Monday, September 19, 2011

16 Sept - Farah Sufiyyah's 5th Birthday

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
16 September 2011 Birthday kakak yang ke-5. Dah besar anak aku tu, macam sekejap saja rasanya. Kami xdela buat party besar2 cuma on 15th tu kebetulan school kakak ada wat celebration Hari Raya dan birthday student yang lahir on Sept, maka kami decide untuk bagi goodie bags untuk all students. Ala2 knduri jugak la kan
 
 So malam tu bermulala sessi masukkan goodies yang di beli dalam beg..bukan main suke kakak. Mau taknye, kalau last year kitorang sediakan dalam 25 beg je, tapi kali ni 80 beg! Meriah gitu.

~ Kakak sebok tolong masukkan goodies dalam goodie bag~
~ada mamee, shoyumi, wafer & crackers~
~touch up sikit~
~80 pax~
Esoknya (15th Sept) aku g antar kat Tadika Alif Ceria tu. Tengok kakak hepi betul. Katanya petang tu ada clown datang siap wat belon kasi semua budak. N teacher kakak minta kakak sendiri passkan goodie bags tu pada kawan2 dia.

On 16th pula siangnya kami p open house kat umah Kakak 2 pupu aku kat Puchong.

Plan malamnya baru nak wat makan2 sikit celebrate birthday Kakak tu. Kecik2 je, Cik Ika (my SIL) sponsor kek, En Ahmad beli Big Apple Donut and aku goreng mihun. Jemput adik aku Acik Nadiah n husband dia Azly, Adik En Ahmad Ida and husband dia Hafiz, Adik bongsu aku Acu Sarah n Adik bongsu En Ahmad Ika. Layan gambar nak?
~ ice cream cake yang d sponsor oleh Cik Ika~
~AfiQ lagi sibuk dari Kakak nak potong kek bagai~
~belum apa2 afiQ dah 'rasa' dulu semua donut~


*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Wednesday, September 14, 2011

Farah Sufiyyah's 1st dentist visit

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links


salam .~
cite ni dh seminggu kat draft. Baru harini ada masa nak publish. Layan ye.
 
Since last week gigi Kakak sebelah bawah dah goyang. Semalam bila En Ahmad check time nak beruskan gigi Kakak, terperasan dah tumbuh gigi baru di belakang gigi yang goyang tu. 
 
Risau nanti 'muka cantik tapi gigi tak cantik', En Ahmad decide nak wat cara Mbah (arwah FIL) dulu - goyang2kan, then when the time is right.. amek benang, ikat dan cabut! Sakit sikit je katanya.. hehe.
 



 Tapi maybe 'when the time is right' tu belum sampai, maka benang je yang tertanggal tapi gigi tetap kat situ. Cuma Kakak dah rasa rentapan semangat ayah dia. Apa lagi... tahan2, nangis juge dia. Sakit katanya.
 
En Ahmad nak try lagi skali tapi Kakak dah xnak.. kesian Kakak. Last2 kitorang decide nak g dentist. Kakak ok je sbb dah baca buku 'Barney goes to the dentist', dia ok.


 
So terus petang tu juge En Ahmad call dentist yang biasa kami pergi. Aku la yang biasa.. since kami belum kawen lagi aku dah visit dentist ti kat Bandar Baru Bangi.
Appoinment pukul 8.15, tepat kami sampai. Sekejap je tunggu, Kakak masuk jumpa dentist. Sambil cakap2.. dentist tu letak ubat macam cream untuk kurangkan rasa sakit. Kakak memang tough n very good. 


 
Sekejap je in just a few second, gigi Kakak dah setel cabut. Lega!Dentist tu cakap gigi yang baru tumbuh tu lama2 akak gerak sendiri ke depan. Hopefully nanti ok dan cantik la kan..

 

Very Good Girl Farah Sufiyyah!

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Wednesday, September 7, 2011

wordless wednesday.. RAYA 2011!

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
salam .~


 

 
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami Sekeluarga, mohon Maaf Zahir dan Batin
 
*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Friday, August 26, 2011

the newcomer's photographer

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
 salam .~
Ni kerja Ahmad AfiQ la ni. Mentang2 hp touch screen, pandai je dia tekan2 tak dapat jumpa kamera.
 
p/s: sila jgn betulkan apa2 sbb ni hasil kerja amatur 2 tahun 8 bulan hehe.
 ~ kipas n lampu dlm bilik~
 
 ~hiasan kat ofis aku~
 
 ~bunga kat coffee table ofis aku~
 
 ~matahari terbenam kat Presint 2, Putrajaya~

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Saturday, August 20, 2011

Semangat nak raya kat opis

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links

salam .~
 Ni nak kongsi hasil kerja tangan aku n kawan2 opis selama 2 hari lepas.
  
Nak ikutkan belum siap lagi ni. Nak wat finishing kat curtain tu tmbah tingkap, wat frame tingkap n tambah awning sikit. boleh? N kitorg nk tambah juge menu kat dalam tu.
.
Next week siap aku update gambar seluruh opis eyh..

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Thursday, August 18, 2011

Baby Aicha Chapikah dan Sa-Syafii ^___^

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links

salam .~
 
Ngee belum sebulan kan aku tinggalkan blog ni berabuk. Sawang ada la sikit.. rajin juga aku jengok2 ni sebenarnya tapi takat sapu2, lap2 je la hehe.
Oh, Baby Aicha Chapikah tu Arissa Syafiqah la. Tu nama panggilan abang Ahmad AfiQ untuk adik kesayangan dia. Sayang betullah AfiQ kat Arissa.Sampai kalau terbangun tengah malam nak susu pun dia akan pergi cium pipi ke, tangan ke adik dia yang tengah tido. Sambil tunggu susu siap, dia akan hug Arissa yang bulat tu.
Ehh aku cerita Ahmad AfiQ dengan Arissa bukan bermakna kakak Farah Sufiyyah tak sayang princess small dia, sayanggg. Sa-Syafii tu pula nama panggilan kakak untuk Arissa. Pernah diorang berebut sorang tarik tangan sorang tarik kaki Arissa tu nak pegang. Kakak dah kuat pegang Arissa sekarang. Comel je dia pegang. Tapi nak angkat belum larat la. Si Arissa tu dah 6.5kg. Campur meronta dia mau jadi tunggang langgang kakak.
Arissa sekarang dah masuk 5 bulan. Berat tak naik sebab baru baik demam panas and taknak minum susu botol. Jenuh baby sitter dia bagi, tak maunya dia. So terpaksa bagi makan untuk alas perut siang hari sementara si mak ni nak ambil anak pukul 5.30 petang. Tapi siang je.. nak juge jaga perut Arissa taknak push dengan makanan sebab doc pun tak galakkan. Better tunggu 6 bulan juge, tapi apa nak buat kan? So malam kat rumah, Arissa minum susu saja ye..
Untuk akhiri entry kali ni, jom share nama2 panggilan untuk Arissa Syafiqah hehe.
* Baby Aicha Chapikah * Sa-Syafii * Arissa * Syafiqah * Aicha * Cha *

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!

 Hepinya harini 1st time in my life berjaya bersahur dengan masakan sendiri untuk suami bagi 1st day puasa! Ngee faham x? Maksudnya.. selama ni even dah 6 tahun kawen, 1st day puasa kami sekeluarga akan sambut kat umah mak ayah aku kat Kedah. Jadi selama ni mak la yang urus bab masak, makan masa sahur pertama kami.

Tapi tahun ni kami xbalik... sob sob. Jadi itu yang jadi 1st time tu. Hahaha adik aku cakap 'macam baru kawen saja' 1st time sambut puasa sama2 berdua laki bini. Ngee..

Aku masak simple je. Ayam masak sambal kicap panaskan, sayur kobis+carrot masak pagi ni dengan nasik. Air.. mango + nata de coco.

Ok.. ni aku nak share aku jumpa time google carik gambar ramadhan..

 Comel kan? Maksud jelas dan teranggg..
.
Anyway, again.. SELAMAT BERPUASA! 
p/s: sebok la kat opis harini dr pagi sampai petang dok bincang menu nak berbuka bagi kaum ibu2 ye!

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Friday, July 29, 2011

orang sebok tengok bola.. aku tengok apa?

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
haaa dah tau kan keputusan bola semalam? malas la nak cite kat sini sebabnya aku bukan tengok sangat pun. Tapi sempatla tengok both jaringan Malaysia dan Singapura tu.
Eh, nak tau apa yang aku sekeluarga buat? (lebih kepada aktiviti aku dan En Ahmad).. eh.. jangan salah sangka lah, aku nak kongsi cerita best ni.

 Aku tengok kat Astro Pelangi semalam. JOMBLO. Mula2 ingat cite hantu bila baca tajuk..mana taukan.. cite2 hantu Indon ni seramnya semacam je. Tapi bila tengok, boleh tahanla cite ni. Mengong, kelakar n ada point. By the way, it's just a love comedy story. Nak santai2 bolehla. lagipun ni movie, kalau sinetron malas la nak kena follow.
 .


Cite dia pasal 4 student lelaki yang punya pendapat masing2 pasal cinta. Selain tu ada di selit perangai lelaki, perempuan berkaitan cinta. Kelakar juga cite ni. Ada cowok ganteng dgn cewek cun!

Aku tak sure akan tayang lagi tak cite ni kat channel tu tapi banyak lagi cerita2 best Astro bagi tengok free kat channel Pelangi dan Bintang (CH141, 142).
 
*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday #01

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Monday, July 25, 2011

Merlin - I LOVE IT!

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
 Dulu masa cite ni tayang kat TV3 aku layan gitu2 je. Malas nak tengok cite magic purba ni. 
Tapi bila tengok kat channel DIVA.. macam menarik pula. Maybe sebab aku layan time weekend, dia wat marathon one after another, jadi tak perlu tunggu2 nak tengok episode lepas2 tu. N yang best, kat DIVA dia tayang weekdays tiap2 hari juga!
 
 
Tambah lak aku memang minat dengan LOTR.. jadi bila ada cerita pasal fellowships, knights of the round table, memang favourite lah! Tu yang tambah melekat terus dengan Merlin.

 Huhuhu xsabar tunggu season 4!
 
*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Saturday, July 23, 2011

ooo baru aku tau!..now i know!

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
dah lama tak layan blog, saru sebulan ni rasanya aku rajin2kan jari kelik balik thesomellomels ni.tapi itupun setakat buka then terus g klik link2 blog yang aku follow. Langsung takde selera nak type entry sendiri.
 
 
terperasan ramai blogger yang post tajuk entry 'wordless wednesday'. apa kebende aku pun dok tertanya. bila buka.. xde cerita, just gambar. tapi tak semua macam tu. ada juga yang cerita2 juge tapi sepatah dua kata je la pon.
 
as usual, aku akan tanya pokcik gugel sebab dia yang serba tau.
 
aku dapat ni dari about[dot]com :



Wordless Wednesday (WW) is a visual blogosphere phenomenon. Whereas blogs (web journals) are primarily about "words" bloggers love to dress their journal entries with imagery. WW is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words. However, there are no specific rules about WW posts so a few (and sometimes, many) words may accompany a photo or image that is the focus of a WW blog entry
 Clear kan? hmm tapi rasanya semua dah tau, aku je yang ketinggalan... huhuk. Tapi... kenapa Wednesday r? kenapa tak monday ke, tuesday ke.. hari2 lain la.. kenapa? pokcik tahu tak, pokcik?

Tapi yang kelakarnya aku dah terbuat entry WW tu semalam! ngee. Tu la.. lambat sangat la.


*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

Friday, July 22, 2011

entry tepek gambar

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam .~
 
semalam sebok sangat la cite2 pasal budak tiga beradik tu tapi tak pula aku tepek gambar kan? ngee. ok untuk tatapan semua yang melawat.
.
~farah sufiyyah, ahmad afiQ & arissa syafiQah~
~ @ cherating ~
~ the five of US ~
 







By the way.. semalam arissa (4 months old) dah rasmi meniarap! ops, sori gambar belum upload. tunggu ye...

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog