Monday, June 7, 2010

ketiak oh! ketiak

ng0meL by ummi
salam Readers~

Hi harini aku nak share ngan korang sajak yang group aku (Labu-Labi) karang masa explorace haritu.  Ni juge atas permintaan nabilah.

Ni sajak 20 baris yang kitorang reka cipta sambil berjalan, berlari, melenggang dan duduk berehat dalam LRT sepanjang perjalanan dari STAR LRT Titiwangsa hingga ke PUTRA LRT Taman Jaya dan balik semula naik PUTRA LRT ke KLCC. Sajak ni kami deklamasikan pula di depan juri awam yang kami kena carik time tu juga dekat fountain KLCC. 

U ols jadi la juri pulak ye (bayangkan keadaan kami ber-8 time tu yang berpeluh2 ditambah dengan bau badan masing-masing akibat salah 1 task yang menhendakkan kami makan bawang besar mentah2!) Serius, gigit macam makan epal, ok!

Here goes..


ketiak, oh! ketiak, oh! ketiak...

engkaulah pelengkap tubuhku

dari rata hinggalah berbulu

kucukur-cukur selalu

agar engkau tidak berbau.

oh! ketiak.

walaupun engkau melekit sewaktu explorace

seterusnya menghasilkan aroma membangkit

namun aku gagahi demimu, ketiakku

oh! ketiak.

dari Titiwangsa ke Taman Jaya, destinasi seterusnya... KLCC

engkau tetap setia menemaniku.

walaupun engkau berair antara waktu itu

semakin tinggilah kasih sayangku terhadapmu, wahai ketiakku

kusangkakan bau bawang itu busuk

rupanya busuk lagi baumu, ketiakku

di dalam LRT semua orang memandangku

aku tertanya; cantikkah aku? comelkah aku?

rupanya baumu itu yang menarik perhatian

oh! ketiak. walaupun rupamu tidak dapat kulihat

namun baumu itu tetap menjadi pooooojaaaan hatiku!

tepuk! tepuk! tepuk!

tepek sikit muka kitorang...
n muke juri2 yang terhibur...



~jom klik sini~

8 lagi tambah ng0meL:

Lan Bingka on June 07, 2010 said...

hehehe..kelakar

notti netti on June 07, 2010 said...

hahahah, mesti bangga si ketiak dapat masuk blog kih kih kih

nabilah_2908 on June 07, 2010 said...

hehehehe..best la kak... :)

siti nurkhijah on June 07, 2010 said...

hang ka yg karang?
hebaaaattt...

sis shuhada on June 10, 2010 said...

Lan Bingka: hehehe tengok la ahli kumpulan semua sporting abeshhh

sis shuhada on June 10, 2010 said...

notti netti: hehehe kembang bulu ketiak tu erk!

sis shuhada on June 10, 2010 said...

nabilah_2908: best ke? TQ2

sis shuhada on June 10, 2010 said...

siti nurkhijah:
share idea 8 kepala la..

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog