masak awal. Kalau tak tunggu kakak balik school baru start masak. Memang lambat tapi ok la lagipun En Ahmad selalu pun balik lepas maghrib.

Aktiviti memasak aku best sangat. Sebab view baik punya. Mengadap work place (ececeh) aku yang merangkap sink dapo, terbentang luas laman belakang umah. Bertemankan pokok sakuraku yang tengah berbunga di musim spring ni.. hihihi... sambil boleh tengok langit, angin dan juge kain baju ditiup angin sejuk kat luar tu. Pergh... sapa taknak dok dapo je kan.. Teringat arwah mak mertua. Dia memang suka lepak dapo. Kalau dia masih ada and ada rezeki datang sini, mesti dia suke sangat sangat sangat! Hurmmm.
 
Ok.. back tu reality kikiki. Ni hah bahan bahan untuk menu utama aku arini. Ceh.. macam ada menu sampingan kan ahak. Simple je pon. Nak buat sup ayam beserta nasik ayam n ayam bbq. Wahhhh macam best ja kan? Jom jom scrool bawah lagi.
 
Hah.. perasan tak botol besar gedabak tu? Sini banyak jual macam tu. Halia, bwg putih, lengkuas, macam macam la. Rambang mata masuk Asian Grocery sini. Nanti kalau.. KALAU... rajin aku cerita la no. Eh melalut.
 
 Gedebuk gedebak campak campak.. dah pon siap.. hehe supnya lah. Nasi nya sonang yo, buat sup ni lebih sikit, cedok kuah sup tu masak dengan berasnya. Make sure sup lebihkan dari sukatan beras. Nanti keras xsodap lak. Ayam bbq tu? Ngeee...

Ambik 3 pat ketol ayam dr dlm periuk sup tu.. tuangkan sos bbq, gaul gaul, goreng sekejap. Siap! Haaa ni ghupa sos bbq tu.
 
Sini banyak. Makan gitu saja cicah ayam goreng kentaki ke naget ke pon sodap. Sonang yo masak masak semalam hihihi. Sekian.


1 lagi tambah ng0meL:

nabilah_2908 on September 18, 2012 said...

wah..mudah la kerja2 memasak.. :)

betul la cantik view... syoknya dpt tgk negara org.. (^_^)

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog