Saturday, May 28, 2011

Aduhai Arissa

ng0meL by ummi 3 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
Semalam aku terpaksa tinggalkan Laling kecik Arissa tu kejap kat En Ahmad sebab aku ada hal penting nak jumpa kawan. Kira ni our 2nd time berenggang.
 
Before this pernah sekali aku tinggalkan Arissa untuk mak jaga masa kat kampung aritu sebab nak ikot En Ahmad beli basikal kakak.Time tu aku dah susukan dia kenyang2 n dia pun tido jadi xdela meragam sangat. Cuma mak kata bila dah bangun, nak kasi dia susu botol memang dia meragam xnak la. Lagi 1, Mak cakap Arissa ni kenal tangan, xnak dia kalau mood xok orang lain pujuk2. Nak aku jugak.. Ngan ayahnya pun dia xnak!
.
Semalam.. kelam kabut juge sebab b4 keluar Arissa xtido betul. Tapi En Ahmad kata dia boleh handle, aku gamble juge keluar dengan Sufiyyah walaupun berat hati. Rasanya dalam sejam aku tinggalkan, bila balik En Ahmad cakap Arissa meragam. Taknak dia susu botol even susu tu susu badan yang aku perah untuk bekal dia. Nangis sampai penat la. Kesian kan? Sudah tu, sampai tengah malam la dia xnak berenggang ngan aku. Hadoi.. tensen pun ada. Letak je dia terjaga n hok hek. Rasanya sampai kering susu aku dia nyot2 saja xberenti. Tu tak termasuk si AfiQ yang asik bergayut kat kaki cari mood nak tido. Almaklumla.. baru belajar nak cerai susu...
.
Hmm sebenarnya aku risau juge pasal Arissa ni. Lagi 2 weeks aku akan start kerja n Arissa terpaksa aku hantar ke rumah baby sitter. Aku dah cuba train Arissa untuk minum susu botol tapi susah betul. Bila terdesak, agaknya dahaga sangat baru dia minum. Tu pun... alahai... most of the time banyak yang bazir je.
.
Tapi aku kena train juge. Next week start Monday aku akan hantar Arissa ke rumah baby sitter. Biar 1 week awal so that if anything baby sitter boleh call aku tengok macammana. Taknak juge sampai susahkan babysitter coz dia kena juge jaga AfiQ n HaziQ. Both of them masih lagi need attention baby sitter.
.
Aku tak nak Arissa jadi macam Afiq.. xnak langsung susu perah dalam botol, nak direct saja. Sanggup juge dia berlapar sampai petang aku balik kerja. Last2 terpaksa tiap hari time rehat tengahari aku g umah baby sitter direct breastfeed dia. Tapi tu dulu, aku ada xcuse sebab kebetulan ambil Kakak Sufiyyah balik school pukul 12 tghari jadi ada banyak masa aku boleh singgah bf AfiQ. Lagipun time tu hanya diorang 2 beradik je yang dijaga. Kakak pula memang dah independant. So bolehla nak layan AfiQ saja.
.
Kali ni Kakak dah xperlu aku ambil tengahari.. lagipun Afiq masih dalam proses nak belajar berenti bf. Takut bila aku g umah baby sitter time tghari dia buat perangai. Sekarang pun kesian tengok dia malam2 terkulat2 kat ujung kaki aku minta bf. Tapi so far Alhamdulillah aku kuat semangat xkasi dia dah. And most of the time pun dia faham, cuma agaknya nak manje2 ambil mood nak tido. Yang penting, Susu aku sekarang hak Arissa.


 Takpe, Sabtu Ahad siang hari tugas En Ahmad bantu aku train Arissa untuk susu botol. Have to, rite? Selama ni aku sorang2 weekdays so susah nak train dia. Malam no problemo aku boleh direct bf dia. Arissa kena belajar, kena strong macam Kakak, ok. N mama pun.. ekeke.
.
Chai Yok! Chai Yok!

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Thursday, May 26, 2011

Help! I cannot stop!

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
Owh... tolong la saya ni. Sejak sebulan ni saya ditimpa penyakit yang agak kronik. Dapat2 ja penyakit tu terus dah stage 4!.. Tau penyakit apa?
Huh... I just can't stop shopping!
 And yang parahnya, I bukan gila shopping sana sini tapi I gila online shopping! 1 hari tak belek kedai online xsah! Mentang2 la dok umah ja tak g mana.. hari2 buka fb pulak sana2 sini ada ja iklan kedai online. Tudung la, jubah la, baju la, kids wear la, handbag la, kasut la, hadoi... rambang mata! Kalaupun xiklan kat fb aku, ada ja member2 lain yg d tag.
 

Malas nak cerita.. macammana nak stop ni???
*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Thursday, May 19, 2011

Breakfast Delivery

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
Goood Morning! Hehe dah bekfast ke belom? Korang kat mana? Opis? hehehe aku kat umah la... masih bercuti! Lama betul rasanya nak habiskan cuti 3 bulan ni eh... tapi sebenarnya tak lama pun, pejam celik pejam celik dah 2 bulan lebih dah pun. Lagi 2 minggu aku masuk kerja la balik.
.
Oh, entry ni xleh panjang2... jap g budak2 bangun la masing2. Just nak bagitau... since semalam kitorang try Breakfast Delivery ni. Puas hati nasi lemak dia seeedap! Ntahla sebab lapar kah atau dah berapa hari xmkn nasik lemak kah atau aku ni dah kuat makan kah, tapi bagi aku... hari2 mau order nasik lemak kat sini.
 
 ~ the flyers ~
.
~ breakfast for today! ~
.
Mudah dan murah dan sedappp hehehe... 
menu harini: nasi lemak 3, roti jala 3, keria 4 & lepat 2 = RM9.00

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Wednesday, May 18, 2011

jom naik basikal!

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
Lama tak update cite aktiviti family aku kan? Hmm sejak Arissa lahir 7 Mac 2011 aritu, kitorang xde kemana sangat pun. Paling2 ulang alik Putrajaya-Sungai Petani-Putrajaya. Maklumla.. cuti lama, amek kesempatan la aku nak balik kampung selalu.
.
Ntahla, aku ni kalau baby kecik2 serik nak bawa kuar jenjalan. Tunggu besar sikit baru selesa rasanya. Biasala baby kan, senang kena penyakit sebab sistem badan diorang tak berapa kuat. Taknak la aku amek risiko. Tapi sekarang oleh kerana Arissa pun dah 2 bulan lebih, aku confident sikit nak bawa dia kuar.
.
 So, weekend lepas En Ahmad decide ajak budak2 main basikal kat taman. Kat SP aritu kitorang belikan Kakak basikal.. rugi kalau terperap je, maklumla kitorang dok apartment kan. Susah sikit nak berbasikal ni. Basikal Kakak dulu afiQ dah pandai naik jadi oklah both ada basikal n boleh riadah sesama.
.
Kitorang decide g taman kat Bandar Baru Bangi sebab kebetulan aku g antar baju tempah kat area situ aritu. Oh, selain tempah kat mak sendiri, ada hati gak nak tempah kat tailor lain kan? Hehehe...
.
So... tanpa cakap banyak, jom tengok gambar la ye!

 ~ our hero: Ahmad AfiQ ~

 ~ big sis: Farah Sufiyyah ~



 ~ us! ~

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Tuesday, May 17, 2011

impian dah tercapai, tapi...

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
Korang percaya tak kalau aku kata berat aku selama ni dalam lingkungan 39-40kg je? Betul.. sungguh underweight even anak 2! Dilema tau kurus sangat ni, xcantik la orang kata kan... tak selera mata memandang. Jadi, aku memang teringin sangat nak gemok! i mean berisi la...  
 Tapi bukan senang ok nak berisi sebab aku ni genetiknya mak ayah mmg kurus tambah lak bila check2 kadar metabolisme dalam badan aku ni tinggi, makan je kena bakar, makan je kena bakar.. mana nak jadi isinya! That's y aku suke sangat nak pegnen.
 
First time pegnen, berat aku naik sampai 60kg! Memang kalau tgk naik ke 60kg tu apalah sangat kan.. ada orang naik sampai 80kg... Tapi sebab aku start dengan 39kg... mmg ketara rasanya. Hepi banget!!! Rasa mcm hari2 nak pegnen je, eceh! Time tu ramai yg cakap aku cantik, berseri, hehe.. hepi la kejap. Bila dh besalin, berat aku terus jatuh balik ke asal... huhu sedey! N kekal sampaila aku pegnen balik anak ke-2. N again, habis je pantang berat aku balik ke 40kg sampai la aku pegnen anak ke-3.
 
 Kali ni aku mmg berazam sangat nak try sedaya upaya taknak lagi turun sampai 40kg sbb rasa cam penat la kurus2 ni... Tambah lak kali ni En Ahmad bagi semangat n sokong sangat supaya berat aku ideal, no more underweight! 
 
So... agaknya berkat doa laki bini hehe Allah pun makbulkan... time nak g checkup Arissa sebulan, aku perasan seluar aku dah xleh pakai... baju pun dah ketat semacam. Sekali check... rupanya berat aku 48kg! Mak aiii, maunya seluar baju semua dh xleh sarung!
 Hepi..hepi.. Allah saja yang tahu betapa hepinya aku. Kalut juge kira2 BMI, tapi Alhamdulillah memang ideal! hehe... En Ahmad, Kakak.. pun turut hepi untuk aku.
.
Cuma yang tapinya.. heh, baru sampai cerita sebenar; dah jadi sikit mslh le.. suar aku semua saiz 25 or xs sblm ni.. baju pun klu tak xs, size s. Sekarang aku kena pakai suar size 28! Baju harusla M kan.. dah semua kain baju kena bungkus masuk plastik beg. Serius, 1 pun dah xleh pakai.. sedih la pulak..
.
Sekarang ni.. kelam kabut aku minta mak tlg jahitkan baju kurung 4,5 pasang untuk masuk kerja bulan depan. Seb baik mak aku pandai jahit baju.. kalau nak hantar tempah, mau lepas raya baru nak siap. Tu tak kira upah jahit lagi tu... hadoi gak la. 
 Tenkiu2 mak... saaayang Mak! Hehe... hepi Mother's Day! n hepi Teacher's Day gak!  
p/s: mak i teacher i dulu masa sekolah!
*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Saturday, May 14, 2011

ku dalam dilema

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
Arissa tido lama la pulak malam ni. Yang risaunya malam masih awal ni. Agaknya letih sangat, siang dia xdapat tido nyenyak. Asik hok hek saja. Mintak la dia xsegar bugar tengah malam nanti. Mau jadi burung pungguk aku ni huhu.
 
Panas juga kot. Panas ek skrg ni. Siang malam panas. Arissa tu kalau tido siang, tinggal pampers saja baru dia nyenyak. Ni pun, even malam.. baju seluar mesti xpakai, tu yang nyenyak tu. Tapi tutup juge la chest dia pakai kain lampin. Barut? Huhu Arissa dah lama xpakai barut. Rasanya since lepas pantang aritu. Doc specialist cakap xperlu barut2 ni.. xde kepentingan dr segi perubatan jd aku ngikut je la. Tanya mak, mak kata dah 2 bulan pun dia, xpakai barut pun xpe.. Tapi betul juge, dlm cuaca panas mcm ni.. kesian kalau berbarut, berbungkus lagi.. tu yang naik ruam2 panas tu. Lagi berpeluh2 dia. Bila buka.. Alhamdulillah, tido pun nyenyak, xdela nak hok hek lagi.
.
Lagi 3 minggu aku masuk kerja. Means Arissa kena start hantar baby sitter. Alhamdulillah nasib kami baik, baby sitter yang jaga Kakak dulu, sekarang jaga AfiQ, sudi nak jaga Arissa juge. Tak payah pening2 sorang hantar sana sorang hantar sini lgpun dah biasa dgn Baby sitter tu since dia jaga Kakak 5 years ago jadi senang la.
.
Cuma aku dalam dilema sikit bab Arissa nak menyusu. Aku belum start wat stock susu untuk bekal dia nanti. Mana taknya, dia xberapa nak kat orang lain. Asik nak bekepit ngan aku je. Mak aku cakap dia ni 'kenal tangan'. Apa2 tak nak orang lain uruskan dia, nak aku juge. Orang lain pegang sikit je mula la buka suara. Abeh, bila time nak perah? Dah la nak tidokan kena 'peram' dulu.
.
En Ahmad cadang next week start hantar dia, bolehla aku amek masa wat stock. Tapi... tu la.. sayang pula nak hantar. Nanti rindu. Even kakak yang dah g school pun, Afiq yang dah biasa anta umah bb sitter pun aku slalu rindu2 xpecially time hujan lebat. Apatah lagi si kecil yang dok penyet2 ni.. nanti rindu...

Bukan apa, kalau aku hantar time aku kerja xkesah sangat sbb dah kerja, harusla kena titipkan diorang kat orang kan. Tapi ni aku belom kerja, still dok goyang kaki xcercise jari kat umah.. saja2 hantar anak suruh orang jaga macam xkena je.
.
Tapi kalau xanta... takut kesian Arissa nanti xbiasa n lagi parah klu xcukup susu. Hmmm kita tengok la nanti next week ye. Maybe aku hantar, n aku sama2 lepak sana gak dulu. Macam aku wat kat afiQ dulu. Hadoi... tapi takut nanti jagi manja macam si afiQ pula, xnak langsung botol. Haduh... Tengokla..

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Thursday, May 12, 2011

akhirnya afiQ berjaya dikelentong

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
Haha tajuk ntah hapa2. Macam apalah aku ni as mama suke pulak anak sendiri kena kelentong kan? Tapi ni sebenarnya untuk kesejahteraan dia jugak.. memang harus dikelentong. Tapi jgn salah sangka... jom baca!
 
Gini... si AfiQ ni sebenarnya dah 2 tahun 4 bulan umurnya tapi masih bf aku lagi! Ya.. betul... even tak fully tapi satu hari mesti nak 2,3 kali at least. Penat woo tambah lak sekarang dah ada si Arissa yang sangat2 nak bf kan.. musim panas lagi... terpaksa aku yang malas minum ni teguk air begelen2 sehari siang malam xtau jam.
 
 Masa aku pegnen Arissa dulu aku still bf AfiQ even ramai yang cakap xelok, xbagus, xsihat semua.. Dalam dilema jugakla aku time tu. Tapi dah buat research and tanya doc, aku teruskan juge bf AfiQ sampai semalam! Hahaha.. yes, sampai semalam!
.
 Nak ikutkan harini dia ada mintak lagi, even tgh mlm smlm dia turun katil carik aku gak lagi. Kesian sebenarnya sebab bagi aku time bf diorg aku dapat hug n penyet2 diorang puas2. Time tu gak leh belek2 rambut ke, telinga ke, idung ke, kuku ke... check2.. sbb kalau time lain mana budak lasak tu nk sangat kena pegang2.
 
Lagipun aku pegang yang susu ibu ni hak anak. Kalau xbagi, means kita xbg hak diorang tol tak? Kesian kan... tambah lak kalau anak merengek minta.. xkan xkasi..
 
Cuma kali ni aku rasa Arissa tu lagi berhak. Lagi kesian dia sbb dia xde benda lain nak isi dlm perut compare to afiQ. Mak, tok aku pun bising dah sebenarnya. Tambah kesian klu si Arissa asik nangis mcm xcukup susu. Maka aku kuatkan semangat untuk ngelak2 dari afiQ.
 
Langkah pertama, aku tido asing dengan afiQ. En Ahmad pujuk2 dia tido dlm bilik sama2, aku n Arissa tido luar. Kebetulan pula Arissa xselesa tido dlm bilik. Memang tengah malam dia akan bangun n carik aku kat luar, tapi time mamai2 aku wat xlayan dia tido balik. Alhamdulillah mlm2 dh xbf.
.
Petang semalam aku mmg letih sangat, baru pula lps bf Arissa. Bila afiQ dh nangis2 minta nak bf, aku bangun g dapor carik tomato sos! Afiq mmg xsuke sos pun... bila dia ngap... terus dia rasa pelik. Aku tengok dia jilat2 lips dia.. pastu, dia turun dari lap aku, dia ckp xnak. N dia minta susu botol. Alhamdulillah... lega aku. Xpayah letak cili, xpayah letak pahit2, xpayah siksa dia dgn benda yg bg aku akan efek dia lg teruk. Sos tomato ok la kan?
.
Lepas tu bila dia minta2 lagi, aku cakap je "eh.. kan afiQ cakap xsedap.. yek yek, xpayah la eh, dh xsedap" N dia ok tanpa banyak soal. Syukur sangat! Sekarang si Arissa pula asik melekat je... risau pula nk masuk kerja nanti. Hope dia xmcm afiQ sanggup tunggu aku balik kerja baru nak susu... so far.. Arissa ok.. sayang anak2 mama!
 
*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Wednesday, May 11, 2011

dah 2 bulan

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
korang nak tau, sekarang si kecik kat umah ni dah masuk 2 bulan.. Alhamdulillah so far dia sungguh behave and senang di jaga hehe. Almaklumlah, dah yang ke-3 kan... dah kenal nangis mcm mana nak berlari kelam kabut g terkam, nangis macammana nak wat donno saja! eheh, boleh ke?

Ni dah 2 bulan means dah tamatlah tempoh berpantang aku kan. Berpantang ni bagi aku mestila bab2 makan minum. Hat lain2 aku malas nak cite kat sini ahaks!

So cukup je 46hari aritu aku terus belasah makan almost apa saja yang ada depan mata. Tapi takut2 gak sbb aku mmg niat kali ni nak pantang betul2 konon. Oleh yang demikian aku tetap msg mak aku tanya apa leh makan apa takleh. Bukan apa, yang paling penting bila BF (breastfeed) baby, kena pk diorang juge la.. nanti kalau melantak durian sampai 2,3 biji mau si kecik meragam panas.

Tok (nenek) aku pesan; laksa, bihun, mee, sayur2 sejuk, bendi, terung, jambu batu jangan amek lagi. Alhamdulillah... aku ngikut je!

Ok, stop sini dulu, nanti aku sambung lagi ye.. si kecilku cak dah panggil!

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog