Friday, June 18, 2010

sapa suke makan keli, angkat tangan!

ng0meL by ummi
salam Readers~ 

Aku turun tangan dulu ye, sebab aku tak makan ikan keli.


Nak tengok muka dia live walaupun dalam bentuk terkujur tapi mengiurkan dengan limpahan air asam ke, sambal cili goreng ke ataupun dibanjiri kuah lemak kuning pun sebenarnya aku tak sanggup, apatah lagi nak tengok ikan keli dalam peti kaler merah atau biru kat pasar time dia masih ceria kodek2 ala-ala 'aku naik atas belakang engkau, ko naik atas belakang aku...'. Huuuuuu geli!


Tapi disebabkan aku tau ramai kat luar sana including adik aku, abang aku and En Ahmad sendiri, maka aku dengan rasa rendah diri nak share info yang aku dapat tau dari blogger lain. Sebelum tu aku bagi la kredit untuk blog2 yang telah dulu share info ni, yakni..
AnymzakariaWANMUS

Ikan keli yang didapati kat pasaran tu kalau kita salah beli, bahaya juge sebab ada yang dijual oleh penternak yang telah menggunakan sumber-sumber yang boleh meragukan sebagai makanan ikan keli tersebuat. Yelah, kalau boleh save cost tapi untung masyuuuk, sapa taknak kan? 

Cuma kadang-kadang manalah kita tau siapa penternak asal ikan keli tu sebab kita hanya kenal si penjual saja. And kalau nak tanya pula si penjual tu samaada ikan keli ni makan apa ke, sapa ternak ke, ada yang rajin nak jawab soklan cepu emas tu ke? Kalau yang betul, betullah.. tapi kalau yang tak betul, berapa kerat nak cakap "jangan beli ikan ni, dik.. dia makan tuuuut". Kalau macam tu, apsal nak jual kan?

So kat sini aku nak share info camno nak kenal ikan keli tu ok ke tak untuk kita especially umat Islam.
Haram:
(Ikan yang diternak yang diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak



Info ni diceritakan pulak macam ni:
Ikan keli memerlukan 2 peket makanan untuk membesar seberat 1kg dari anak benih. 1 paket makanan berharga Rm2 lebih jadi modal makan sahaja dalam Rm4 sedangkan ada kita jumpa jual di pasaran dengan harga RM1.80/kg. Jadi untuk mengurangkan kos (atau tiada kos langsung), ada penternak ikan keli juga menternak ayam berdekatan atau di atas kolam ikan keli supaya senang untuk mengambil bangkai ayam untuk dijadikan makanan ikan-ikan keli tersebut. Najis ayam juga senang jatuh sahaja ke dalam kolam peliharaan. Ikut kajian, 2% ayam akan mati di Malaysia setiap hari, jadi jika ayam ada 200,000 jadi dalam 4000 ekor ayam akan mati dalam sehari. Berapa banyak belanja untuk makanan ikan sudah save?
Halal:
(Ikan yang diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup




So kawan-kawan, adik-adik, ibu-ibu, bapak-bapak... buatla pilihan yang baik ye!




~jom klik sini~

8 lagi tambah ng0meL:

White Girl on June 18, 2010 said...

Saya angkat tangan nih, nampak tak ? nampak tak ? Teheee ~

KELI OH KELI on June 18, 2010 said...

jom tgk blog ikan keli

siti nurkhijah on June 18, 2010 said...

aku angkat dua2 belah ni....
weh! dok telan ayaq liuq ni tengok keli goreng tu...
nak beli keli nnt aku kena dok belek2 dulu la..

nabilah_2908 on June 18, 2010 said...

sy angkt kedua belah tgn...(^_^)

sedapnya kak....haih nk keluar la jp lagi cari ikn keli ni..huhu..tp kena tgk bntuk kepala dulu.. :)

hmm...ms sy buat prktikal dulu..sy berkesemptn tgk penternk ikn keli bg mkn pd ikn2 keli ni..

dieorg bagi mkn bankai ayam+ tepung apa tah..dihncurkan dlm 1 mesin..pstu bg ikn2 ni makan....bila ingt2 balik...erkk...geli jer..

dulu2 tkde pun kisah pasal hal ni..baru2 ni baru keluar...so kena berhati2 selalu.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
AWSOME PHOTOGRAPHY

ibunafis on June 19, 2010 said...

sy pun suka mkn ikan keli ;>
dulu slalu sgt beli keli kat pasaran tp bila mcm2 citer kuar (ada persamaan mcm citer somel lomel,heee) sy pun stop beli dh...
skrg ni dh mkn blk,coz my hubby dh ternak keli sendiri kt kg dia yg trjamin dijaga baik punya,halal & sedap dimakan,nyum3x..

sis shuhada on June 21, 2010 said...

White Girl, KELI OH KELI, siti nurkhijah :
wahhh ramai peminat keli ye!

sis shuhada on June 21, 2010 said...

nabilah_2908 :
ngeee tgk live diorang bg makan bangkai? eeiiiuuu bangkai dah sah-sah kite xleh makan kan?

lagi bertambah sbb i xsuke mkn keli!

sis shuhada on June 21, 2010 said...

ibunafis :
haaa bestla klu hubby sndiri yg ternak ikan fav kita kan? xyah fikir banyak dah tentu2 sumber yg ok kan?

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog