Thursday, July 29, 2010

kerm's craft 1st giveaway!

ng0meL by ummi 9 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Lama tak update blog. Harini sangat teruja nak join satu giveaway special dari Cik Kerm.  Ni 1st time tau Cik Kerm wat giveaway!


Dah lama aku follow blog Cik Kerm ni, sebenarnya. Dari Cik Kerm la aku banyak kenal craft dari Felt. Cik Kerm ni tak lokek elmu... Kalau merayau kat blog dia memang sangat rambang mata ok tengok hasil kerjatangan dia yang memang kreatif and kemas. Kalau u ols nak tau, aku pernah ode barang dari Cik Kerm ni. Sampai harini aku pakai and still cantik n kemas, ok. 

U ols tak payah susah nak design bagai nak cite kat dia apa yg u ols nak. Just bg sikit discription, tahula Cik Kerm buat bagi barang yang u ols ode tu cantek n menawan n lagi cantik dari yg u ols imagine, tau! 

Cik Kerm pandai wat keychain...


Pandai jahit pencil case..

Jahit jadi bantal pun pandai, oket..

Cuba tengok jahitan Cik Kerm.. kemas, kan?

Ha... ni pulak gambar Cik Kerm tengah rajin menjahit tempahan...
E, Cik Kerm.. dah melambung puji, jangan lupa pilih akak tau menang giveaway ni.. hehehe.  Semua gambar aku cilok dari Blog Cik Kerm. Dah mintak ijin dia dah.. hehehe.

Nak tau camno nak join n hadiah2 giveway Cik Kerm... jom KLIK SINI.


~jom klik sini~

Thursday, July 22, 2010

Kursus Bina Insan kat ILIM, Bangi Part I

ng0meL by ummi 6 lagi tambah ng0meL Links
salam Semua~

Last wiken aku g kursus. Sekarang ni  banyak kursus anjuran opis diorang wat time wiken. Maybe xnak ganggu time kerja, kan? Dah la kerja seminggu 5 hari je, g kursus pulak sampai 3 hari, bile nak settle kerja, tol tak kengkawan? Tu tak  kire cuti, mc, el... 
hahaha aku terbebel jap.


Orait2, ni nak share la experience yang aku dapat masa kursus tu. Last time aku g kursus ada explorace. Memang best bangat la kursus macam tu, xle boring dok terperap dengar leteran nasihat si penceramah. Bagi aku tu trend kursus dulu2. Macam gitu caranya... xde nya nak melekat sangat elmu kat memori otak tu. Esok balik kursus... sama je, kan? 
Oh, bebelan lagi.

Kursus ni nama dia Bina Insan. Buat kat ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia), Bangi. Nama kursus dengan nama tempat kursus seswai, kan? Mula2 aku nak g sangat sebab nak tambah lagi bilangan hari berkursus aku sbb syarat kakitangan gomen nakkan 7 hari setahun n aku belum cukup hari lagi. Memandangkan pula tempat kursus ala-ala sekangkang kera je dari rumah, maka aku sangat berminat nak join. Even ada aktiviti malam dan pagi buta, aku xde problem nak ulang-alik balik umah sebab dokek yo.. 
oh, aku ulang alik sebab 
Mr AfiQ son kan nak berkepit je ngan aku 
time tido dia.

Kat sana ada ceramah, games, aktiviti n tayangan video. Selama kursus 3 hari 2 malam tu ceramah 1 je, banyak games selit2, group aktivities and also tayangan video and semuanya based on islamis concept, ketuhanan, kenal diri dari sudut agama.

Yang aku suke, mula2 kitorang didengarkan dengan lagu tema yg akan kami nyanyi n gayakan sepanjang kursus berlangsung. Aku rasa mostly peserta kursus juga enjoy and suke dengan lagu tu. Lagu Demi Matahari dari Snada. Catchy and mendalam lagu tu. Bila aku search, rupanya banyak kursus-kursus motivasi islamic guna lagu tu. Kat sini aku share ngan korang eyh..

And boleh juge layan video. Tapi ni bukan video kursus aku tu. Yang ni aku upload dari u-tube and kalau korang perasan aku ada mention 'gayakan' lagu ni tadi... jom layan gerakan diorang, ok!



Oklah korang layan dulu lagu tu.. nanti kita jumpa kat Part II dengan story n gambar2 game yang kitorang kena wat time kursus, ok.


~jom klik sini~

Aktiviti baru Princess Farah Sufiyyah

ng0meL by ummi 8 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~

My Princess Farah Sufiyyah dah makin besar. Alhamdulillah, walaupun minat sangat dengan Ultraman dan Ryukendo.. tapi jiwa gurly dia masih tebal.. hehe.

Jom tengok apa yang menyebabkan aku kata macam tu.. (:

~website free games 4 girls~

~cinderella's games~

~hair saloon game~

~cake making games~

Banyak gile game untuk girl kat sini. Hahaha mama dia pulak yg rambang mata. So far banyak juge yg Kakak boleh main sbb cara dia very simple; drag n drop je. Bagus juge untuk latihan jari2 Kakak guna touch pad laptop ni kan.

Ops, untuk anak lelaki? why don't u guys or mak2 semua kat luar sana tanya pokcik google. Taip je 'games for boys'... tahula pokcik tu nak listkan apa hehe.


p/s: jangan sampai terabai kerja lain sudah...


~jom klik sini~

Tuesday, July 20, 2010

Kerja...

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam semua~ 

Berjaga dari pukul 5.00 pagi tadi.  Ingat nak settlekan kerja yang bawak balik petang semalam time malam. Tapi faham-fahamla aku ni mak kepada dua kanak-kanak comel yang sentiasa nakkan perhatian.. hehe. So tu yang terpaksa bangun awal tu.


Oh, terpaksa bawa balik sebab semalam En Ahmad xdapat balik awal nak amek budak2, jadi tugas aku la kena ambil diorang kan. Kerja tu pulak memang nak urgent pagi ni, bos nak tengok before bawa ke bos paling besar nak tengok pulak.  Jadi sebab tak sempat nak siapkan petang kat opis, aku bawa balik umah le.

Tapi seriously aku xtengok pun tadi. Pening dowh... semalam dah check berkali2 kali jugak sebenarnya. Kerja ni bos aku minta tolong check kan. Nak check bukan senang sebenarnya. Apa yang aku boleh buat, checkkan formula kat excel je la. Amaun semua aku hope colleague aku dah buat dengan betul. Kalau nak betul2 jugak, memang ambik masa sikit la. Tapi bos aku cakap kita dah xde masa... hadoi...

Ok... dah nak kena siap ke opis. Sambung kat opis la ye kerja-kerja tu. (:

p/s: benda dh siap, cuma tinggal nak double check je..


~jom klik sini~

Wednesday, July 14, 2010

Aktiviti kat Floria Putrajaya 2010

ng0meL by ummi 6 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Semalam aku post pasal Floria kan? Harini nak lagi ummmph!, aku nak share aktiviti kitorang kat sana. Aku n family dah pergi tapi memang tak larat nak round semua.  Maklumlah, kitorang pegi tu time matahari tegak atas kepala.. jadi nak jalan2 tu kureng sikit la. Cuma kitorang sempat melepak kat 'Laman Seni'. Tu pun dari pukul 12 tghari sampai pukul 5  petang kitorang kat situ! Berbaloi... nak tahu kenapa?  

Kat sana, selain ada garden bazaar (tempat jual2 barang kraf), ada bengkel art  untuk sesapa saja yang nak berseni secara percuma! Ada bengkel canting batik, bengkel lukisan cat air, bengkel lukisan warna pensil, bengkel buat keychain dari tempurung kelapa n bengkel buat wau (layang-layang). Semua bahan disediakan n kita cuma perlu duduk n layan je. Maybe dengar macam memboringkan, tapi seriously memang berbaloi sebab selain kita boleh try test samaada kita ni berbakat ke tak (n bakat tidak diperlukan, ok.. cuma minat saja yang penting), kat situ akan ada professional dari galeri seni kebangsaan untuk tunjukkan cara (kalau nak la, tiada paksaan). 

Kalau tak percaya, jom layan gambar dulu eyh.

 ~seriously Kakak tak pandai melukis apalagi mewarna pakai water colour ni. This is her 1st time!~

~tapi Kakak minat n dia enjoy buat sendiri. Tengokla hasilnya!~

 ~ini pula bengkel lukisan pakai pensil warna. Teknik diajar oleh King of Colour Pencil - UNEH
Hehe mak ngan anak join dalam kelas yang sama, ok kan?~

~tadaaaa... hasilnya!~

p/s: Ingat nanti nak wat canting batik pulak. Hehehe...

~jom klik sini~

Putrajaya Flower & Garden Festival 2010

ng0meL by ummi 6 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Lama tak bersiaran. Eceh. Nak promote soh datang Putrajaya ni. I understand ramai gengblogger datang untuk gathering last Saturday, kan?  And maybe ramai gak yang perasan 1 event ni, kan? kan?



Date: 10th - 18th July 2010


Venue:
Waterfront, Precinct 2,
Putrajaya

~tolong kelik untuk besarkan gambar, ok~

Theme: Tropical Splendour

  • Floria Showcase Gardens
  • Special Heliconia Garden
  • International Garden
  • Corporate Gardens
  • School and University Show Gardens
  • NGO's Gardens
  • Floral Pavilion
  • Garden Bazaar
  • Art & Cultural Show
Opening Hours:
9am – 10pm
(Monday-Thursday)

9am – 12midnight
(Friday-Sunday)
~tepek sikit gambar aku ngan Kakak~

Untuk maklumat lanjut, visit: www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floria.html.



~jom klik sini~

Thursday, July 8, 2010

berita sedih.

ng0meL by ummi 6 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Week ni I agak busy. Nak update 1 entry 1 hari pun xsempat. Tapi I trykan la eh semana yang mampu. Weee~
 
 As the whole world know that the result dah obvious... 
Germany kalah dengan Espaniola Por Favor 0-1.  

Hahaha aku xtengok pun match tu even En Ahmad dah kejut2 pukul 2.20pg tadi ajak tengok bola. Tak larat dowh, aku sangat banyak keje kat opis, jadi tenaga d opis harus aku jaga esok. Kalau tak mau hari-hari aku balik lambat sebab nak siapkan kerja, kan. Mana lagi nak layan ngantuk sebab berjaga nak tengok bola. Ni aku bangun kol 5 untuk sahur sok nak puasa pun dah kira ok la kan... sempat update status kat FB hehe. Sempat juga nak update blog.

 
Next match utk 3rd place WC 2010~
Tapi aku akan layan juge next match kot nak tengok germany dapat tak 3rd place. Bagi la support sikit kan. Lagipun weekend.. Leh la layan eyh hehe.
So untuk penyokong Spain, tahniah n good luck nanti. Team baju oren tu pun nampak boleh tahan juge nak rangkul bola emas tu, weih! [arghhh aku xtau nk ending entry ni camno. Tiba2 otak beku hehe] So, jumpa weekend ni, ok!

 

~jom klik sini~

Tuesday, July 6, 2010

yummy!

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 


Tiba-tiba tekak terasa nak makan coklat pulak. Ni sebab tengok 1 bar besar coklat cadbury atas meja dalam bilik boss la ni. Tak offer pun, tapi letak kasi semua orang nampak. :( Kan orang dah cakap-cakap.. huhuk.

So untuk melayan nafsu tekak, I mintak tolong pokcik baik hati I. Tapi tu lah, dia leh share pics je la kat sini, ye.

Coklat bentuk ketapi~

 Rumah coklat~

 Pergh! I pod pun dari coklat. siap ear-phone!~

untuk yang bercinta~

haha sape la niat nak letak kat kek bestday dia!~

 O'ooo. sila cuci mata sekarang~

Owh, baru teringat dalam ice-box (peti ais - ni bahasa family En Ahmad) ada lagi separuh bar kot... yummy! leh layan tekak betol2! Jom makan coklat!
.: kredit pics utk pokcik google n worth1000.

~jom klik sini~

Friday, July 2, 2010

special followers award

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

To all my followers
hehe
maaf la aku xde award nak kasi u all pun
tapi aku really appreciate
segala perit jerih korang datang melawat blog aku, 
baca entry aku,
apatah lagi bagi komen.
Cuma kali ni nak share
nak bgtau, 
aku dapat award
dari insan yang rajin
dan baik hati
bagi award kat aku
as dia punya follower
kalau u all pun nak
kelik kat award tu nanti
and g la follow Eunzi
kot-kot la mana nak p tau
someday bila follower dia cecah 200 orang
dia akan bagi award lagi kat kita
hehehe
ni awardnya.
kiut kan?
rajin dia create award special untuk followers dia.
again.
thanx a lot Eunzi...
semoga terus success dalam dunia blogging!


~jom klik sini~

Thursday, July 1, 2010

tutorial check berat blog.

ng0meL by ummi 5 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Aku dapat komen cakap blog aku berat. Sob sob. 

Ye ke? Bukak kat opis memang la cam siput sikit, tapi ada time cam kure2 pulak. Nak harapkan macam arnab  sang kancil kena balik umah bukak streamyx la. Haa berokband yang korang cite2 tu, aku xpenah guna lagi. Ramai kata cellow pakai berok tu. hehe.

So, aku pun dengan rajinnya checkla.. Xsyiok lak kalau org ckp berat, kan. Kang malas tunggu, diorang blah pulak. Habis traffik I hehe.

Eh, nak wat tutorial tapi leh bebel. Ok2, kalau korang nak check berat ke tak blog korang tu, boleh KLIK SINI untuk check. Senang je.

~haha. jangan lak tak isi korang punya URL kat situ. Then balik klik Check!~

Jom tengok aku punya berapa.


Aiseh. Okla tu kan. Orang cakap, Kalau lebih 200KB tu yang berat. Aku takat 100 lebih sikit je pun. Jom la check korang punya pulak. penting woooo.


~jom klik sini~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog