Tuesday, April 27, 2010

high heels vs ultraman

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
.salam.


Memang perempuan tak boleh lari eyy dari high heels? Apa polak kaitannya dengan Ultraman? Ultraman pakai high heels?


Si Kakak ni.. semenjak dua menjak ni asik nak high heels je. Risau jugak especially dia masih kecik, tak nak biasakan dengan high heels ni. Tapi rasanya biasala kan girl baya Kakak memang akan suke dengan high heels ni. Agaknya diorang nampak woman with high heels ni cantik sangat kot? Hehehe. Tu yang sebok je nak high heeels. Zaman aku kecik-kecik dulu harapkan terai (try) mak punye la, nak mintak pun tak berani. Tapi anak sekarang.. apa je berkenan, sebut je. Itu tak kire berapa jam nak tunggu dia try semua high heels yang jual kat Jusco semalam. Seb baik xde saiz.. Risau aku tengok.

*cantik pula si Suri Cruise ni pakai high heels, kan?*

Walaupun hati nak sangat high heels, tapi kat mulut lagi banyak sebut Ultraman. Sebelum ni dia tahu Ultraman Max, Cosmos, The Next, Dyna je. Bila aku tunjukkan cd Ultraman Taro and Ultraman Seven.. kegilaan dia pada Ultraman menjadi-jadi. Tak sabar nak balik umah nak aku search those Ultramans kat you-tube!

*Percayalah kalau dia tengok gambar ni... alamat tido tak lena, mandi tak basah la dia!*

Haduh.. Kakak...Kakak...
(◕‿◕)
~me think, me write~

Monday, April 26, 2010

magic!

ng0meL by ummi 3 lagi tambah ng0meL Links
.salam.


 Nak dengar cerita magik tak?
.
.
.
.
.
.
.
.
 Ada satu malam tu si anak tengah main-main dengan earphone handset si emak. Si anak tahu bahawa earphone tu gunanya untuk mendengar muzik / lagu bila dipasang ke telinga lalu meminta si ayah untuk memasangkan earphone tu ke telinganya.

Sesudah bosan dan ingin tido, si ayah meminta untuk tanggalkan earphone tadi dari telinga si anak. Sesudah ditanggalkan, tiba-tiba si anak bersuara dengan penuh kagum:


Anak: Ayah, earphone ni magic la!
Ayah: Apa yang magic?
Anak: Earphone ni la. Bila tanggal, terus takde lagu! Magic kan?
.
.
.
.

Apa yang anak-anak faham tentang magic?
Benda yang ada.. tiba-tiba tiada.
Magic kan?


(◕‿◕)
~me think, me write~

Sunday, April 25, 2010

tutorial Nuffnang

ng0meL by ummi 14 lagi tambah ng0meL Links
.salam.

Dah lama tak wat tutorial. Ramai yang dah master, tapi ramai juge yang masih blur2. Jadi time tengah free ni, jom layan tutorial Nuffnang ye.
  
~What is Nuffnang 
Nuffnang ni adalah iklan berbayar dalam web yang banyak mengiklankan produk² antarabangsa daripada syarikat-syarikat besar macam Mas, Citibank, AirAsia, HP, Nokia dan banyak lagi lah. NUFFNANG menganjurkan kepada blogger untuk sama mengiklankan produk² pengiklanan mereka, dan letak kat dalam blog untuk dapatkan earnings. Earnings = money dari iklan ni based on Cost-Per-Unique-Visitor dan Cost-Per-Click (CPC). Nuffnang akan bayar kepada blogger mengikut klik dan kunjungan pelawat ke blog dan bayarannya bergantung pada CPC yang mana untuk ahli exclusive  (Gliteratti) akan mendapat RM0.25sen untuk per click dan RM0.15 untuk non-exclusive. Tapi jangan risau, kalo xde orang click pun still akan dapat tapi akan di kira dalam Cost-Per-Mille (CPM) iaitu traffic (kunjungan) yang masuk ke blog kita. Kalau nak tau lanjut, haruss la baca kat NUFFNANG ye.

 ~Register Nuffnang

1) mula-mula, mesti la register kat NUFFNANG dulu
2) then isi segala bagai details and follow apa syarat2nya. *Make sure semuanya isi betul-betul sebab this is a serious business, ok
3) then klik Blog Manager untuk isikan maklumat blog korang. *Disyorkan kalau ada 12juta blog pun, sila isi untuk tambah tabungan juge, ok.
*haruss klik utk view lagi jelas*
 4) Pastu Nuffnang akan minta korang buat satu survey. *Ni untuk sahkan korang serious nak letak iklan kat blog korang.

~Cara Masukkan Iklan Dalam Blog

1) klik +Ads macam kat gambar di bawah ni

*haruss klik utk view lagi jelas*
2) dekat page tu dah ada tutorial camne nak masukkan iklan tu. Ada 3 cara/tempat nak letak iklan. Boleh klik jenis blog korang *eg.Blogger utk ke tutorial. Ikut je step, easy peasy.


A: LEADERBOARD; To put on header - 
~ Ni letaknya kat atas skali sebelum header korang.
~ mula-mula, Tekan Ctrl+F dan taip kod ni <body>. Copy code iklan tadi, paste kat tempat macam kat bawah ni. Preview. *Kalau ada ads by Nuffnang tu dah kira ok even ada kotak tulis error.



*haruss klik utk view lagi jelas*
 B: LARGE RECTANGLE; To put between contents -
~ Yang ni letaknya antara post korang
~ langkah paling penting untuk pasang code ni ialah tick pada "Expand Widget Templates". *Kalau tak tick, memang xjumpa code yang perlu korang cari macam kat bawah ni. Then, copy code kat bawah ni, tekan Ctrl+F dan paste. *Kalau merah, delete sikit sampai jumpa code
<b:if>
<b:include data='post' name='post'/>
<b:if conc=data='data:blog.pageType=="item"'>
<b:include data='post' name='comments'/>
<b:if>

~ then, paste code Nuffnang 'To put between contents' kat bawah code ni. Macam kat atas, sila preview then Save Template.

 
 *haruss klik utk view lagi jelas*

C: SKYSCRAPER; To put on sidebar -  
~ Ni letaknya kat sebelah tepi (sidebar)
~ yang ni senang je. Letak macam nak add gadjet kat sidebar. Pergi kat Dashboard-Layout-Page Elements, klik Add a Gadjet dan pilih HTML/Javascript. Then copy code "To put on sidebar" dan paste dalam gadjet yang korang ambil tadi. Save!
 
 


Ok, settled ketiga-tiga coding. Better letak tiga-tiga sebab kita tak tau iklan akan keluar di tempat mana. Juga penting untuk dapatkan status exclusive atau Gliteratti tadi dengan tidak menepek iklan-iklan dari company lain selain Nuffnang sendiri atau Google Adsense.

End of tutorial yang panjang leboooo kali ni, hopefully korang dapat elmu dan manfaat ye. So, Good Luck, and kalau lah xmenjadi jugek, contact la I ye. Wee~~

 
(◕‿◕)
~me think, me write~

Friday, April 23, 2010

lelaki obses dengan cinta atau perempuan?

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
salam. 

Baru je tengok cite ni pun. Suke sebab ada Lisa Surihani. And suke love story yang kiut-kiut ni. 


Dah ramai orang buat review cite ni. Aku je yang lambat ... banyak. Tak peduli, nak cite gak kat sini. Tapi bukan nak wat review coz sapala aku nak cite crite orang, kan.

Petang semalam bila layan, rasa cam boring pulak. Agaknye sebab dalam masa yang sama aku layan sinetron Cahaya yang pada pendapat aku lagi best kot? Tapi yang sure, aku boring cite orang obses sangat bab cinta-cinta sampai sanggup nak harm orang lain, sanggup nak susahkan orang lain, kadang-kadang diri sendiri pun sanggup susah payah demi cinta. Jadi boring pulak makna C.I.N.T.A tu kan? Tapi bila fikir balik.. lelaki-lelaki dalam cite ni obses kat cinta atau si perempuan? Hmmm..

Hakikatnya, mungkin tu la kenyataan manusia ni. Kalau dah ilmu kurang, gitula... Tapi apa pun, semua crite2 cinta ni samaada hanya cerita semata ataupun ada berlaku di luar sana, berpada-pada la..


(◕‿◕)



~me think, me write~

sanggup penat berjalan semata nak cari duit lebih

ng0meL by ummi 8 lagi tambah ng0meL Links
salam. 

Berjalan a.k.a blogwalking. Sakit belakang dowh. Tapi hepi jek tgk traffic naik mencanak (canak?). 

Duit lebih a.k.a tabung Nuffnang. Alhamdulillah... rezeki tak datang bergolek, ingat tu.

 
Tu je nak cakap. Sok cite lain, ok. Pis!


(◕‿◕)



~me think, me write~

Thursday, April 22, 2010

aktiviti di malam hari

ng0meL by ummi 3 lagi tambah ng0meL Links
salam.

Nak kongsi aktiviti kami anak-beranak kat umah. En Ahmad attend majlis kat Mariott Putrajaya so tinggal aku layan anak-anak kat umah.

Kakak ada schoolwork, so make sure homework siap before 10. AfiQ.. hehehe.. layan je la gambar dia.

 *concentrate doing her schoolwork*

*so busy dengan TV*

*then, start kacau kakak, sampai panjat atas meja, sudah*

*mama pulak layan sinetron kat youtube! weee~*




(◕‿◕)




~me think, me write~

Wednesday, April 21, 2010

my day at work

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
salam.

Harini aku start balik kerja lepas bermalas-malasan, beryoutube-youtuban kat umah selama 8 hari. 
 *biol jap*

Hmm.. dalam tempoh aku xkerja tu, banyak sebenarnya yang dah happened kat ofis ni. 5 orang colleague telah bertukar ke tempat lain, diganti dengan 3 colleague baru. Bagi yang tinggal pula, ada re-shuffle besar-besaran juge kat opis dimana tugas masing-masing bertukar; ko amek kerja aku, aku amek kerja ko; ambil pengalaman baru... Tugas aku pun dah bertukar juge memandangkan aku pun dah 3 tahun buat kerja yang sama, tapi harus masih di unit yang sama.

Aku pening sebenarnya, heh.. tak tahu mana nak start sebab 'cekgu' aku dah pindah.. and dalam masa yang sama aku juge adalah 'cekgu' di sini nak tunjuk ajar colleague baru. Tapi kerja of course sentiasa ada dan bertambah-tambah. Hmm.. nak belajar and mengajar..

Tu je nak cite pon. Haduh... takpe, apapun caiyok caiyok untuk aku! Wee~



(◕‿◕)




~me think, me write~

Monday, April 19, 2010

ahmad tea

ng0meL by ummi 8 lagi tambah ng0meL Links
salam ✿.

Anda pernah dengar nama Ahmad Tea ni? Pernah rasa? Serious. Kepada penggemar teh, sila la mampir ke kedai runcit supermarket/ hypermarket berdekatan dan cari la teh ni, ok. Pasti tak menyesal. Aku promote teh ni sebab teh ni memang ummph! 

 
Semua ni start sebab En Ahmad sangat suke minum teh. Pagi petang siang malam nak teh je (hehe lain2 dia layan gak la sebenarnya). Mula2 memang bagi kami tea yang paling bagus is teh wangi 888. 
*haruss dari en google neh*

Balik kedah je, rata-rata g umah mak sedara aku, mesti ada teh wangi ni. En Ahmad memang dok tanya je. Hehe aku tau, tapi wat tatau. Aku xcarik pun tea ni utk En Ahmad. Malas dowh. Layan je pakai teh uncang Lipton or Boh hahaha. Malas bukan sebab apa, tapi sebab teh ni selalunya xde dijual pakai uncang, mesti pakai serbuk daun teh tu (and sebenarnya tu rahsia teh yang sedap, tol tak?). Aiseh, ni yang malas nak wat nak tapis2 segala bagai, aku bukannya kedai mamak.. weee~

*Contoh packaging Ahmad Tea dr Mr Google*

Tapi sebab En Ahmad memang gilakan teh, *dan sayangkan isterinya ini hehe, dicariknya teh yang macam sedap di pandangan mata (sebab mulanya siapa yang tak tertarik dengan teh perasa buah-buahan, kan?) Tapi rupanya inilah yang dikatakan cinta.. dari mata turun ke tekak, lantas terpaut di hati, beb bila sampai bab Ahmad Tea ni. Percayalah! 

Cakap banyak pun tarak guna, aku bagi layan gambar yang aku dapat dari 'Pokcik baik hati Google' and seriously, cubala gi try carik di pasaran, oket.

*macam yang ada kat umah aku sekarang*

*aku dapat dari website Ahmad Tea*

*kalau jual kat Malaysia, haruss aku carik tin-tin ni*

*owh... yang ni sangat aku adore*

*and this one, kalau ada jual kat Malaysia, haruss jadik bekal En Ahmad and Kakak*

... and kredit to Mr Google and also of course to http://www.ahmadtea.com/


(◕‿◕)



~me think, me write~

Sunday, April 18, 2010

wi-fi dan kedai mamak

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam.


Anda suka tak kalau umah dekat Kedai Mamak? Best kan? Yela.. Mamak, sapa tak suke? Lagi-lagi kalau mamak tu buka 24-jam kan? Rasa cam makan minum semua lengkap lah. N lagi lengkap kalau Kedai Mamak tu ada sediakan khidmat W-Fi. Perghh! sapa yang lagi taknak, kan. Rasa macam nak wat Kedai Mamak tu macam rumah sendiri pulak, kan?

 * gambar mintak pokcik google*

Tapi aku agak tension bila Wi-Fi si mamak tu selalu sebok kat line umah aku pulak. Sonok2 online tiba- tiba connection unavailable. Hangin je.. check2.. aku ni dok layan Wi-Fi Kedai mamak tu. Dah satu hal nak kena disconnect kat dia, connect balik line aku. Bengang je. Arrggghhhhhhh!




(◕‿◕)




~me think, me write~

Saturday, April 17, 2010

duduk mengadap pc/laptop berjam-jam lagi penat daripada buat kerja itu ini

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam.
 
Aku dapat mc 8 hari start selasa aritu. Memang tekad ah nak blogwalking naikkan balik traffic n carik idea nak tulis-tulis entry. Tapi lagi nekad bila aku asik layan tengok sinetron ja. Tak boleh berenti, siott. Selagi line ok (n memang harus ok pun dengan streamyx! wee~), aku akan dok layan lepas satu episode ke satu episode. Mana gila semua ada 265 episode, ok and aku sekarang baru episode ke-41!


Tapi tu la, aku ada masa cuma siang hari je ni sementara budak-budak hantar g umah babysitter. Ok-ok.. aku agak selfish di sini bila aku cuti dok umah tapi anak-anak hantar jugak, kan.. habis.. aku bukan sengaja.. aku xsihat.. mc.. (apa? masih berbaur selfish??) erk... hmm tapi petang amek budak-budak, aku layan diorang apa.. kejap2 je aku blogwalking. Time tu no sinetron la walaupun dalam hati n kepala otak ni geram sangat nak tau sambungan hahaha. Teruk kan?


Aish.. nak cakap kat sini.. sebenarnya aku dah try test. Aku dok depan laptop ni layan lepas satu, satu episode memang sangat penat sebenarnya compare dengan bila aku bangun, strech2 badan, kumpul2 baju masuk washing machine, sidai baju, kutip baju, lipat baju.. masak nasik, goreng ayam, masak sayur, buat air.. nape eyh? Sebab urat2 darah semua tak jalan eyyy.

Haaa.. sapa kata aku abaikan tanggungjawab? Sambil menyelam minum air la. Nak mamp** asik dok ngadap laptop je? Juling bijik mata aku tau. Tak tau le sapa yang larat macam tu... adeh.

(◕‿◕)



~me think, me write~

Friday, April 16, 2010

aku tak pandai ke atau memang dia macam tu?

ng0meL by ummi 10 lagi tambah ng0meL Links
salam.

Cehh. Dah pandai pulak aku tulis tajuk entry panjang-panjang macam tu ye

Aku nak kabo. Aku dah join MyLook.


Aku tak kesah sangat bab duit2 neh, sebab tu aku takde taruk kat blog or FB aku. Aku join sebab aku sangat suke nak mintak khidmat search engine untuk bagi aku apa yang aku nak kat internet neh. Dah join seminggu lepas ke 2 minggu lepas, baru semalam aku nak guna. Mana tau.. kot-kot memang indah kabar dan rupa, nak celen uncle google yang dah tua kerepot.. aku try test la. Hmph.. aik? macammana kalau aku nak search image? Ke.. aku yang tak pandai nak guna? Hehehe... aku bukak tab baru, carik juge uncle google aku tu. Nah... inilah yag aku panggil search engine... dak gitu, semua?





(◕‿◕)




~me think, me write~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog