Friday, August 26, 2011

the newcomer's photographer

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
 salam .~
Ni kerja Ahmad AfiQ la ni. Mentang2 hp touch screen, pandai je dia tekan2 tak dapat jumpa kamera.
 
p/s: sila jgn betulkan apa2 sbb ni hasil kerja amatur 2 tahun 8 bulan hehe.
 ~ kipas n lampu dlm bilik~
 
 ~hiasan kat ofis aku~
 
 ~bunga kat coffee table ofis aku~
 
 ~matahari terbenam kat Presint 2, Putrajaya~

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Saturday, August 20, 2011

Semangat nak raya kat opis

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links

salam .~
 Ni nak kongsi hasil kerja tangan aku n kawan2 opis selama 2 hari lepas.
  
Nak ikutkan belum siap lagi ni. Nak wat finishing kat curtain tu tmbah tingkap, wat frame tingkap n tambah awning sikit. boleh? N kitorg nk tambah juge menu kat dalam tu.
.
Next week siap aku update gambar seluruh opis eyh..

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Thursday, August 18, 2011

Baby Aicha Chapikah dan Sa-Syafii ^___^

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links

salam .~
 
Ngee belum sebulan kan aku tinggalkan blog ni berabuk. Sawang ada la sikit.. rajin juga aku jengok2 ni sebenarnya tapi takat sapu2, lap2 je la hehe.
Oh, Baby Aicha Chapikah tu Arissa Syafiqah la. Tu nama panggilan abang Ahmad AfiQ untuk adik kesayangan dia. Sayang betullah AfiQ kat Arissa.Sampai kalau terbangun tengah malam nak susu pun dia akan pergi cium pipi ke, tangan ke adik dia yang tengah tido. Sambil tunggu susu siap, dia akan hug Arissa yang bulat tu.
Ehh aku cerita Ahmad AfiQ dengan Arissa bukan bermakna kakak Farah Sufiyyah tak sayang princess small dia, sayanggg. Sa-Syafii tu pula nama panggilan kakak untuk Arissa. Pernah diorang berebut sorang tarik tangan sorang tarik kaki Arissa tu nak pegang. Kakak dah kuat pegang Arissa sekarang. Comel je dia pegang. Tapi nak angkat belum larat la. Si Arissa tu dah 6.5kg. Campur meronta dia mau jadi tunggang langgang kakak.
Arissa sekarang dah masuk 5 bulan. Berat tak naik sebab baru baik demam panas and taknak minum susu botol. Jenuh baby sitter dia bagi, tak maunya dia. So terpaksa bagi makan untuk alas perut siang hari sementara si mak ni nak ambil anak pukul 5.30 petang. Tapi siang je.. nak juge jaga perut Arissa taknak push dengan makanan sebab doc pun tak galakkan. Better tunggu 6 bulan juge, tapi apa nak buat kan? So malam kat rumah, Arissa minum susu saja ye..
Untuk akhiri entry kali ni, jom share nama2 panggilan untuk Arissa Syafiqah hehe.
* Baby Aicha Chapikah * Sa-Syafii * Arissa * Syafiqah * Aicha * Cha *

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!

 Hepinya harini 1st time in my life berjaya bersahur dengan masakan sendiri untuk suami bagi 1st day puasa! Ngee faham x? Maksudnya.. selama ni even dah 6 tahun kawen, 1st day puasa kami sekeluarga akan sambut kat umah mak ayah aku kat Kedah. Jadi selama ni mak la yang urus bab masak, makan masa sahur pertama kami.

Tapi tahun ni kami xbalik... sob sob. Jadi itu yang jadi 1st time tu. Hahaha adik aku cakap 'macam baru kawen saja' 1st time sambut puasa sama2 berdua laki bini. Ngee..

Aku masak simple je. Ayam masak sambal kicap panaskan, sayur kobis+carrot masak pagi ni dengan nasik. Air.. mango + nata de coco.

Ok.. ni aku nak share aku jumpa time google carik gambar ramadhan..

 Comel kan? Maksud jelas dan teranggg..
.
Anyway, again.. SELAMAT BERPUASA! 
p/s: sebok la kat opis harini dr pagi sampai petang dok bincang menu nak berbuka bagi kaum ibu2 ye!

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog