Friday, June 4, 2010

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

ng0meL by ummi
salam readers~

Ada cerita dari selatan tanahair. Jom layan.

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?” 
Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan ayat ini yang  terkeluar dari mulut ku; 

“Hah? kamu nak pergi apa????” 

Dengan slumber pula dia menjawab,
“Itu… Nak pergi kangkang  kat tepi jalan sana tu haaaa~”  sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.   

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata… 

“Astarghfirullah’alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?” 

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. 

Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;
“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?” 

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula! 

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang  kat tepi jalan tu buat apa?” 

“Kah~kah~kah~”  Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.   

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. 

Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…  

“Hah, inilah Kang Kang  nya… Kamu fikir saya nak buat apa???”  Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…  
“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”


p/s: Kedai Kasut Kang Kang  ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak  bila disebut… huhu~ 

nota kaki: aku cilok cite ni dari emal kawan aku kasik. Kpd tuan empunya cerita asal... I copy cite U yeee~




~jom klik sini~

7 lagi tambah ng0meL:

nabilah_2908 on June 04, 2010 said...

hahaha...jom pi Kangkang...

lulus pulak nama kedai ni kan..

if kt sini...nk cari nama kedai..kena hntr dulu kt dewan bahsa tuk cek seusuai or tak nama kedai...bape kali betulkn...baru la lulus...baru la boleh buat step yg seterusnya...huhu.. :)

TiNiE on June 04, 2010 said...

hahahaha lawak lawak...
kat rumah kaktinie ada gak kedai kasut yg agak kelakar nama kedainya kedai kasut YEBENG..hihihi

Aiza on June 05, 2010 said...

macam nasi kangkang pun ada kan akk ? alaa , kangkang apa tah yang bomoh laki dy ke hape , lupa daa , btw , entri neh mmg lawak.. hahahah

MOHD AMIR MORAD on June 05, 2010 said...

Hahahahahaha...lawaks gilas...
kat tempat kawe ada jugak kedai nama kedai tu SOON LEN HIN...
ore kelate panggil SOLEHIN...mula kawe ingat kedai melayu wanita solehah...ropa-ropanya kedai cina...hampes...

Iklan Percuma on June 06, 2010 said...

hahaha...lawak tulla cter ni..ada ke nama kedai boleh jd kang kang..inspirasi dari mana tah..haha..kot tuan punya kedai tu yang bernama kang kang kot...haha

sis shuhada on June 11, 2010 said...

nabilah_2908: uiks, susahnya nk bukak bisnes. nabilah keje part nk bg nama kedai ke? macam pro je.. hehe

sis shuhada on June 11, 2010 said...

Iklan Percuma: hehe pasal lawak la i share kat sini.. kikiki

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog