Friday, June 25, 2010

rindu makkkk!

ng0meL by ummi
salam Readers~ 

Harini bangun pukul 5 pagi. En Ahmad kejut solat isyak hehehe. Kebetulan afiQ pun terjaga nak susu, after BF dia and topup dengan susu Dugro 1 botol, dia behave and sambung tido. Lepas solat, tengok baju belum iron. Haduh… ni yang aku lemah sebenarnya ni tapi dah tanggungjawab. Sambil tu buka laptop, ngadap. Sedar-sedar dah setengah jam dah ngadap laptop hehehe tapi baju belum beriron! Ok2, layan iron dulu. Tapi sambil-sambil tu datang pula idea nak wat post entry. Sambil-sambil la eyyyy… 


Bila la nak siap iron eh? Tu la, kalau kita minat something tu, sambil lewa je wat kan? Tapi kalau yang minat… nak ngadap sampai lupa benda lain pulak! Sighs… not good!

Owh, apa aku nak cite sebenarnya? Hmmm teringat mak la time ni. Biasala… pagi2 dulu mak jenuh kejut bangun pagi nak Subuh kan. Sekarang… dah jadi mak, jadi isteri, turn kita pulak kejut isi rumah lain Subuh, tol tak? Hmmm…


Then bila terpandang si afiQ golek2 atas katil (risau dia terjaga, habisla aku xsiap iron lagi!), rasa hepi je. Aku ni sebenarnya ada masalah dengan anak-anak aku ni. Hah? Masalah??!!!… 

Bukan masalah apa lah… masalah aku ni hah, xboleh nak tinggal anak-anak. Kalau boleh pergi mana, buat apa nak je berkepit ngan diorang. Nak bawa diorang buat or pergi mana aku pergi. Tu yang rasa cam nak je berenti kerja and jaga diorang sendiri. Tapi keadaan tak boleh nak izinkan lagi. Banyak nak fikir sebelum nak berenti kerja tu huhuk. So, berangan je la dulu kan?

Tapi tu la, bila teringat mak, tengok anak-anak tiba-tiba terfikir pulak, ‘agaknya sebab tu la kot mak kerja cekgu, eyh’. Hehehe memang la nak ikutkan mak kerja cekgu sebab zaman mak dulu kerja gomen tu yang senang nak dapat. And yang penting kerja gomen time tu sangat menjamin hidup la kan. Tengok sekarang, mak tak susah hidup sebab ada duit pencen, Alhamdulillah.
Berbalik pada cerita mak kerja cekgu dengan anak-anak ni, aku teringat kenangan zaman dolu-dolu pun sebenarnya. Hehehe agaknya mak dulu pun macam aku, sayang anak-anak and tak boleh nak tinggalkan. Tu yang jagi cekgu. Sekolah sama; pergi balik dengan mak, makan tengahari ngan mak, dalam kelas pun mak jadi cekgu. Yang paling best, rombongan sekolah je mesti mak join and bawak kitorang adik-beradik. Sambil jalan-jalan, jimat belanja, leh luangkan masa ngan family, tol tak?

Hmmmm rugi tak jadi cekgu dulu, kan? Rinduuuu mak!



~jom klik sini~

12 lagi tambah ng0meL:

A D I A on June 25, 2010 said...

mak kita dulu pun cikgu, mmg banyak masa dgn mak eventho ada maid. zaman skrg ni terpaksa la mak pak kerja untuk menpertingkatkan ekonomi. takpe susah2 sahulu senang2 kemdian kan.

sis shuhada on June 25, 2010 said...

A D I A :
kan? kan? sonok je mak cekgu sbb cekgu pun cuti sekolah sama kita.
sekarg ni, kesian ank2 kita. cuti sekolah dh le xbw jln, kena hantar g umah bb sitter pulak. huhuk.

siti nurkhijah on June 25, 2010 said...

sbb tu mak kita ada ckp apa yg kita buat kat mak kita cam tu jgk nnt anak kita akan buat kat kita...apa yg kita rasa la ni cam tu jgk yg mak kita rasa dulu..
hope anak2 kita jadi yang terbaik..

dayna on June 25, 2010 said...

rinduu mak jugak...nak kena blik kedah nie..baru jer cuti2 sklh lepas..

sis shuhada on June 25, 2010 said...

siti nurkhijah :
betoi3. tp harap jgn la semua yg kita wat kat mak kita dulu akn ank kita wat kat kita kan?
sebb tu perlu juga didikan kita mak bapak ni..

sis shuhada on June 25, 2010 said...

dayna :
waaa... klu nak balik kedah, nak itotttt!!

nabilah_2908 on June 25, 2010 said...

beza dgn cerita sy...dari kecil lagi my mom dh kerja...kami adik beradik hidup indipndnt..semua buat sndiri.

bila cuti sekolah...duduk la berdua dgn adik kt rumah..buat kerja rumah..mcm masak..n kemas rumah..parents keluar keja...hujung minggu jer la..keluar jln2.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH

sis shuhada on June 25, 2010 said...

@nabilah_2908

oo patut la nabilah pandai n suke masak ye. Akak hal2 umah ada org tolong watkan time mak g kerje tu sbb smpai skrg xpandai wat kerje umah sgt huhu.

ARC™ on June 25, 2010 said...

mak saye keje gak smpai skang tp die slalu je ade kt umah...weekend la sebab weekdays kami pon sibuk hehe

sis shuhada on June 26, 2010 said...

@ARC™:
hehe at least ada masa ngan mak kan? kan?

Miss Q on June 26, 2010 said...

zaman skrg jadi cikgu banyak kerja weyhh!

sis shuhada on June 27, 2010 said...

@Miss Q:
ha'ah. my sister yg bongsu skrg jd cekgu. ada je kerja dia even weekend.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog