Wednesday, June 30, 2010

[entry riak] award ni aku sorang je yang punya

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Tengok ni.. tengok ni... aku follower ke 100 blog MUNIRAH a.k.a MOON!

 
Saja aku bagitau dia kat shotbox dia hehe. Sekali pagi Isnin buka blog, tengok dia pula jerit kat shoubox aku untuk amek award. Award lagi? Haaa tapi sebenarnya award ni lain dari lain.. memang senyum lebar aku and terharu jugak la kan bila dia cakap memang special untuk aku sorang je. Ok, nak ke tengok rupa awardnya? Tadaaaaaaa...

 Somel kan?

U all mesti nak tahu kan kenapa aku suke nak follow blog dia? Sebab blog dia memang somel. Kiut2 gitu. Simple dengan background kaler putih, header family kartun ceria n colourful and also ada tapak kaki kucing yang colourful as frame blog tu.

 
Memang somel! And bukan tu je, ok. So far aku tengok isi post dia pun everage ok, xde la yang syok sendiri..  yang best; paling best.. siap ada special post untuk aku, ok! her 100th follower!

pendek kata memang worth di follow! sila kelik gambar2 untuk jadi follower ke blog moon!


~jom klik sini~

Tuesday, June 29, 2010

episod kerja oh kerja sudah bermula

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers

Quick update.

Aku tengah busy [tapi sempat update blog heh]. Sekarang dah pukul 6.30 petang still kat opis. Dah siap 1st step, rehat jap. Ada lagi 3 step baru nak selesai kerja and goyang kaki [apakah?]


Baru siap page 6, semua ada 17 page nak settel.


Ok, sambung kerja. Dah kat pukul 7 huhuk.

p/s: malam ni nak tengok Spain lawan Portugal! agak2 sape menang eyh?

~jom klik sini~

durian oh! durian

ng0meL by ummi 10 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 


Saja nak bagitau korang, sempena musim durian yang makin meriah kat Malaysia sekarang ni.. aku dengan rasminya telah makan 5 ulas durian! Sedap wooo. Sangat teringin nak g amek lagi kat dapor tu tapi takut pulak afiQ panas. Tu pun En Ahmad beli sikit je. Huhuk.

Aku makan, afiQ yang panas? Yelah... aku kan masih BF dia even dah tak fully. afiQ ni apa yang aku makan selalunya akan efek kat dia. Contoh kalau aku makan pedas sangat, nanti dia yang akan sakit perut and cir bir. Kesian kan? Kalau aku makan food yang 'berangin' macam nangka ke.. nanti dia akan kembung perut. Sian... dah la kecik lagi. Pasal aku, dia pun dapat susah.

Aku? Aku ok je pulak. Nape eyh? Ada sapa2 leh tlg jawab? Ni nak g dapor lagi ni hehe. Benda ada xleh nak tahan la...


~jom klik sini~

Monday, June 28, 2010

FIFA #Worldcup 2010: Aku sokong Germany!

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~


Topik basi ke? Tak.. kan? Sebab German confirm pegi suku akhir FIFA WorldCup 2010 semalam bila dah menang 4-1 dengan England. Wallah! Jom tengok jom German punya peformance sampai semalam.


 4-4-4! Germany's lucky number- 2 kali score 4 gol, and This 2010 will be their 4th World CUP!


Intai barisan player pilihan aku ni. 


 Aku wat entry ni sebab nak join kontest anjuran bro Denaihati. Nak ikutkan kontest ni dah tutup tapi bro ni memang baik hati la nak bagi aku menang.. jadi dilanjutkan sampai malam ni hehe kan dah cakap, sedang elok je untuk aku join, tol tak, bro? 

Uish, kan bagus kalau 2-2 memang, aku menang teka kontest ni, Germany menang WC! Setuju??
 

~jom klik sini~

i am a nice blogger and i have prove!

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Tajuk entry kita pada hari ini agak meninggi diri sikit ok, tapi tu la hakikatnya. I have prove and I'll prove it to u, oraittt!! So, camno nak prove? Hehehe of coursela dengan tanya orang lain kan? Kalau sendiri nak bagi statement macam tu, nanti dikata masuk lif tekan sendiri walaupun hakikatnya itu dah jadi lumrah. Bukan senang orang nak puji-puji U, baik sendiri mengaku kelebihan yang ada pada diri sendiri, tol tak?

Aiseh.. panjang intro hehe. Ni hah, dapat award lagi.. yela, award kan satu pengiktirafan yang boleh dijadikan prove untuk statement aku kat atas tadi tu kan. And.. award kali ni datangnya dari Dawy
Tenkiu dawy, even kenal u baru sebentar cuma and hanya dalam alam maya ni (ecewahhh) tapi I tau U pandai judge I kan? kan? Sila angguk kepala.  
 

Aiseh, ada soklan neh. Ala2 menang award kat Anugerah Blogger and diterjah dibelakang stage pulak! Adoyai perasannn.  Layan je la eh.

 1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ? 
sejuk bangetttt pagi ni! Hujan lebat!

2. Apakah nama samaran anda ? 
nama samaran? kat luar xde, kat dlm blog Sis Somel or Sis Shuhada (samaran ke tu)

3. Berikan tiga orang yang anda sayang .
En Ahmad, my beautiful princess Ultraman Farah Sufiyyah and my ensyem hero Ahmad afiQ

4. Panggilan untuk si dia .
si dia? En Ahmad i panggil ayah n sayang

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa .
sorang lagi baby girl! hahaha boleh ke minta.

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
hehe blog yang i suke lawat of coursela yang ada dlm bloglist i 
tapi ada banyak lagi blog yang i suke lawat, sebenarnya
i paling suke yang ada tutorial, tips and entry dia best!

7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda .



~jom klik sini~

Follower aku dari German?

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Ahad. Tengok follower aku bertambah lagi. Alhamdulillah. Harap U all follow becoz blog ni memang worth it to follow la eyh. So far aku xde niat lagi nak paksa-paksa orang follow blog picisan wahhh ayat! neh.

Ok, yang nak ditonjolkan kat sini ialah follower aku yang ke-245 ni. Tengok muka sikit...


Lain dari lain je ni. Manala tahu kot-kot sapa tepek muka pemain bola sepak German ke.. hehehe... So, aku nak siasat sikit lah.


Haaaa.. kan dah syak lain dari yang lain? Jom tanya POKCIK GOOGLE. Kot-kot dia kenai?


Uncle Frank! Wahhh bajet uncle gitu. After godek2 guna  Google , confirm web ni dari German! Wahhhh tak kisah la dari mana datangnya visitor or follower blog ni janji niatnya baik. Betol?

p/s: web ni untuk kucing uncle Frank tu nama dia Gugi. Comel kucing to. Mawww! hehe



~jom klik sini~

Sunday, June 27, 2010

Aku kejang perut dengan lawak diorang neh. Jom la layan sama..

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam Ols~


Salam pagi ahad. Takmo jalan-jalan eyh? Takde plan apa2 nak kuar umah eyh? Haaa patut baca entry  aku ni, ok! Here we go!

Sebenarnya... sesak dada aku xabis lagi ni. Nak buang air dari tadi aku tahan sebab nak stayyyy je kat depan laptop. Mula-mula ingat pagi ni bangun awal dari afiQ leh nak blogwalking, tapi dah tersangkut pula kat sini. Uish, bukan layan Sinetron lagi.. ini lagi best dari sinetron, ok! Serious! Korang tau nape? Ni ha, meh aku cite...

Korang nak join sekaki tak? Ni aku upload sikit la.. yang penting korang tengok la sampai habis... gerenti melekat punya!









ok2 dah2. nak tengok lagi dan lagi dan lagi.. sila g kat youtube, search je spontan. melambak korang leh layan kat sana eyh. Sekian.



~jom klik sini~

Saturday, June 26, 2010

a.w.a.r.d

ng0meL by ummi 8 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Entry pendek. En Ahmad ada kerja penting nak pakai laptop dia balik huhuk. Laptop aku dah touchpad takleh pakai, baru2 ni mouse pulak dak xde rupa mouse dikerjakan dek afiQ son tu. haduhs.

Ok2, ni aku dapat award dari LYZ. Tenkiu2 bagi award somel ni kat akak ye, dik. Leh tepek tunjuk orang ramai hehe.


Soklan: What do you feel to know that you get this award?
hepi la apa lagi, kan? A+ BLOG tu! weeeee~
~jom klik sini~

Friday, June 25, 2010

rindu makkkk!

ng0meL by ummi 12 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Harini bangun pukul 5 pagi. En Ahmad kejut solat isyak hehehe. Kebetulan afiQ pun terjaga nak susu, after BF dia and topup dengan susu Dugro 1 botol, dia behave and sambung tido. Lepas solat, tengok baju belum iron. Haduh… ni yang aku lemah sebenarnya ni tapi dah tanggungjawab. Sambil tu buka laptop, ngadap. Sedar-sedar dah setengah jam dah ngadap laptop hehehe tapi baju belum beriron! Ok2, layan iron dulu. Tapi sambil-sambil tu datang pula idea nak wat post entry. Sambil-sambil la eyyyy… 


Bila la nak siap iron eh? Tu la, kalau kita minat something tu, sambil lewa je wat kan? Tapi kalau yang minat… nak ngadap sampai lupa benda lain pulak! Sighs… not good!

Owh, apa aku nak cite sebenarnya? Hmmm teringat mak la time ni. Biasala… pagi2 dulu mak jenuh kejut bangun pagi nak Subuh kan. Sekarang… dah jadi mak, jadi isteri, turn kita pulak kejut isi rumah lain Subuh, tol tak? Hmmm…


Then bila terpandang si afiQ golek2 atas katil (risau dia terjaga, habisla aku xsiap iron lagi!), rasa hepi je. Aku ni sebenarnya ada masalah dengan anak-anak aku ni. Hah? Masalah??!!!… 

Bukan masalah apa lah… masalah aku ni hah, xboleh nak tinggal anak-anak. Kalau boleh pergi mana, buat apa nak je berkepit ngan diorang. Nak bawa diorang buat or pergi mana aku pergi. Tu yang rasa cam nak je berenti kerja and jaga diorang sendiri. Tapi keadaan tak boleh nak izinkan lagi. Banyak nak fikir sebelum nak berenti kerja tu huhuk. So, berangan je la dulu kan?

Tapi tu la, bila teringat mak, tengok anak-anak tiba-tiba terfikir pulak, ‘agaknya sebab tu la kot mak kerja cekgu, eyh’. Hehehe memang la nak ikutkan mak kerja cekgu sebab zaman mak dulu kerja gomen tu yang senang nak dapat. And yang penting kerja gomen time tu sangat menjamin hidup la kan. Tengok sekarang, mak tak susah hidup sebab ada duit pencen, Alhamdulillah.
Berbalik pada cerita mak kerja cekgu dengan anak-anak ni, aku teringat kenangan zaman dolu-dolu pun sebenarnya. Hehehe agaknya mak dulu pun macam aku, sayang anak-anak and tak boleh nak tinggalkan. Tu yang jagi cekgu. Sekolah sama; pergi balik dengan mak, makan tengahari ngan mak, dalam kelas pun mak jadi cekgu. Yang paling best, rombongan sekolah je mesti mak join and bawak kitorang adik-beradik. Sambil jalan-jalan, jimat belanja, leh luangkan masa ngan family, tol tak?

Hmmmm rugi tak jadi cekgu dulu, kan? Rinduuuu mak!



~jom klik sini~

Thursday, June 24, 2010

BESTEST BLOG AWARD

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~
1st of all.. ada ke word 'BESTEST'? Ni kalau dengan cekgu English kat Astro TViQ tu mau tiba2 dia muncul kat monitor pc ni sound.
Tapi dah memandangkan hakikatnya aku blog aku dah diberi award 'BESTEST BLOG' oleh Princess Kelly Liu Eun Zi si peminat Purple and Pink, maka aku terima je seadanya. Tenkiu3 dear Eunzi!


And ingat terima award tu amek gitu-gitu je ke? Kena layan soklan dulu ok.
~ Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni:
 

Bagaimana lagi nak SIS puji u aa. 
U Muka manyak comei macam itu awek2 Korea yang pande cakap Melayu.
Ni U dah bagi ini award pada SIS, U lagiiiiii bertambah comei! hik hik.
Tenkiu, dear!
 



~ Sila beri award kepada 10 blogger yang lain
10 blogger yang blog dia best? kena carik dulu ni.
Nantikan announcement kat Shoutbox memasing, ok!

~ Anda mesti memberitahu kepada 10 blogger ni
Nanti SIS bgtau la ye. 
Don't wori, yang layak seharusnya dapat, ok!

~ Bagaimana anda boleh digelar blog yang best n great
uiks. Blog yang best dan great or blogger yang best n great? 
Ke... dua-dua?
Blog: biasa je tapi kalau Eunzi nampak best, I accept je. keh3
Blogger: hahaha... tak tau.

~jom klik sini~

NisaChoc Giveaway

ng0meL by ummi 6 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Kazen aku rajin join GA. Aku pun nak join sbb hadiah dia yummy!
Love Box - Praline Chocolate with filling ( 8 cavities)
Kalau you all nak tau, Praline ni ialah any benda manis (sweets) yang ada kacang (nuts) dan manisan (sugar syrup). 
So can u all imagine rupa dan rasanya? Dah kalau ada chocolate yang dalam dia ada kacang, disira pula dengan sugar syrup.... hmmmm.. yummy! 
sila angkat tangan sapa yang dah tertelan air liur!


Aik? takkan telan air liur je kot? jom layan GA. Sapa dapat kongsi ngan I, ok! heheh.
This giveway will be end on 8th July 2010
Klik SINI untuk ke GA NISA


~jom klik sini~

Wednesday, June 23, 2010

20 things about Sis Shuhada

ng0meL by ummi 19 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~


Entry layan TAG lagi. Kita berselang-seli la eyh entry cite2 perah otak dengan entry TAG mengeTAG ni. 

Kali ni di TAG oleh Nabilah pula.

1.    Sometimes BW pakai nama Sis Somel – bawa nama blog hehe.

2.    Start blogging since 2008 dengan friendster blog then baru join blogspot.

3.    Tak suke words tapi love numbers. Cuma dalam blog, layan je.
4.    Nak tambah berat badan, tapi malas nak makan.
5.    Suke benda yang fancy-fancy dan kiut-kiut dan somel-somel
6.    Kakak yang sulong tapi sampai sekarang even dah ada anak 2 tapi still bergantung pada adik-adik *bajet anak manje la ni
7.    Bila marah tau nak lari n nangis je
8.    Bila hujan, mula teringat mak, ayah, teringat yang sedih-sedih, nak nangis
9.    Suke gile lagu Nubhan – Ada Untukmu. Rasa macam berhantu je bila dengar.
10.    Dulu sangat suke gigit kuku tapi since kena tegur dengan sorang abang yang rupanya hari-hari dok tengok gelagat ‘tak somel’ tu, terus stop immediately.
11.    Teringin nak kerintingkan rambut tapi xberani takut burok.
12.    Dulu minat Liverpool sebab ada Steve Mcmanaman and sanggup belanja banyak beli magazine bola yang dijual dalam pound!
13.    Fobia dengan tempat/keadaan tertutup. Rasa macam nafas xcukup je.
14.    Tak suke lipas!!!
15.    Tak boleh tengok / dengar cerita hantu, nanti malam mesti susah nak tido.
16.    I’m saggitarian yang monkey yang fire – sangat kuat jeoluos!
17.    Sangat nak berenti kerja dan buka bisnes sendiri cuma keadaan masih tak izinkan
18.    Masa sekolah rendah kawan-kawan panggil ‘ketua lanun!’- ntah kenapa
19.    Sampai sekarang tak pandai iron baju huhuhuhu
20.    Bila bangun susah nak duduk, bila duduk malas nak bangun.

Oraittt, siappp! Penat wooo nak pikkir 20 perkara. And lagi penat nak TAG lagi 20 orang! Hmmm… list2 kat bawah ni *tak sampai 20 ok, xlarat dowh! yang I dah bgtau kat shoutbox, sila selesaikan tugasan, ok. Pis!





~jom klik sini~

Tuesday, June 22, 2010

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Balik lambat sikit arini, saja nak jogging blogjog.. hehe.

Biasala jogging blogjog leh cuci mata kan.. 
dah penat seharian ngadap PC dengan kerja yang xpernah habis.


Sekali sekala cuci mata tengok benda cantik, maniss, somel, banyak juga manfaat, kan?
 So banyak la blog-blog santekk, somell n maniss yang aku terjah petang ni...

  
Somel-somel belaka sampai terasa cam nak tambah something kat blog sendiri ngeh3...
And taraaaa...


perasan tak? yang aku bulat2kan merah tu...
ada divider!
cuba tengok kiri kanan...
matching tak?




~jom klik sini~

when we close to the nature

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
salam Readers~ 

Coti weekend, aku pun coti blogging la. Kat umah sekarang dah xsempat nak layan blog sangat dah. Kalau dulu paksa diri juge bangun tengah malam or bangun awal pagi layan blog, tapi sekarang ni sangat tak sempat dengan keletah afiQ yang buat aku penattt sangat n masa tido sangat penting untuk tidak dibazirkan begitu saja.

Ni nak update blog pun kena rushing je. Tapi harap tetap bermutu tinggi dan berkeunggulan macam biasa juge la eyh.
~pic someL dr Pokcik Guugle someL~

Jumaat aritu bawa budak berdua tu amek angin pagi (huhuk sekarang afiQ dah selsema.. running nose...). Yelah... pagi-pagi kan udara segar je.. kaler hijau pokok pun fresh je tengok, tak kira cuaca yang dingin je kan... ada chance.. bawa je diorang santai. Jom layan apa diorang buat kat luar umah tu.

~jumpe kucing~

 ~afiQ tunjuk berani~

~hehehe... "maoooo" afiQ panggil~

 ~kakak sayang cat... asik tanya "mana mama cat, mama ayah cat, cat tu nak g mana, kesian cat, cat lapar ke...bla bla bla"~

~jom klik sini~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog