Wednesday, June 2, 2010

handphone oh! handphone

ng0meL by ummi
salam.

Zaman sekarang ni sape berani cakap handphone tu tak penting. Bukan satu kehendak @ barang mewah lagi dah, dah jadi satu barang keperluan (hehe talk subject asas economy form 4). And handphone bukan je dimiliki oleh orang dewasa yang dah bekerja tapi juge dimiliki oleh budak sekolah mahupun pakcik n makcik yang dah pencen. Apek jual sayur pun harus ada handphone sekarang ni.
Aku ni bukan nak jual handphone hehe tapi nak cite perihal handphone aku. Aku tau.. dah banyak sangat cite handphone aku kat sini almaklumlah... orang kaya.. sekejap2 handphone baru, sekejap-sekejap handphone baru hehe. Tak caya? leh klik SINI... SINI ataupun SINI. Ngeh3 nak ikutkan sejarah sebenarnya aku ni dah banyak sangat handphone. 

Start dari tahun 1998 aku 1st pakai nokia banana tu.


Handphone ni kalau xsalah aku jatuh lam jamban kat library UM dulu. Then. aku pakai ericsson.

Abang aku punya rasanya ni. Dia bg aku pinjam. Tak syok sangat, nak tulis sms pun boleh one line je. Then xleh simpan msg banyak2.. kena rajin delete huhuk. Pastu aku pakai nokia 3210.

Aku pun tak ingat aku pakai sampai rosak or hilang juge hehehe. tapi yang sure, lama gile aku pakai handphone ni and memang jadi favourite la. Maklumla handphone ni time tu ada game snake nyet2 tu kan. 

Pastu aku pakai pulak handphone abang aku bg pinjam jugak. Aish, aku tak ingat pulak nama dia tapi yang sure handphone tu pun memang problem time dapat kat tangan aku. Screen dia selalu gelap and tak nampak apa2. Nak bagi ok, petua abang aku, letak dalam peti sejuk tempat freezer tu. Letak kejap, then bila amek balik, sure screen dah ok. Hahaha macam xcaya kan? nanti aku cuba try recall apa nama handphone tu. Aku panggil dia handphone ice-cream. Heh.

Ada 2,3, jenis handphone lagi aku pakai macam nokia n sony ericsson. Kalau tak salah campur tolak ada la kat 10 hp juga aku pakai dalam masa 12 tahun ni. Termasuk 3 yang aku pakai tahun ni saja! Ada yang bagi mak, ada yang bagi adik ipar, ada yang tercicir aku tertinggal, ada yang jatuh kat lobang tandas, ada yang rosak sebab masuk air liur anak.

Sekarang aku pakai balik nokia supernova aku hat kaler pink tu.

Ingat semalam handphone tu pun dah nak selamat dah sebab tiba-tiba aku pegang handphone tu panas semacam je. Aku tekan2, screen gelap. Aku ingatkan ter-off jadi aku on la balik. Macam nyala kejap tapi gelap balik. Aku memang syak dah masuk air ni. Tengok betul2, memang ada cam wap air. Huhuk... En Ahmad dah sound xleh bli handphone baru dalam masa terdekat neh. Sekali bukak semua, memang ada air bertakung! Confirm kerja Ahmad AfiQ ni... hadoila... aku bukak semua sekali ngan bateri and simkad, aku biarje kat atas meja. Esoknya aku pasang balik and cuba on lagi. Huhuhu memang dah xde harapan nampaknya. So monday and semalam aku g opis without handphone...

Tadi petang aku try test lagi. Try luck, orang kate. Aku buka balik semua2... tiup2 sikit, pasang balik and on. Wallah! Thanx God boleh on! terua aku sms mak. Huhuk takut mak carik 2 hari xde kabar berita! So sekarang... aku boleh tarik nafas lega and kumpul lagi duit untuk target new handphone kikiki.



~jom klik sini~

6 lagi tambah ng0meL:

mahira oya on June 02, 2010 said...

nokia best kan..

siti nurkhijah on June 02, 2010 said...

aku pun klu tukaq hp mesti nokia atau sony ericson yang len cam tak best...

hp tu jgn dok bagi afiq men la...

nabilah_2908 on June 02, 2010 said...

hehehe...boleh buat koleksi hp nanti.. :)

sy lk strt guna fon ms umur 18..setkat ni..baru ada 3 fon...sy punya style...selalgi telefon tu bernywa...selagi tu la sy guna..sampai fon tu habis nywa br tukar...huhu..

telefon sekarang...dekat 3 tahun..dh nazak gak..cover belakang pun dh hilang...kejap2 pengsan..hehehe...tp sy guna gak...org tgk fon sy pun takut gaknye..hehe..(^_^)


jom ke APA KATA HATI pulak,
KOMEN OH KOMEN

sis shuhada on June 03, 2010 said...

mahira oya: yup. n sony ericsson. both best.

sis shuhada on June 03, 2010 said...

@siti nurkhijah: ya betolll! dua2 best.
huhuk mcmmn nak xbg... dia pndai cari n amek sndiri la ni.

sis shuhada on June 03, 2010 said...

@nabilah_2908: hehe tahun 98 tu akak 18 tahun jugak.

wahhh pandai nabilah jg harta ye.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog