Friday, May 7, 2010

"bila mama nak meninggaL?"

ng0meL by ummi
salam. 

Baca tajuk, apa korang terfikir?
Ni si Kakak la.. ntah apa dia dok fikir pagi time aku nak hantar dia gi sekolah semalam. Dalam kereta, tiba-tiba slow je dia tanya:

"Mama, bila mama nak meninggal?"

Tergumam aku, antara dengar dengan tak, sebenarnya. Aku suruh dia ulang balik..

"Kakak tanya, bila mama nak MeninggaL!" 

Dia kuatkan sikit perkataan last tu. Haduhh... telan air liur, aku jawab:

Kita tak tahu kak, bila kita nak meninggal.. tu semua Allah yang tahu. Allah kan tahu semua benda. Bila-bila pun kita boleh meninggal. Esok ke, bila-bila ke, kita tak tahu.. Allah je yang tahu.

Time explain tu aku teringat mak aku. Rindunya kat mak. Lama tak jumpa mak, asik cakap kat tepon je.

Aku tengok kakak angguk. Saja aku tambah lagi, nak pancing dia pula.

Nanti kalau mama meninggal, sapa nak jaga kakak? Nak hantar kakak g school? Nak tengok afiQ?

"Kalau mama meninggal, ayah jagalah kakak dengan afiQ"

Hahaha... pandai anak mama.

Aku tak marah atau kecik hatipun anak aku tanya soklan macam tu. Bagi aku, dia dalam proses learning, macam-macam dia nak tahu. Bagus soklan 'meninggal' tu, sebab kalau budak umo dia patutnya tanya je soklan main ke, taman ke, makanan ke, yang hepi-hepi, yang ada dalam surrounding dia. Bila dia tanya soklan2 di luar batas dia as budakumo 3 tahun lebih, aku and En Ahmad akan try untuk jawab sebaik mungkin ikut pemahaman dia dan selit kelebihan, kekuasaan Allah kat situ. Time macam ni la nak kenalkan diorang dengan Pencipta kita, kan.. takkan hidup nak cite oltromen je, tol tak?


~jom klik sini~

11 lagi tambah ng0meL:

nabilah_2908 on May 07, 2010 said...

hrumm...betul tu..bijak kakak tu.. :)

ika honey bunny on May 07, 2010 said...

ya allah.. dia tanye macam tu? sedih pon ade bile mendengarnye.. huhu

✿ shuhada on May 08, 2010 said...

nabilah_2908: aminnn. begitula hendaknya sampai bila2.

✿ shuhada on May 08, 2010 said...

ika honey bunny: ye ke? hehe..agaknya akak dh biasa kot mcm2 soklan keluar.

FatinSyahirah on May 08, 2010 said...

bijak kakak nye.. sedih jugak.. tapi bila dia tanya soalan tu, bagus la untuk perkembangan dia..

ARC™ on May 08, 2010 said...

sentap giler soalan hahaha

Lan Bingka on May 08, 2010 said...

bijaknya dia..
tak terfikir pun budak umur 3 tahun boleh tanya soalan macam tu kan..

Miss Q on May 08, 2010 said...

matang lah ye budak nihh

Aiza on May 08, 2010 said...

kehkehkeh.. pandainya diaaaa...

✿ shuhada on May 09, 2010 said...

FatinSyahirah: untuk perkembangan, yes! :)

ARC™: tu yang mula2 tergamam jap tu. hahaha.

Lan Bingka: bukan je xterfikir, xberani tanya pun!

✿ shuhada on May 09, 2010 said...

Miss Q : matang for good, hopefully. aminn.

Aiza: pandai cam mak dia. tett.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog