Friday, March 26, 2010

dapat hadiah spesel dari London

ng0meL by ummi 5 lagi tambah ng0meL Links
salam ✿.

Aku memang dah lama mengikuti blog Coretan Perantau neh. Sejak first time jengok situ, terus melekat. Tiap hari mesti nak tau apa lagi cite Londoners neh. Bagi aku, tulisan dia jujur..

Ok.. ni just nak share, si mamat Long Haffiz ni dah buatkan aku *aitt.. bukan aku je, ramai lagi yang dapat.. satu award special untuk menghargai kami-kami yang selalu dok nyebok godek-godek blog dia dah penuhkan shotbox dia hehe..
Tenkiu2, bro. Selamat naik kapal terbang, selamat sampai Malaysia, ok. N hope cemerlang dengan stadi. Don't wory, ramai yang doakan ko kat sini.. Ada betul?
So, ni aku pastekan award yang spesel dari London tu. Nice kan? Dia wat sendiri woo...


(◕‿◕)



~me think, me write~

hasil kerjatangan kakak at school

ng0meL by ummi 3 lagi tambah ng0meL Links
salam ✿.

Dah lama aku nak snap pics hasil kerjatangan Kakak kat School dia tapi asek tak sempat je. Yela.. hantar dia pun dah kelam kabut nak kejo punch card aku pulak. Time amek.. dah berebut nak balik cepat sebab nak keja lunch our pulak. Bila ada time pulak, enpon tertinggal dalam kete.

Tapi this time.. aku berjaya juge snap 1 pic. So far aku nampak dia dah improve banyak. Hmm.. jom tengok!


*Kakak punya yang tengah2, baris second*

*closed up hasil kerjatangan Kakak*

 *ni juge hasil kerjatangan Kakak at school yang teacher bg bawa balik*

Owh..owh.. tengok semua ni buat aku senyum xberenti ok. Bangga bila anak sendiri wat sumtin yang somel macam ni... huk huk huk. Hepi.. wink!



(◕‿◕)



~me think, me write~

Thursday, March 25, 2010

percayakah anda bahawa aku adalah antara Yang Top tahun ini?

ng0meL by ummi 7 lagi tambah ng0meL Links
salam ✿.

Wan Hazel ada nak bagi sumtin kat aku masa dia datang semalam. Tapi semalam kan aku takde. Jadi dia tinggalkan pesan je kat shotbox aku. 

So, ta'nak hampakan dia yang kebelakangan ni rajin mai jengok2 aku.. aku p la rumah dia balik.. Balas kunjungan kan amalan yang mulia.. Tengok, dia pula takde. Tapi dia ada tinggalkan pesan soh amek je..

So, adeks yang puitis n kretips, Tengs a lot for the Award! I accept ye.. pis!


p/s: err do i have to past it to other people? Cuba check shoutbox masing2 ok. Pis!


(◕‿◕)



~me think, me write~

.aku yang kepenatan.

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam ✿.

Haa Hah! Mulo2 skali eden mau minta mahap bebanyak sama blogger2 yg eden tak balas kunjungan semalam. Rasa penat sangat la.. Balik dari kedai mamak semalam (sebab Kakak teringin nak makan roti canai), terus aku collapse. Penat betul! Pukul 12 terbangun sebab afiq nak susu.. Aku perasan idung pulak berdarah. Seb baik la tak banyak sangat. Tu pun aku pegang tisu, sumbat idung, terus sambung titun. Penat kan? Jadi oleh yang demikian, tiadalah berlakunya walking dan jogging di tengah malam mahupun tatkala dinihari. Harini... Insya-Allah... harap En Nuffy takle merajuk eyh. 

Sekian entry dari aku yang kepenatan ini.

p/s: U ols yang tak penat tu.. tolong ye kejutkan En Nuffy kalau perasan dia tertido ke.. tengs!


(◕‿◕)



~me think, me write~

Wednesday, March 24, 2010

adakah anda seorang pemandu yang merbahaya? Ikuti pengakuan berani mati di bawah.

ng0meL by ummi 10 lagi tambah ng0meL Links
salam ✿.

Adakah anda seorang pemandu yang merbahaya? Wink* wink*.


Aku tak.. Aku seorang pemandu yang ayu, penuh bersopan santun dan berbudi pekerti mulia *siap praktikkan jarak dua saat, ok. Ahaha tak. tak. aku tipu. Rasanya aku tergolong dalam golongan dangerous driver... kot?.. Ikuti soal jawab di bawah:

Soklan: Siapa pernah text dalam kereta while driving? - Aku pernah!
Soklan: Siapa pernah drive sambil makan/ minum? - Aku pernah!
Soklan: Siapa pernah entertain anak kat seat belakang or passenger while driving? - Aku pernah!
Soklan: Siapa pernah baca paper/ map while driving? - Oops! sumpah aku xpernah
Soklan: Siapa pernah anak dok atas lap while driving? - Aku pernah juge. Tapi sumpah xnak wat dah
Soklan: Siapa pernah breastfeed sambil drive? - Gila aku PERNAH buat. Tapi seriously dalam keadaan yang sangat mendesak, ok. Tapi.. sumpah juge aku akan avoid selagi mampu.


Ok. Dah untuk pengakuan berani mati aku. Siapa nak buat pengakuan, sila isi borang kat bawah, ok.





(◕‿◕)






~me think, me write~

Tuesday, March 23, 2010

should i or should i not IGNORE them?

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam ✿.

Ish ish ish.. camno ni? Senarai friend request  FB aku dah makin ramai. Nak accept.. aku trasa cam tak berapa nak kenal pun. Dah habis perah otak dah ni.. tak ingat2 jugak. Ada yang letak gambar tasik la, gunung la, kumbang la..  camno aku nak kenal? Ish ish ish. Yang hantar gambar senyum manis pula.. gambar anak masing-masing.. ada gak anak buah! Haduh.. kenalkah aku?

Untuk tidak menghampakan, nak tolong jugak *sebab dah request kan, aku klik la gambo, baca info.. haduh, semua tak berkenaan pun.. dah la sekolah lain, kampung lain, makanan kegemaran lain.. camno nak tolong lagi? nak ignore ke hah? adoyai.. ada juga yang gambar senyum manis tu yang aku tak tahan nak klik ignore tu. tak sampai hati pulak, ok.


Tapi.. aku nyampah TAK suke gemar la kalau senarai request aku pun panjang.. kurang-kurang pun banyak kat other request tu. Bukan tu ja, kalau aku dah accept pula.. bukannya aku kenal sangat diorang neh.. nanti penuh, sarat pula page ciput aku ni dengan cite diorang dok main game la.. wat kuiz la.. Kalau berkenaan, boleh aku join sekaki *at least untuk aku klik like ke.. ok gak, kan? Guano?

So, aku tanyala Pokcik-Serba-Tau Mr Google.. dia bagi website NEH. Wee~ *Aku copy-paste sikit ye..




  • If your friend denied your friend request, try sending a message instead of simply trying to add them again.



  • Facebook can automatically pull names from your address book to send multiple friend requests at the same time. Each friend will receive the same request as if you added him or her manually.



  • If you do not want to receive friend requests from complete strangers, you should change your privacy settings to allow only certain networks to find you in search results.



  • If your friend denies your request, you will not be given any notice.
Ok, so after this, kalau nak request aku jadik kawan, kalau tak guna nama or gambar yang betul, minta tolong sesangat at least taip la mesej sikit.. kalau kawan aku, kompon aku add punye, ok! Pis!

p/s: nak lagi clear, sila KLIK SINI.



(◕‿◕)





~me think, me write~

apa yang best pasal Paris Hilton?

ng0meL by ummi 8 lagi tambah ng0meL Links
salam ✿.

Tadi g Alamanda untuk amek simkad Hotlink aku *yang dah ntah ke berapa... lalu depan butik Paris Hilton. Aku memang tak lepas peluang punya jengok, tengok apa design terbaru kat butik tu. Nah, ada lagi design yang aku berkenan.

Apa? aku beli? Aku berangan nak beli? mana mampu.. even nak masuk dalam list wanted aku pun aku tak sampai hati. Mau kopak poket En Ahmad.. weee~. Just.. aku suka. Suka tengok.

The truth is, aku kagum juga dengan minah Paris Hilton ni even dia termasuk golongan typical blonde woman *u know what i mean. Selain dia adalah pewaris Grandad Hilton, dia juga seorang artis yang rajin *waah ayat xboleh blah macam jwb soklan SPM lak. Rajin dia carik sumber lain untuk menyara hidup dia dengan wat benda2 yang dia minat walaupon dia tau harta Grandad Hilton tu dah boleh sara idup dia dah. Yang paling aku suke, dia ada brand dia sendiri and especially handbag dan eksesorinya, dia design sendiri. *Owh, please correct me if apa yang aku tulis ni salah.

Untuk cuci mata.. jom scroll ke bawah ye (^.~)
*website Paris Hilton- parishiltonsite.net*

*retouchbrands.com - aku suke button tu*

*one of the design*

 *another design yang aku minat*

Macam aku cakap tadi, aku SUKA TENGOK je. Aku paling suke button dia tu. Classic and stylish. 

Tapi the truth is, aku ni jenis yang tak pakai handbag. Mesti cam tak percaya, kan? Betul.. yang aku ada pun bendalah ni.. yang aku bawa ke hulu ke hilir and semua benda dari mykad aku, mykid anak-anak, lesen.. semua kad2 and handphone.. aku blasah boh lam tu. Jom zoom apakebenda tu..

*ini barang aku punye kesayangan*

Dan ia adalah dari brand Le Sport Sac. Aku suke sebab cam somel je. Tak caya.. cuba klik untuk view patern and corak fabrik dia.. Rambang mata, ok. Somel kan?




(◕‿◕)




~me think, me write~

Friday, March 19, 2010

.m.a.L.a.s. what do u know about the word?

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
salam

.waaaa.. penyakit malas aku ni dah makin merebak.

.aku search kat Uncle-Baik-Hati Google.

.yang menarik perhatian aku.

*kredit aku bagi kat diorang neh http://malas.sdsu.edu/*


haha. terus aku rajin nak taip entry ni.

p/s: grrrr aku xdok idea!


(◕‿◕)



~me think, me write~

Adab memotong kuku

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam ✿.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Oleh kerana harini hari Jumaat, rasa terpanggil lak nak share elmu ni..


1. Potong Kuku Tangan:  
~ mula dengan jari telunjuk tangan kanan
~ kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking, dan kemudiannya ibu jari tangan kanan.
~ seterusnya sambung pula dengan jari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk, dan akhirnya ibu jari tangan kiri.
 
*untuk lebih jelas, rujuk gambar bawah:

 
2. Potong kuku kaki:
~ Bermula dengan jari kelingking kaki kanan
~ Kemudian mengikut arah ke kiri dengan jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan juga ibu jari kaki kanan.
~ Seterusnya disambung terus ke arah kiri; bermula dengan Ibu jari kaki kiri, jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan akhirnya jari kelingking kaki kiri. 

* sila rujuk gambarajah di bawah:


3. Hari yang digalakkan / tidak digalakkan memotong kuku mengikut sebuah hadith Nabi SAW yang bermaksud ;
“Barangsiapa memotong kuku atau mengerat kuku pada ; 

SABTU – Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
AHAD – Hilang berkat
ISNIN – Mempusakai alim fadhil (berilmu dan mempunyai kelebihan)
SELASA – Mempusakai kebinasaan
RABU – Mempusakai jahat perangai
KHAMIS – Mempusakai kaya
JUMAAT – Mempusakai ilmu dan lemah lembut.

p/s: Antara lain hikmah mengamalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat serta mengamalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur ialah awet muda.


 
(◕‿◕)




~me think, me write~

Thursday, March 18, 2010

2nd HOT AIR BALOON FIESTA PUTRAJAYA 18 - 21 MARCH 2010

ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
salam ✿.

On the way nak hantar afiQ, melalui opis aku.. aku perasan sumtin kat langit Putrajaya. Wahhh.. Apakah? Gila aku teruja. Seb baik aku tak langgar kete depan sebab traffic light tengah merah. Nak tau apakah dia? Jom Zoom..


2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta
18 March 2010 Until 21 March 2010
Watch as colourful hot air balloons float the skies of Putrajaya. Themed ' 1 World, 1 Malaysia, 1 Fiesta' this event features 23 balloonists from Belgium, USA, the Netherlands, France, Switzerland, Malaysia and Japan. 
 
 
*opis aku just at the right corner kat atas tu. Ada nampak?? jom google earth haha*
 
*events for today - 18 March 2010*

Ok untuk 1 Malaysia yang sedar akan adanya events ni kat Putrajaya.. jemput datang beramai2 ye. Even sampai Ahad, masih sempat lagi nak grab tiket bas ke, tiket teksi ke, tiket kapal terbang ke.. 


p/s: sori perantau london and ARC.. u ols g usha kat website dia je la ye..Klik SINI wee~


(◕‿◕)



~me think, me write~

Wednesday, March 17, 2010

Tolong baca kalau anda YAKIN anda cantik; Nak bagi Award ni.

ng0meL by ummi 8 lagi tambah ng0meL Links
salam ✿.

As usual, masa blogwalking disamping balas kunjungan fellow frens  kat cbox aku, sampai la kat blog Cik Kasih ni.  Waaa, terharu biru sangat  rasanya bila dianugerahkan award yang baekk punya oleh Cik Kasih  untuk blog somel lomel ni. Tenkiu-tenkiu Cik Kasih ku sayang.. ngeh3~

 
* rasanya blog aku beautiful ke.. aku blogger beautiful? Wink Wink!*

Untuk amek award ni, kena usaha sikit.. ada syarat-syaratnya, ok.

1. Thank & link the person that gave you the award.
 --> Tenkiu Kasih. I Kasih U balik, ok.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

--> ailyl, fatin, IeRa, syazni,ikahoneybunny, ...
sori la. aku xleh la nak senaraikan sampai 15.. so far banyak ni dulu la eyh. nanti aku update lagi. Bukan senang ok nak bg award kat orang neh.

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
--> jap lagi aku bgtau depa, ok

4. State 7 things about yourself.
--> taraaaa...
1. Dah kawen; ada sepasang anak yang somel *macam aku
2. Pendiam; tp tatau pasaipa cekgu sekolah dulu cakap aku ni talkative. *Weee~ apakah?
3. Malas nak bangun kalau dah duduk. Tak reti duduk kalau dah bangun *any komen?
4. Keje makan gaji; tp sangat teringin nak keje sendiri sbb leh luang masa utk anak-anak dan blog *hehehe
5. Suke bau rumput yang baru kena potong & pokok selepas hujan *nyaman, ok
6. Suke wat kraf tapi xdok masa lor *sedih
7. Underweight; sangat nak berisi *tulun bg petua, sikit



    (◕‿◕)




    ~me think, me write~

    Tuesday, March 16, 2010

    susah sangat ke nak cuci bila dah guna?

    ng0meL by ummi 6 lagi tambah ng0meL Links
    salam ✿.

     Huhu.. aku tau tulisan aku yang selepas ini akan berbau tidak baik atau agak menjengkelkan. Jatuh sudah standard blog somel lomels aku ni. Tapi... nak tulis jugak! Demi kesejahteraan semua pihak, ok.

     *ntah sape punya gambar aku rembat ye*

    G tandas tadi.. masuk-masuk tengok ada titisan warna kuning kat tempat duduk tu. Eeeiiiuuuuu! Tak sampai hati, tolong la siram. Geli pulak nak duduk situ.  Seb baik ada banyak bilik kosong lain.

    Eii, geram betul! Susah sangat ke dah pakai tu nak bersihkan balik? Ingat cleaner tu memang suke eyy wat kerja lap-lap najis orang lain? Masing-masing kan dah besar, kalau pun bukan mak budak, tapi dah bukan budak-budak dah pun masing-masing, kan?

    Cuci la... dapat pahala lagi tau cuci tandas ni. Sendiri punya pun, kan. Dah guna, dah plush, toleh la tengok balik plush tu ok ke.. ada yang tertinggal ke.. Haduh, itu pun nak kena ajar ke?

    Dah, malas nak cite panjang-panjang. Lu fikir la sendiri!

    p/s: aku tolong Emo bagi pihak akak cleaner yang xde blog nak curahkan perasaan dia. Sape stuju?



    (◕‿◕)



    ~me think, me write~

    Monday, March 15, 2010

    bila FB jadi angkara

    ng0meL by ummi 13 lagi tambah ng0meL Links
    salam ✿.


    Ada FB salah, xde FB pun salah.. salah ke? Tak la menjadi satu kesalahan kalau xde FB pun kan? Bukannya termaktub dalam undang-undang negara atau agama mana-mana pun yang FB tu jadi kemestian atau kewajipan pada setiap orang umpama adanya mykad ke, passport ke... tak gitu? Tapi yang jelas, kalau takde FB konon-konon tak ikut peredaran zaman pulak, tak bersosial pulak, tak campur masyarakat pulak, tak ingat kawan-kawan lama pulak. Haduhh... sudahnya, isi la form bukak akaun FB..

    Tup-tup tak sampai pun 24 jam.. (macam cite 24, masa sejam tu ala-ala 24 jam la kan), berduyun-duyun list Fiends Request yang masuk. Tu tak termasuk yang Suggestion punya. Kalau tak hengat dunia line internet slow, mau semua dia klik ok je. Dak gitu? Itu yang kes kawan-kawan la.. yang kes rambang mata jumpa game online melambak-lambak kat dalam tu.. free pulak tu.. mau online je 24 jam.


    Errr persoalannya, korang  pernah tak ada pengalaman yang scary pasal FB? Hehe..scary tu maksudnya berkaitan relationship kat dunia nyata vs relationship kat alam maya? Haha.. lagi scary kalau relationship tu dengan orang yang berlainan... haaaaa~

    p/s: harap faham la dengan entry meraban aku petang ni. Tak faham, sila tanya, ok.



    (◕‿◕)





    ~me think, me write~

    Friday, March 12, 2010

    Adakah BLOGGER golongan yang SUKA/KUAT berangan?

    ng0meL by ummi 18 lagi tambah ng0meL Links
    salam ✿.

    Ada sorang member ni, bila ditanya "hang tak minat ka nak wat blog jugak?"
    Dia jawab "aku tak kuat berangan, macammana nak tulis blog"

    Lah, itu ke yang dia faham dengan ber-blogging ni? Patut la ada member yang aku ajak wat blog (tujuan asal nak berbisnes online) tapi dia kata tak dak idea nak tulis apa. Hmmm...

    Tapi terfikir pulak, aku ni kuat berangan ke? ye kot? Ye la, ye la, aku ngaku. Tapi rasanya tak pernah pula aku berangan sampai tongkat dagu cari ilham nak tulis blog ni.

    Cuma aku understand, nak ber-blog bukannya senang. Maksudnya nak cari topik, nak tarik readers or at least viewers. 

    Agaknya kalau setakat nak tulis syok-syok sendiri ala-ala untuk bacaan sendiri semua orang boleh buat kot? Tapi the truth is, even nak tulis 'pagi ni saya bangun tido, gosok mata, mengeliat, turun katil, wat eksesais sikit, amek towel, g bilik air, mandi, gosok gigi, sabun bla bla bla' sampai tutup mata balik, pun perlu skill yang betul kan?


    So, bagi blogger yang tanak di chop sebagai kuat berangan oleh orang awam (haha.. apa ye istilah yang seswai untuk orang yang xde blog? ngee), sila berhati-hati dalam setiap penulisan anda selepas ni, ok. Tak best rasa kalau orang lain pandang bloggers as golongan yang kuat berangan or syok sendiri saja.



    (◕‿◕)



    ~me think, me write~

    happy birthday my dear En Ahmad

    ng0meL by ummi 4 lagi tambah ng0meL Links
    salam ✿.

     *ihsan Mr Google*

    12 Mac. Tarikh lahir En Ahmad. Sapa En Ahmad? My lovely husband la. Jap g baru nak g carik something kat dia. Semoga panjang umo and murah rezeki. Saaayang dia sebab without him, it's quite hard for me nak go on dengan life zaman sekarang ni. Semoga terus jadi sumber inspirasi dan rujukan yang paaaling best.

    Again, Happy Birthday! (hehe taknak tulis panjang-panjang sebab En Ahmad tak baca pun blog ni ngeh3)




    (◕‿◕)



    ~me think, me write~

    cara nak buat post schedule

    ng0meL by ummi 3 lagi tambah ng0meL Links
    salam ✿.

    Krak... krak.. betulkan urat-urat jari jemariku yang runcing dulu..
    Fuh.. fuh.. tiup-tiup tapak tangan dulu
    Gosok-gosok sikit kasi darah berjalan dengan baik

    Hokeyh. Sapa nak tau lebih lanjut, sila tumpukan sepenuh perhatian pada gambar di bawah ini ok. Kalau tak clear, sila kelik untuk besarkan gambar.


     Dah ready, sila ikut langkah-langkah berikut, ye (^.~)
    1. Taip story/karangan/anganan/drama macam biasa.
    2. Siap. Sila klik pada Post Options.
    ~ Akan keluar Reader comments, Post date and time, Edit HTML Line Breaks dan juge Compose Settings.
    3. Klik pada Post date and time - Schedule at.
    ~ Akan keluar kotak untuk tarikh dan masa. Kalau tak salah, tarikh dan masa tu ialah time korang tengah ngadap pc/laptop whatever tu la
    4. Then, sila alter tarikh and time bila nak post entry tu.
    5. Puas hati, kelik je Publish Post tu cam biasa. Jangan kelik saved pulak tau, nanti jadi draft je.

    Coba tengok? jadi tak? Try la wat masa tu 2,3 minit awal sikit dari masa time tu. dapat la nengok hasilnya.

    note: Schedule post ni ala-ala sticky mode cuma beza schedule post kita set time and date sebelum kita publishkan post tu.



    (◕‿◕)



    ~me think, me write~

    Thursday, March 11, 2010

    Jangan menipu depan kanak-kanak, diorang sangatlah jujur

    ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
    salam ✿.

    Di sebuah kedai mamak, Ibu dan anak sedang makan tengahari. Then, mereka di datangi seorang jurujual buku kanak-kanak.

    Salesman : Maaf Kak, boleh bagi saya 5 minit?

    Ibu           : hmmm
    *sambung makan, layan anak dan pura-pura dengar penerangan si penjual

    Salesman : ..... jadi macam mana, kak? Kalau akak ambil yang ni harga asal bla bla bla...
    Salesman : ...tapi harini kita bagi harga bla bla bla. Bagus ni kak, ada bla bla bla
    *selak-selak buku tersebut

    Ibu          : err.. *tersenyum kelat 
    Ibu          : Tak pe la dik, sebenarnya dah ada dah buku tu, dah beli dah buku tu semalam *harus tipu ok

    Anak      : eh, betul ke kita dah ada buku tu? mana ada kita beli buku tu? Kita belum ada la buku tu..
    *sambil senyum pandang Ibu dia yang haruslah muka cam nak letak kat mana


    Dush! Adoila! memang kena sebijik kan?


    (◕‿◕)




    ~me think, me write~

    ✿ Betul ke roti canai dah sama taraf dengan McD Breakfast?

    ng0meL by ummi 10 lagi tambah ng0meL Links
    salam ✿.


    Ku ulang tajuk entry ok agar lagi clear... Betul ke roti canai dah sama taraf dengan McD Breakfast? Haaa.. terkejut? Ni kisah benar.. rentetan entry Kisah si Kakak hehe.

    Tempat: Post Office
    Masa: 12.30 tengahari
    Aku: Kak, nak makan apa lepas ni?
    Kakak: Roti Canai
    Aku: Roti Canai? Ok, jap g kita g mamak ye.
    Kakak: Senyum manis

    Venue: Kedai Mamak A
    Masa: 12.40
    Aku: Kita dok sini ye
    Kakak ambil tempat duduk
    Mamak1: Mau ode apa?
    Aku: Roti canai ada?
    Mamak1: senyum kelat sambil geleng kepala. Ta'da la. Sudah tutup ode, sudah habis.
    Aku: Haa? habis? Tak de?
    Mamak1: #@% roti canai *!$#%@#&? (cakap2 dengan Mamak2)
    Mamak1: Ta'da.. sekarang sudah tengahari, roti canai sudah habis. Roti nan ada. Mau?
    Aku: Ala Kakak, takde la roti canai... Kakak nak ode apa, lain?
    Kakak: nak roti canai juge
    Aku: haduhs. Em.. tak pe la, kita cari roti canai juge. Terima kasih ye.
    Mamak1: wokeyh.
    Aku: Kakak, kita g kedai mamak lagi 1 la, kat sini takde roti canai...
    Kakak: dengan harapan berbunga.. mamak lagi satu mesti ada kan, Ma? Kakak dah lapar roti canai ni...

    Tempat: Kedai Mamak B
    Masa: 12.50
    Aku: Hmm rasanya kedai mamak ni ada kot roti canai, Kak.
    Kakak: ada ke, Ma? Kakak dah lapar ni
    Mamak1: Suda oder? mau oder?
    Aku: Roti canai ada ke?
    Mamak1: Roti canai? sambil tengok jam. Roti canai suda tutup la. Pukul 11.30 sudah tutup.
    Aku: Hah? Ya ke? Memang takde la ni?
    Kakak dah muka kelat menjeling-jeling aku
    Mamak 1 pandang Mamak2 sambil tanya2. Mamak2 angkat tangan n geleng kepala. Tunjuk juge kat jam.
    Aku: Err Kakak... takde la, sayang...
    Mamak: Roti Nan ada. Ok jugak. Sambil pandang-pandang Kakak dengan muka serba salah
    Aku: Takpe la, nak roti canai juge ni.
    Kakak dah start merengus. Dah Mamak tu serba salah. Semua customer pun dah pandang2 aku. Alamak... nak wat cam ne ni?
    Cashier: Nape tu, kak?
    Aku: dia nak Roti Canai...
    Cashier: dah habis, kak. Kita buka sampai pukul 11.30 je.
    Aku: hmmm tak pe. Senyum kelat.

    Dalam kereta, puas aku pujuk Kakak. Marah betul dia. Dok pikir2 mana lagi mamak aku nak terjah ni. Takut kalau semua mamak kat Malaysia dah nak jadi McD Breakfast, roti canai sampai pukul 11.30 je, abes aku.. Gamble aku ajak g mamak jauh sikit.

    Tempat: Kedai Mamak C
    Masa: 1.15 tengahari
    Aku: Sini ada roti canai ke?
    Mamak1: ada.
    Aku: oret Kakak, sini ada roti canai
    Kakak: yelah, Ma.. kat sini ada roti canai..

    hepi.



    (◕‿◕)




    ~me think, me write~

    ✿ Kisah si Kakak pula

    ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
    salam ✿.

    Balik-balik cerita si adik, balik-balik cerita si adik. Dah lumrah agaknya, bila ada yang baru, yang lama dilupa sudah.. bila ada pucuk, yang pangkal dah tak best dah la.. habis madu sepah dibuang.. eyh.. apa aku merepek ni? Untuk kisah anak-anak, semua-semua tu agak melampau kan? kan? Mana ada mak yang nak bezakan anak-anak.. kalau ye pun tu semua perasan orang lain je, perasaan mak sebenarnya lain... tak gitu, mak? mak? adoyai.. terasa tua sudah aku neh.

     *anak-anak sapa la neh*

    Mukadimah je tu.. ikuti kisahnya kat next entry hehe.





    (◕‿◕)




    ~me think, me write~

    Tuesday, March 9, 2010

    ✿ Biarla aku berterus terang agar tenang rasa hati ini

    ng0meL by ummi 9 lagi tambah ng0meL Links
    salam ✿.

    Macam mana eyh nak start? Berterus terang ni kadang-kadang adalah satu perkara yang saaangat susah nak buat, kan? Tambah kalau kita dah buat salah. Tapi apa akan jadi kalau tak berterus terang? Hati tak keruan, makan tak lalu, mandi tak sabun basah, tido tak nyenyak lena.. lagi teruk kalau bila nak cover yang tak nak terus terang tu sampai kena create satu lagi masalah besar iaitu kena menipu pulak. Haduh... parah kan?

    So.. better berterus-terang, kan? kan?

    Hmm aku bukan buat salah pun.. tak de efek sesiapa pun sebenarnya.. cuma mungkin atas sifat semulajadi aku yang pemalu ni (ececeh sila jangan komen) menjadikan sukar untuk aku berterus terang even dalam perkara yang ntah hapa-hapa neh. Ish.. tapi.. ani bukan perkara ntah hapa-hapa.. ini serius punya hal!

    Ok-ok.. aku berterus terang ok.

    Korang ingat entry aku yang hat NI and hat NI? *Sila kelik untuk mengembalikan memory silam aku tu ok. 
    Sebenanya... enpon tu juge dah ilang... waaaaaa... lama aku simpan story tu. Malu nak berterus terang sebab rasa cam beria pulak aku wat entry haritu tup-tup ilang juge. Hmm malas nak tulis kisah kehilangan sebab dah berlalu pun n memang tak nak ingat lagi dah. *Waaaaa lagi di dalam hati. Tapi enpon tu bukan aku salah letak ke tertinggal ke, orang copet ke, tapi En Ahmad yang salah letak. Waaaaaa... teringat balik dah!

    Ada la dalam seminngu dua aku coba hidup without enpon. Waduh! Nak gila dibuatnya. Bukan sebab apa, enpon kan dah jadi kemestian.. bayangkan apa2 hal jadik kat aku ke, kat anak-anak, or apa2 jadik kat En Ahmad, or apa2 jadik kat orang kampung, ke apa2 jadi kat kengkawan opis.. camno nak contact2? Susah kan? kan?

    So, last-last g la beli yang baru pulak.. tapi kali ni bajet ciput je and tak beria la sangat... aku g balik kat Maxis, bayar doploh hengget, minta no lama yang aku dah pakai 10 tahun tu..
    Tapi u ols nak tau.. aku pakai enpon baru tu sebenarnya tak sampai pun sebulan... hari Ahad lepas masa kat Jusco Equine.. enpon tu tup! plup! masuk lam lubang jamban *sori for the word... waaaaa!!!!! tak yah la aku nak cite detik2 camno aku ngan adik aku struggled nak selamatkan enpon tu, ok... agak jijiks! eiiiuuuuu....

    So.. apa pendapatan pendapat korang? 

    Buat masa ni aku pinjam enpon adik boypren adik aku jap. sekali dengan no phone dia. Pakej ok. Malas rase nak amek no lama tu kat Maxis. Perlu ke aku beli enpon baru lagi? Yang macammana pulak? Segan rase kat opis ni asik kena tegur tukar enpon baru je. Lagi segan nak bagitau Mak kat kampung. Nanti mak bebel. Cam membazir pun ada, kan? kan? Bukannya dua tiga ploh hengget kan? kan? Bukan juge laki aku En Ahmad tu tukang chop duit ka.. anak raja Brunei ka.. abang angkat Paris Hilton ka... 

    Tapi aku need enpon.. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......



    (◕‿◕)




    ~me think, me write~
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    .:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog